Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 1692 articles
Browse latest View live

Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Dan Mudah Dihafal

$
0
0
Doa Ringkas Selepas Solat Yang Ringkas Beserta MaksudBerikut dikongsikan bacaan doa selepas solat fardu beserta maksud untuk panduan dan rujukan semua. Doa adalah merupakan satu ibadat. Ianya merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ianya boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. 

Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya atau adat. Doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai satu ibadah, doa hendaklah dilakukan di tempat yang betul, masa yang sesuai dan suasana yang baik. 

bacaan doa ringkas selepas solat

Doa Selepas Solat : Ringkas Dan Mudah 

Sebagai panduan serta rujukan bersama, berikut dikongsikan dua doa selepas solat beserta bacaan dalam arab dan maksudnya. Marilah sama-sama kita berdoa untuk memohon apa yang dihajati untuk kehidupan terbaik di dunia dan di akhirat. Doa ringkas selepas solat fardhu 5 waktu ini amat mudah untuk dihafal dan marilah sama-sama kita mengamalkannya selalu. Semoga dengan memperbanyakkan bacaan doa selepas waktu solat, semua hajat kita akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa. Amin ya rabbal'alamin.

Doa Ringkas Selepas Solat 1

Solat yang baru selesai kita dirikan ini tidak dapat kita yakini kesempurnaannya, terlalu banyak kita rasa kekurangannya. Oleh yang demikian, kita mengharapkan daripada bacaan wirid-wirid selepsa solat inilah dapat menampung kekurangan itu. Mudah-mudahan Allah perkenankan untuk kesempurnaan solat kita, insya Allah. Wallahu a’lam. Wirid-wirid dan doa, penerbit Al-Hidayah Publication 2010


bacaan doa ringkas selepas solat 1

Maksudnya 

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang 

Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. 

Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. 

Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. 

Doa Ringkas Selepas Solat 2

bacaan doa ringkas selepas solat 2

Maksudnya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Video Bacaan Doa Ringkas Selepas Solat

 


Marilah sama-sama kita amalkan doa selepas solat ini. Semoga perkongsian Doa Selepas Solat Fardhu Yang Ringkas Dan Mudah Dihafal ini bermanfaat buat semua.

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan Online

$
0
0
SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Online Tahun 2017. SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa  atau Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah adalah satu kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu Ibu Bapa untuk memantau perkembangan pelajaran anak mereka. SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar di mana semakan hanya boleh dibuat untuk semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah (Darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5). 
Selain Semakan Ibu Bapa, sistem ini ada menyediakan informasi tentang panduan pengguna, muat turun gred pemarkahan peperiksaan terkini serta takwim peperiksan dalaman sekolah meliputi tarikh kemasukan data peperiksaan. Keputusan peperiksaan awam seperti keputusan SPM, PT3 dan UPSR tidak boleh disemak menggunakan sistem SAPS.

saps ibu bapa 2017

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 Online

Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah dan cepat yang perlu diikuti oleh Ibu Bapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Online (SAPS NKRA) anak mereka. Untuk memastikan keputusan terkini dipaparkan, sila semak selepas markah keputusan peperiksaan terkini/ semasa habis dikemaskini.
  1. Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Terdapat beberapa Menu seperti Muat Turun, Uji Kelajuan, FAQ dan Semakan Ibu Bapa
  3. Nota : Jika anda menghadapi masalah dalam mengakses sitem SAPS, sila clear browsing cache anda. Atau klik "Your Connection Is Not Private" untuk membuat semakan.
  4. Klik Semakan Ibu Bapa

Langkah-Langkah Semak Slip Peperiksaan Pelajar SAPS Ibubapa

Selepas Klik Semakan Ibu Bapa, berikut adalah langkah-langkah seterusnya untuk membuat semakan SAPS.
  • Sila masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa "-" atau "SPACE")
  • Sila Pilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
  • Seterusnya Pilih Tahun (2011 hingga 2017
  • Dan akhirnya klik butang SEMAK LAPORAN

Nota

Sistem SAPs bagi Sekolah Rendah hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Di antara Jenis Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak pula adalah:

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM)

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan Dalaman Sekolah 2017

Untuk kemudahan ibu bapa, berikut adalah Takwim/ Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2017 mengandungi tarikh dan tarikh key-in markah ke sistem SAPS:-

1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

Tahun 6/ Tingkatan 5 : Terkini : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)

2. Peperiksaan Percubaan

Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

3. Peperiksaan Akhir Tahun

Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)
takwim kemasukan markah peperiksaan dalam saps 2017
Sumber Sistem SAPS

Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 - 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Cara Hubungi

TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg)


Semoga kemudahan yang disediakan oleh KPM ini iaitu SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan Online bermanfaat buat semua. Ianya dapat membantu Ibu Bapa dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran anak-anak mereka.

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

$
0
0
Carta Kedudukan Pungutan Pingat Terkini Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Sukan SEA 2017 atau SEA Games yang merupakan acara sukan terbesar di rantau Asia Tenggara kini kembali. Ianya akan berlangsung selama 12 hari bermula dari 19 Ogos hingga 30 Ogos 2017. Kontijen Malaysia mensasarkan pungutan Pingat Emas sebanyak 111. Bagi mencapai matlamat dan menilai pencapaian skuad negara, berikut dikongsikan Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Edisi kali ini adalah edisi ke 29 dengan Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah temasya. Chef de Mission Sukan SEA KL adalah Marina Chin. Kali terakhir Malaysia bergelar juara adalah pada temasya di Kuala Lumpur pada 2001, sudah 16 tahun berlalu. Ketika menjadi juara pada Sukan Sea 2001, Malaysia berjaya mengutip 111 emas, 75 perak dan 85 gangsa menjadikan kutipan keseluruhan pingat sejumlah 271 pingat.

carta pungutan Pingat terkini Sukan SEA 2017

Maskot pasukan negara adalah Rimau diambil sempena nama Harimau Malaya yang sifatnya berdasarkan warna logo Sukan Sea yang dipilih. Iaitu warna hijau bagi sifat hormat pada lawan dan semangat kesukanan Sukan SEA. Warna biru pula melambangkan sikap yang positif, kesukanan dan menang dengan bermaruah. Warna merah melambangkan sifat penuh integriti. Warna hitam adalah semangat perpaduan dan kebersamaan manakala warna kuning melambangkan pergerakan yang pantas dan kuat. 

Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (Emas, Perak Dan Gangsa)

Mampukah Malaysia meraih sasaran 111 pingat emas pada Sukan SEA 2017 kali ini? Berikut adalah Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk makluman, Malaysia telah meraih kilauan pingat emas sulung (emas pertama Malaysia) menerusi acara chinlone linking. Jadual dan keputusan acara bolasepak boleh dilayari di FOOTBALL.


sea games 2017 medal tally
Nota : Kedudukan setakat 16 Ogos 2017. Sumber

Semoga perkongsian Kedudukan Pingat Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur boleh dijadikan panduan buat peminat sukan di Malaysia. Ayuh altet Malaysia, gegarkan Kuala Lumpur dengan kilauan pingat emas yang disasarkan.

Semakan Keputusan SPMU 2017 Online Dan SMS

$
0
0
Tarikh Semakan Keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2017 Online Dan SMS. Perhatian buat pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada bulan Jun 2017 yang lalu. Untuk makluman dan rujukan, tarikh keputusan peperiksaan SPMU tahun 2017 akan diumumkan pada hari Khamis, 24 Ogos 2017. Semakan keputusan SPMU 2017 untuk ringkasan keputusan boleh disemak secara SMS. 

Link semakan secara online akan dikongsikan jika disediakan. Ringkasan keputusan boleh disemak bermula dari jam 10:00 pagi 24 Ogos sehingga 30 Ogos 2017. Mata pelajaran yang ditawarkan pada peperiksaan SPMU adalah Sejarah, Bahasa Melayu dan Matematik.


semakan spmu 2017 online

Semakan Keputusan SPMU 2017 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat penting semakan keputusan SPMU tahun 2017 yang memaparkan tarikh keputusan diumumkan dan cara membuat semakan. 

  • Tarikh Semakan SPMU 2017 : 24 Ogos (Khamis) bermula jam 1000 pagi sehingga 30 Ogos 2017
  • Slip keputusan penuh SPM Ulangan 2017 : Slip calon pelajar akan diposkan ke alamat rumah calon, atau anda  boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat calon mendaftar peperiksaan SPMU 

Semakan Keputusan SPMU Online 

Link semakan akan dikongsikan jika ada disediakan

Cara Semak Keputusan SPMU 2017 Melalui SMS

Calon SPMU 2017 boleh membuat semakan keputusan SPM Ulangan 2017 melalui kaedah SMS. Perkhidmatan mySMS akan diaktifkan bermula dari jam 10:00 pagi 24 Ogos dan berakhir pada 6:00 petang 30 Ogos 2017. 

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2017 melalui kaedah SMS: 

  • Taipkan: SPMU<jarak>No Kad Pengenalan<Jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888
  • Contoh: SPMU 950101140001 WY198A123 Hantarkan SMS ke 15888 



Semakan Keputusan SPM ulangan 2017 melalui sms

Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan oleh semakan trafik yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Selamat membuat Semakan Keputusan SPMU 2017 Online Dan SMS. Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM Ulangan kali ini.

Penjaring Gol Terbanyak Liga Perdana Inggeris 2017/ 2018

$
0
0
Senarai Top Scorer EPL 2017/ 2018. Musim baru EPL Liga Perdana Inggeris 2017-2018 pasti sengit dengan kehadiran beberapa pengurus ternama dunia seperti Klopp, Conte, Mourinho dan Guardiola. Pasukan pilihan untuk kejuaraan berprestij Liga Perdana Inggeris musim 2017-2018 kini adalah pasukan Man City, Arsenal, Chelsea, Man United, Spurs dan Liverpool. Berikut adalah Senarai penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris 2017-2018 di bawah ini yang merupakan penyumbang keatas kedudukan pasukan mereka di takhta Liga EPL.

* senarai top scorer akan dikemaskini dari masa kesemasa. Penjaring Gol Terbanyak Liga Perdana Inggeris 2017/ 2018 appeared first at PanduanMalaysia.com.

top scorer epl musim 2017/ 2018

Senarai Penjaring Gol Terbanyak EPL 2017/ 2018 (EPL Top Scorer)

Berikut adalah senarai penjaring gol terbanyal EPL yang akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

Musim 2017/ 2018


  1. Romelu Lukaku (Manchester United): 3
  2. Javier Hernández (West Ham United) : 2
  3. Sadio Mané (Liverpool FC) : 2
  4. Anthony Martial(Manchester United) : 2
  5. Steve Mounié (Huddersfield Town) : 2
  6. Shinji Okazaki (Leicester City) : 2
  7. Paul Pogba ( Manchester United) : 2
  8. Jamie Vardy (Leicester City) : 2
  9. Sam Vokes (Burnley FC) : 2
Jaringan setakat 20 Ogos 2017

Musim 2016/ 2017

    1. Harry Kane (Tottenham) : 29 
    2. Romelu Lukaku (Everton) : 25
    3. Alexis Sanchez (Arsenal) : 24
    4. Diego Costa (Chelsea) : 20
    5. Sergio Aguero (Manchester City) : 20
    6. Dele Alli (Tottenham) : 18
    7. Zlatan Ibrahimovic (Manchester United) : 17
    8. Eden Hazard (Chelsea) : 16
    9. Joshua King (Bournemouth) : 16
    10. Jermain Defoe (Sunderland) : 15
    11. Christian Benteke (Crystal Palace) : 15
    12. Fernando LLorente (Swansea) : 15
    13. Son Heung Min (Spurs) : 14
    14. Sadio Mane (Liverpool) : 13 
    15. Jamie Vardy (Leicester) : 13
    16. Phillipe Coutinho (Liverpool) : 13
    17. Oliver Giroud (Arsenal) : 12
    18. Roberto Firmino (Liverpool) : 11
    19. Troy Deeney (Watford) : 10
    20. Pedro (Chelsea) : 10
    21. Theo Walcott (Arsenal) : 10
    22. Sam Vokes (Burnley) : 10
    23. Michail Antonio (West Ham) : 9
    24. Gylfi Sigurdson (Swansea City) : 9 
    25. Andy Gray (Burnley) : 9 
    26. Alvaro Negredo (Boro) : 9
    27. Christian Eriksen (Spurs) : 8
    28. Adam Lallana (Liverpool) : 8
    29. Manuel Lanzini (West Ham) : 8
    30. Mesut Ozil (Arsenal) : 8
    31. Solomon Rondon (West Brom) : 8
    32. Willian (Chelsea) : 8
      Rekod jaringan gol setakat 22 Mei 2017

      Tahniah kepada Harry Kane, pemenang Golden Boot (Kasut Emas) EPL 2015/ 2016. Siapa pula penjaring terbanyak EPL musim 2016/ 2017 kali ini? Ya Harry Kane sekali lagi memenangi Kasut Emas EPL tahun 2017. Siapa pula pemain yang bakal memenangi Kasut Emas musim ini?

      Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat 2017

      $
      0
      0
      Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/ Wanita Tentera Darat Januari 2017. Dipetik dari Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa sesi Pemilihan Awal (Khas) Perajurit Muda Lelaki/ Wanita Tentera Darat akan diadakan pada 21 hingga 25 Januari 2017. Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat boleh menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki TD di lokasi seperti dinyatakan dalam iklan di bawah ini.

      tarikh dan lokasi Pemilihan Awal Perajurit Muda TD 2017

      Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat 2017

      Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk menghadiri diri ke Pemilihan Awal (Khas) Perajurit Muda Tentera Darat di lokasi dan tarikh yang dinyatakan dibawah ini. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki/ Wanita Tentera Darat pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Calon-calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.  

      Pemohon yang berminat menjadi Perajurit Muda TDM, anda boleh merujuk kepada maklumat lanjut berkenaan dengan perkara berikut dengan merujuk iklan pemilihan yang disertakan di bawah ini:-
      • Kelayakan Akademik
      • Lain-Lain Kelayakan
      • Dokumen dan Sijil yang diperlukan
      • Gaji dan elaun
      • Pusat Pemilihan 

      Pemilihan Awal Terkini Siri 185

      Permohonan online Perajurit MUda TDM dibuka sehingga 4 SEptember 2017. Klik IKLAN
      Lokasi pemilihan awal seperti berikut :-

      SIRI 185

      ZON UTARA


      22 OGOS 17 (Kangar)
      23 & 24 OGOS 17 (Alor Star) 
      26 OGOS 17 (Kulim) 
      28 OGOS 17 (Ipoh) 

      ZON TENGAH

      22 OGOS 17 (Kuala Lumpur) 
      24 OGOS 17 (JOHOR BHARU) 
      26 OGOS 17 (KLUANG) 
      28 OGOS 17 (MELAKA) 
      30 OGOS 17 (SEREMBAN) 

      ZON TIMUR

      22 OGOS 17 (TEMERLOH) 
      24 OGOS 17 (KUALA TERENGGANU) 
      26 & 27 OGOS 17 (KOTA BHARU) 
      29 OGOS (KUALA LIPIS) 

      ZON SABAH

      22 OGOS 17 (TAWAU) 
      24 OGOS 17 (SANDAKAN) 
      26 & 27 OGOS 17 (KOTA KINABALU) 

      ZON SERAWAK

      22 OGOS 17 (MIRI) 
      24 OGOS 17 (SIBU) 
      26 & 27 OGOS (KUCHING)

      Pemilihan Awal (Khas) Januari 2017

      Untuk grafik yang jelas, sila klik IKLAN TDM.
      iklan Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat 2017

      Pusat-Pusat Pemilihan

      Calon yang berminat boleh hadir dengan berpakaian kemas ke lokasi pemilihan seperti berikut :-
      senarai pusat pemilihan perajurit muda td 2017


      • LELAKI – Baju kemeja putih berkolar lengan panjang, seluar slack berkasut serta sarung kaki dan
      • rambut hendaklah dipotong.
      • WANITA – Baju kurung/kasual dan kasut bertutup.
      • Masa Pendaftaran: 8.00 pagi

      Cara Hubungi

      Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
      MARKAS TENTERA DARAT 2
      SEL PENGAMBILAN
      PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
      CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
      WISMA PERTAHANAN,
      JALAN PADANG TEMBAK
      50634 KUALA LUMPUR


      Talian seperti berikut: Tel: 03-2071 4258/2197/4254

      Semakan Keputusan Perajurit Muda 2017

      PERMOHONAN BOLEH DISEMAK BERMULA pada 20 SEPTEMBER 6 FEBRUARI 2017 DILAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:



      Kepada warganegara Malaysia yang berminat, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada Tentera Darat Malaysia. Semoga anda berjaya dalam pemilihan nanti. 

      Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2017

      $
      0
      0
      Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Mac 2017. Berita baik bagi mereka yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia sebagai Perajurit Muda TD. Permohonan secara online dan pemilihan terbuka siri 185 tahun 2017 dibuka seperti tarikh dikongsikan dari FB TDM danPortal Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM). Iklan sesi pemilihan awal Perajurit Muda Lelaki & Wanita Tentera Darat juga ada disiarkan di Laman Berita utama tempatan. 

      permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2017
      • Tarikh dan Jadual Sesi pemilihan Perajurit Muda 2017 boleh dirujuk di jadual di bawah ini
      • Sesi Pengambilan Terkini Perajurit Muda siri 185 tahun 2017 klik TD
      • Pemilihan awal (khas) Perajurit Muda 2017 klik Tentera Darat (TD)
      • Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016

      Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2017

      Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi pengambilan Siri 185 tahun 2017.

      • Pemilihan Perajurit Muda Lelaki dan Wanita TD
      • Pemilihan calon Wanita Kor Agama Angkatan Tentera .

      Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

      Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dan panduan permohonan sebelum memohon.

      Syarat Kelayakan Akademik

      LELAKI

      1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek MATEMATIK/ SAINS/ BAHASA INGGERIS. Lulus SEJARAH bagi SPM 2013 dan keatas
      2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu Kolej Vokasional 1104, subjek Matematik, Sains dan lulus Bahasa Inggeris
      3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
      4. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat Prinsipal dalam subjek Syariah/ Usuluddin Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM (KAGAT)
      5. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
      6. Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pembantu Pegawai Perubatan/Jururawat Terlatih di iktiraf KKM/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
      7. Diploma pelbagai bidang dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)

      WANITA

      1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS. Lulus SEJARAH bagi SPM 2013 dan keatas
      2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan lulus subjek Bahasa Melayu Kolej Vokasional 1104 dan salah satu subjek Matematik/ Sains/ Bahasa Inggeris
      3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
      4. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
      5. Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pembantu Pegawai Perubatan/Jururawat Terlatih di iktiraf KKM/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian/ Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
      6. Diploma pelbagai bidang dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)

      Lain-Lain Syarat Kelayakan

      Warganegara  Malaysia

      • Berumur tidak kurang 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah dan calon KAGAT berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30  tahun  pada tarikh angkat sumpah (25 Mac 17).

      Taraf Perkahwinan

      • Bujang/Kahwin/Duda bagi Lelaki. Tidak pernah berkahwin bagi wanita.

      Kes Polis/Mahkamah

      • Pemohon  mestilah  bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

      Taraf  Kesihatan

      • Calon  mesti  lulus  pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai  Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh – Forward Employment (FE) semasa pemilihan akhir.

      Saringan  Awal

      • Pemeriksaan Dokumentasi yang telah di muat naik dalam laman sesawang atau yang di pos ke cawangan ini. Calon yang lulus Saringan ini akan dipanggil ke tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan untuk hadir ke Pemilihan Akhir.

      Pemilihan Akhir

      Pemeriksaan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
      • Pengesahan Dokumen asal dan salinan.
      • Pemeriksaan Kesihatan.
      • Ujian Bertulis (IQ dan Psikologi)
      • Ujian Kecergasan (Larian 2.4 KM bermasa, Mendagu, Lompat Jauh Statik dan Bangun Tubi).

      Kriteria   Pemilihan

      Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit kelayakan Akademik, Fizikal, Ujian Bertulis serta Ujian Kecergasan.

      Kriteria   Tambahan

      Keutamaan kepada yang berkebolehan seperti:
      • Sukan mewakili peringkat negeri dan ke atas.
      • Berkebolehan bermain alat muzik pancaragam yang diiktiraf. (Penglibatan dan pengiktirafan disahkan melalui sijil)

      SYARAT MINIMA UKURAN FIZIKAL

      Ukuran Untuk Lelaki/ Wanita

      • Tinggi : 1.62m
      • Berat : 47.5kg
      • BMI = 18 - 26.0
      • Lelaki Sahaja
      • Ukuran Dada Biasa : 76 sm
      • Ukuran Dada Kembang : 81 sm

      GAJI SEMASA

      gaji semasa perajurit muda tentera darat

      DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

      1. Kad Pengenalan (MY KAD).
      2. Sijil Kelahiran Pemohon.
      3. Sijil SPM/SVM (bersama transkrip).
      4. Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
      5. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
      6. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
      7. Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
      8. Diploma  dan  Transkrip  (IPTS  terlibat  hendaklah  mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
      9. Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
      10. Sijil Berhenti Sekolah.
      11. Sijil  penglibatan  dan  pengiktirafan  sukan  dan  muzik. (Kriteria Tambahan)
      12. Salinan  Kad  Pengenalan  ibu  bapa  atau  Sijil  Kematian  bagi  ibu bapa  yang  telah  meninggal  dunia  berserta  tambahan  salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
      13. Surat  Nikah/Sijil  Pendaftaran  Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
      14. Sekeping gambar terkini berukuran passport

      CARA MEMOHON PERAJURIT MUDA TD 2017

      Pemohonan boleh dilaksanakan melalui laman sesawang Jom Masuk Tentera di 
      ATAU*
      • Pemohon boleh menghantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan di atas sebanyak 2 salinan melalui Pos ke alamat:

      SEL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
      CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
      MARKAS TENTERA DARAT 2
      WISMA PERTAHANAN,
      JALAN PADANG TEMBAK
      50634 KUALA LUMPUR

      Borang permohonan boleh dicetak melalui Laman Sesawang Portal Tentera Darat http://army.mod.gov.my/permohonan

      PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPROSES KE PERINGKAT SETERUSNYA

      TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA  4 SEPTEMBER 2017
      .
      SEMAKAN  STATUS  PERMOHONAN  OLEH  PEMOHON BERMULA PADA 20 SEPTEMBER 2017 DI LAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:
      Jom Masuk Tentera http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA
      Portal Tentera Darat http://army.mod.gov.my/akhir

      Sebarang  pertanyaan  boleh  hubungi di  talian seperti berikut:Tel: 03-2071 4258/2197/4254


      Syarat-Syarat Kelayakan lain, pusat pemilihan, gaji dan sebagainya sila rujuk iklan pengambilan tahun 2017 di link IKLAN atau klik TD

      Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal (Khas) Perajurit Muda 2017

      Berikut adalah maklumat sesi pemilihan awal (khas) Perajurit Muda terkini iaitu bulan Januari 2017. Sila hadir dengan berpakaian kemas iaitu baju berkolar, seluar slack, berkasut serta sarung kaki di pusat-pusat pemilihan yang tercatat di bawah: 
      • Masa Pendaftaran: 8.00 pagi 

      SIRI 185

      ZON UTARA

      22 OGOS 17 (Kangar)
      23 & 24 OGOS 17 (Alor Star) 
      26 OGOS 17 (Kulim) 
      28 OGOS 17 (Ipoh) 

      ZON TENGAH

      22 OGOS 17 (Kuala Lumpur) 
      24 OGOS 17 (JOHOR BHARU) 
      26 OGOS 17 (KLUANG) 
      28 OGOS 17 (MELAKA) 
      30 OGOS 17 (SEREMBAN) 

      ZON TIMUR

      22 OGOS 17 (TEMERLOH) 
      24 OGOS 17 (KUALA TERENGGANU) 
      26 & 27 OGOS 17 (KOTA BHARU) 
      29 OGOS (KUALA LIPIS) 

      ZON SABAH

      22 OGOS 17 (TAWAU) 
      24 OGOS 17 (SANDAKAN) 
      26 & 27 OGOS 17 (KOTA KINABALU) 

      ZON SERAWAK

      22 OGOS 17 (MIRI) 
      24 OGOS 17 (SIBU) 
      26 & 27 OGOS (KUCHING)

      SIRI 183


        tarikh dan lokasi pemilihan perajurit muda td 2017

        PERMOHONAN BOLEH DISEMAK BERMULA pada 6 FEBRUARI 2017 DILAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:


        Cara Hubungi TDM

        Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

        MARKAS TENTERA DARAT 2
        SEL PENGAMBILAN
        PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
        CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
        WISMA PERTAHANAN,
        JALAN PADANG TEMBAK
        50634 KUALA LUMPUR

        Talian seperti berikut: Tel: 03-2071 4258/2197/4254

        atau Layari Laman Web: http://army.mod.gov.my 

        Sumber Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia

        Selamat membuat permohon Perajurit Muda Tentera Darat 2017. Semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan tahun 2017. 

        Keputusan Rasmi Juara Raja Pecut 100m Sukan SEA 2017

        $
        0
        0
        Keputusan 100m Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Acara olahraga Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur yang menawarkan banyak pingat bermula pada 22 Ogos 2017. Acara tumpuan hari ini adalah siapakah juara acara pecut 100M Lelaki dan Wanita yang baru berakhir sebentar tadi. Juara pecut lelaki adalah milik Khairul Hafiz Jantan dari Malaysia manakala pelari dari Vietnam memenangi 100m wanita.

        Harapan Malaysia untuk melihat atlet mereka berjaya menjadi Raja Pecut berhasil. Malaysia mempunyai 2 wakil dalam 100M Akhir lelaki. Khairul Hafiz mencatat masa 10.38 saat untuk memenangi emas dan sekaligus menewaskan juara bertahan. Dalam acara 100M wanita pula, peserta Malaysia Zaidatul Husniah hanya mampu memenangi pingat perak.


        keputusan 100 m sukan sea 2017

        Keputusan 100M Sukan SEA 2017

        Keputusan penuh Akan dikemaskini

        Lelaki

        • Khairul Hafiz Jantan : 10.38 s
        • Eric Cray (Filipina) : 10,43s
        • Kritsada Nasuwun (Thailand) : 10.43s

        Wanita

        • Zaidatul Husniah Zulkifli : Perak

        Keputusan Raja Pecut Sukan SEA 2015 Singapura

        Berikut adalah keputusan rasmi acara 100M Lelaki dan Wanita Akhir (Raja Pecut) Sukan SEA 2015 :-
        KEPUTUSAN 100M LELAKI AKHIR
        RankBibName Reaction Time FnResult





        1126
        PhilippinesCRAY Eric Shauwn
        0.158
        10.25


        PB

        213
        IndonesiaBOBY Yaspi
        0.172
        10.45





        316
        IndonesiaISWANDI Iswandi
        0.184
        10.45





        4162
        SingaporeKANG Li Loong Ca..
        0.131
        10.47


        PB

        5241
        ThailandMEENAPRA Jirapong
        0.160
        10.48





        6160
        SingaporeJAMAL Muhammad A..
        0.174
        10.55





        7317
        VietnamLE Trong Hinh
        0.161
        10.55





        83
        Brunei DarussalamISMAIL Md Fakhri
        0.176
        10.67




        KEPUTUSAN 100M WANITA AKHIR
        RankBibName  Reaction Time FnResult





        1147
        PhilippinesRICHARDSON Kayla..
        0.216
        11.76





        2301
        ThailandWANNAKIT Tassaporn
        0.174
        11.76





        3212
        SingaporePEREIRA Veronica..
        0.219
        11.88





        495
        MalaysiaZaidatul Husniah Zulkifli
         0.211
        11.93





        5145
        PhilippinesGRIFFEY Princess..
        0.158
        12.00





        6340
        VietnamLUU Kim Phung
        0.221
        12.00





        734
        IndonesiaUTAMI Tri
        0.192
        12.01





        8341
        VietnamNGUYEN Thi Oanh
        0.204
        12.02

        Tahniah kepada Khairul Hafiz Jantan yang berjaya menjadi Raja Pecut Sukan SEA 2017 di KL.

        Niat Puasa Hari Arafah

        $
        0
        0
        Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah. Bilakah tarikh puasa dan bagaimana niat puasa Hari Arafah 2017? Puasa sunat hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji dan ianya mempunyai ganjaran yang besar.

        "Puasa itu (Puasa Hari Arafah) dapat menebus dosa setahun yang lalu dan akan datang"
        (HR Muslim). 


        Niat Puasa Hari Arafah

        Tarikh Puasa Hari Arafah

        Umat Islam di Malaysia disunatkan berpuasa Sunat Arafah pada 9 Zulhijjah 1438 Hijrah yang jatuh pada hari Khamis, 31 Ogos 2017 mengikut kalendar Islam di Malaysia. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji/ Aidiladha 2017 pada hari Jumaat, 1 September 2017 yang merupakan cuti umum/ hari kelepasan am.

        Lafaz Niat Puasa Hari Arafah

        Berikut adalah Lafaz Niat Puasa Sunat Arafah :-
        niat Puasa hari Arafah

        • Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta'ala.

        Kredit Shafiqolbu

        Semoga perkongsian Niat Puasa Hari Arafah bermanfaat buat semua. Selamat berpuasa sunat Arafah.

        TTA PLUS Hari Raya Aidiladha Dan Merdeka 2017

        $
        0
        0
        Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS : Hari Kebangsaan Dan Aidiladha 2017Seperti biasa, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) ada mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya PLUS untuk musim perayaan dan cuti panjang. Tidak terkecuali untuk sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha dan Hari Kebangsaan 2017. Berikut dikongsikan Jadual TTA PLUS Hari Raya Aidiladha Dan Merdeka 2017 untuk panduan dan rujukan para pengguna lebuhraya Utara-Selatan. 

        Selain Jadual Perjalanan (TTA) yang bertujuan mengagihkan trafik, PLUS juga ada menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus sepanjang hari selama 2 hari iaitu pada 29 Ogos dan 4 September 2017. Rebat diberikan adalah untuk menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuh raya PLUS.

        Jadual TTA PLUS Hari Raya Aidiladha Dan Merdeka 2017

        Berikut dikongsikan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya PLUS (TTA) untuk Hari Kebangsaan dan Perayaan Hari Raya Aidiladha tahun 2017. TTA adalah untuk perjalanan di PLUS Highway dari 25 Ogos sehingga 4 September 2017.

        A. Perjalanan Dari Lembah Kelang Ke

        • Perlis, Penang, Perak (Utara), Kedah dan Johor :  Sebelum jam 1000 pagi
        • Lain-Lain Negeri : Selepas jam 1000 pagi

        B. Perjalanan Dari Perlis, Penang, Perak (Utara), Kedah dan Johor Ke 

        • Lembah Kelang : Sebelum 1000 pagi

        C. Perjalanan Dari Lain-Lain Negeri Ke Lembah Kelang

        • Selepas Jam 1000 pagi

        Jadual cadangan waktu perjalanan plus aidiladha 2017
        TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim cuti dan perayaan yang lalu. Jadual tersebut berperanan mengelakkan orang ramai daripada memasuki lebuh raya secara serentak dan menyumbang kepada kesesakan.

        Selamat bercuti buat semua. Ikuti TTA PLUS Hari Raya Aidiladha Dan Merdeka 2017 untuk perjalanan ke lokasi yang lebih selesa.

        Kalendar MATTA Fair 2017 : Tarikh Dan Lokasi

        $
        0
        0
        Jadual Tarikh Dan Lokasi Matta Fair 2017. Anda merancang untuk bercuti semasa Cuti sekolah 2017 nanti? Berita baik, MATTA Fair 2017 akan kembali lagi dengan tawaran yang hebat serta lebih menarik lagi. Ianya akan diadakan dua kali di peringkat nasional iaitu pada Mac dan September 2017. 

        The Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) atau MATTA Fair merupakan pameran pelancongan terbesar yang bakal diadakan di beberapa lokasi utama di Malaysia sepanjang tahun 2017 ini. 
          Tarikh dan lokasi MATTA Fair 2017

          Kalendar Jadual Dan Tarikh MATTA Fair 2017

          Pameran MATTA FAIR 2017 yang dinantikan dan yang terbesar sudah pasti pada 17 hingga 19 Mac 2017 di PWTC yang dijangka menarik ratusan ribuan pengunjung. Pameran kedua peringkat nasional pula akan diadakan pada 8 hingga 11 September 2017.
           
          Oleh itu bagi mereka yang mencari percutian yang mampu dimiliki pada tahun 2017/ 2018 kini boleh mengunjungi pameran MATTA Fair. Apa yang pasti, pengunjung akan mempunyai pilihan tambahan dalam pakej pelancongan termasuk Muslim Package, International dan sebagainya.


          Berikut adalah Kalendar Jadual Tarikh Dan Lokasi Matta Fair 2017 yang bakal diadakan di seluruh Malaysia tahun 2017 ini. Acara utama pada Mac dan September 2017 adalah selama tiga hari itu dan akan dibuka kepada orang ramai bermula jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam.  

          Muat Turun/ Download Kalendar Matta Fair 2017

          MATTA Fair 2017 calendar

          Klik Kalendar MATTA 2017 untuk download

          Semoga Kalendar MATTA Fair 2017 ini membolehkan anda membuat perancangan kewangan sebaiknya bagi membolehkan anda merancang percutian tahun 2017 dan 2018 nanti.

          Keputusan Malaysia Vs Hong Kong 5 Sept 2017

          $
          0
          0
          Malaysia vs Hong Kong 5.9.2017 Kelayakan Piala Asia 2019. Skuad Harimau Malaysia kendalian jurulatih Nilo Vengada akan beraksi malam ini pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B? Perlawanan Malaysia vs Hong Kong akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka bermula jam 8.45 malam. 

          Hanya di PanduanMalaysia.com untuk informasi terkini....

          Aksi Malaysia vs Hong Kong akan disiarkan siaran langsung di Saluran Astro Arena 801/ 802HD. Kemenangan buat skuad Malaysia adalah perlu susulan kekalahan perlawanan pertama kepada Lebanon Jun yang lalu. Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Lebanon, Hong Kong dan Korea Utara.

          live streaming Malaysia Vs Hong Kong kelayakan piala asia 2019

          Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Hong Kong 5 September 2017 : Kelayakan Piala Asia 2019

          Berikut dikongsikan maklumat perlawanan Malaysia vs Hong Kong untuk aksi kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B.

          • Perlawanan : Malaysia vs Hong Kong
          • Kumpulan : B
          • Stadium : Hang Jebat, Melaka
          • Tarikh/ Masa : 845 malam (Selasa, 5 September 2017)

          Selain itu Lubnan akan menanti kunjungan Korea Utara pada hari yang sama. Keputusan penuh perlawanan adalah seri iaitu Korea Utara 2 - 2 Lubnan.

          Senarai Pemain

          Kesebelasan Utama: 23-Hafizul Hakim Khairul Nizam (PG); 15-Rizal Ghazali, 5-Shahrom Kalam, 17-Aidil Zafuan Abd Radzak, 21-Nazirul Naim Che Hashim; 18-Kiko Insa; 7-Baddrol Bakhtiar, 6-Amirulhadi Zainal, 8-Safiq Rahim (K), 16-Syazwan Zainon; 10-Darren Lok.

          Simpanan: 2-Amirul Azhan Aznan, 3-Fitri Omar, 4-Shahrel Fikri Fauzi, 9-Ahmad Hazwan Bakri, 11-Ahmad Syamim Yahya, 12-Akram Mahinan, 13-Khairul Helmi Johari, 14-Nasir Basharudin, 19-Wan Zack Haikal Wan Nor, 20-Nazrin Nawi, 22-Farhan Abu Bakar (PG).

          Keputusan Perlawanan

          Malaysia 0
          Hong Kong 0

          Selamat menyaksikan perlawanan menarik Malaysia vs Hong Kong. Ayuh Malaysia bangkit dengan aksi yang terbaik.

          Tarikh Pembentangan Bajet 2018 Malaysia

          $
          0
          0
          Bajet 2018 Dibentangkan Pada 27 Oktober 2017. Bilakah tarikh pembentangan Bajet 2018? Menurut sumber Portal Rasmi Parlimen Malaysia,Bajet 2018 dijadual dibentangkan di Parlimen pada hari Jumaat, tarikh 27 Oktober 2017. Perdana Menteri memerangkap Menteri Kewangan akan membentangkan bajet bermula jam 400 petang di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

          Fokus Bajetdijangka berkisar kepada Transformasi Nasional 2050 atau TN50, kenaikan kos sara hidup yang memberikan kesan kepada golongan terutama kumpulan B-40 dan M-40. Juga untuk memperkukuh pertumbuhan, memperluas keterangkuman dan memastikan kemampanan fiskal. Serta insentif cukai bersasar.

          Bajet 2018

          Tarikh Pembentangan Bajet 2018 - Masa Dan Lokasi

          Bajet 2018 akan dibentang di Parlimen pada 27 Oktober 2017
          • Tarikh : 27 Oktober 2017 (Jumaat) 
          • Masa: * 400 petang
          Untuk makluman, satu laman web khas interaktif telah disediakan oleh kerajaan dalam mendapatkan input, maklum balas dan cadangan rakyat dalam membentuk bajet tahunan negara. Orang ramai adalah digalakkan untuk mengemukakan sebanyak mungkin input dan mengambil bahagian dalam pembentukan #Bajet2018 menerusi laman web khas yang dibuka kepada umum mulai 4 sehingga 18 September 2017.

          Sebarang cadangan atau pandangan orang ramai berkenaan butiran Bajet 2018 adalah dialu-alukan. Maklum balas yang merangkumi pelbagai aspek boleh disalurkan menerusi ideabajet2019@treasury.gov.my.

          Intipati Bajet 2017

          Sebagai rujukan dan panduan, berikut dikongsikan senarai Intipati Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada hari Jumaat, 21 Oktober 2016. 

          1. Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.
          2. Sebanyak RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
          3. Sebanyak RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
          4. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi terima agihan tertinggi RM25.9 bilion, diikuti sektor sosial RM12.2 bilion, keselamatan RM5.3 bilion, pentadbiran RM2.5 bilion
          5. Hasil kerajaan Persekutuan 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7 bilion
          6. Sasaran kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pada 2017
          7. GST hampir RM30 bilion dikutip setakat 19 Okt 2016
          8. KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada US$23,100 pada 2012 kepada US$26,891 pada 2015
          9. Jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
          10. Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana
          11. Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin
          12. Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000
          13. Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar
          14. RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar
          15. RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)
          16. RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli
          17. RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil
          18. RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara
          19. RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000 sehingga RM50,000 seunit, dengan kerajaan membiayai RM20,000
          20. RM275 juta bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40
          21. Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.
          22. Bantuan BR1M 2017 - isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan bantuan kepada RM1,200
          23. BR1M - isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan bantuan kepada RM900
          24. BR1M - individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan bantuan kepada RM450
          25. RM4.6 bilion bagi memperkasakan program TVET untuk menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri
          26. Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000
          27. Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran
          28. Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan lebih mudah, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus
          29. RM100 juta untuk bina UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak
          30. Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan, surat khabar bercetak, smartphone dan tablet, langganan internet dan bayaran keahlian gimnasium
          31. RM40 juta bagi inisiatif NBOS Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2
          32. RM450 juta untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017
          33. RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan
          34. RM20 juta bagi usaha mengurangkan kesesakan hospital awam menerusi kerjasama swasta dan NGO dengan menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian peralatan untuk "non-profit charitable" hospital

          Untuk Bajet 2018 kali ini, penjawat awam pastinya menantikan dengan penuh debar samada bonus kakitangan awam akan diberikan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

          Intipati penting Bajet 2018 akan dikongsikan dan dikemaskini semasa pembentangan bajet pada 27 Oktober 2017 nanti.

          Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2017 Astro

          $
          0
          0
          Super Spontan Superstar 2017 Astro. Siaran langsung/ Live streaming Super Spontan Superstar? Pentas Program Realiti Komedi Spontan Popular musim baru iaitu Super Spontan Superstar 2017 kembali lagi bermula 8 September 2017. Super Spontan kali ini menampilkan beberapa selebriti pelawak hebat dan personaliti media sosial. Oleh itu siapakah Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2017 Astro?

          Super Spontan Superstar akan bersiaran pada setiap Jumaat selama 8 minggu berturut-turut, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). 16 peserta akan bersaing dan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Tenggiling Taiko dan King Musang.

          live streaming Super Spontan Superstar 2017 Astro

          Super Spontan Superstar 2017 Astro

          Program Super Spontan Superstar bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang, pada setiap Jumaat pukul 10 malam. 
          • Tempoh : 8 Minggu 
          • Hos : Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak 
          • Pengulas/ Komentator : Afdlin Shauki 
          • Komentator Jemputan : Selebriti jemputan yang akan dijemput setiap minggu 

          Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2017

          Berikut adalah Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2017 yang bakal mewarnai salauran Astro bulan September dan Oktober 2017 nanti. 16 peserta akan dibahagikan kepada 2 kumpulan seperti berikut :-

          KING MUSANG

          1. Shuib Sepahtu (Ketua Kumpulan)
          2. Amy Mastura
          3. Atu Zero
          4. Fad Bocey
          5. Kamal Adli
          6. Shuk Joras
          7. Fikri Ibrahim
          8. Zulin Aziz

          TENGGILING TAIKO

          1. Achey Bocey (Ketua Kumpulan)
          2. Ozzyln
          3. Mamak Puteh
          4. Sharif Zero
          5. Rahim Joras
          6. Shahrol Shiro
          7. Danial Zaini
          8. Sharifah Shahira

          Format Pemarkahan Super Spontan Superstar 2017

          Pemarkahan program ini adalah menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS). Setiap minggu kumpulan yang mendapat markah tercorot harus menyingkirkan seorang peserta daripada kumpulan mereka. Berbeza untuk minggu akhir, undian akan dilakukan bukan mengikut kumpulan tetapi mengikut individu bagi penentuan juara, naib juara, pemenang tempat ketiga dan seterusnya. 

          Talian undian secara SMS akan dibuka secara rasmi pada 8 September 2017, Jumaat pada jam 10.00 malam.

          Hadiah Pemenang Super Spontan Superstar 2016

          Pemenang Super Spontan Superstar bakal memenangi hadiah lumayan kali ini seperti berikut :-
          1. Juara Super Spontan Superstar : hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi
          2. Naib juara - RM50,000 dan trofi
          3. Tempat ketiga - RM25,000 dan trofi
          4. Tempat keempat - RM5,000 
          5. Kelima - RM5,000 
          6. Keenam - RM5,000  
          7. Ketujuh - RM5,000
          8. Kelapan - RM5,000

          Siapakah yang bakal menjuarai Super Spontan Superstar 2017 dan seterusnya mengikuti jejak langkah Johan serta Zizan Razak? Nantikan program komedi popular ini di Astro bermula 8 September 2017.

          Kembara Mahkota Johor 2017 Senarai Laluan Dan Lokasi

          $
          0
          0
          Senarai Laluan Dan Lokasi Kembara Mahkota Johor 2017. KMJ 2017 atau Kembara Mahkota Johor siri ke 20 akan kembali menemui rakyat jelata Johor mulai dari 9 hingga 12 September 2017. KMJ kali melibatkan perjalanan sejauh 808 km. Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar sekali lagi akan tampil dengan gaya tersendiri dengan memandu kereta beroda tiga buatan Britain yang direka khas mengikut spesifikasi baginda. 

          Pada tahun lepas, tiga trak Mack berjaya mewarnai Kembara Mahkota Johor (KMJ) dan menjadi tarikan kepada orang ramai serta rakyat Johor sepanjang empat hari program merentas beberapa daerah. Untuk makluman, KMJ 2016 telah diadakan pada 14 Mei hingga 17 Mei 2016 manakala Kembara Mahkota Johor 2015 yang bertemakan"MUAFAKAT BANGSA JOHOR" telah diadakan dari 10 hingga 13 Ogos 2015 untuk siri ke 18. 

          Matlamat utama KMJ dianjurkan adalah sebagai jambatan bagi menjalin hubungan erat diantara institusi diraja Johor bersama rakyat dengan pengisian pelbagai program di setiap pelusuk daerah di Negeri Johor.

          Program jelajah di seluruh Negeri Johor Darul Takzim oleh DYMM SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR bersama ahli rombongan ini akan menelusuri setiap bandar dan kampung di Negeri Johor.

          Laluan Kembara Mahkota Johor Tahun 2017 (KMJ 2017)

          Berikut adalah peta laluan KMJ tahun 2017 sepanjang 808km meliputi 10 daerah di Negeri Johor. Sumber FB Saya Orang Johor


          peta laluan kmj 2017

          Senarai laluan-laluan KMJ pula adalah seperti berikut :-


          Senarai Laluan Dan Lokasi KMJ 2017

          Aturcara Hari Pertama Dan Kedua KMJ 2017



          aturcara kmj 2017 hari pertama dan kedua


          Hari Ketiga Dan Keempat

          aturcara kmj 2017 hari ketiga dan keempat



          Laluan Kembara Mahkota Johor 2016

          Jangan ketinggalan untuk turut sama memeriahkan acara-acara dan menyertai pelbagai program aktiviti di setiap lokasi/ laluan Kembara Mahkota Johor 2016. 
          • Berikut adalah senarai laluan/ lokasi Kembara Mahkota Johor 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. 
          • KMJ 2016 bakal merentasi 10 daerah dengan jarak sejauh 842 km
          • Sultan Johor akan memandu Trak Mack diiringi 2 trak Mack lain, 2 buah bas, 35 motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson dan 10 pacuan 4WD  
          • Lokasi Mula : Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (Sabtu, 14 Mei 2016)
          • Lokasi Berakhir : R&R Pandan, Lebuhraya EDL (Selasa, 17 Mei 2016)

          Laluan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2016


          Sumber FB Johor Times

          Laluan di bawah adalah laluan KMJ 2015 yangdikongsikan dari FB Saya Anak Johor :- 
          Kembara Mahkota Johor 2015

          #‎ISNIN‬ - 10/08/15

          PONTIAN- BATU PAHAT- MUAR

          - Laman DiRaja, Pontian (acara pelepasan)
          - Simpang Pt.Panjang, Pontian
          - Taman Rekreasi Tampok Laut,Pontian
          - Dewan Hj. Hashim, Kg. Pt.Tengah, Batu Pahat
          - Lorong Haji Sidek, ‪#‎ParitRaja‬, Batu Pahat
          - Dewan Orang Ramai Kg. Parit Yaani, Batu Pahat
          - Parit Sulong, Batu Pahat
          - Kg Batu 15, Mukim Ayer Hitam
          - Pekan Bakri, Muar

          #‎SELASA‬ - 11/08/15

          MUAR- LEDANG- SEGAMAT- KLUANG

          - Tangga Agung Bangunan Sultan Abu Bakar (acara pelepasan)
          - SMK Persisiran Perdana, Ledang
          - Kolej KKTM, Serom 3
          - Kg. Paya Redan, Pagoh, Muar
          - Padang Awam, Lenga
          - Dataran Labis, Segamat
          - Kg. Sri Gajah, Chaah
          - Kangkar Baru, Batu Pahat
          - Kampung Melayu Batu 3 1/2, Paloh, Kluang

          #RABU - 12/08/15

          KLUANG- MERSING- KOTA TINGGI

          - Kem Batalion ke-5 RAMD, Batu 3, Kluang (acara pelepasan)
          - Perumahan Kilang Sawit PPNJ, Batu 17, Kahang
          - SJKT, Kahang
          - Felda Nitar 1, Mersing
          - Jeti Penyabong, Mersing
          - Jemaluang, Mersing
          - Felda Tenggaroh (Projek Sentuhan Kasih)
          - Jeti Sedili Besar, Kota Tinggi
          - Padang Awam, Tanjung Sedili, Kota Tinggi

          #‎KHAMIS‬ - 13/08/15

          KOTA TINGGI- KULAI JAYA-JOHOR BAHRU

          - Tanjung Balau, Kota Tinggi (acara pelepasan)
          - Felda Semenchu, Kota Tinggi
          - Menara Jam, Kota Tinggi
          - Felda Taib Andak, Kulaijaya
          - SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya
          - Kampung Sinaran Baru, Kempas
          - Hutan Bandar MPJBT, Mutiara Rini, Skudai (majlis penutup)

          Kembara Mahkota Johor 2015


          Kembara Mahkota Johor 2015


          Kembara Mahkota Johor 2015

          Semoga senarai lokasi dan laluan Kembara Mahkota Johor 2017 ini boleh dijadikan panduan buat semua rakyat Negeri Johor.

          Semakan Slip Daftar MUET 2017 Online

          $
          0
          0
          Cara Semak Slip Daftar Ujian MUET November 2017 Online. Cara semak pendaftaran MUET online dan SMS? Dipetik dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pelajar kini boleh membuat Semakan Slip Daftar MUET 2017 Sesi Mac, Julai dan November secara online. Untuk makluman, Slip Daftar ini perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran atau kemasukan menduduki ujian MUET

          Calon perlu Semak Slip Daftar Ujian MUET Online ini dan seterusnya mencetak slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET.

          Semakan pendaftaran MUET Online

          Semakan slip menduduki ujian atau peperiksaan MUET Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) boleh dicetak secara online dengan mengikuti panduan berikut.

          Tarikh Semakan Slip Daftar Ujian MUET 2017 Online

          Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM www.mpm.edu.my seperti tarikh berikut :-
          1. MUET MAC 2016 - Bermula 22 Januari 2016
          2. MUET JULAI 2016 - 17 Jun 2016
          3. MUET NOVEMBER 2017 - Mulai 4 September sehingga 3 Oktober 2017
          Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA.  Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.  

          Semakan Slip Daftar Ujian MUET Online

          Semakan Secara SMS

          Calon boleh menyemak status MUET/D melalui khidmat Sistem Mesej Ringkas (SMS) dengan menaip MUET[jarak]INFO[jarak]nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

          Semakan pendaftaran MUET 2017 Online


          Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang. Bagi mereka yang inginkan lulus cemerlang Peperiksaan MUET, anda boleh membeli panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET ini dengan harga RM30. Sila klik link di bawah ini untuk pesanan.

          Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!Semoga berjaya...

          Tarikh Dan Tema Maal Hijrah 2017 / 1439H

          $
          0
          0
          Tarikh Awal Muharram 1439H Bersamaan Dengan Tahun 2017 Masehi. Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah? Berikut adalah tarikh dan tema Awal Muharam atau Maal Hijrah Tahun 2017 - 1439 Hijrah. 1 Muharram 1439H akan jatuh pada 22 September 2017 iaitu Hari Jumaat yang merupakan cuti umum kepada rakyat Malaysia.

          Tarikh Maal Hijrah 2017 Malaysia 1439 Hijrah

          Berikut dikongsikan maklumat penting sambutan Maal Hijrah 2017 bersamaan dengan 1439 Hijrah di Malaysia :-
           
          tarikh awal muharram 2017
          • Hari Jumaat, 22September 2017
          • Sambutan Peringkat Kebangsaan di (Akan dikemaskini). Tahun 2016 di  Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor
          • Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan : (Akan dikemaskini). Tahun 20176 - Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim - Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)
          • Anugerah Khas Maal Hijrah 2017 : (Akan dikemaskini). Tahun 2016 - Allahyarham Datuk Dr Haron Din 

            TEMA MAAL HIJRAH 2017

            Untuk tahun 2017, tema Maal Hijrah adalah (Akan dikemaskini)
            • Tema Tahun 2016 - "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah" 
            Tema yang dipilih adalah bertepatan dengan usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat, hidup rukun dan harmoni serta penuh muhibah yang menjadi transformasi kepada kemakmuran negara Malaysia.
            "Natijahnya ukhuwah Islamiah yang terbina berasaskan kepada iman dan taqwa akan menumbuhkanrasa persaudaraan, kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira status bangsa, agama dan fahaman politik.

            Seorang penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan akan dipilih dan bakal menerima wang tunai RM100,000, pingat dan sijil penghargaan.
            Berikut adalah tema Maal Hijrah sebelum ini :-
            • Tema Tahun 2015 - "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
            • Tema Tahun 2014 - "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
            • Tema Tahun 2013 -'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'

            Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

            Sempena dengan kedatangan tahun baru Islam 1438 Hijrah, berikut dikongsikan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah Dalam Rumi sebagai panduan kepada umat Islam semua. Anda boleh merujuk kepada Kalendar Islam untuk tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai rujukan dan panduan.

            • Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
            • Manakala Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
            Panduan Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah klik SINI

            Maal Hijrah 2016 Malaysia 1438 Hijrah

            BULAN MUHARRAM

            MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. 

            Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

            Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).

            Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

            Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

            Selamat menyambut Tahun Baru Islam. Salam Maal Hijrah 2017 / 1438H.

            Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2017 Online Dan SMS

            $
            0
            0
            Cara Semak Keputusan MUET Julai 2017 Online. July 2017 MUET result? Kepada calon yang telah menduduki peperiksaan MUET sesi Julai, tarikh semakan keputusan MUET Sesi Julai 2017 (result muet july 2017) dijangka akan diumumkan pada minggu pertama bulan Oktober 2017. Tarikh rasmi akan dikemaksini selepas diumumkan oleh MPM. Keputusan peperiksaan MUET boleh disemak secara online dan SMS melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia. 

            Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2017 Secara Online Dan SMS

            Keputusan MUET sesi Julai 2016 yang lepas telah diumumkan pada 5 Oktober 2016 (Rabu) mulai jam 1000 pagi. Jika mengikut tarikh-tarikh semakan tahun-tahun yang lepas, keputusan dijangka diumumkan pada minggu pertama bulan Oktober 2017. 

            Calon MUET adalah diingatkan untuk melayari Portal MPM untuk mendapatkan tarikh rasmi. Semakan keputusan boleh disemak menerusi kaedah secara online dan SMS.

            Semakan Keputusan MUET Julai 2017 SMS

            Semakan MUET melalui SMS

            • taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
            • Semakan sehingga 4 Januari 2017 jam 1159 malam
            • Caj penghantaran sebanyak RM0.15 akan dikenakan manakala caj penerimaan pula adalah sebanyak RM0.20 (Tidak termasuk GST). Perkhidmatan disediakan untuk penggunan Celcom, Maxis, Digi U Mobile dan Tune Talk. 
            atau

            Semakan MUET online

            Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET 

            Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-

            1. Caj rayuan semakan semula keputusan : RM70.00
            2. Tarikh tutup : Seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan
            3. Pemohon perlu mengisi Borang Rayuan Penyemakan Semula Keputusan (MUET/PS1) 
            4. Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET). 

            Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang. Bagi mereka yang inginkan lulus cemerlang Peperiksaan MUET, anda boleh membeli panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET ini dengan harga RM30. Sila klik link di bawah ini untuk pesanan.
            Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!Semoga berjaya

            Permohonan KKTM IKM MJII Januari 2018 Online

            $
            0
            0
            Permohonan Kemasukan Ke KKTM, IKM Dan MJII 2018 Online. Bagaimana cara memohon ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) iaitu KKTM, IKM dan MJII? Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf. Menerusi makluman Portal Rasmi KKTM & IKM (e-kemahiran), permohonan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII sesi Januari 2018 akan di buka bermula 11 September 2017. Permohonan online melibatkan permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII). 

            Permohonan kemasukan ipma melalui spupim

            Permohonan IPMA MARA : KKTM IKM MJII Online

            Untuk makluman, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun di mana pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :-.
            1. Kemasukan Januari melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma
            2. Kemasukan Julai melalui Permohonan UPU – perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma

            Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Januari 2018 Online

            Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII untuk pengambilan sesi Januari 2018 akan di buka seperti tarikh berikut :-
            • Tarikh Buka :  11 September 2017
            • Tarikh Tutup :  27 Oktober 2017
            • Applikasi Permohonan Online : Sila rklik SPUPIM

            Permohonan Sesi Julai 2017 Online

            1. Permohonan UPIM Online (Lepasan SPM dan IKM/ILKA)

            • Link applikasi permohonan : http://apponline.mara.gov.my/spupim
            • Tarikh Permohonan : 15 Mac 2017 

            Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, sila rujuk Portal Rasmi e-Kemahiran KKTM & IKM di http://www.ekemahiran.edu.my/ atau di FB Jom Daftar e-Kemahiran MARA.

            Syarat Am Kelayakan

            Program Sijil

            • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
            • ii.Bumiputera
            • iii.Warganegara Malaysia
            • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
            • v.Sihat tubuh badan
            • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

            Program Diploma

            • i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
            • ii.Bumiputera
            • iii.Warganegara Malaysia
            • iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
            • v.Sihat tubuh badan
            • vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

            Cara Hubungi

            Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
            Unit Pengambilan Pelajar,
            Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
            Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
            Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
            Fax: 03-26914510 

            Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-
            • KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
            • UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
            • GMI : 03-8921 9047 / 9288
            • KKTM : 03-261 34605/ 34612
            • KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033
            Selamat memohon buat pelajar yang berminat dan layak ke Permohonan KKTM IKM MJII 2018 Online. Diucapkan semoga anda berjaya.

            Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2018/ 2019 Online

            $
            0
            0
            Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2018/ 2019 Online. Berita baik buat mereka yang berkelayakan untuk mengikuti latihan kemahiran di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB). Permohonan kemasukan sesi 2018/2019
            kini dibuka menerusi makluman FB MAIWP


            Syarat dan maklumat permohonan boleh dirujuk di bawah ini. Untuk makluman, IKB ditubuhkan bertujuan untuk menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam.
            Permohonan IKB 2018 Online

            Cara Mohon Kemasukan Ke IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2018/ 2019 Online

            Permohonan IKB adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, berpendapatan rendah dan khususnya yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

            1. Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis)
            2. Terbuka kepada lelaki dan wanita
            3. Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP
            4. Sihat tubuh badan & Berminat
            5. Warganegara Malaysia dan beragama Islam

            Kursus Yang Ditawarkan

            • Kursus Kejuruteraan Elektrik
            • Kursus Penyediaan Dan Penyajian Makanan
            • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Lelaki
            • Kursus Rekaan Fesyen Pakaian Wanita
            • Kursus Seni Lukis Dan Seni Reka
            • Kursus Teknologi Binaan Bangunan
            Maklumat lengkap kursus pengajian yang ditawarkan, sila klik SENARAI KURSUS

              Tempoh Masa Kursus

              • Tempoh kursus selama 2 tahun.
              • Mengguna pakai sistem semester (4 semester).
              • Isnin – Jumaat  (8.00 pagi – 5.00 petang)  

              Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2018/ 2019 Online

              Permohonan IKB sesi 2018/ 2019 hanya boleh dibuat secara online. 
              • Borang Permohonan sila klik IKB MAIWP  
              • Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2017.
              • Maklumat lanjut sila hubungi pihak IKB di talian 03-92830385 ATAU layari  www.maiwp.gov.my

              Maklumat Iklan Permohonan sila klik MAIWP

              Selamat membuat Permohonan IKB Institut Kemahiran Baitulmal 2018/ 2019 Online. Semoga anda berjaya dalam permohonan dalam kursus yang dihajati.
              Viewing all 1692 articles
              Browse latest View live