Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

$
0
0
Borang Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA. Satu lagi inisiatif oleh kerajaan menerusi RISDA dalam membantu golongan yang memerlukannya untuk memiliki rumah sendiri. Menerusi inisiatif Transformasi Luar Bandar di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah mewujudkan perumahan generasi kedua luar bandar dikenali sebagai Rumah Bina Negara (BN) RISDA.Berikut dikongsikan cara-cara membuat permohonan rumah Bina Negara Risda beserta dengan syarat kelayakan dan borang permohonan.

Permohonan RBN RISDA

Apa itu Rumah Bina Negara? 

Rumah Bina Negara dibina untuk generasi ke-2 luar bandar yang tidak memiliki kediaman sendiri. Harga RBN yang ditawarkan adalah RM45,000 dimanajumlah sebenar adalah RM65,000. Walau bagaimanapun, kerajaan telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM20,000 menjadikan harganya lebih rendah.

Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Program Rumah BN mula diumumkan pada penghujung tahun 2015 yang lalu. Ianya bertujuan untuk memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan belia luar bandar dengan keluasan asas 700 kaki persegi, tiga bilik tidur dan dua bilik air selain dilengkapi lampu serta kipas.

A. Syarat Permohonan

Antara syarat-syarat permohonan bagi pemilikan Rumah BN adalah seperti berikut :-
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 hingga 45 tahun
  3. Sudah berkahwin 
  4. Generasi kedua pekebun kecil RISDA
  5. Bermastautin di kampung
  6. Tidak memiliki rumah sendiri
  7. Memiliki tanah bersesuaian
  8. Bersetuju untuk mengkaveatkan tanah
  9. Mampu untuk menanggung kos penyediaan tapak

syarat kelayakan dan borang Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

Info Rumah Bina Negara (RBN)

Berikut dikongsikan informasi dan spesifikasi rumah Bina Negara (RBN) :-

  • Saiz Rumah : 700 kaki persegi
  • Komposisi : 3 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air Ansuran bulanan serendah RM250 sebulan

Spesifikasi RBN

Rumah sebuah satu tingkat itu memuatkan ruang tamu, ruang makan, dapur, ruang basuh dan balkoni hadapan. Spesfikasi lain RBN termasuk :-

  • Kemasan lantai bersimen
  • Dinding luar dan dalam bercat
  • Bertingkap
  • Berbumbung ‘metal deck’
  • Bersiling
  • Dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti elektrik, air, paip kumbahan dan longkang

    Borang Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA

    Mereka yang layak dan berminat boleh memuat turun borang permohonan di Laman Web Risda di Download Borang RBN. Borang-borang lain yang perliu diisi adalah seperti berikut :-

     
      Berikut adalah senarai semak permohonan yang perlu diambil perhatian oleh pemohon sebelum menghantar borang ke Pejabat RISDA.

      Senarai Semak Permohonan

      1. Borang Rumah BN1 yang telah diisi dengan lengkap
      2. Salinan Fotostat Kad Pengenalan Pemohon
      3. Salinan Fotostat Kad Pengenalan (Pasangan)
      4. Salinan Sijil Perkahwinan/ Penceraian/ Kematian (Suami Isteri)
      5. Salinan Slip Gaji/ Surat Pengesahan Pendapatan
      6. Sijil Carian Rasmi/ Cabutan Hakmilik Dari Pejabat Tanah Yang terkini (Salinan Asal)
      7. Surat Akujanji Pemohonan atau Surat Tidak Memiliki Rumah/ Mempunyai Rumah Yang Usang/ Tidak Sempurna Yang Disahkan Oleh Pemimpin Tempatan

      Cara Hubungi

      Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi :-

      Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
      Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
      Bangunan RISDA, KM 7, Jalan Ampang
      Karung Berkunci 11067, 50990 Kuala Lumpur

      Tel : 03-42564022
      Fax : 03-42576726
      Email : webmaster[at]risda[dot]gov[dot]my


      Selamat membuat Permohonan Rumah Bina Negara (RBN) RISDA. Semoga anda berjaya dalam permohonan untuk memiliki rumah sendiri melalui inisiatif kerajaan ini.

      Viewing all articles
      Browse latest Browse all 1692