Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP Dan Integrasi Sains Tahfiz 2017

$
0
0
Permohonan Online Sekolah Menengah Agama MAIWP Dan Integrasi Sains Tahfiz 2017. Berita baik buat pelajar UPSR 2016 terutama anak-anak Wilayaj Persekutuan. Dikongsikan dari FB SMISTA, adalah dimaklumkan yang Permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) 2017 Online kini di buka. Tarikh permohonan secara online adalah dari 1 November hingga 25 November 2016. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan permohonan SMA MAIWP dan SMISTA sesi 2017 untuk panduan para pemohon.

Permohonan SMA MAIWP Dan SMISTA 2017 online

Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP Dan Integrasi Sains Tahfiz 2017 Online

Berikut dikongsikan panduan dan maklumat permohonan kemasukan ke SMA MAIWP dan SMISTA tahun 2017. Maklumat dikongsikan termasuk syarat permohonan, applikasi permohonan dan cara hubungi.

Syarat Permohonan

    1. Warganegara Malaysia
    2. Pendaftaran dibuka bermula dari 01 November sehingga 25 November 2016
    3. Keutamaan diberikan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada anak-anak yang dilahirkan di luar Wilayah Persekutuan

      Syarat Akademik

      1. Kelayakan minima 4A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016. Bagi anak-anak asnaf, kelayakan minima adalah 3A 3B.
      2. Mendapat 5A / MUMTAZ dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) 2016 atau yang setara dengannya.
      3. Mempunyai asas pengajian Al-Quran dalam bidang tilawah dan hafazan
      Disamping itu, pemohon perlu menghadiri sesi temuduga dan dikehendaki lulus:
      1. Hafazan dan Tilawah Al-Quran (khas untuk calon SMISTA).
      2. Ujian Kelayakan Tingkatan 1: Fardhu Ain, Jawi, Al-Quran dan Bahasa Inggeris.
      3. Penglibatan aktif dalam ko-kurikulum

      Cara Memohon

      • Applikasi Permohonan : Klik MAIWP SMAM. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun anaknya sendiri sebelum membuat permohonan ke Tingkatan 1
      • Pendaftaran Baru :  DAFTAR MASUK
      • Soalan Lazim : FAQ

      Nota

      Ibu Bapa perlu mengemaskini keputusan UPSR dan UPSRA/PSRA/SETARAF selepas keputusan diumumkan. Butang penghantaran permohonan online hanya akan diaktifkan selepas keputusan UPSR diumumkan.

      Cara Hubungi

      Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :-

      Bahagian Pembangunan Insan, 
      Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
      Aras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM 

      No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

      No. Tel : 03- 4047 9444 ( En. Abdul Halim )
      halim.sulaiman@maiwp.gov.my 


      Selamat membuat Permohonan Sekolah Menengah Agama MAIWP Dan Integrasi Sains Tahfiz 2017. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMA MAIWP dan SMISTA 2017.

      Viewing all articles
      Browse latest Browse all 1692