Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 1692 articles
Browse latest View live

Permohonan UPSI Ambilan November 2017 Diploma

$
0
0
Permohonan Kemasukan UPSI Ambilan November 2017 Program Diploma. Dipetik dari pengumuman rasmi Laman Web UPSI memaklumkan yang permohonan ke UPSI ambilan November (Diploma) sesi 2017/ 2018 akan dibuka mulai dari 19 Ogos 2017.

Adalah dimaklumkan bahawa sistem permohonan kemasukan ke program Diploma Lepasan SPM/Setaraf bagi Sesi Akademik 2017/2018 (November) akan mula di buka mulai 19 Ogos 2017 sehingga 5 Oktober 2017.


Permohonan Kemasukan UPSI program diploma

Permohonan Ke UPSI Ambilan November 2017 Diploma

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan kemasukan program Diploma UPSI November sesi kemasukan 2017/ 2018.

Tarikh Permohonan

Permohonan Di buka : 19 Ogos 2017
Tarikh Tutup : 5 Oktober 2017

Permohonan program Diploma UPSI ambilan November 2017 boleh dimohon dengan mengikuti langkah-langkah berikut :-

Beli Bitara ID Diploma di mana-mana cawangan BSN di seluruh Malaysia

Isi permohonan di :-


Hantar perakuan dan dokumen sokongan dan sila pastikan sampai ke BHEA sebelum 6 Oktober 2017

Program Yang Ditawarkan Di UPSI Ambilan November 2017

Berikut adalah program-program yang ditawarkan bagi sesi berkenaan:

  1. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  2. Teknologi Makmal
  3. Diploma Sains ( Matematik )
  4. Diploma Sains

Syarat Am Permohonan Program Diploma UPSI

Syarat kelayakan am/ akademik adalah seperti berikut :-

Lulus SPM dengan Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah (mulai SPM tahun 2013)

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris
Diploma Teknolog Makmal

Mendapat seurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi dan
Gred E dalam Bahasa Inggeris

Diploma Sains (Matematik)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan Gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains Tambahan/ Sains dan
Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan

Diploma Sains

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) subjek iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik dan Elektronik dan
Gred E dalam Bahasa Inggeris


Permohonan program diploma UPSI Ambilan November 2017/ 2018


Semakan Keputusan Dan Rayuan Permohonan Diploma UPSI November 2017

Berikut adalah tarikh penting permohonan dan semakan keputusan UPSI November 2017 buat panduan pelajar -

Hebahan Jaya Tawaran Kemasukan : 16 Oktober hingga 29 Oktober 2017
Rayuan : 16 hingga 22 Oktober 2017
Tarikh Pendaftaran Pelajar : 29 Oktober 2017

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut permohonan Diploma UPSI, sila hubungi :-

Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
35900 Tanjung Malim, Perak

Tel 05-340 6932/ 6930/ 6929

email : akademik @upsi.edu.my

Selamat membuat Permohonan UPSI Ambilan November 2017 Diploma. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan dalam bidang program pengajian yang dihajati.

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS

$
0
0
Tarikh Semakan Keputusan UPSR 2017Online Dan SMS. Bilakah tarikh rasmi semakan keputusan UPSR 2017 diumumkan? Semakan Online dan SMS UPSR? Pada tahun lepas, keputusan UPSR 2016 telah diumumkan pada hari Khamis, 17 November 2016.Untuk makluman, keputusan peperiksaanUjian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015telah diumumkan secara rasmi pada hari Selasa 17 November 2015. 

Tahun ini, terdapat seramai 443,794 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksan UPSR di sebanyak 8,085 pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Seramai 51,363 petugas pula telah dilantik bagi memastikan perjalanan peperiksaan berjalan lancar.

Tarikh rasmi keputusan upsr 2017 diumumkan

Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2017 Diumumkan

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan UPSR 2017 melalui beberapa kaedah semakan. Calon-calon perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan UPSR mereka. Slip keputusan boleh diambil bermula dari pukul 10 pagi pada hari keputusan UPSR 2017 diumumkan. Selain itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS. 

  • Tarikh Keputusan UPSR 2017 Diumumkan : Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 17 November 2016 (Khamis))

Contoh Semakan Keputusan UPSR 2017 Melalui SMS

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui mySMS ke 15888.
 
  • Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2017 ini akan diaktifkan bermula (akan dikemaskini). Tahun 2016 pada jam 10.00 pagi pada hari Khamis, 17 November 2016 sehingga jam 11.59 malam, 23 November 2016.


Semakan Keputusan UPSR 2016 SMS

Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 tidak termasuk GST. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

Semakan Online

Sistem semakan akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan. 
  1. Klik SPPAT
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada  ruangan yang disediakan 

Nota

Mulai tahun 2017: Keputusan UPSR dan PT3 mesti mengandungi bahagian keputusan akademik, psikometrik, sukan dan lain-lain lagi mengikut PBS. Berbanding sebelum ini yang hanya mempamerkan keputusan akademik sahaja. Langkah ini dibuat agar ibu bapa dapat mengamati keputusan akademik, sahsiah, sukan para pelajar dan seumpamanya yang ditaksir oleh sekolah.

* Borang permohonan Semak Semula/ Kes T UPSR 2016 boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan di pautan UPSR 2015

Buat pelajar Darjah 6 tahun 2017, selamat membuat Semakan Keputusan UPSR 2017 secara Online Dan SMS. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

SAPS Ibu Bapa Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

$
0
0
Semakan SAPS Online Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah NKRA. Bagaimana Semak SAPS Ibu Bapa keputusan peperiksaan anak anda secara online? Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA). 

Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak termasuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, peperiksaan percubaan UPSR, PT3/PMR dan SPM. Semakan keputusan Ujian 1 dan 2 juga boleh disemak secara online tetapi keputusan sebenar UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak menggunakan sistem SAPS. 

semakan saps ibu bapa

Apa Itu SAPS Ibu Bapa NKRA Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA) adalah dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Semakan SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Sistem Semakan SAPS IbuBapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. Butang Papar Slip Keputusan akan memaparkan keputusan terperinci ujian atau peperiksaan seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas, peratusan dan lain-lain lagi.

Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa ini menyediakan semakan bagi darjah 1 hingga darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ianya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Untuk keputusan peperiksaan terkini, sila pastikan anda membuat semakan SAPS IbuBapa selepas markah diisi atau dikemaskini oleh guru.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS. Pertama sekali pergi ke laman web SAPS dan klik SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

Nota : Jika anda menghadapi masalah tidak dapat mengakses sitem SAPS, sila clear browsing cache anda. Atau klik "Your Connection Is Not Private" untuk membuat semakan.
  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
  4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, peperiksaan percubaan UPSR, PMR/PT3 serta SPM dan sebagainya.
  5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Terdapat juga applikasi mobile di Android untuk membuat Semakan SAPS online. SAPS Ibu Bapa - Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa SAPS NKRA Online adalah Aplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan pelajar dan ibu bapa melakukan semakan dan mengetahui keputusan markah peperiksaan sekolah rendah dan menengah.
  • Sila muat turun dan pasang aplikasi ini di SAPS Android untuk semak sendiri keputusan peperiksaan sekolah anak anda secara online

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017

Berikut dikongsikan Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS untuk tahun 2017. Ianya untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 ini ada memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)

2. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

3. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)
tarikh kemasukan markah peperiksaan saps 2017

Cara Hubungi

Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
TALIAN SEMENTARA : 012-6497579 Waktu operasi helpdesk SAPS Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg (kecuali cuti umum) Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg (kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg)

* Nota

Semakan keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui SAPS NKRA. Keputusan peperiksaan berkenaan boleh diperolehi di sekolah masing-masing dan juga melalui semakan online SPPAT
Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian Terkini

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-
  1. Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
  2. Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
  3. Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016
Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2017.

Moga sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini bermanfaat dalam melihat dan mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak kita semua. Moga kewujudan SAPS NKRA mampu meningkatkan pencapaian pelajaran anak anda semua. 

Jadual Peperiksaan UPKK 2017 Ujian Penilaian Kelas KAFA

$
0
0
Jadual Waktu Peperiksaan UPKK Tahun 2017. Makluman kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berada di Tahun 5. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan UPKK 2017 atau secara penuhnya Jadual Peperiksaan Bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Jadual yang dikongsikan adalah selaras di seluruh Malaysia juga memaparkan ujian bertulis, ujian amali dan ujian lisan. Untuk makluman, Keputusan peperiksaan UPKK tahun 2016 telah diumumkan pada 15 Februari 2017.

Jadual UPKK 2017 peperiksaan bertulis

Jadual Peperiksaan UPKK 2017

Untuk makluman ibu bapa, UPKK adalah peperiksaan yang diselaraskan seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.

Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan Bertulis, amali dan lisan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2017.

UJIAN AMALI SOLAT

1 Februari hingga 20 Ogos 2017 (3 hingga 430 petang)

PENGHAYATAN CARA HIDUP ISLAM

1 Februari hingga 20 Ogos 2017 (3 hingga 430 petang)

UJIAN LISAN TADARUS & TILAWAH AL-QURAN

18 September hingga 29 September 2017 (3 hingga 430 petang)

UJIAN LISAN HAFAZAN & TAFSIR AL-QURAN

18 September hingga 29 September 2017 (3 hingga 430 petang)

UJIAN BERTULIS UPKK 2017

Berikut adalah jadual peperiksaan bertulis UPKK tahun 2017 :-

2 OKTOBER 2017 (ISNIN)

ULUM SYARIAH (Ibadah dan Aqidah) : (230 hingga 400 petang)

3 OKTOBER 2017 (SELASA)

SIRAH (215 hingga 345 petang)
PELAJARAN JAWI & PENULISAN KHAT (4 hingga 530 petang)

4 OKTOBER 2017 (RABU)

ADAB (AKHLAK ISLAMIAH 1) : (230 hingga 400 petang)
ADAB (AKHLAK ISLAMIAH II) : (415 hingga 515 petang)

5 OKTOBER 2017 (KHAMIS)

LUGHATUL QURAN (BAHASA ARAB) : (230 hingga 400 petang)
    Untuk paparan tarikh dan masa peperiksaan UPKK 2017 yang jelas, sila rujuk kepada jadual gambar di bawah ini.
    tarikh peperiksaan upkk 2017

    Kepada semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan UPKK 2017, diucapkan semoga anda berjaya dengan cemerlang. Selamat mengulangkaji pelajaran.

    Permohonan Dan Semakan Keputusan Guru Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2017

    $
    0
    0
    Permohonan Dan Semakan Keputusan Guru Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2017. Anda berminat mengikuti kursus SPAKK di Kemas? Merujuk kepada makluman dari FB Kemas, warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak SPAKK (TABIKA / TASKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk Tahun 2017. Panduan dan borang permohonan Kemas 2017 serta semakan keputusan permohonan boleh dimuat turun/ disemak di link di bawah ini.

    Semakan Keputusan Guru Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2017

    Permohonan Kursus Sijil Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2017 

    Berikut dikongsikan cara membuat permohonan SPAKK. Kepada yang berminat untuk memohon, sila cepat-cepat membuat permohonan Kursus Sijil Tabika Taska Kemas atau Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) 2017 ini kerana tarikh tutup adalah pada 25 Mei 2017. (Tahun lepas pada 11 Januari 2016). 

    Panduan iklan jawatan kosong SPAKK dan Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan berikut:

    1. Syarat-syarat:

    1. *Warganegara Malaysia;
    2. *Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
    3. *Terbuka kepada lelaki dan perempuan;
    4. *Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
    5. (a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
    6. (b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    7. *Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini;
    8. *Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon.

    2. Maklumat Asas Kursus

    1. Tempat Latihan : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
    2. Tempoh Latihan adalah selama Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

    Semakan Keputusan Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2017

    Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan permohonan SPAKK 2017 yang mengandungi tarikh penting dan link semakan.

    Semakan Keputusan Temuduga Calon Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2017

    Tarikh : Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 20 April 2016)
    Link Semakan : SPAKK Online
    Masukkan No Kad Pengenalan dan tekan Cari
    *  Perhatian kepada calon temuduga yang telah menghadiri sesi temuduga namun setelah semakan dilakukan, nombor kad pengenalan tiada dalam rekod.

    Oleh itu, pihak KEMAS memohon kerjasama tuan/ puan untuk emel ke spakk@kemas.gov.my maklumat seperti berikut:

    • 1) Nama:
    • 2) No kad pengenalan:
    • 3) No telefon:
    • 4) Pusat temuduga:
    • 5) Tarikh temuduga:
    Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya dalam Permohonan Guru Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2017. Selamat mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak SPAKK (TABIKA / TASKA).

    Permohonan Kemasukan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online

    $
    0
    0
    Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1. Berita baik buat pelajar Darjah 6 yang telah mengambil peperiksaan UPSR tahun 2017. Dipetik dari Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM 2018 -Maktab Rendah Sains MARA (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) akan di buka mulai 19 September 2017 iaitu sebaik sahaja berakhirnya peperiksaan UPSR 2017 sehingga 31 Oktober 2017. 

    Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa calon-calon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah rupa diri serta akademik untuk memohon kemasukkan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2018. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

    • Permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 4 2018 klik MRSM

      permohonan kemasukan mrsm 2018 tingkatan 1

      Permohonan Kemasukan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online

      Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang beteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

      Berita baik buat Pelajar tahun enam (6) yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2017 yang nerminat dan mendapat keputusan yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) MRSM 2018 secara online.

      Syarat Kelayakan Permohonan MRSM Tingkatan 1 2018


      Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat
      kelayakan seperti di bawah:
      1. Memiliki sikap diri yang positif.
      2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
      3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
      4. Memperoleh keputusan 3A3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah & Sarawak) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2017.
      5. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR tahun 2017.
      6. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
      7. Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

      Syarat Umum Permohonan MRSM

        1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
        2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
        3. Permohonan terbuka kepada pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
        4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online self-assessment (OLSA) pada masa yang telah ditetapkan

        Program MRSM Yang Ditawarkan

        Terdapat lima program yang berteraskan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM:

        i. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)

        Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM.

        ii. MRSM Program SPMRSM Ulul Albab

        Program SPMRSM Ulul Albab mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dengan tambahan program hafazan Al-Quran. Untuk peperiksaan SPM pelajar akan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah selain mata pelajaran teras yang lain.

        iii. MRSM Program SPMRSM Cambridge-IGCSE

        Program SPMRSM Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) ialah Sistem Pendidikan MRSM yang menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lGCSE
        dalam tempoh lima tahun pengajian. Pelajarmenduduki kedua-dua peperiksaan iaitu Cambridge IGCSE semasa di tingkatan empat dan SPM semasa di tingkatan lima.

        iv. MRSM Program SPMRSM lB-Middle Years Programme (MYP)

        Program SPMRSM MYP mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate

        v. MRSM Program SPMRSM Teknikal

        SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal dari Tingkatan 1 hingga 3. Kesinambungannya diteruskan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar
        ditawarkan dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

        A. CARA MENDAPATKAN KATA LALUAN MELALUI ONLINE

        Pemohon baru perlu mendapatkan kata laluan permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut:

        Permohonan kata laluan adalah percuma. Tempoh permohonan kata laluan dibuka mulai 19 September hingga 31 Oktober 2017.

        B. CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE

        Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan

        Nota

        Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan. Pemohon perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan.

        Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat:

        C. ONLINE SELF-ASSESSMENT(OLSA)

        Pemohon juga perlu menjawab OLSA bagi mata pelajaran Keperibadian dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.

        Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab OLSA ialah mulai 19 September hingga 31 Oktober 2017.

        D. UJIAN KHAS MENGIKUT PROGRAM

        Pemohon yang memilih program SPMRSM ULUL ALBAB, SPMRSM CAMBRIDGE lGCSE dan SPMRSM TEKNIKAL perlu menduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan.

        Panggilan untuk menduduki Ujian Khas ini akan dimaklumkan melalui emel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

        Pemohon yang dipanggil untuk mendudki Ujian Khas mestilah membawa cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian.

        E. MAKLUMAT TAMBAHAN

        Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.

        Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2018, permohonan dianggap tidak berjaya. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.

        Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

        Informasi Syarat Permohonan Dan Maklumat Tambahan

        1. Syarat baru kemasukan bermula sesi kemasukan 2017 telah dilonggarkan kepada 3A dan 3B (calon Semenanjung) dan 3A 2B 1C (Calon Sabah dan Sarawak) dalam peperiksaan UPSR 2016. Syarat terdahulu adalah memperoleh keputusan 6A (permohonan semenanjung) dan minimum 3A 3B (A dalam subjek Matematik dan  Sains dan tiada gred C, D dan E) - Permohonan Sabah & Sarawak dalam Ujian PencapaianSekolah Rendah (UPSR) tahun 2016
        • Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan, sila rujuk Maklumat Kemasukan dalam PDF di bawah ini:
        [Iklan Permohonan Ting 1] (Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1

        Rayuan MRSM 2017 (Tahun 2018 Akan dikemaskini)

        1. Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). 
        2. Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
        3. Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi

        Nota

        • Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 Online : Klik Semak UKKM
        • Permohonan ke SBP 2017 Tingkatan 1 dan 4 boleh klik di SBP 2016
        • Permohonan MRSM 2017 Tingkatan Empat (4) - Klik MARA Tingkatan Empat
          * Panduan permohonan kemasukan ke MRSM 2018 Tingkatan 1 akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada perubahan.
         



      1. Selamat membuat Permohonan Kemasukan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online. Didoakan semoga anda berjaya dalam mendapat tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA yang dihajati.
      2. Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2017

        $
        0
        0
        Tema Umum Sejarah Kertas 3 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017. Apakah tema umum Sejarah Kertas 3 SPM (1249/3) tahun 2017? Menerusi makluman daripada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), tema umum atau tajuk soalan bagi Sejarah Kertas 3 SPM 2017 telahpun diumumkan bertajuk Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga
        Perang Dunia Kedua. 

        Tema umum yang dikeluarkan adalah sebagai persediaan kepada pelajar untuk menjawab soalan bagi Tugasan Spesifik dalam Sejarah 1249/3 yang akan hanya diumumkan pada hari peperiksaan SPM nanti. 


        Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua

        Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM 2017

        Berikut dikongsikan Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2017 yang  bertajuk  Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga
        Perang Dunia Kedua.

        Sebelum Perang Dunia Kedua, hampir semua wilayah Asia Tenggara dikuasai oleh penjajah Barat kecuali Thailand. Belanda menguasai kepulauan Indonesia. British menguasai Burma (Myanmar), Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Amerika Syarikat merampas Filipina daripada Sepanyol. Perancis menguasai IndoChina. Portugis menduduki sebahagian pulau Timor-Timur.

        1. Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Klik Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua
        2. Contoh skema jawapan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua klik NOTA SEJARAH

        Tema Sejarah Kertas 3 SPM 2016

        Sejarah Kertas 3 SPM tahun 2016 adalah bertajuk Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa buat panduan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.

        Tema Umum : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa


        Dasar  luar  negara  tidak  statik.  Secara  asasnya, pembentukannya  ialahproses yang dinamik. Oleh itu dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah.

        Untuk makluman, Tema Umum SPMU 2016 (untuk SPM Ulangan) yang dikeluarkan pada April 2016 yang lalu adalah Perkembangan di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara.

        Adalah diingatkan, calon dikehendaki membaca dan meneliti Tema Umum Sejarah ini dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan yang sebenar. Calon juga boleh berbincang dengan guru dan rakan-rakan untuk mendapat dan mengumpulkan maklumat berkaitan. 

        Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan serta mendapatkan sumber maklumat daripada buku teks, bahan bacaan ilmiah, akhbar, internet dan bahan-bahan yang berkaitan.

        • Sila muaturun arahan Tema Umum dalam PDF di LPM.

        Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM

        Sebagai panduan, berikut disertakan Contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 SPM

        Senarai Tema Umum Sejarah Kertas 3 SPM

        1. 2017 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme SehinggaPerang Dunia Kedua
        2. Tahun 2016 : Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa
        3. 2015 : Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua 
        4. 2014 : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. 

        Selamat membuat ulangkaji dan persiapan kepada pelajar SPM 2017. Semoga anda berjaya menjawab ketika peperiksaan dengan cemerlang.

        Keputusan Pemenang Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2017

        $
        0
        0
        Keputusan Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2017 Final. Program realiti keagamaan popular TV3, ‘Da’i PendakwahNusantara’ 2017 musim kelimat akan melabuhkan tirainya malam ini, Ahad, 1 Oktober 2017. Tahniah kepada 3 finalis iaitu Da'i Fahmi, Da'i Afiqah dan Da'i Hakim yang bakal bertarung di pentas akhir untuk merangkul Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2017. 

        Pentas akhir Da'i akan diadakan pada hari Ahad 1 Oktober 2017, jam 900 malam LIVE di TV3. Da'i Niezal adalah pemenang Da’i Pendakwah Nusantara tahun 2016.

        Keputusan Pemenang Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2017

        Pada peringkat awal, 12 pendakwah muda telah terpilih untuk berentap dalam merebut hadiah wang kemenangan berjumlah RM50,000. Di peringkat akhir, hanya 3 peserta yang berjaya layak iaitu seperti berikut :-


        • Da'i Fahmi, Da'i Afiqah dan Da'i Hakim
        Keputusan Da’i Pendakwah Nusantara 2017

        Senarai Pemenang Juara Dai Pendakwah Nusantara 2017

        Berikut adalah keputusan penuh pemenang Juara Da'i Pendakwah Nusantara 2017 yang berlangsung pada hari Ahad live di TV3, 1 Oktober 2017 :-


        • Juara : Dai Hakim (Wang tunai RM50,000, sebuatrofi, pakej umrah untuk 2 orang dan produk Almaz, pengajian tinggi Madinah International Universiti)
        • Naib Juara : Dai Afiqah (Wang tunai RM5,000, Madinah International Universiti dan hadiah iringan)
        • Ketiga : Dai Fahmi (Wang tunai RM5,000, Madinah International Universiti dan hadiah iringan)
        • Da'i Pilihan Almaz : Dai Aiman
        • Da'i Pilihan Penonton Dai Afiqah

        Untuk rujukan, berikut adalah maklumat pemenang Da'i Pendakwah Nusantara 2016 tahun lepas.

        Senarai Finalis Dai Pendakwah Nusantara 2016

        1. Da'i Nasrul

        Da'i Nasrul

        2. Da'i Saiful

        Da'i Saiful

        3. Da'i Niezal

        Da'i Niezal

        Untuk makluman, juara Da'i Pendakwah Milenia musim ketiga tahun 2015 adalah Da'i Hamidah dari Kedah.

        Hamidah binti Ab Razak (23 tahun, Kedah)

        Dai Hamidah

        Senarai Pemenang Juara Dai Pendakwah Nusantara 2016

        Berikut adalah keputusan penuh pemenang Juara Da'i Pendakwah Nusantara 2016 :-

        • Juara : Da'i Niezal(Wang tunai RM50,000, sebuah trofi, pakej umrah untuk 2 orang dan produk Almaz)
        • Naib Juara : Da'i Nasrul (Wang tunai RM5,000 dan hadiah iringan)
        • Ketiga - Da'i Saiful (Wang tunai RM5,000, produk Almaz dan tablet peribadi)
        • Da'i Pilihan Almaz : Da'i Azman (smartphone dan produk Almaz)
        • Da'i Pilihan Penonton : Da'i Saiful (iPad dan produk Almaz) 
        • Da'i Pilihan Penonton Youtube :  Da'i Syed (Produk Almaz)  

        Tahniah diucapkan kepada Pemenang Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2017. In Sha Allah kita berjumpa lagi tahun depan untuk musim keenam Da'i Pendakwah Nusantara 2018.

        Borang Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) 2018 Tingkatan 1 Online

        $
        0
        0
        Permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) 2018 Tingkatan 1 Online. Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 ke Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka sehingga 8 Disember 2017.
        Permohonan kemasukan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2017 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara.


        Borang Permohonan Asrama 1Malaysia 2018 tingkatan 1

        Borang Online Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) 2018 Tingkatan 1

        Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut:
        ASRAMA 1MALAYSIA
        NAMA SEKOLAH
        A1M Kuala Lumpur
        SMK Victoria, Kuala Lumpur
        lelaki sahaja
        SMK (L) Methodist,  Kuala Lumpur
        lelaki sahaja
        SMK St John, Kuala Lumpur
        lelaki sahaja
        SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur
        lelaki sahaja
        A1M Johor
        SMK (P) Sultan Ibrahim, 
        Johor Bahru, Johor
        perempuan sahaja
        A1M Sabah
        Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
        lelaki & perempuan
        A1M Sarawak
        Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Miri, Sarawak
        lelaki & perempuan
        Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti berikut:

        SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

        1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2018. 
        2. Terbuka kepada semua kaum
        3. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana. 
        4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar. 
        5. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama). 
        6. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon. 
        7. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
        8. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan  pemohon dan ibu bapa                    
        9. Keputusan UPSR 2017 (Bagi permohonan ke Tingkatan 1)
        10. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa/pengesahan ketua kampung atau penghulu sekiranya tiada slip gaji
        11. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum dan sijil-sijil lain
        1. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
        Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah pada 2 Januari 2018 (Selasa). 
        Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 8 Disember 2017 (Jumaat).
        Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017
        Unit Asrama
        Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
        Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
        Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
        62604 WP Putrajaya
        Klik untuk muat turun borang permohonan A1M 2018
        Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Asrama 1Malaysia http://www.moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-harian

        Selamat membuat permohonan A1M 2018 melalui Borang Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) 2018 Tingkatan 1 Online. Tahniah kepada merela yang berjaya.

        Permohonan Asrama 1Malaysia A1M 2018 KPM

        $
        0
        0
        Borang Online Permohonan Asrama 1Malaysia A1M 2018. Satu lagi permohonan asrama untuk pelajar kini dibuka. Dimaklumkan dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu ke Program Asrama 1Malaysia (A1M)telah dibuka sehingga8 Disember 2017

        Pelajar Darjah 6 tahun 2017 yang menduduki peperiksaan UPSR dan yang berminat boleh merujuk kepada perkongsian di bawah ini untuk maklumat borang permohonan dan Brosur A1M.

        Borang Permohonan A1M 2018

        PERMOHONAN KEMASUKAN ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) TINGKATAN 1 KPM 2018

        Untuk makluman, Asrama 1Malaysia (AIM) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama yang berdasarkan konsep 1Malaysia. A1M mula dilaksanakan di KL pada tahun 2010. Pendaftaran kohort pertama Tingkatan 1 adalah pada 9 Mei 2010 sebelum berpindah ke Jalan Kuantan, KL.

        Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan 1 Tahun 2017 yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan termasuk sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara.

        Borang Permohonan A1M 2018

        Sila klik link di bawah ini untuk muat turun borang dan brosur :-

        Syarat-Syarat Permohonan A1M 2018 Tingkatan 1

        • Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA yang akan ke tingkatan 1 pada 2018 sahaja.
        • Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
        • Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
        • Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah rendah/semasa di mana pemohon belajar.
        • Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak KPM/ sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah penempatan ke Tingkatan 1 semasa murid memohon.
        • Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU  salinan dokumen yang telah disahkan  seperti berikut:
        • a Sijil lahir / kad pengenalan pemohon dan ibu bapa
        • b Salinan Keputusan UPSR 2017
        • c. Sijil Berhenti Sekolah
        • d. Slip gaji/ Penyata pendapatan ibu dan bapa
        • e.  Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
        • f. Borang Pengesahan Pendapatan (jika tiada slip gaji atau tiada pendapatan)
        • Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD

        Sekolah Yang Menawarkan Asrama 1Malaysia

        Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

        BILASRAMA 1MALAYSIANAMA SEKOLAH
        1A1M KUALA LUMPURSMK VICTORIA, KUALA LUMPURLELAKI SAHAJA
        (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
        SMK (L) METHODIST KUALA LUMPURLELAKI SAHAJA
        (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
        SMK ST JOHN, KUALA LUMPURLELAKI SAHAJA
        (Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris)
        SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPURLELAKI SAHAJA
        2A1M JOHORSMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU, JOHORPEREMPUAN SAHAJA
        3A1M SABAHSMK MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU, SABAHLELAKI & PEREMPUAN
        4A1M SARAWAKKOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI, SARAWAKLELAKI & PEREMPUAN

        Maklumat Permohonan A1M 2018

        • Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.
        • Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.
        • Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada hari Selasa, 2 Januari 2018 - Selasa (Tingkatan 1)
        • Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 8 Disember 2017 (Jumaat).
        • Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017
        • Unit Asrama
        • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
        • Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
        • Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
        • 62604 WP Putrajaya

        Semoga pemohon yang membuat Permohonan 2018 Asrama 1Malaysia A1M KPM kali ini berjaya mendapat tawaran kemasukan. Tahniah.

        Permohonan IKBN (ILKBS) Januari 2018 Online

        $
        0
        0
        Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2018 Online. Tarikh permohonan, syarat kemasukan dan cara membuat permohonan kemasukan ke ILKBS meliputi permohonan keIKBN , IKTBN dan AKBG? Dikongsikan dari Sistem Online IKBN, permohonan ke Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) sesi pengambilan Januari 2018 akan dibuka bermula 4 Oktober 2017.

        Individu yang berminat dan berkelayakan dalam bidang kemahiran dipelawa untuk memohon. ILKBS merangkumi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).

        Permohonan IKBN sesi Januari 2018 Online

        Permohonan IKBN (ILKBS) Januari 2018 Online

        Individu Warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk memohon kemasukan ke ILKBS (IKBN) sesi Januari 2018 melalui permohonan secara online.

        Tarikh Permohonan

        • Tarikh Buka : 4 Oktober 2017
        • Tarikh Tutup : 8 November 2017
        • Applikasi Permohonan online : Klik Sistem Permohonan eKampus
        • Panduan ringkas permohonan : Klik PDF

        Tarikh Penting Permohonan ILKBS Sesi Januari 2018

        Berikut adalah tarikh penting permohonan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2018 :-
        1. Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 4 Oktober sehingga 8 November 2017
        2. Panggilan Temuduga : 15 November sehingga 16 November 2017 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja)
        3. Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2018 : 29 November 2017
        4. Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 29 November hingga 13 Disember 2017
        5. Permohonan rayuan : 29 November hingga 13 Disember 2017
        6. Semakan keputusan rayuan : 20 Disember 2017
        7. Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2018 : 3 Januari 2018

          Syarat Umum Permohonan IKBN

          Berikut adalah diantara syarat umum permohonan :-
          1. Warganegara Malaysia
          2. Boleh membaca dan menulis
          3. Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
          4. Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
          5. Belum berkahwin atau bujang
          6. Sihat tubuh badan
          7. Pemohon tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
          8. Pemohon yang sedang menjalani latohan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan. belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
          9. Pemohon yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon

          Program Yang Ditawarkan

          1. Diploma MQA
          2. Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) Tahap 1 hingga 5
          3. Persijilan JKKP
          4. Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)

          Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan ILKBS (IKBN) bulan Janurai 2017, pemohon boleh membuat Semakan Program, Tempoh Pengajian, Syarat lengkap dan Institut yang menawarkan kursus di EIKBN SYARAT

          Semakan Keputusan ILKBS (IKBN) Januari 2018 Online

          Semakan permohonan kemasukan ke ILKBS (IKBN) Januari 2017 boleh diketahui dan disemak pada 29 November 2017 (Akan dikemaskini jika ada perubahan).

          Cara Hubungi

          Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian telefon di 03- 8871 3651, 3652, 3653, 3646 & 3685.

          Selamat membuat Permohonan kemasukan ke IKBN (ILKBS) sesi Januari 2018 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti.

          Permohonan Kolej Vokasional 2018 Dan Sekolah Teknik Online

          $
          0
          0
          Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Januari 2018 Online. Perhatian buat pelajar PT3 tahun 2017 yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran. Dikongsikan dari Portal rasmi KPM dimaklumkan bahawa permohonan online kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Ambilan Januari 2018 untuk pelajar Tingkatan 3 tahun 2017 akan di buka pada 19 Oktober 2017. 

          Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Disember 2017, jam 11.59 malam

          • Calon yang tidak dapat mengakses sistem, anda dikehendaki memohon kemaskini Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui Guru Kelas di SMK
          • Semakan keputusan Tawaran KV dan SMT 2017 (16 hingga 22 Jnauari 2017) : Klik SEMAK  
          • Rayuan permohonan kemasukan KV dan SMT 2017 klik RAYUAN KV
          Permohonan KV DAN SMT 2018 ONLINE

          Permohonan Kolej Vokasional (KV) Dan Sekolah Teknik (SMT) Januari 2018 Online

          Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dipelawa untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti berikut :-

          1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)

          2. Aliran Teknikal di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia

          3. Program Kemahiran di :

          • Kolej Vokasional KPM
          • Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
          • GIATMARA 

          Cara Buat Permohonan KV dan SMT Online

          Pemohon perlu mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2018 : Klik https://sptv.moe.gov.my/ .Permohonan hendaklah dibuat berdasarkan Aliran Murid Tingkatan 3 2017 seperti berikut:-
          • A. Murid Lepasan PBS : Aliran  Perdana/ Akademik/ Agama 

          Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :
          • Pentaksiran Pusat (PT3)
          • Pentaksiran Sekolah (PS)
          • Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
          • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
          • Klik PBS untuk memohon
          • Syarat Permohonan
          • Institusi dan kursus yang ditawarkan : KV/ SMT, ILKA/ILKS dan GIATMARA
          • B. Murid Lepasan PAV 

          Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.

          Syarat Umum

          • i. Warganegara
          • ii. Tingkatan Tiga Tahun 2017
          • iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
          • iv. Bebas daripada Penyakit Kronik

          Maklumat lanjut untuk informasi di bawah ini boleh dirujuk di applikasi permohonan online :-
          1. Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan
          2. Syarat Permohonan
          3. Carta Alir Permohonan
          4. Info Kursus
          5. Panduan Permohonan
          6. FAQ
          Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di 
          Alamat BPTV:
          Aras 6, Blok E14, Parcel E,
          Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
          62604 PUTRAJAYA.
          No. Telefon : 03-88845154
          Unit Pengambilan dan Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089

          Semakan Keputusan Kemasukan Ke KV Dan SMT 2018

          Calon   boleh   menyemak   keputusan   dalam laman   sesawang   KPM,   di   alamat http://www.moe.gov.my atau BPTVmulai (akan dikemaskini). Tahun lepas pada 16 Januari hingga 22 Januari 2017.
          Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. 
          Untuk calon yang tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusiyang terlibat untuk membuat rayuan
          mulai (akan dikemaskini), Tahun lepas pada 26 Januari sehingga 28 Februari 2017.

          Selamat membuat Permohonan Kolej Vokasional 2018 Dan Sekolah Teknik Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda nanti.

          Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 Online

          $
          0
          0
          Semakan Keputusan Tawaran Ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 Online. Tarikh semakan dan applikasi semakan e-SSeM? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) tahun 2018 meliputi semakan sesi serlahan dan semakan keputusan permohonan Tingkatan 1 (Satu). 

          Terkini, menerusi makluman yang dikongsikan dari Portal Rasmi KPM, semakan Sesi Serlahan Seni Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2018 boleh dibuat bermula dari 5 Oktober 2017 jam 200 petang. 

          Semakan Sekolah Seni Malaysia (SSM) 2018 online

          Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 Online

          Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat adalah merupakan salah satu syarat kemasukan sebelum ditawarkan ke Sekolah Seni Malaysia. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia telah dibuka 3 April sehingga 15 September 2017 yang lalu.

          Untuk panduan pemohon, Semakan Sesi Serlahan Seni Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2018 boleh disemak seperti berikut :-

          A. Semakan Sesi Serlahan Seni 

          • Tarikh semakan : Mulai 5 Oktober 2017 (Khamis) jam 200 petang
          • Applikasi Semakan : Sila klik https://essem.moe.gov.my/ 
          • No tel pertanyaan : 03-8872 1620

          B. Semakan Tawaran Kemasukan

          Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) sesi 2018akan dibuka untuk semakan seperti berikut :-

          * Akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari KPM
           
          • Tarikh Semakan : Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 15 hingga 31 Disember 2016)
          • Applikasi Semakan : essem
           
          Selamat membuat Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSM) 2017nanti.

          Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2017 Online Dan SMS

          $
          0
          0
          Cara Semak Keputusan MUET Julai 2017 Online. July 2017 MUET result? Kepada calon yang telah menduduki peperiksaan MUET sesi Julai, tarikh semakan keputusan MUET Sesi Julai 2017 (result muet july 2017) adalah pada hari Khamis, 5 Oktober 2017 mulai jam 1001 pagi. Tarikh rasmi telah diumumkan di Portal Rasmi MPM. 

          Keputusan peperiksaan MUET boleh disemak secara online dan SMS melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh juga membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM.

          cara semak keputusan muet sesi julai 2017

          Semakan Keputusan MUET Julai 2017 Secara Online Dan SMS

          Menerusi makluman Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), keputusan MUET Julai 2017 boleh disemak pada hari Khamis, 5 Oktober 2017 mulai jam 1001 pagi. Keputusan MUET sesi Julai 2016 yang lepas telah diumumkan pada 5 Oktober 2016 (Rabu) mulai jam 1000 pagi. 

          Semakan keputusan MUET sesi Julai 2017 boleh disemak menerusi kaedah secara online dan SMS iaitu seperto berikut :-

          Semakan MUET Julai melalui SMS

          taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888 

          Semakan melalui SMS adalah sehingga 4 November 2017 jam 600 petang. Caj penghantaran sebanyak RM0.15 akan dikenakan manakala caj penerimaan pula adalah sebanyak RM0.20 (Tidak termasuk GST). Perkhidmatan disediakan untuk penggunan Celcom, Maxis, Digi U Mobile dan Tune Talk. 

          Semakan MUET Julai online 

          Keputusan MUET juga boleh disemak secara On-Line di : www.mpm.edu.my 

          • Isikan No kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT

          Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

          Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-
          1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
          2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
          3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
          4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

          Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan MUET sesi Julai 2017. 

          Permohonan UiTM 2017-2018 Online Sesi Akademik 2

          $
          0
          0
          Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 2 2017-2018 Online. Anda berminat menyambung pengajian tinggi anda di UiTM? Berita baik menerusi makluman yang dikongsikan dari Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Permohonan UiTM 2017-2018 Online Sesi Akademik 2 (Kemasukan Mac 2018) kini dibuka sehingga 5 November 2017. 

          Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA  yang berkelayakan untuk mengikuti Program SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK di Universiti Teknologi MARA (UiTM).


          Permohonan kemasukan UiTM mac 2018 online

          Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017 Online (SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK) 

          Untuk panduan pemohon, berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2017/ 2018 Online untuk kemasukan bulan Mac 2018. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh penting permohonan, syarat kemasukan, program yang ditawarkan dan link applikasi permohonan.

          Permohonan kemasukan ke UiTM MAC 2018 SESI AKADEMIK 2 2017/2018 akan dibuka bermula dari 2 Oktober 2017 (1200 tengahari) sehingga tarikh tutup permohonan UiTM pada 6 November 2017 (1200 tengahari). 

          Syarat Kemasukan Ke UiTM 

          Pemohon mestilah :-
          1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan Warganegara Malaysia dan Takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia 
          2. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon 
          3. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya 
          4. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UiTM 

          Program Pengajian UiTM Yang Ditawarkan Untuk Sesi Mac 2018

          Berikut dikongsikan program pengajian yang ditawarkan :- 
          1. SARJANA MUDA 
          2. PENERAPAN 
          3. PROFESIONAL 
          4. PLK 

          Cara Memohon UiTM Secara Online

          Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2017-2018 Online :- 
          1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui Portal Kemasukan Pelajar UiTM bermula 2 Oktober 2017
          2. Pelajar/ pemohon adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di Selangkah at UiTM di http://pengambilan.uitm.edu.my/anjung 
          3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Oktober 2017 (Isnin) hingga 5 November 2017 (Ahad). 
          4. Pembelian hendaklah dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking. 
          5. No. Slip yang dibeli sebelum 2 Oktober 2017 (Isnin) adalah tidak sah untuk permohonan ini. 

          Maklumat Penting Permohonan UiTM 

          Semasa Mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda :-
          1. Mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda 
          2. Mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*) 
          3. Membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda 
          4. Menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan Mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem 
          Selepas Membuat Permohonan, sila pastikan anda :- 
          1. Membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN bagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan. 
          2. KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu. 
          3. Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan. 

          IKLAN PERMOHONAN UiTM 2017-2018 SESI AKDEMIK 2

          Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada iklan kemasukan UiTM Mac 2018 :-

          Sila muat turun iklan yang lebih jelas di Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM

          Selamat membuat Permohonan UiTM 2017-2018 Online Sesi Akademik 2 dan semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan Mac 2018.

          Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Persekolahan KPM

          $
          0
          0
          Tarikh Cuti Sekolah 2018 Malaysia KPM. Masanya sudah tiba untuk pelajar dan ibu bapa untuk merancang aktiviti bersama keluarga pada tahun 2018. Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Persekolahan KPM telah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Cuti sekolah merupakan masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua orang terutama buat mereka yang mempunyai anak yang bersekolah.

          Takwim Penggal Persekolahan 2018 KPM  iaitu Kumpulan A dan B. Ianya mengikut hari kelepasan mingguan setiap negeri iaitu Kumpulan A (Jumaat dan Sabtu) dan Kumpulan B (Sabtu dan Ahad). 

          Takwim Persekolahan 2018 KPM

          Berikut adalah Takwim jadual cuti persekolahan tahun 2018 yang mengandungi tarikh cuti sekolah untuk cuti pertengahan penggal 1, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun. Juga disertakan tarikh mula persekolahan dan tarikh akhir setiap penggal. 

          1. Cuti Sekolah 2018 KUMPULAN A - Sekolah-Sekolah Di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu 

          • Penggal pertama persekolahan : 1 Januari 2018 sehingga 7 Jun 2018 
          • Penggal kedua persekolahan : 24 Jun 2018 sehingga 22 November 2018

          Tarikh Cuti Sekolah 

          1. Cuti pertengahan penggal 1 : 16 Mac 2018 sehingga 24 Mac 2018 (1 minggu) 
          2. Pertengahan tahun : 8 Jun 2018 sehingga 23 Jun 2018 (2 minggu) 
          3. Cuti pertengahan penggal 2 : 17 Ogos 2018 hingga 25 Ogos 2018 (1 minggu) 
          4. Cuti Akhir Tahun : 23 November hingga 31 Disember 2018 (5 minggu) 
          Sila rujuk kepada Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan A di bawah ini dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas:- 


          cuti sekolah kumpulan a

          2. KUMPULAN B - Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan 

          • Penggal pertama persekolahan : 2 Januari 2018 sehingga 8 Jun 2018 
          • Penggal kedua persekolahan : 25 Jun 2018 sehingga 23 November 2018 

          Tarikh Cuti Sekolah 

          1. Cuti pertengahan penggal 1 : 17 Mac 2018 sehingga 25 Mac 2018 (1 minggu) 
          2. Pertengahan tahun : 9 Jun 2018 sehingga 24 Jun 2018 (2 minggu) 
          3. Cuti pertengahan penggal 2 : 18 Ogos 2018 hingga 26 Ogos 2018 (1 minggu) 
          4. Cuti Akhir Tahun : 24 November hingga 31 Disember 2018 (5 minggu) 
          Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk kepada Kalendar Takwim Persekolahan untuk Kumpulan B di bawah ini :- 


          cuti sekolah kumpulan b


          Muat Turun/ Download Takwim Persekolahan 2018 KPM 

          Pelajar atau ibu bapa boleh memuat turun atau mendownloada Takwim Penggal Persekolahan 2018 dalam format PDF di Takwim Persekolahan KPM

          Semoga perkongsian Kalendar Cuti Sekolah 2018 Takwim Persekolahan KPM bermanfaat buat semua. Moga ianya boleh dijadikan panduan buat ibu bapa/ pelajar dalam membuat perancangan aktiviti bersama keluarga pada tahun 2018.

          Semakan Keputusan Diploma UPSI November 2017 Online

          $
          0
          0
          Tarikh Semakan Keputusan Program Diploma UPSI November 2017 Online. Berikut dikongsikan tarikh penting semakan keputusan buat panduan pemohon permohonan Program Diploma UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) sesi kemasukan November 2017. Dipetik dari Laman Web Rasmi Applikasi Kemasukan UPSI, semakan keputusan ke UPSI untuk Program Diploma Lepasan SPM dan Setaraf akan diumumkan pada 16 Oktober 2017. Semakan boleh dibuat secara online beserta permohonan rayuan.


          Semakan Keputusan UPSI ambilan November 2017 Online

          Semakan Keputusan Program Diploma UPSI Ambilan November 2017 Online

          Semakan keputusan tawaran UPSI boleh di buat di link applikasi di bawah :-
          Untuk makluman, pelajar yang gagal dalam semakan tawaran boleh membuat rayuan kemasukan ke UPSI bermula dari 16 hingga 22 Oktober 2017. Pendaftaran pelajar baru adalah pada 29 Oktober 2017. Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk permohonan kemasukan ke UPSI Diploma lepasan SPM dan Setaraf sesi 2017/ 2018 :-

          1
          HEBAHAN JAYA TAWARAN KEMASUKAN
          16 Hingga 29 Oktober 2017
          2
          e- RAYUAN KEMASUKAN DIPLOMA LEPASAN SPM
          16 Hingga 22 Oktober 2017
          3
          PENDAFTARAN PELAJAR BARU
          29 Oktober 2017

          Semakan Keputusan UPSI 2017 Online

          $
          0
          0
          Semakan Keputusan UPSI 2017 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan UPSI 2017? Berikut dikongsikan maklumat penting berkenaaan dengan tawaran permohonan kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sesi 2017/ 2018 untuk program Diploma ambilan November, Ijazah Sarjana Muda sesi September 2016 dan Februari 2017. Semakan Keputusan UPSI 2017 yang mengandungi semakan panggilan temuduga, Ujian Medsi, semakan jaya kemasukan dan juga e-rayuan UPSIboleh di semak secara online di applikasi semakan UPSI online yang disertakan di bawah ini.

          Semakan UPSI 2017 Online

          Semakan Keputusan UPSI 2017 Online

          Kepada pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan ke UPSI, berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan permohonan sebagai panduan dan rujukan. Semakan meliputi permohonan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.

          Terkini

          Semakan Keputusan UPSI Ambilan November 2017

          Berikut adalah tarikh-tarikh penting permohonan UPSI Diploma ambilan November 2017 :-

          1. Hebahan Jaya Tawaran Kemasukan : 16 Oktober hingga 29 Oktober 2017
          2. Permohonan Rayuan : 16 Oktober hingga 22 Oktober 2017
          3. Tarikh Pendaftaran Pelajar : 29 Oktober 2017
          Pemohon boleh membuat semakan keputusan tawaran UPSI di link applikasi semakan di bawah :-

          A. Semakan Jaya Kemasukan ke UPSI bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 (Februari)

          Semakan keputusan permohonan boleh di buat pada 16 hingga 27 Januari 2017. Berikut adalah senarai tarikh penting UPSI ambilan Februari 2017 :-
          1. Semakan Panggilan Temuduga bukan pendidikan dan Ujian MEDSI : Bermula 24 November 2016 jam 1230 tengahari
          2. Ujian MEDSI dan Temuduga Bukan Pendidikan : 30 November hingga 3 Disember 2016
          3. Semakan panggilan temuduga pendidikan : 21 Disember hingga 6 Januari 2017
          4. Temuduga dan Ujian Khas Pendidikan : 3 hingga 6 Januari 2017
          5. Hebahan jaya kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda (ISM) : 16 hingga 27 Januari 2017 (Tarikh tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk http://www.upsi.edu.my/online/ untuk tarikh rasmi semakan)
          6. Pendaftaran Pelajar : 5 Februari 2017
          7. Applikasi Semakan : Panggilan Temudga/ Ujian Medsi/Ujian Khas 
          tarikh penting semakan keputusan upsi 2017

          B. Tarikh Penting Kemasukan Ijazah Sarjana Muda Sesi 2016/2017 (SEPTEMBER 2016)


          BILPERKARATARIKH
          1IKLAN PERMOHONAN17 Januari 2016
          2TARIKH MULA MEMOHON18 Januari 2016
          mulai jam 12.00 tghhari
          3TARIKH TUTUP PERMOHONAN5-Apr-16
          sehingga jam 04.00 petang
          4SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA BUKAN PENDIDIKAN DAN UJIAN MEDSI DI LAMAN WEB IPTA YANG DIPAUTKAN DARI LAMAN WEB http://www.upsi.edu.my/online/ @ http://upu.moe.gov.my17 Mei - 19 Mei 2016
          5UJIAN MEDSI DIJALANKAN DI SELURUH MALAYSIA19 Mei - 24 Mei 2016
          6HEBAHAN CALON MENDUDUKI TEMU DUGA DAN UJIAN KHAS DILAMAN WEB http://www.upsi.edu.my/online @ http://upu.moe.gov.my10 Jun 2016 9 Jun - 15 Jun 2016
          7TEMU DUGA DAN UJIAN KHAS PENDIDIKAN15 Jun - 21 Jun 2016
          8HEBAHAN JAYA KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran @ http://upu.mohe.gov.my10 Ogos - 20 Ogos 2016
          9PENDAFTARAN PELAJAR BARU28 Ogos 2016
          10e- RAYUAN KEMASUKAN IJAZAH SARJANA MUDA10 Ogos - 15 Ogos 2016
          11HEBAHAN JAYA e-RAYUAN http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran13-Sep-16
          12PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN15-Sep-16

          C. Tarikh Penting Kemasukan Diploma Lepasan SPMSesi 2016/2017 (JUN 2016)


          BILPERKARA TARIKH
          1IKLAN PERMOHONAN17 Januari 2016
          2TARIKH MULA MEMOHON
          18 Januari 2016
          mulai jam 12.00 tghhari
          3TARIKH TUTUP PERMOHONAN5-Apr-16
          sehingga jam 04.00 petang
          TARIKH AKHIR MENGHANTAR PERAKUAN PERMOHONAN ONLINE & DOKUMEN
          9SEMAKAN PANGGILAN MENDUDUKI TEMU DUGA DI LAMAN WEB UPSI14 - 16 APRIL 2016
          http://upu.mohe.gov.my @ http://www.upsi.edu.my/online/mulai jam 12.00 tghhari
          10TEMU DUGA & UJIAN KHAS18 - 22 APRIL 2016
          (DIPLOMA BAHASA INGGERIS, DIPLOMA MUZIK, DIPLOMA TARI DAN DIPLOMA TEATER)
          12HEBAHAN PEMOHON YANG BERJAYA DI LAMAN WEB UPSI16 - 31 MEI 2016
          http://upu.mohe.gov.my @ http://www.upsi.edu.my/online/
          13PENDAFTARAN PELAJAR BARU30 Mei 2016
          14MINGGU ORIENTASI PELAJAR30 MEI - 03 JUN 2016
          15e-RAYUAN KEMASUKAN DIPLOMA26 MEI - 30 MEI 2016
          17HEBAHAN JAYA E-RAYUAN12-Jun-16
          http://upu.mohe.gov.my @ http://www.upsi.edu.my/online/
          18PENDAFTARAN PELAJAR RAYUAN15-Jun-16

          *Tarikh-tarikh diatas ini adalah tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa
          Sumber : UPSI

          Selamat membuat Semakan Keputusan UPSI 2017 Online. Semoga anda berjaya mendapat tawaraj kemasukan ke UPSI dalam bidang pengajian yang dihajatkan.

          Semakan No Plat Kenderaan Terkini Online

          $
          0
          0
          Semakan No Pendaftaran Kenderaan Terkini Malaysia. Bagi mereka yang ingin membeli kenderaan baru dan berhasrat untuk menempah no plat kenderaan mengikut kehendak dan minat masing-masing, anda boleh membuat semakan No plat kenderaan terkini JPJ secara online. Berikut disertakan Cara Buat Semakan No Plat Kenderaan Terkini Malaysia yang boleh disemak terus ke Laman Web JPJ. Semakan lain yang boleh di buat adalah Semakan senarai Hitam dan Semakan Saman JPJ.

          Terkini : Bermula 1 Jun 2016, no plat kenderaan baru bagi Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah F untuk Putrajaya dan V untuk Kuala Lumpur. Sumber FB Jabatan Penerangan Malaysia
          no plat pendaftaran terkini

          Cara Buat Semakan No Plat Kenderaan Terkini Online

          Mungkin anda tertanya-tanya apakah nombor plat kenderaan semasa ketika ini. Di Laman Web JPJ ini, anda boleh membuat semakan no plat kenderaan terkini secara online untuk semua negeri seperti di bawah ini. 

          * No plat terkini setakat 7 Oktober 2017

          KLANG VALLEY

          • KUALA LUMPUR - VAS1299 
          • SELANGOR - BPH1562 

          SELATAN

          • JOHOR - JSJ7036 
          • MELAKA - MCY5282 
          • NEGERI SEMBILAN - NDH3177 

          UTARA

          • PULAU PINANG - PND6481 
          • PERAK - AKV674 
          • PERLIS - RS6593
          • KEDAH - KEK4510 
          • LANGKAWI - KV402E 

          PANTAI TIMUR

          • PAHANG - CDX3102 
          • TERENGGANU - TBV8140 
          • KELANTAN - DDD6560 

          SABAH

          • KOTA KINABALU - SAC6753E 
          • SANDAKAN - SS4622R 
          • KUDAT - SK9203A 
          • TAWAU - ST6418Y 
          • BEAUFORT - SB7986C 
          • KENINGAU - SU6511D 
          • LAHAD DATU - SD8302M 
          • LABUAN - LF9652

          SARAWAK

          • KUCHING - QAA6560T 
          • SIBU - QS1814H 
          • MIRI - QM7092C 
          • SRI AMAN - QBD466 
          • SARIKEI - QRK7843 
          • BINTULU - QTQ2185 
          • LIMBANG - QLB6170 
          • KOTA SAMARAHAN - QCG4736 
          • KAPIT - QPA8752 
          • MUKAH - QS1814H 
          • BETONG - QBD466 
          • LAWAS - QLB6170 
          Semoga informasi Cara Buat Semakan No Plat Kenderaan Terkini ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan dalam merancang pembelian kenderaan baru anda.

          Top 20 Pemain Tenis Lelaki Dan Wanita Terbaik Dunia 2017

          $
          0
          0
          Ranking Pemain Tenis Lelaki Dan Wanita Terbaik Dunia 2017. Berikut adalah senarai ranking terkini pemain-pemain tenis Lelaki dan Wanita terbaik dunia bagi musim 2017 berdasarkan kepada ranking terkini pemain tenis pada tarikh 2 Oktober 2017. Pemain dari Sepanyol, Nadal kini bersaing dengan pemain berasal dari Switzerland, Roger Federer untuk kedudukan pemain No 1 dunia.
          ranking pemain tenis dunia 2017
          Federer No 2 Terbaik 

          Ranking Pemain Tenis Terbaik 2017 (Top 20)

          Berikut adalah senarai ranking pemain tenis Top 20 lelaki dan wanita yang memaparkan no ranking, nama pemain, warganegara dan pungutan mata :-

          LELAKI:

          • 1.Nadal Rafael (Spain) : 9465
          • 2.Federer Roger: Switzerland :7505
          • 3.Murray Andy : Great Britain6790
          • 4.Zverev Alexander : Germany4310
          • 5.Cilic Marin : Croatia4155
          • 6.Djokovic Novak : Serbia4125
          • 7.Thiem Dominic : Austria3925
          • 8.Dimitrov Grigor :  Bulgaria3575
          • 9.Wawrinka Stan : Switzerland3540
          • 10.Carreno-Busta Pablo : Spain2855
          • 11.Goffin David : Belgium2855
          • 12.Raonic Milos : Canada2825
          • 13.Bautista-Agut Roberto : Spain2525
          • 14.Nishikori Kei : Japan2475
          • 15.Querrey Sam:  USA2445
          • 16.Anderson Kevin : RSA2425
          • 17.Isner John : USA2425
          • 18.Tsonga Jo-Wilfried : France2375
          • 19.Kyrgios Nick : Australia2245
          • 20.Berdych Tomas : Czech Republic2195

            WANITA:

            • 1.Muguruza Blanco Garbine Spain6245
            • 2.Halep Simona Romania5645
            • 3.Svitolina Elina Ukraine5640
            • 4.Pliskova Karolina Czech Republic5605
            • 5.Williams Venus USA4652
            • 6.Wozniacki Caroline Denmark4640
            • 7.Konta Johanna Great Britain4435
            • 8.Ostapenko Jelena Latvia4130
            • 9.Kuznetsova Svetlana Russia4115
            • 10.Cibulkova Dominika Slovakia3330
            • 11.Radwanska Agnieszka Poland3250
            • 12.Kerber Angelique Germany3236
            • 13.Keys Madison USA3213
            • 14.Mladenovic Kristina France3090
            • 15.Garcia Caroline France2980
            • 16.Vandeweghe Coco USA2764
            • 17.Stephens Sloane A. USA2712
            • 18.Kvitova Petra Czech Republic2357
            • 19.Sevastova Anastasija Latvia2295
            • 20.Vesnina Elena Russia2190

              Senarai Top 20 Pemain Tenis Lelaki Dan Wanita Terbaik Dunia 2017 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Sumber : Tennis Explorer
              Viewing all 1692 articles
              Browse latest View live