Semakan Keputusan Temuduga Latihan Separa Perubatan 2017 Online. Berita baik buat pemohon yang telah menghadiritemuduga Latihan Separa Perubatan. Menurut Portal Rasmi SPA, semakan keputusan Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2017 kini boleh disemak secara online. Berikut dikongsikan link applikasi semakan untuk keputusan Latihan Separa Perubatan sesi Januari 2017. Untuk makluman, calon yang berminatdengan Latihan Separa Perubatan perlu membuat permohonan melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).
Sebanyak 13 latihan disediakan untuk program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil. Berikut adalah program latihan yang ditawarkan :-
Semakan Keputusan Temuduga Latihan Separa Perubatan 2017
Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan temuduga Latihan Separa Perubatan ambilan sesi Januari 2017.- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2017 : Klik (Sarawak)
- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi Januari 2017 : Klik (Semenanjung)
- Latihan Separa Perubatan (Gabungan 8 Latihan) Sesi Januari 2017 : Klik (Sabah)
Maklumat Pengambilan Latihan Separa Perubatan SPA
Untuk makluman, pengambilan calon Latihan Separa Perubatan dibuat sebanyak 2 kali setiap tahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon adalah dikehendaki untuk mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.Sebanyak 13 latihan disediakan untuk program Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil. Berikut adalah program latihan yang ditawarkan :-
- Latihan Jururawat
- Latihan Jurupulih Perubatan Anggota
- Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
- Latihan Jururawat Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
- Latihan Jururawat Masyarakat
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam