September 14, 2017, 4:00 pm
Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2017/ 2018. Anda gagal dalam permohonan dan rayuan UPU ke UA (IPTA)? Berita baik untuk lepasan STPM dan setaraf seperti dikongsikan dari FB Kemasukan BPKP JP - FB Rasmi UPU. Pemohon yang berhajat untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA) boleh membuat permohonan kemasukanpengambilan kedua (second intake) secara online ke beberapa UA terpilih yang disenaraikan dibawah ini. Sesi pengambilan adalah bulan Februari dan Mac 2018.
Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2017/ 2018
Panduan Membuat Permohonan Online Second Intake 2017/ 2018
1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Kemasukan Februari 2018
- Pemohon perlu membuat permohonan UIAM terus melalui Laman Web UIAM bermula dari bulan 1 Oktober hingga 1 November 2017
2. Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Kemasukan Februari 2018
- Untuk lepasan Diploma sahaja
- Permohonan terus melalui Laman Web UUM pada bulan November 2017 (Akan dikemaskini)
3. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Kemasukan Mac 2018
- SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK
- Permohonan UiTM ambilan kedua melalui Laman Web UiTM bermula dari 2 Oktober sehingga 6 November 2017
4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Kemasukan Februari 2018
- Program Ijazah Sarjana Muda
- Permohonan UPSI 2018 melalui Laman Web UPSI bermula dari 9 Oktober sehingga 3 November 2017
5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Kemasukan Februari 2018
- Lepasan Diploma sahaja
- Permohonan UTHM ambilan kedua melalui Laman Web UTHM pada bulan Oktober 2017 (Tarikh akan dikemaskini)
* Sila klik LINK pada setap Universiti Awam yang dinyatakan untuk panduan dan maklumat permohonan.Selamat membuat permohonan Second Intake UA Lepasan STPM 2017/ 2018 di Universiti Awam yang dinyatakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti. Sumber Jadual : FB Rasmi UPU/
↧
September 18, 2017, 11:00 pm
Permohonan Kemasukan UPSI Februari 2018 Online Program Ijazah Sarjana Muda. Berita baik buat lepasan STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma yang berminat untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI) Sesi Akademik 2017/2018 (Ambilan Februari).Dikongsikan dari FacebookBahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Setaraf second intake Februari 2018 akan mula di buka mulai 9 Oktober 2017 (Isnin) selepas jam 500 petang.
Untuk makluman, sebanyak 28 program Ijazah Sarjana Muda ada ditawarkan untuk sesi kemasukan Februari 2018. Semua program ISMP adalah program berbentuk pasaran terbuka (Open Market) iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang tiada jaminan untuk lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di bawah Kemneterian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian kelak.
Permohonan UPSI Februari 2018 Online : Program Ijazah Sarjana Muda
Berikut adalah maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan ke UPSI sesi kemasukan Februari 2018.
Permohonan terbuka untuk :-- Warganegara Malaysia sahaja
- Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA /DIPLOMA US/ DVM / DKM / DLKM /SETARAF
PIN BITARA ID IJAZAH SARJANA MUDA RM26.06 (Pin Bitara IDIjazah Sarjana Muda akan mula dijual pada 9 Oktober 2017 sehingga 3 November 2017 (Jumaat) di Semua Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).Tips Panduan Memohon
- Kenalpasti program yang ditawarkan
- Semak syarat program
- Jika berminat dan layak, sila beli BITARA ID IJAZAH SARJANA MAUDA di BSN dengan harga RM26.06
- Membuat permohonan secara online di www.upsi.edu.my/onlineatau Permohonan Atas Talian UPSI
- Pemohon boleh mula mengakses sistem permohonan kemasukan mulai 9 Oktober 2017 (Isnin) selepas jam 500 petang.
- Soalan Lazim Permohonan : Klik FAQ
- Tarikh tutup permohonan : 3 November 2017
- Sila pastikan no Bitara ID Ijazah yang dibeli adalah tertera di Slip Pembelian sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no Bitara TIADA pemulangan bayaran
- Permohonan yang lewat tidak akan diproses dan permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 5 Mac 2018 (minggu keempat kuliah) dianggap tidak berjaya
Syarat Am Kemasukan
↧
↧
September 13, 2017, 7:00 pm
Borang Permohonan Latihan GIATMARA 2018 Online. Anda seorang pelajar Bumiputera yang ingin mengikuti latihan kemahiran? Permohonan adalah dipelawa untuk mereka yang berumur 15 tahun keatas samadalepasan SPM atau tidak dengan syarat boleh membaca, menulis dan minat iaitu 3M. Mereka yang berkelayakan dan sihat tubuh badan boleh memohon untuk mengikuti program latihan sepenuh dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2018.Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara. A. Permohonan Kemasukan GIATMARA 2018 Online
1. Program Sepenuh Masa (Secara Online)
Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online di Borang Online GIATMARA2. Program Separuh Masa (Secara Manual)
Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.3. Senarai Kursus GIATMARA
Senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti di (Senarai Kursus).4. Senarai Lokasi GIATMARA
Senarai lokasi GIATMARA berhampiran anda (Lokasi GIATMARA ).Sila buat semakan MANUAL PERMOHONAN secara online bagi mengelakan permohonan tidak lengkap.
B. Semakan Keputusan GIATMARA 2018 Online
Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, semakan keputusan kemasukan ke GIATMARA Januari boleh disemak bermula * akan dikemaskini (Tahun lepas pada 16 Januari sehingga 22 Januari 2017). Sila layari KPM untuk maklumat lanjut.Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada gspel@giatmara.edu.m. Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA 2018 Online dan semoga anda berjaya.
↧
September 18, 2017, 7:00 pm
Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2018 Tingkatan 1 Dan 4. Anda berminat memohon kemasukan ke SBP terbaik di Malaysia? Berita baik, untuk calon lepasan UPSR dan PT3 tahun 2017 yang berkelayakan dan berminat masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2018 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, permohonan kemasukan ke SBP akan di buka pada Oktober dan Disember 2017 nanti. Selain SBP, pelajar juga boleh memohon ke MRSM dimana permohonan akan ditutup lebih awal pada 31 Oktober 2017.Menerusi makluman Portal Rasmi KPM, permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 2018 untuk pelajar yang menunggu keputusan UPSR 2017 akan dibuka bermula dari 16 Oktober hingga 19 November 2017.Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2018 Tingkatan 1 Dan 4 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan kemasukan ke SBP 2018 yang akan di buka secara online mengikut tarikh seperti dinyatakan di bawah ini. PERMOHONAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2018 | TARIKH/ LINK |
---|
TARIKH BUKA | 16 OKTOBER 2017 |
TARIKH TUTUP | 19 NOVEMBER 2017 |
APPLIKASI PERMOHONAN | https://sst1.moe.gov.my/ |
| |
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN 2018 - Akan dikemaskini (Tahun lepas bermula 14 Disember 2016) | Klik Tingkatan 1 |
PERMOHONAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2018 | TARIKH/ LINK |
---|
TARIKH BUKA | Akan dikemaskini (1 DISEMBER 2016) |
TARIKH TUTUP | Akan diekmaskini (30 DISEMBER 2016) |
APPLIKASI PERMOHONAN | https://sst4.moe.gov.my/ |
| |
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN & eRayuan 2018 - AKan dikemaskini (Tahun lepas bermula 20 Januari 2017) | Klik Tingkatan 4 |
Sila layari laman web KPM di Portal Rasmi KPM untuk sebarang keterangan lanjut mengenai permohonan ini.Permohonan Kemasukan 2018 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4
- Maklumat kemasukan SBP 2018 akan dikemaskini selepas permohonan dibuka.
Berikut adalah panduan ringkas dan syarat kemasukan ke SBP tahun 2017. - Permohonanke SBP tidak bersyarat kecuali dibukauntuk murid Tahun Enam (6) 2016 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK). Untuk Tingkatan Empat (4) pula, permohoan dibuka kepada murid Tingkatan 3 tahun 2016 di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Pelajar boleh memohon sebelum keputusan UPSR dan PT3 2016 diumumkan
- Untuk mengkakses sistem, pelajar perlu memasukkan No Angka Giliran dan No Kad Pengenalan diruangan yang disediakan
- Tiada haddalam proses kemaskini permohonan. Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah
- Permohonan kemasukankeSBP TIDAK MEMERLUKAN pengesahan mana-mana pihak atau dihantar ke mana-mana SBP.
- Calon tidak perlu menghantar sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana-mana SBP
- Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia,Anda boleh semak di SINI
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN SATU (1) SBP 2017
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
- Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016
- Aktif dalam kokurikulum.
- Syarat kelayakan akademik dan kriteria pemilihan boleh dirujuk di SYARAT KEMASUKAN.
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4) SBP 2017
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
- Memperolehi keputusan akademik cemerlang dalam PBS
- Aktif kokurikulum
PAKEJ ALIRAN MATA PELAJARAN
- Tingkatan 1 - Pakej Aliran Matapelajaran yang ditawarkan adalah aliran Sains, Agama dan Ulul Albab
- Tingkatan 4 - Menawarkan 5 pakej aliran matapelajaran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal, Agama Ikhtisas dan Sains Sosial
PANDUAN PERMOHONAN KE SBP 2017
SEMAKAN TARIKH KEPUTUSAN SBP 2017
- Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.
- Manakala ke Tingkatan Empat, dalam tempoh 27 hari dari tarikh keputusan PT3 diumumkan
- Pemohon boleh membuat semakan keputusan tawaran SBP 2017 di SEMAKAN SBP
Selamat membuat Permohonan SBP 2018 Tingkatan 1 Dan 4 Online. Semoga pemohon berjaya dalam permohonan SBP 2018 kali ini.
↧
September 17, 2017, 9:30 am
Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 2017. Gegar Vaganza Tahun 2017 Musim Keempat (GV4) akan kembali dan mula bersiaran mulai 29 Oktober 2017 dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Ia turut disiarkan secara eksklusif selama lapan minggu menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) bermula jam 900 malam. Gegar Vaganza merupakan sebuah program realiti nyanyian yang menampilkan 12 penyanyi malarsegar atau ‘one hit wonder’ bersaing setiap minggu untuk bergelar juara. - Senarai lagu dan keputusan penyingkiran setiap episod akan dikemaskini dari masa kesemasa di GV 2016 Musim Ketiga.
Senarai Peserta Gegar Vaganza 3 Tahun 2016
Berikut adalah senarai 12 peserta Gegar Vaganza 3 tahun 2016 dimana juara musim pertama adalah Ayai dan Siti Nordiana, Juara musim kedua 2015. Azharina merupakan Juara GV3 tahun 2017.Peserta Lelaki
- Aqasha
- Ferhad
- Firman
- Hazami
- Lan Kristal
- Tia Jinbara
Peserta Wanita
- Aishah
- Elyana
- Liza Hanim
- Raja Azura
- Syura
- Haida
Hos/ Pengacara GV4
Juri Profesional Tetap
Hadiah Gegar Vaganza Astro 2017 Beserta Trofi
- RM100,000 (Juara)
- RM50,000 (Naib Juara)
- RM30,000 (Ketiga)
- RM15,000 (Keempat)
- RM10,000 (Kelima)
- RM5,000 (Keenam)
Siapakah yang bakal menjuarai Gegar Vaganza 4 tahun 2017? Nantikan Konsert GV4 secara langsung di Astro bermula Oktober 2017 ini.
↧
↧
September 14, 2017, 1:32 am
Senarai Penuh Pasukan Yang Layak Ke Pusingan Akhir World Cup 2018. Kehangatan bahang bolasepak Piala Dunia 2018 di Russia mula terasa selepas banyak pasukan telah berjaya melayakkan diri ke Pusingan Akhir Piala Dunia 2018. Diantara peringkat kelayakan yang telah tamat adalah Zon Asia, Eropah dan Amerika Selatan. Berikut adalah Senarai Pasukan Layak Ke Piala Dunia 2018 di Russia.
Terdapat beberapa slot yang masih tinggal di peringkat kumpulan dan perlawanan play-off melibatkan zon Amerika Selatan, Eropah, Asia Ocenia dan Concacaf. Sebanyak 32 pasukan akan berkaksi di peringkat Kumpulan Pusingan Akhir Piala Dunia 2018.Senarai Pasukan Layak Ke Piala Dunia 2018 Di Russia
Berikut adalah senarai penuh/ lengkap pasukan bolasepak yang telah berjaya layak ke Piala Dunia 2018 Russia. - Russia : Tuan Rumah
- Iran : Zon Asia (Juara Kumpulan A)
- Korea Selatan : Zon Asia (Naib Juara Kumpulan A)
- Jepun : Zon Asia (Juara Kumpulan B)
- Arab Saudi : Zon Asia (Naib Juara Kumpulan B)
- Akan dikemaskini : Asia Tempat Kelima vs CONCACAF tempat keempat play-off
- Akan dikemaskini : Zon Afrika Juara Kumpulan A
- Nigeria: Zon Afrika Juara Kumpulan B
- Akan dikemaskini : Zon Afrika Juara Kumpulan C
- Akan dikemaskini : Zon Afrika Juara Kumpulan D
- Egypt: Zon Afrika Juara Kumpulan E
- Mexico : CONCACAF (Amerika Utara) Juara
- Costa Rica : CONCACAF Kedua
- Panama : CONCACAF Ketiga
- Brazil: CONMEBOL (Zon Amerika Selatan ) : Juara
- Uruguay : CONMEBOL Naib Juara
- Argentina : CONMEBOL Ketiga
- Colombia : CONMEBOL Keempat
- Akan dikemaskini : CONMEBOL kelima vs Asia Oceania (Juara) play-off
- Perancis : UEFA (Zon Eropah) - Juara Kumpulan A
- Portugal : UEFA (Zon Eropah) - Juara Kumpulan B
- Jerman : : UEFA (Zon Eropah) - Juara Kumpulan C
- Serbia: : UEFA (Zon Eropah) - Juara Kumpulan D
- Poland : : UEFA (Zon Eropah) - Juara Kumpulan E
- England : : UEFA (Zon Eropah) - Juara Kumpulan F
- Sepanyol : UEFA (Zon Eropah) - Juara Kumpulan G
- Belgium : UEFA (Zon Eropah) - Juara Kumpulan H
- Iceland : : UEFA (Zon Eropah) - Juara Kumpulan I
- Akan dikemaskini : UEFA pemenang play-off tempat kedua kumpulan
- Akan dikemaskini : UEFA pemenang play-off tempat kedua kumpulan
- Akan dikemaskini : UEFA pemenang play-off tempat kedua kumpulan
- Akan dikemaskini : UEFA pemenang play-off tempat kedua kumpulan
Senarai Penuh Pasukan Yang Telah Layak Ke Piala Dunia 2014 Di Brazil
SEPANYOL, England dan Russia layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun 2014 selepas memenangi perlawanan kelayakan dalam kumpulan masing-masing, awal pagi ini. Bosnia-Herzegovina juga layak buat pertama kali selepas mencapai kemerdekaan daripada Yugoslavia.
Bagaimanapun, Perancis dan Portugal terpaksa ke pusingan playoff bulan depan bersama Iceland, Greece, Ukraine, Romania dan Croatia. Sepanyol akan mempertahankan gelaran juara dunia setelah muncul pada tangga teratas Kumpulan I setelah mengalahkan Georgia 2-0 hasil jaringan Alvaro Negredo dan Juan Mata. Sementara itu, tandukan Wayne Rooney pada separuh masa pertama dan jaringan gol Steven Gerrard pada lewat perlawanan menyaksikan England mengatasi Poland 2-0 dalam perlwaanan Kumpulan H di Stadium Wembley.
Bosnia-Herzegovina pula layak ke kejohanan Piala Dunia buat pertama kali sejak mendapat kemerdekaan dari Yugoslavia pada 1992 apabila berjaya mengalahkan Lithuania 1-0. Rusia pula hanya memerlukan satu mata untuk mengatasi Kumpulan F dan mencapai matlamatnya apabila seri 1-1 dengan Azerbaijan. Bagaimanapun, kemenangan 6-0 Denmark ke atas Malta tidak mencukupi dan ia juga terpaksa mengambil bahagian dalam pusingan playoff. - AgensiSenarai Penuh Pasukan Yang Telah Layak Ke Piala Dunia 2014 Di Brazil
Untuk rujukan, berikut adalah pasukan yang layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil yang dimenangi oleh pasukan Jerman.
Europe:Belgium, Italy, Germany, Holland, Switzerland, Russia, Bosnia, England, Spain(Plus four from Croatia, Sweden, Romania, Iceland, Portugal, Ukraine, Greece, France)
South America:Brazil (hosts), Argentina, Colombia, Ecuador, Chile
North/Central America:United States, Costa Rica, Honduras
Asia:Japan, Australia, Iran, South Korea
Africa:*Ivory Coast v Senegal (3-1)Ethiopia v Nigeria (1-2)Tunisia v Cameroon (0-0)Ghana v Egypt (6-1)Burkina Faso v Algeria (3-2)*second legs to be played between November 16 and 19.
Inter continental play-off:Jordan v Uruguay
Inter continental play-off:Mexico v New Zealand
EUROPE1. BelgiumManager: Marc WilmotsStar man: Eden HazardPrevious appearances: 11 (last in 2002)Best finish: Fourth (1986)
2. ItalyManager: Cesare PrandelliStar man: Claudio Marchisio Previous appearances: 7 (last in 2010)Best finish: Winners (four times)
3. GermanyManager: Joachim LowStar man: Mesut OzilPrevious appearances: 17 (last in 2010)Best finish: Winners (three times)
4. HollandManager: Louis van GaalStar man: Robin van PersiePrevious appearances: 10 (last in 2010)Best finish: Runners-up (three times)
5. SwitzerlandManager: Ottmar HitzfeldStar man: Xherdan ShaqiriPrevious appearances: Nine (last in 2010)Best finish: Quarter-finals (three times)
6. RussiaManager: Fabio CapelloStar player: Alan DzagoevPrevious appearances: Nine (last 2002)Best finish: Fourth
7. BosniaManager: Safet SusicStar man: Edin DzekoPrevious appearances: NoneBest finish: N/A8. EnglandManager: Roy HodgsonStar man: Wayne RooneyPrevious appearances: 13Best finish: Winners
9. SpainManager: Vicente del BosqueStar man: Andres IniestaPrevious appearances: 13 (last in 2010)Best finish: Winners
Heading to the play-offs...CroatiaSwedenRomaniaIcelandPortugalGreeceUkraineFrance
SOUTH AMERICA1. BrazilManager: Luiz Felipe ScolariStar player: NeymarPrevious appearances: 19 (last 2010)Best finish: Winners (five times)
2. ArgentinaManager: Alejandro SabellaStar player: Lionel MessiPrevious appearances: 15 (last 2010)Best finish: Winners (two times)
3. ColombiaManager: Jose PekermanStar player: Radamel FalcaoPrevious appearances: Four (last 1998)Best finish: Last 16
4. ChileManager: Jorge SampaoliStar player: Alexis SanchezPrevious appearances: Eight (last 2010)Best finish: Third (1962)
5. EcuadorManager: Reinaldo RuedaStar player: Edison MendezPrevious appearances: Two (last 2006)Best finish: Last 16.
NORTH AND CENTRAL AMERICA1. United StatesManager: Jurgen KlinsmannStar player: Jozy AltidorePrevious appearances: Nine (last 2010)Best finish: Semi-finals
2. Costa RicaManager: Jorge Luis PintoStar player: Bryan RuizPrevious appearances: Three (last 2006)Best finish: Last 16
3. HondurasManager: Luis Fernando SuarezStar player: Carlo CostlyPrevious appearances: TwoBest finish: Group stage
ASIA1. JapanManager: Alberto ZaccheroniStar player: Keisuke HondaPrevious appearances: Four (last 2010)Best finish: Last 16
2. IranManager: Carlos QueirozStar player: Ashkan DejagahPrevious appearances: Three (last 2006)Best finish: Group stage
3. South KoreaManager: Hong Myung-boStar player: Ki Sung-yuengPrevious appearances: Eight (last 2010)Best finish: Fourth
4. AustraliaManager: N/AStar player: Tim CahillPrevious appearances: Four (last 2010)Best finish: Last 16
SENARAI PENUH 32 PASUKAN YANG LAYAK KE PIALA DUNIA 2014
EUROPE
Belgium, Bosnia and Herzegovina, Croatia, England, France, Germany, Greece, Italy, Netherlands, Portugal, Russia, Spain, Switzerland
SOUTH AMERICA
Argentina, Brazil (host), Chile, Colombia, Uruguay
AFRICA
Algeria, Cameroon, Ghana, Ivory Coast, Nigeria
ASIA
Australia, Iran, Japan, South Korea
NORTH AMERICA
Costa Rica, Honduras, Mexico, United States
Sumber Daily Mail UK & myMetro
↧
September 18, 2017, 6:45 am
Jadual Dan Keputusan Hoki Piala Asia 2017. Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 melibatkan pasukan lelaki Malaysia akan berlangsung pada 11 hingga 22 Oktober 2017 di Dhaka, Bangladesh. Kejohanan 4 tahun sekali yang kini memasuki edisi ke 10 akan menawarkan pemenang/ juara satu slot/ tempat ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di India. Untuk rujukan peminat hoki di Malaysia, berikut dikongsikan Jadual Perlawanan Dan Keputusan Hoki Piala Asia 2017 atau dikenali sebagai Hero Hockey Asia Cup.
Pada edisi tahun 2013, pasukan Malaysia berjaya menduduki tangga keempat dengan Korea Selatan berjaya menjadi juara dan seterusnya layak ke Kejohanan Hoki Dunia di Belanda. Siaran langsung perlawanan boleh ditonton di Saluran Astro Arena 801/ 802 HD.Keputusan Hoki Piala Asia 2017 Dan Jadual Perlawanan
Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 di Bangladesh kali ini bakal menyaksikan 8 pasukan bersaing dalam 2 kumpulan (4 pasukan setiap kumpulan. Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, China dan Oman. Berikut adalah senarai lengkap pasukan dalam setiap kumpulan.
2 pasukan teratas setiap kumpulan layak ke ke pusingan kedua yang juga dijalankan secara kumpulan round robin. 2 teratas kumpulan layak ke final.Kumpulan A
- India
- Pakistan
- Jepun
- Bangladesh
Kumpulan B
- Malaysia
- Korea Selatan
- China
- Oman
Berikut adalah jadual lengkap perlawanan beserta keputusan terkini melibatkan Malaysia dan semua pasukan di 2017 Men Hockey Asia Cup.Jadual Dan Keputusan
* Tambah 2 jam untuk mendapatkan waktu Malaysia
Kumpulan A
11 Oktober 2017
- 15:00 India 5 – 1 Japan
- 17:30 Pakistan 7 – 0 Bangladesh
13 Oktober 2017
- 15:00 Jepun – Pakistan
- 17:30 India – Bangladesh
15 Oktober 2017
- 15:00 Jepun – Bangladesh
- 17:30 Pakistan – India
Kumpulan B
12 Oktober 2017
- 15:00 Malaysia – China
- 17:30 South Korea – Oman
14 Oktober 2017
- 15:00 China – Oman Report
- 17:30 South Korea – Malaysia
16 Oktober 2017
- 15:00 Malaysia – Oman
- 17:30 China – South Korea
Pusingan Kedua
Selamat berjuang buat skuad hoki lelaki Malaysia di Kejohanan Hoki Piala Asia 2017 di Bangladesh. Moga pasukan Malaysia mampu menjuarai kejohanan kali ini.
↧
September 18, 2017, 11:33 pm
Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Online. Belajar di ILJTM adalah antara pilihan pelajar lepasan SPM/ SKM/ ST di Malaysia. Berita baik seperti dikongsikan dari Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia (JTM), permohonan kemasukan ke ILP, ADTEC dan JMTI sesi Januari 2018 boleh dimohon secara online bermula dari 17 Oktober hingga 13 November 2017.
Permohonan adalah untuk kemasukan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).Permohonan Kemasukan Ke ILJTM Online - ILP, ADTEC Dan JMTI Sesi Januari 2018
Pengambilan ke Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai. Tujuan ILJTM ditubuhkan adalah untuk menyediakan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia disamping meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian.Permohonan kemasukan ILJTM boleh di buat menggunakan Aplikasi Atas Talian (online) seperti berikut :- Tarikh Penting Permohonan ILJTM Sesi Januari 2018
Panduan buat pelajar yang ingin memnyambung pengajian ke ILJTM di seluruh Malaysia. Berikut adalah tarikh penting permohonan ILJTM Sesi Januari 2018 :-
- 17 November 2017:Sistem Permohonan Online dibuka
- 13 November 2017:Sistem Permohonan Online ditutup
- 15 November 2017:Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
- 22/ 23 November 2017 :Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
- 11 Disember 2017:Hebahan Keputusan Permohonan
- 22 Disember 2017: Tarikh Akhir Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
- 10-11 Januari 2018:Pendaftaran Pelajar Baharu
Sebagai rujukan, berikut adalah tarikh penting permohonan ILJTM sesi Julai 2017 :-
- 17 Mac 2017:Sistem Permohonan Online dibuka
- 28 April 2017:Sistem Permohonan Online ditutup
- 5 Mei 2017:Semakan Senarai Temuduga (kursus bertanda #)
- 15/ 16 Mei 2017 :Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
- 5 Jun 2017:Hebahan Keputusan Permohonan
- 5-15 Jun 2017:Maklum Balas Setuju Terima Tawaran
- 9-10 Julai 2017:Pendaftaran Pelajar Baharu
PERINGATAN: Semua makluman mengenai temuduga dan keputusan perlu disemak di laman web ini sahaja. Tiada surat menyurat secara manual dikeluarkan.
Senarai ILJTM Dan Kursus Yang Ditawarkan
Pada masa kini terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP. Kesemuanya di bawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM).
Semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK - nama dulu MLVK) dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Jangkamasa kursus yang ditetapkan adalah antara 6 bulan hingga 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.
JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu di tetapkan iaitu antara 17 tahun hingga 35 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.Halatuju Pelajar ILJTM
Lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
ILJTM menawarkan pelbagai kursus kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya Mekanikal & Pengeluaran, Elektrik & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sivil & Bangunan, Percetakan dan Bukan Logam. Sehingga kini, ILJTM menawarkan 45 kursus di peringkat Sijil, 43 kursus di peringkat Diploma dan 10 kursus di peringkat Diploma Lanjutan.Selamat membuat permohonan ke ILJTM sesi Januari 2018 secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan anda.
↧
September 20, 2017, 6:56 am
Senarai Mata Pelajaran Dan Aliran SBP Tingkatan 1 Dan 4 Terkini 2018. Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah untuk menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna. Ianya bagi memupuk serta mengembangkan potensi murid yang cemerlang sebagai warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Apakah Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran SBP Tingkatan 1 Dan 4?
SBP juga ialah wadah terbaik dalam menjana insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemapanan sahsiah, kesejagatan kepemimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi negara.Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Di SBP Tingkatan 1 Dan 4
Berikut dikongsikan Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran yang ada ditawarkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Dan 4.A. Tingkatan 1 (Satu)
Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP adalah seperti berikut. Terdapat 3 aliran iaitu Sains, Agama dan KBT (TMUA).1. SAINS
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
- Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)
2. AGAMA
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
- Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis /Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)
3. KBT (TMUA)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Arab
- Sejarah
- Pendidikan Islam
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
- Hifz Al-Quran
- Maharat Al-Quran
- Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun/ Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea)
B. Tingkatan 4 (Empat)
Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat (4) SBP adalah seperti berikut. Terdapat 5 aliran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal, Agama Ikhtisas dan Sains Sosial.1. SAINS TULEN
- B. Melayu
- B. Inggeris
- Sejarah
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
2. SAINS TULEN AGAMA
- B. Melayu
- B. Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- B. Arab
- Pend. AlQuran dan Sunnah
- Pend. Syariah Islamiah
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
3. SAINS TEKNIKAL
- B. Melayu
- B. Inggeris
- Sejarah
- Pend. Islam / Pend. Moral
- Matematik
- Lukisan Kejuruteraan
- Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian Kejuruteraan
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
4. AGAMA IKHTISAS
- B. Melayu
- B. Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- B. Arab
- Pend. AlQuran dan Sunnah
- Pend. Syariah Islamiah
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Matematik Tambahan
5. SAINS SOSIAL
- B. Melayu
- B. Inggeris
- Sejarah
- Pend. Islam
- Matematik
- Sains
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi Asas
- Matematik Tambahan
Semoga perkongsian Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran SBP Tingkatan 1 Dan 4 bermanfaat buat semua pelajar. Moga boleh dijadikan panduan dalam memilih aliran SBP yang dihajati dan diminati.
↧
↧
September 18, 2017, 11:00 pm
Semakan Keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 Secara Online.Berita baik buat pelajar PT3 2017 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) 2018. Pemohon boleh membuat semakan keputusan Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 secara online pada minggu ketiga bulan Januari 2018. Calon pelajar Tingkatan 3 disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM di bahagian pemberitahuan bagi mendapatkan info terkini semakan.SEMAKAN KEPUTUSAN KV DAN SMT 2018 ONLINE
Berikut dikongsikan maklumat dan tarikh penting semakan keputusan Kolej Vokasional dan SMT ambilan Januari 2018. Semakan keputusan ke ILKA, ILKS dan GIATMARA juga boleh dibuat pada tarikh yang sama. Tahniah kepada yang berjaya mendapat tawaran. Untuk mereka yang berjaya, senarai barang keperluan asrama boleh dirujuk diAsrama KV- Asrama disediakan berdasarkan program dan institusi yang akan ditawarkan serta bergantung kepada kapasiti asrama.
MAKLUMAT SEMAKAN KEPUTUSAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2018 ONLINE
TARIKH RASMI | 15 Januari hingga 22 Januari 2018 |
| |
APPLIKASI SEMAKAN | Klik BPTV atau KPM |
| |
SESI TEMUDUGA DAN PEMILIHAN | Akan dikongsikan jika ada (Tahun 2016 pada 8 Januari 2016 hingga 17 Januari 2016) |
| |
TARIKH PENDAFTARAN | Tarikh pendaftaran di institusi adalah pada 23 Januari 2018 (Aliran Perdana) dan 12 Februari 2018 (Aliran PAV) |
| |
CARA BUAT RAYUAN | Calon boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan mulai:-
- 24 Januari hingga 28 Februari 2018 (Aliran Perdana) dan
- 13 Februari hingga 28 Februari 2018 (Aliran PAV)
. Contoh surat Rayuan di Rayuan Surat Kolej Vokasional |
Maklumat Permohonan sila rujuk : FAQ KV SMT 2018Tahniah kepada pemohon Kolej Vokasional Dan Sekolah Teknik 2018 Online yang berjaya menerima tawaran kemasukan. Semoga anda terus berjaya dalam pengajian di KV dan SMT nanti.
↧
September 19, 2017, 9:30 am
Cara Beli Dan Harga Tiket Final Piala Malaysia 2017 Selangor Vs Kedah.Bahang Final TM Piala Malaysia 2017 di antara JDT dan Kedah kini mula terasa. Perlawanan bakal dilangsungkan pada Sabtu, 4 November 2017 dengan sepak mula pada jam 900 malam di Stadium Shah Alam, Selangor. Kepada peminat bolasepak yang ingin menyaksikan perlawanan Akhir Final Piala Malaysia 2017 ini di stadium, berikut adalah info tiket perlawanan akhir JDT vs Kedah termasuk harga dan tarikh penjualan.
Cara BeliTiket Final Piala Malaysia 2017
Nota : Harga Tiket Final Piala Malaysia 2017 JDT Vs Kedah akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari FMLLP. Maklumat harg atiket di bawah adalah informasi final Piala Malaysia 2016 diantara Selangor vs Kedah.
Berikut dikongsikan maklumat penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 yang dikongsikan dari FB Football Malaysia LPP.- Harga tiket Final TM Piala Malaysia 2016 ialah RM50 dewasa dan RM5 kanak-kanak (Berumur dari 6 hingga 12 tahun). Harga termasuk GST
- Pintu stadium dibuka jam 400 petang pada hari perlawanan
- Sepak mula perlawanan pada jam 900 malam.
- Tiket Final TM Piala Malaysia 2016 sebanyak 30,000 dewasa/ 750 kanak-kanak setiap negeri akan dijual di Selangor & Kedah bermula jam 1000 pagi, 26 Oktober 2016
- Tiket Online : Peruntukkan 10,000 Tiket dewasa dan 500 kanak-kanak boleh dibeli secara online di laman web Ticket Hotline mulai 26 Oktober 2016 bermula jam 1000 pagi. Terhad kepada 4 tiket setiap transaksi
- Penebusan tiket boleh dibuat pada hari perlawanan serta 27 hingga 29 Oktober di Lobi Utama Stadium Malawati Shah Alam.
- Waktu Penebusan : Hari perlawanan : 10 pagi hingga 7 malam & 27 hingga 29 Oktober : 10 pagi hingga 6 petang
- Nota:
- Tiada tiket akan dijual pada hari perlawanan di Stadium Shah Alam.
- Tiket kuota persatuan negeri akan dijual oleh persatuan masing-masing. - Pintu Masuk : Penyokong Kedah (Pintu Quadrant C & D)
- Pintu Masuk : Penyokong Selangor (Pintu Quadrant A& B)
![Harga Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor Vs Kedah Tiket Final Piala Malaysia 2016 Selangor Vs Kedah]()
Pada Final tahun lepas 2015 menemukan pasukan yang sama iaitu Selangor dan Kedah yang menyaksikan Selangor memenangi perlawanan.* Info tiket akan dikemaskini dari masa kesemasa
Kepada penyokong pasukan JDT dan Kedah, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang dijangka sengit.
↧
September 20, 2017, 9:54 pm
Semakan Keputusan ILKBS Ambilan Januari 2018 Online. Perhatian buat pemohon yang telah membuat Permohonan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2018. Semakan keputusan Kemasukan
ke ILKBS (Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan) Sesi Pengajian Januari 2018
dijangka akan dibuka pada 29 November 2017. ILKBS meliputi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG).
Semakan Keputusan ILKBS Januari 2018 Online : IKBN/ IKTBN Dan AKBG
Tarikh semakan keputusan ke ILKBS sesi Januari 2018 adalah pada 29 November 2017 (Sebarang perubahan tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa).Untuk membuat semakan keputusan, sila Semakan TEMUDUGA Kemasukan Institut Kemahiran Belia dan Negara (IKBN) Sesi Pengajian Januari 2018 boleh disemak di Tarikh Penting Permohonan Dan Semakan Keputusan ILKBS Januari 2018
Berikut adalah tarikh penting permohonan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2018 :-- Sistem Permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup : 4 Oktober sehingga 8 November 2017
- Panggilan Temuduga : 15 November sehingga 16 November 2017 (Bagi pemohon yang memohon program bertemuduga sahaja)
- Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2018 : 29 November 2017
- Pengesahan Terima atau tolak tawaran ke ILKBS : 29 November hingga 13 Disember 2017
- Permohonan rayuan : 29 November hingga 13 Disember 2017
- Semakan keputusan rayuan : 20 Disember 2017
- Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2018 : 3 Januari 2018
Kepada mereka yang terlepas memohon, anda boleh membuat permohonan sesi Julai 2018. Untuk makluman, terdapat 22 buah IKBN/IKTBN/ AKBG yang dikendalikan oleh KBS. Latihan kemahiran sepenuh masa latihan dijalankan di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran yang diambil.Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2018.
↧
September 21, 2017, 5:00 am
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor 2017. Kejohanan hoki merebut Piala Sultan Johor kembali lagi untuk edisi ke 7 pada tahun 2017. Edisi kali ini akan diadakan dari 22 hingga 29 Oktober 2017 dan bakal menyaksikan enam pasukan yang bertanding, iaitu Australia, Great Britain, India, Jepun, USA dan Malaysia. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di rangkaian saluran RTM1 dan RTM2.
Kejohanan hoki Piala Sultan Johor merupakan kejohanan hoki remaja bawah 21 tahun yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia. Acara tahunan ini mula dianjurkan pada tahun 2011 dan ia diiktiraf oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa. Jadual Dan Keputusan Hoki Piala Sultan Johor 2017
Berikut dikongsikan jadual perlawanan dan keputusan Hoki Piala Sultan Johor 2017. Sebanyak lima pasukan hoki remaja terbaik bawah 21 tahun dari seluruh dunia akan dipilih untuk menyertai kejohanan ini selain Malaysia selaku tuan rumah. Kejohanan ini berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Perlawanan akan dilangsungkan secara round-robin dengan juara dan naib juara kumpulan layak ke final.Jadual Perlawanan Waktu Malaysia Dan Keputusan Penuh
22 Oktober 2017
- 16:05 : India 3–2 Jepun
- 18:05 : Australia 19–0 USA
- 20:35 : Great Britain 1–0 Malaysia
23 Oktober 2017
- 16:05 : Australia 4–0Japan
- 18:05 : USA 0–11 Great Britain
- 20:35 : India 2 – 1 Malaysia
25 Oktober 2017
- 16:05 : Great Britain – Australia
- 18:05 : USA– India
- 20:35 : Malaysia – Jepun
26 Oktober 2017
- 16:05 : India – Australia
- 18:05 : Malaysia – United States
- 20:35 : Jepun – Great Britain
28 Oktober 2017
- 16:05 : Great Britain – India
- 18:05 : Australia – Malaysia
- 20:35 : Jepun – USA
29 Oktober 2017
Kelima Dan Keenam
Ketiga Dan Keempat
Final
Semoga skuad remaja Malaysia dapat mempamerkan aksi terbaik sekaligus menjuarai kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2017.
↧
↧
September 21, 2017, 7:00 am
Keputusan Rasmi Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017). Anugerah Skrin (ASK) 2017 edisi ke 21 kembali lagi menemui peminat hiburan di Malaysia pada hari Jumaat, 3 November 2017. ASK 2017 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula jam 900 malam dan akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda di TV3. Anugerah Skrin merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan.
Tahun ini, ASK 2017 telah memilih tema ‘Mencipta Fenomena' yang merupakan tema yang tepat dalam usaha memartabatkan pengorbanan semua penggiat seni tidak kira di hadapan atau di belakang tabir.
Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) - Keputusan Pemenang
Berikut dikongsikan maklumat Anugerah Skrin 2017 termasuk hos, tarikh, persembahan dan keputusan senarai pemenang. - Tarikh/ Masa : Jumaat, 3 November 2017 (900 malam)
- Jumlah Kategori : 33 kategori termasuk Drama Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Filem Terbaik dan Pelakon Komedi Terbaik. pemenang 13 kategori akan diumumkan pada sebelah petang hari berlangsungnya kemuncak ASK 2017
- Hos : Fahrin Ahmad, Jihan Muse dan Shuk Balas
- Barisan Penyampai Anugerah : Antaranya adalah Fattah Amin, Nabila Huda, Neelofa, Raja Illya, Rozita Che Wan, Shukri Yahya dan Zul Ariffin
- Persembahan : Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak, Black dan Jaclyn Victor
- Penaja utama : Olay; penaja bersama Oppo dan rakan penaja McCafé
Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Skrin 2017
Berikut dikongsikan senarai anugerah yang dipertandingkan dan terbahagi kepada 2 iaitu majlis prelude ASK dan malam kemuncak ASK 2017.Majlis Prelude ASK 2017
- Videografi Drama Terbaik
- Penyunting Drama Terbaik
- Drama Rantaian Popular Media Sosial
- Rancangan Dokumentari Terbaik
- Rancangan Bual Bicara Terbaik
- Laporan Khas Berita Terbaik
- Videografi Filem Terbaik
- Rancangan Hiburan Terbaik
- Suntingan Filem Terbaik
- Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung
- Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung
- Reka Bentuk Set Terbaik
- Montaj Terbaik
Anugerah Yang Dipertandingkan Pada Malam Kemuncak ASK 2017
- Drama Terbaik
- Pengarah Terbaik Drama
- Lakon TV Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik Drama
- Pelakon Wanita Terbaik Drama
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
- Drama Rantaian Terbaik
- Pelakon Komedi Terbaik
- Drama Komedi Terbaik
- Rancangan Majalah Terbaik
- Rancangan Realiti Terbaik
- Rancangan Anugerah Terbaik
- Filem Terbaik
- Lakon Layar Terbaik
- Pengarah Terbaik Filem
- Pelakon Wanita Terbaik Filem
- Pelakon Lelaki Terbaik Filem
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
- Pelakon Pembantu WanitaTerbaik Filem
Nota : Keputusan senarai pemenang Anugerah Skrin 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Tahniah kepada para pemenang Anugerah Skrin (ASK) 2017.
↧
October 10, 2017, 7:18 am
Tarikh Semakan Keputusan Program Diploma UPSI November 2017 Online. Berikut dikongsikan tarikh penting semakan keputusan buat panduan pemohon permohonan Program Diploma UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) sesi kemasukan November 2017. Dipetik dari Laman Web Rasmi Applikasi Kemasukan UPSI, semakan keputusan ke UPSI untuk Program Diploma Lepasan SPM dan Setaraf akan diumumkan pada 16 Oktober 2017. Semakan boleh dibuat secara online beserta permohonan rayuan.
Semakan Keputusan Program Diploma UPSI Ambilan November 2017 Online
Semakan keputusan tawaran UPSI boleh di buat di link applikasi di bawah :-Untuk makluman, pelajar yang gagal dalam semakan tawaran boleh membuat rayuan kemasukan ke UPSI bermula dari 16 hingga 22 Oktober 2017. Pendaftaran pelajar baru adalah pada 29 Oktober 2017. Berikut adalah tarikh-tarikh penting untuk permohonan kemasukan ke UPSI Diploma lepasan SPM dan Setaraf sesi 2017/ 2018 :- 1 | HEBAHAN JAYA TAWARAN KEMASUKAN | 16 Hingga 29 Oktober 2017 |
2 | e- RAYUAN KEMASUKAN DIPLOMA LEPASAN SPM | 16 Hingga 22 Oktober 2017 |
3
| PENDAFTARAN PELAJAR BARU | 29 Oktober 2017 |
↧
September 20, 2017, 12:00 am
Semakan Keputusan Permohonan ILP, ADTEC Dan JMTI 2018 Online. Anda ada membuat permohonan ke ILJTM sesi Januari 2018 (Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia)? Semakan Keputusan Tawaran ke ILJTM yang meliputi ILP, ADTEC dan JMTI boleh dibuat secara online di Portal Rasmi Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Untuk makluman, kini terdapat 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di bawah seliaan JTM iaitu 8 ADTEC, 1 JMTI dan 23 ILP.Semakan Keputusan ILP, ADTEC Dan JMTI 2018 Online
Berikut disertakan cara-cara membuat semakan keputusan kemasukan. tawaran ke ILJTM secara online.- 11 Disember 2017. Tahun lepas pada 8 Disember 2016 (Khamis) selepas jam 3.00 petang
- Sila Klik untuk semakanILP, ADTEC & JMTI Online
- Sila Masukkan No. Kad Pengenalan/ My Kad dan Klik Butang Semakan
- Pastikan anda memasukan no maklumat No. Kad Pengenalan yang betul
Tarikh Penting Permohonan ILJTM Sesi Januari 2018
- 17 Okt 2017:Sistem Permohonan Online dibuka
- 13 Nov 2017:Sistem Permohonan Online ditutup
- 15 Nov 2017:Semakan Panggilan Temuduga (kursus bertanda #)
- 22-23 Nov 2017:Sesi Temuduga (kursus bertanda #)
- 11 Dis 2017:Hebahan Keputusan Permohonan
- 22 Dis 2017:Tarikh Akhir Maklum Balas Tawaran
- 10/11 Jan 2018:Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Januari 2018
Cara Buat Permohonan Ke ILP, ADTEC Dan JMTI
Untuk memohon ke ILJTM, permohonan secara online akan dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan sesi Julai. Berikut dikongsikan maklumat am yang dikongsikan dari Portal Rasmi JTM, apa itu ILJTM, senarai lokasi dan kemudahan/ kursus yang disediakan.Apa Itu ILJTM?
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. ILJTM terdiri daripada:
- (a) 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP);
- (b) 8 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC); dan
- (c) Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
Kursus yang ditawarkan di ILJTM adalah kursus-kursus teknikal di peringkat Sijil, Sijil Lanjutan,Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
ILJTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap institusi latihan antaranya ialah kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan, surau, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.Senarai ILJTM Mengikut Negeri
- Wilayah Persekutuan:ILP Kuala Lumpur, ILP Labuan
- Selangor: ILP Kuala Langat, ADTEC Shah Alam
- Negeri Sembilan: ILP Pedas
- Pulau Pinang: ILP Kepala Batas, ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai, JMTI
- Kedah: ILP Jitra, ADTEC Kulim
- Perak: ILP Ipoh, ADTEC Taiping
- Perlis: ILP Kangar
- Kelantan: ILP Kota Bharu
- Terengganu: ILP Kuala Terengganu, ILP Marang & ADTEC Kemaman
- Pahang: ILP Kuantan,ILP Anjung Muadzam Shah & ADTEC Jerantut
- Johor: ILP Mersing, ILP Ledang, ILP Pasir Gudang, ADTEC Batu Pahat
- Melaka: ILP Bukit Katil, ILP Selandar, ADTEC Melaka
- Sabah: ILP Kota Kinabalu, ILP Sandakan
- Sarawak: ILP Kota Samarahan, ILP Miri & ADTEC Bintulu
Semoga panduan panduan dan Semakan Tawaran ILP, ADTEC Dan JMTI sesi Januari 2018 Online ini bermanfaat buat mereka yang berminat untuk menyambung pengajian ke ILJTM.
↧
September 20, 2017, 9:05 pm
Ringkasan Kandungan Intipati Bajet 2018. Sesi Pembentangan Bajet 2018 akan berlangsung pada hari Jumaat, 27 Oktober 2017 di Dewan Rakyar bermula jam 400 petang. Pembentangan akan dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia. Bajet 2018 akan disiarkan secara langsung di rangkaian TV dan Radio utama di Malaysia. Intipati bajet adalah menjadi fokus dalam kalangan rakyat dan penganalisis kewangan di seluruh Malaysia.
Pembentangan Bajet 2018 yang pasti dinanti-nantikan oleh Rakyat Malaysia adalah pembentangan bajet tahunan yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14). Kepada mereka yang tidak dapat mengikuti siaran langsung pembentangan bajet di TV, berikut dikongsikan Intipati Bajet 2018 Malaysia (ringkasan isi kandungan penting) yang akan dikemaskini selepas pembentangan oleh PM tamat.
Intipati Penting Bajet 2018
Berikut dikongsikan Ringkasan Kandungan Intipati Bajet 2018 Malaysia buat panduan semua.- Tarikh Pembentangan : Jumaat, 27 Oktober 2017
- Jam : 400 petang
- Lokasi : Dewan Rakyat
- Tema Bajet 2018 : “Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50”
Ringkasan kandungan intipati Bajet 2018 akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Di antara intipati Bajet 2018 dalam jangkaan rakyat Malaysia adalah seperti berikut :-- Berita gembira buat penjawat awam
- Penambahbaikan skim perkhidmatan awam yang akan meningkatkan lagi pendapatan penjawat awam secara keseluruhannya
- Isu kos sara hidup tinggi termasuk hal pendidikan dan kesihatan
- Isu rumah mampu milik
- Keupayaan negara dan persediaan rakyat Malaysia dalam ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0
- Agenda sosial
- Era Transformasi Nasional 2050 (TN50)
- Aspek keselamatan
- Golongan belia
- Peluang pekerjaan
Intipati Bajet 2018
Berikut adalah intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 27 Oktober 2017.
Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.
Bajet itu bertemakan lapan teras utama iaitu:- 1. merancak pelaburan perdagangan dan industri
- 2. menuju Aspirasi TN50
- 3.mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat
- 4. memacu pembangunan inklusif
- 5. mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan
- 6. mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital
- 7. meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam
- 8. mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.
Ringkasan Kandungan Intipati Bajet 2018
- *Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.
- *RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion.
- *Menambah RM1 bilion kepada Tabung Pembangunan Infrastruktur Pelancongan sebagai pinjaman mudah.
- *Peruntukan RM30 juta disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council untuk melaksanakan beberapa perkara termasuk mempromosi Malaysia sebagai Hab Rawatan Kesuburan, termasuk IVF dan Kardiologi Asia dan memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital.
- *Pembinaan projek East Coast Rail Link (ECRL) yang menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pengkalan Kubor, Kelantan bermula Januari 2018.
- *Mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.
- *Pulau Pangkor, Perak diisytiharkan Pulau Bebas Cukai, tetapi tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor.
- *Membangunkan Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untuk merancakkan ekonomi di bahagian Utara.
- *Peruntukan RM1bilion diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.
- *RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrik bagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.
- *Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
- *Pembinaan baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan Terbang Kota Bharu dan Sandakan.
- *Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Januari 2018 sehingga 2022.
- *Sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk pendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkan pusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkan modul Computer Science termasuk program Coding dan menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21.
- *Peruntukan RM2.2 bilion bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.
- *Membina 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.
- *Peruntukan RM61.6 bilion disediakan untuk sektor pendidikan termasuk RM654 juta bagi membina empat pra sekolah, sembilan pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolah rendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.
- *Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.
- *Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.
- *Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.
- *Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.
- *Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.
- *Mengembalikan wang ses yang telah dibayar peneroka getah yang membuat tanaman semula kelapa sawit, dari 2010 hingga 2016.
- *Peruntukan RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia , hampir RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia dan lebih RM900 juta kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
- *Peruntukan RM3 bilion untuk pembelian dan penyelenggaraan aset pertahanan.
- *Peruntukan RM720 juta bagi pembinaan 11,000 ibu pejabat dan enam balai polis serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.
- *Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM)
- *Peruntukan RM250 juta kepada ESSCOM bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan Sabah dan Sarawak.
- *Peruntukan RM2.5 bilion, iaitu yang tertinggi pernah diberikan untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA.
- *PNB membuat pengagihan khas sejumlah RM1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30,000 unit setiap pelabur.
- *Bantuan sebanyak RM3,000 kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai perbelanjaan persediaan anak-anak mereka memasuki institusi pengajian tinggi.
- *Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.
- *Peruntukan RM3.9 bilion subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik dan tol.
- *50 Kedai Rakyat 1Malaysia akan distruktur semula sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 dan diperluaskan kepada 3,000 KR1M 2.0 dalam tempoh tiga tahun.
- *Mulai 1 Januari 2018, kutipan tol di Batu Tiga Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor, tol di Bukit Kayu Hitam,Kedah dan tol di Eastern Dispersal Link, Johor dimansuhkan.
- *Kerajaan akan mengkaji semula kos pengambilan pembantu rumah asing supaya dapat dikurangkan pada masa hadapan, memberi pilihan kepada majikan mengambil pembantu rumah asing secara langsung daripada sembilan negara sumber, tanpa melalui ejen.
- *Peruntukan RM2.2 bilion untuk merancakkan usaha pemilikan rumah untuk rakyat termasuk membina Projek Perumahan Rakyat, Rumah Mesra Rakyat dan program PR1MA yang berharga RM250,000 ke bawah.
- *Peruntukan RM27 bilion untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.
- *Peruntukan geran sepadan RM245 juta di bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.
- * Peruntukan RM5 bilion dibawah Skim PembiayaanTeknologi Hijau bagi menggalakkan pelaburan industri teknologi hijau.
- *Melaksanakan Program Non-Revenue Water untuk mengurangkan kadar purata kehilangan air dengan kos RM1.4 bilion.
- *Peruntukan RM1.7 bilion kepada warga emas, OKU dan kanak-kanak.
- *Untuk penjawat awam, kenaikan pangkat time-based kali kedua untuk kumpulan pelaksana bagi tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.
- *Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri bekerja di lokasi berdekatan.
- *Bayaran khas one-off RM1,500 kepada 9,800 ketua kampung dan Tok Batin dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya sebelum Hari Raya Aidilfitri.
- *Lebih 65,000 imam, bilal, guru KAFA, guru takmir dan tok siak mendapat bayaran khas RM1,500 dengan RM1,000 dibayar pada Jan 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya Aidilfitri.
- *Bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 pada awal Jan 2018 dan RM500 menjelang Hari Raya Aidilfitri.
- *Pesara kerajaan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Jan 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Sumber : BERNAMA
Selamat menyaksikan pembentangan Bajet 2018. Moga anda berpuas hati dengan kandungan intipati penting Bajet kali ini.
↧
↧
September 21, 2017, 6:05 am
Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018. Bilakah tarikh pembayaran dan berapa jumlah bayaran bonus kakitangan awam 2018 serta pesara kerajaan? Pembentangan Bajet setiap tahun pasti ditunggu-tunggu oleh setiap kakitangan kerajaan kerana ingin mengetahui samada bonus ada atau tidak. Tidak terkecuali pada Bajet 2018.
Kakitangan awam yang mengharapkan bonus pada Bajet 2017 pastinya berpuas hati apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bayaran khas sebanyak RM1,500 untuk penjawat awam dan RM750 untuk pesara kerajaan. Pembayaran akan dibuat pada awal tahun 2018 dan menjelang perayaan Aidilfitri. Pada tahun lepas, tarikh Bayaran Bantuan Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri adalah pada Jun 2017. Bonus Kakitangan Awam 2017 (Bayaran Khas)
Berikut dikongsikan maklumat pembayaran bayaran khas kakitangan awam/ kerajaan 2018 melalui pengumuman Bajet 2018.Jumlah Bayaran Khas
- Kakitangan awam : RM1,500 (Tahun lepas RM500)
- Pesara : RM750 (Tahun lepas RM250)
Jumlah dan tarikh bayaran bonus kakitangan awam atau pemberian khas kakitangan kerajaan adalah seperti diumumkan dalam Bajet 2018 yang diumumkan pada Jumaat, 27 Oktober 2017. - Tarikh Pembayaran Pertama : Akan dikemaskini - RM1,000 pada awal Januari 2018 (Tahun lepas pada 3 Januari 2017)
- Bayaran kedua : RM500 Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018
Nota : Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Semoga dengan pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam 2018 ini mampu meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti sektor perkhidmatan awam.
↧
September 21, 2017, 7:00 am
Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2018. Berita baik buat seramai 7 juta penerima BR1M. Menerusi pengumuman Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)akan diteruskan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200. Ini bermakna, jumlah bayaran BR1M akan kekal seperti tahun 2017. Pada tahun lepas, jumlah bantuan telah dinaikkan untuk semua kategori penerima. Kenaikan jumlah bantuan adalah dari RM50 sehingga RM200 termasuk kategori e-kasih.Jumlah Pembayaran BR1M 2018
Jumlah amaun pembayaran BR1M untuk tahun 2018 selepas pembentangan Bajet 2018 akan dikekalkan seperti berikut:- Tarikh pembayaran BR1M - KLIK BAYARAN
1. Kategori e-Kasih
- Kategori yang diperkenalkan pada tahun 2016 bagi penerima dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan bawah RM1k akan menerima BR1M sebanyak RM1200 (Naik RM150 dari RM1050)
2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k
- Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM1000 kepada RM1200 (Kenaikan RM200);
3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k
- Isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM800 kepada RM900 (Kenaikan RM100);
4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k
- Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM450 (Naik RM50).
Secara ringkasnya, berikut adalah jadual jumlah pembayaran BR1M 2017 :-
| KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
---|
1 | Kategori e-Kasih | RM1200 |
|
|
|
2 | Kategori Pendapatan Bawah RM3k | RM1200 |
|
|
|
3 | Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k | RM900 |
|
|
|
4 | Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k | RM450 |
Semoga dengan Jumlah Bayaran BR1M Tahun 2018 yang dikekalkan, penerima dapat menggunakan bantuan ini dengan berhemah.
↧
September 25, 2017, 5:00 am
Keputusan Pemenang Juara Super Spontan Superstar 2017 Final. Rancangan lawak iaitu Super Spontan Superstars 2017 kini memasuki peringkat akhir (final) dimana 8 peserta akan bertarung merebut hadiah kemenangan utama berjumlah RM100,000. Enam peserta akan beraksi di final iaitu Achey Bocey, Ozlyn, Mamak Puteh, Sharif Zero, Shahrol Shiro, Kamal Adli, Shuk dan Fad Bocey bersaing dalam final malam ini, Jumaat, 27 Oktober 2017.
Final Super Spontan Superstar 2017 akan disiarkan secara langsung bertempat di Dewan Percubaan UPM bermula jam 1000 malam di saluran Astro Warna 132 dan Mustika HD 134.Keputusan Juara Super Spontan Superstar 2017 Final (Akhir)
Berikut adalah senarai finalis Super Spontan Superstar 2017 Final yang berlangsung pada 27 Oktober 2017 bermula jam 1000 malam.
SENARAI PESERTA FINAL
- Achey Bocey
- Fad Bocey
- Ozlyn
- Mamak Puteh
- Sharif Zero
- Shahrol Shiro
- Kamal Adli
- Shuk
Berikut adalah keputusan rasmi juara/ pemenang Super Spontan Superstar 2017 Final. Tahun lepas (2016), Johan telah menjadi juara. Manakala tahun 2015, juara Super Spontan All Stars adalah Zizan Razak yang membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan motorsikal Ducati. KEPUTUSAN PENUH FINAL SUPER SPONTAN SUPERSTAR 2017
Berikut adalah keputusan penuh dan rasmi Super Spontan Superstar 2017 akhir :-
- Juara : hadiah wang tunai RM100,000/ trofi : Kamal Adli
- Naib juara : RM50,000/ trofi : Fad Bocey
- Tempat ketiga : RM25,000/ trofi: Achey Bocey
- Keempat : RM5,000 : Ozlyn
- Kelima : RM5,000 : Shuk
- Keenam : RM5,000 :Mamak Puteh
- Ketujuh : RM5,000 : Shahrol Shiro
- Kelapan : RM5,000 : Sharif Zero
Senarai finalis akan menerima sebuah handphone
Untuk rujukan, berikut adalah senarai pemenang Super Spontan Superstar tahun 2016.- Juara - hadiah wang tunai RM100,000 : Johan
- Naib juara - RM50,000 : Abam
- Tempat ketiga - RM20,000 : Achey
- Tempat keempat - RM5,000 : Fad
- Kelima - RM5,000 : Ozlyn
- Keenam - RM5,000 : Tauke
Siapakah bakal mengondol hadiah utama RM100,000 dan seterusnya dinobatkan sebagai Juara Super Spontan Superstar 2017 Final? Nantikan siaran langsung final malam ini jam 1000 malam di Astro Warna dan Mustika HD. Semoga anda terhibur malam ini.
↧