December 10, 2017, 8:17 am
Semak Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Secara Online. Bagaimana cara membuat semakan kelayakan menduduki serta pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2018? Ujian Kemasukan SBP merupakan satu ujian saringan yang baru diperkenalkan pada ambilan tahun 2018. Pelajar yang ada membuat permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2018 perlu membuat semakan UKSBP iaitu keputusan kelayakan menduduki UKSBP dan atau pusat ujian pada tarikh 30 November 2017.
UKSBP akan diadakan dari 11 hingga 15 Disember 2017. UKSBP adalah penting disamping perlu melepasi syarat kemasukan ke SBP dimana ianya adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sahaja. Mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh. Cara Semak Kelayakan Menduduki UKSBP 2018 Secara Online
Prosedur pemilihan baru untuk kemasukan SBP ambilan tahun 2018 dengan memperkenalkan UKSBP diharap mampu melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti. Semakan UKSBP 2018 Keputusan Kelayakan Menduduki Ujian Kemasukan SBP Online
Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting berkaitan semakan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) atau calon layak menduduki UKSBP. Tarikh Dan Applikasi Semakan UKSBP 2018
- Calon boleh membuat semakan pada 30 November 2017 sehingga 15 Disember 2017
- Applikasi : Klik Semakan Layak Menduduki UKSBP
- Soalan adalah berasaskan IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am. Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang KPM
Maklumat lanjut, sila rujuk FAQ Permohonan SBP 2018
Tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2018 adalah seperti berikut :-- 11 hingga 14 Disember 2017 di semua negeri kecuali Negeri Selangor pada 12 hingga 15 Disember 2017.
- UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP.
- Kementerian Pendidikan Malaysia akan meluaskan pusat ujian pada tahun akan datang.
Diucapkan selamat membuat Semakan UKSBP 2018 Online Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya dalam Semakan Ujian Kelayakan Menduduki UKSBP. Anda selangkah lagi untuk berjaya dalam permohonan SBP 2018.
↧
November 2, 2017, 1:57 am
Borang Permohonan Semakan Semula Result Keputusan PT3 2017. Umum sedia maklum yang keputusan PT3 2017 akan diumumkan pada 14 Disember 2017.Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan anda, pemohon boleh membuat permohonan semakan semula keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 tahun 2017 melalui prosedur dan langkah-langkah ringkas seperti berikut seperti disarankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia:-Mana-mana calon yang tak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh, tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu, memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaannya itu.
Prosedur dan borang permohonan lengkap semak semula result PT3 2017 boleh download di SINI
PANDUAN PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA RESULT PT3 2017
- Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan.
- Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 hendaklah dibuat denganmenggunakan Borang Penyemakan Semula Keputusan PT3. Permohonan yang tidakmenggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.
Borang Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 boleh didapati dari:- Sekolah
- Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, JPN
- Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.lp.edu.my. Panduan dan borang di Permohonan.my
Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 perlu disertakan dengan satu salinan - Pernyataan Keputusan PT3.
- Semua dokumen di atas hendaklah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
Dokumen-dokumen berikut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran32cm x 23cm dan ditulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3” padasudut atas kiri sampul surat tersebut.- satu salinan pernyataan keputusan PT3
- Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan
.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:- Calon Sekolah – Pengetua sekolah di mana calon keputusan PT3 calon dikeluarkan.
- Calon Persendirian –Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri
Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi
keputusan PT3 tidak akan diproses. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima
BAYARAN FEE
- i. Fee hendaklah dibayar oleh calon sekolah dan calon persendirian.
- ii. Fee penyemakan semula keputusan PT3 adalah RM 50.00 bagi setiap mata pelajaran.
- iii. Fee hendaklah dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama
- PENGARAH PEPERIKSAAN. Cek persendirian tidak diterima
KEPUTUSAN PENYEMAKAN SEMULA
- i. Keputusan dikeluarkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan calon.
- ii. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan diterima
Semoga panduan mengenai Permohonan Semakan Semula Keputusan PT3 2017 ini bermanfaat untuk merek ayang ingin membuat permohonan semakan.
↧
↧
November 9, 2017, 3:00 pm
Semakan Keputusan PT3 2017 Online Dan SMS. Pelajar Tingkatan 3 pastinya berdebar-debar menanti keputusan result peperiksaan PT3 2017 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang telah diadakan pada 9 hingga 12 Oktober 2017 yang lalu. Keputusan PT3 2016 telah diumumkan pada 19 Disember 2016 manakala PT3 2015 pada hari Isnin, 14 Disember 2015/ Keputusan tahun 2014 pula telah diumumkan pada 22 Disember 2014 (ISNIN).Untuk tahun 2017, jangkaan tarikh adalah pada minggu ketiga bulan Disember 2017.- Tarikh rasmi keputusan PT3 2017 diumumkan adalah pada 14 Disember 2017, Hari Khamis (1000 pagi)
- Pengumuman keputusan rasmi akan dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaui media masa dan juga di Portal Rasmi KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Semakan keputusan SPM online dan SMS klik RESULT SPM
Semakan Keputusan PT3 2017 Online Dan SMS
- Tarikh rasmi adalah pada hari Khamis, 14 Disember 2017
- Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Tahun 2017 boleh diperolehi dari sekolah masing-masing mulai jam 10.00 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkaniaitu 14 Disember 2017. Pelajar hendaklah memakai pakaian seragam sekolah semasa mengambil slip keputusan penuh peperiksaan PT3.
- Tiada semakan online dan SMS disediakan pada tahun 2015/ 2016 dan calon perlu datang mengambil sendiri slip peperiksaan PT3 pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di sekolah anda. Semakan SMS juga tidak disediakan
Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS)
taip UPSR <Jarak> Angka Giliran seterusnya sms ke 15888 - Gred markah terkini PT3, sila rujuk di Gred Pemarkahan PT3
- Permohonan semak semula Keputusan PT3 boleh di buat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang boleh didapati di sekolah masing-masing atau merujuk kepada Panduan DI SINI. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari keputusan dikeluarkan.
Semoga berjaya dan tahniah kepada calon PT3 2017 yang mendapat keputusan yang cemerlang. * PT3 akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.
* Bagi pelajar yang berminat untuk memasuki SBP, KV/SMT dan MRSM 2018, anda boleh memohon secara online di - Sekolah Teknik/ Kolej Vokasional
- Sekolah Berasrama Penuh
- Permohonan MRSM Tingkatan 4
- Semakan tawaran SBP 2017 klik SBP Ting 1 & 4
- Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Kawalan 2016 SMKA, SABK, KRK Dan KAA Online dan SMS boleh disemak bermula 20 Disember 2015 bermula jam 1000 pagi AHAD di SEMAKAN SEKOLAH KAWALAN 2016.
Tahniah kepada pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam keputusn PT3 2017. Selamat menempuh pelajaran Menengah Atas tahun 2018 nanti.
↧
November 7, 2017, 8:00 pm
Semakan Keputusan Tawaran Ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 Online. Tarikh semakan dan applikasi semakan e-SSeM? Berikut dikongsikan maklumat berkaitan semakan permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSeM) tahun 2018 meliputi semakan sesi serlahan dan semakan keputusan permohonan Tingkatan 1 (Satu).
Terkini, menerusi makluman yang dikongsikan dari Portal Rasmi KPM, semakan Sesi Serlahan Seni Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2018 boleh dibuat bermula dari 5 Oktober 2017 jam 200 petang. Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 Online
Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat adalah merupakan salah satu syarat kemasukan sebelum ditawarkan ke Sekolah Seni Malaysia. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia telah dibuka
3 April sehingga 15 September 2017 yang lalu.Untuk panduan pemohon, Semakan Sesi Serlahan Seni Permohonan Ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2018 boleh disemak seperti berikut :-A. Semakan Sesi Serlahan Seni
- Tarikh semakan : Mulai 5 Oktober 2017 (Khamis) jam 200 petang
- Applikasi Semakan : Sila klik https://essem.moe.gov.my/
- No tel pertanyaan : 03-8872 1620
B. Semakan Tawaran Kemasukan
Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia (SSeM) sesi 2018akan dibuka untuk semakan seperti berikut :-
* Akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari KPM - Tarikh Semakan : Hari Sabtu, 16 Disember 2017 - RASMI (Tahun lepas pada 15 hingga 31 Disember 2016)
- Applikasi Semakan : essem
Selamat membuat Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2018 secara online. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSM) 2017nanti.
↧
November 13, 2017, 8:32 pm
Takwim Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional Tahun 2018. Dipetik dari makluman rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia berikut disertakan Takwim (Jadual dan tarikh) Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2018 untuk panduan semua. Maklumat yang dikongsikan di Takwim peperiksaan 2018 ini termasuk jenis peperiksaan dan tarikh peperiksaan dijalankan. Diantara ujian yang dijalankan adalah ujian teori, amali, peperiksaan bertulis dan lisan.Takwim Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2018
Berikut dikongsikan Takwim Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional tahun 2018 yang telah diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional
1. The Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM)
- Teori A: 19 Mac 2018
- Amali 1: 21 Mac – 27 April 2018
- Teori B: 11 Ogos 2018
- Amali 2: 20 Jun – 30 Ogos 2018
2. The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
- 5 hingga 9 Mac 2018
- 4 hingga 8 Jun 2018
- 3 hingga 7 September 2018
- 3 hingga 7 Disember 2018
3. University of London (UoL)
- 2 Mei hingga 22 Jun 2018
- 4 September hingga 26 Oktober 2018
- 3 hingga 7 Disember 2018
4. The Association of International Accountants (AIA)
- 21 hingga 24 Mei 2018
- 26 hingga 29 November 2018
5. Diplôme d’Études en Langue Française (DELF)
- 4 September 2018 Peperiksaan Lisan: 5 – 30 September 2018
7. International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) Literature (English) 0486
Muat turun Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2018 di LPM.
Nota Penting Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan oleh badan peperiksaan yang berkenaan
↧
↧
November 14, 2017, 8:30 am
Senarai Finalis Gegar Vaganza 2017 Musim Keempat. Program realiti Gegar Vaganza 2017 musim ketiga akan menuju konsert akhir di Johor Bahru pada 17 Disember 2017. Enam penyanyi telah menempah tiket ke Final Gegar Vaganza 2017 dengan peserta tersingkir terakhir adalah Syura. Program Gegar Vaganza Astro 2017 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse telah menyaksikan 12 peserta bertarung dengan 6 sahaja yang berjaya ke final kali ini. Senarai Finalis Gegar Vaganza 2017 Musim Keempat
Konsert Gegar Vaganza 2017 Musim Keempat akan menemui penonton setiap Ahad jam 900 malam di saluran Astro Ria HD (123) dan Astro Ria (104).Berikut adalah senarai Finalis Gegar Vaganza Astro 2017 :-
1. Hazami
2. Aishah
3. Firman
4. Tia Jinbara
5. Liza Hanim
6. Lan
Keputusan pemenang Final Gegar Vaganza 2017 klik GV
Juga dikongsikan finalis tahun lepas dan senarai lagu.Senarai Lagu Konsert Akhir 2016
Finalis 2016
1. Ameng Spring
2. Siti Sarah
3. Zarul Umbrella
4. Gmie Screen
5. Intan Sarafina
6. Azharina
1. Ameng
- Bougenvilla (Spring)
- Romantis (Spring)
2. Azharina
- Mama Aku Ingin Pulang (Nike Ardilla)
- Izinkanlah (Nike Ardilla)
3. Gmie Screen
- Bila Bulan Berwarna Biru (Arab & Aidit)
- Salam Terakhir (Sudirman)
4. Intan Sarafina
- Sedetik Lebih (Anuar Zain)
- Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)
5. Siti Sarah
- I Will Always Love You (Whitney Houston)
- Matahariku (Agnes Monica)
6. Zarul Umbrella
- Gerhana (Kembara)
- Dendangan Laguku (Carefree)
Lagu untuk hos : Jihan & Nabil :- Polaroid (Sakura Band)
Juri Tetap Gegar Vaganza Astro 2016
- Datuk Ramli MS
- Datuk Khadijah Ibrahim
Hadiah Gegar Vaganza Astro 2016 Beserta Trofi
- RM100,000 (Juara)
- RM50,000 (Naib Juara)
- RM30,000 (Ketiga)
- RM15,000 (Keempat)
- RM10,000 (Kelima)
- RM5,000 (Keenam)
Siapakah Juara Gegar Vaganza 2017 Musim keempat? Nantikan Final Gegar Vaganza 2017 minggu depan Hari Ahad, 17 Disember 2017, jam 900 malam di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Iskandar Puteri. Tahniah kepada peserta yang berjaya layak ke akhir.
↧
November 26, 2017, 7:30 pm
Jumlah Dividen Dan Bonus ASB 2017. Berapakah kadar atau jumlah dividen dan bonus ASB 2017? Menjelang hujung tahun pasti dinantikan oleh pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB). Pada waktu ini biasanya Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan mengumumkan kadar pengagihandividen dan bonus ASB. Untuk tahun 2017, kadar dividen dan bonus dijangka diumumkan pada minggu kedua atau selewat-lewatnya hujung bulan Disember 2017. Pada tahun lepas, ianya telah diumumkan pada 22 Disember 2016.Dalam pada itu ASNB telah memaklumkan yang urusniaga ASB dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan bermula 20 Disember 2017 hingga 1Januari 2018 bagi pengiraan pengagihan pendapatan tahun 2017.
Jumlah Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2017
Berikut adalah jumlah dividen dan bonus ASB dan ASN tahun 2017 buat panduan pelabur amanah saham ini.- Dividen : ? sen/ unit
- Bonus : ? sen/ unit
- Jumlah : ? sen/ unit
Pada tahun lepasm jumlah dividen dan bonus ASB 2016 yang telah diumumkan pada 22 Disember 2016 adalah seperti berikut :-- Dividen : 6.75 sen/ unit
- Bonus : 0.50 sen/ unit
- Jumlah : 7.25 sen/ unit
* Jumlah pengagihan untuk Amanah Saham Nasional (ASN) pula adalah 5 sen seunit. Untuk rekod, berikut adalah kadar dividen dan bonus ASB tahun 2015 beserta rekod pengagihan untuk tahun-tahun lepas iaitu dari tahun 1990 sehingga 2015. Tahun | Kadar Dividen ASB | Kadar Bonus ASB | JUMLAH |
---|
| (sen : unit) | (sen : unit) | (sen : unit) |
2015 | 7.25 | 0.5 | 7.75 |
2014 | 7.5 | 1 | 8.5 |
2013 | 7.7 | 1 | 8.7 |
2012 | 7.75 | 1.15 | 8.9 |
2011 | 7.65 | 1.15 | 8.8 |
2010 | 7.5 | 1.25 | 8.75 |
2009 | 7.3 | 1.25 | 8.55 |
2008 | 7 | 1.75 | 8.75 |
2007 | 8 | 1 | 9 |
2006 | 7.3 | 1.25 | 8.55 |
2005 | 7.25 | 1.75 | 9 |
2004 | 7.25 | 2 | 9.25 |
2003 | 7.25 | 2 | 9.25 |
2002 | 7 | 2 | 9 |
2001 | 7 | 3 | 10 |
2000 | 9.75 | 2 | 11.75 |
1999 | 8.5 | 1.50 + 2.00 (special bonus) | 12 |
1998 | 8 | 2.5 | 10.5 |
1997 | 10.25 | 1.25 | 11.5 |
1996 | 10.25 | 3 | 13.25 |
1995 | 10 | 3 | 13 |
1994 | 9.5 | 4.5 | 14 |
1993 | 9 | 4.5 | 13.5 |
1992 | 7.5 | 5 | 12.5 |
1991 | 8.5 | 4 | 12.5 |
1990 | 8 | 6 | 14 |
Semoga Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2017 yang diumumkan nanti mampu memberikan kegembiraan buat pelabur semua.
↧
November 27, 2017, 4:00 pm
Keputusan Pemenang Juara Konsert Gegar Vaganza 2017 Akhir. Enam finalisakan bersaing untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 pada Konsert Akhir Gegar Vaganza 2017 Final. GV4 final akan berlangsung pada hari Ahad, 17Disember 2017 jam 900 malam di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru. Siapakah pemenang Juara Konsert Gegar Vaganza 2017 Akhir kali ini?
Konsert akhir GV4 dibawakan secara langsung dari Johor Bahru dan disiarkan di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) serta saluran serentak Ria HD (saluran 123), pukul 9 malam. KEPUTUSAN PEMENANG JUARA GEGAR VAGANZA 2017 FINAL (KONSERT AKHIR)
Berikut dikongsikan senarai finalis Konsert Akhir Gegar Vaganza tahun 2017 :- 1. Hazami 2. Aishah 3. Firman 4. Tia Jinbara 5. Liza Hanim 6. LanKeputusan Gegar Vaganza 2017
- Juara : ? (RM50,000)
- Naib Juara : ? (RM50,000)
- Ketiga : ? (RM30,000)
- Keempat : ? (RM15,000)
- Kelima : ? (RM10,000)
- Keenam : ? (RM5,000)
- Persembahan Pilihan Penonton : ? (RM5,000)
Juga dikongsikan senarai finalis Gegar Vaganza 2016 Musim ketiga, minggu lapan dari keseluruhan 12 peserta awal :-
1. Ameng Spring
2. Azharina
3. Intan Sarafina
4. Gmie Screen
5. Siti Sarah
6. Zarul UmbrellaSenarai Lagu Konsert Akhir GV3
1. Ameng
- Bougenvilla (Spring)
- Romantis (Spring)
2. Azharina
- Mama Aku Ingin Pulang (Nike Ardilla)
- Izinkanlah (Nike Ardilla)
3. Gmie Screen
- Bila Bulan Berwarna Biru (Arab & Aidit)
- Salam Terakhir (Sudirman)
4. Intan Sarafina
- Sedetik Lebih (Anuar Zain)
- Kemelut Di Muara Kasih (Ziana Zain)
5. Siti Sarah
- I Will Always Love You (Whitney Houston)
- Matahariku (Agnes Monica)
6. Zarul Umbrella
- Gerhana (Kembara)
- Dendangan Laguku (Carefree)
Lagu untuk hos : Jihan & Nabil :- Polaroid (Sakura Band)Hos Konsert Akhir Gegar Vaganza Final 2016 ialah Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Keputusan Gegar Vaganza 2016
- Juara : Azharina (RM50,000)
- Naib Juara : Siti Sarah (RM50,000)
- Ketiga : Zarul Umbrella (RM30,000)
- Keempat : Ameng Spring (RM15,000)
- Kelima : Intan Sarafina (RM10,000)
- Keenam : Gmie Screen (RM5,000)
- Persembahan Pilihan Penonton : Siti Sarah(RM5,000)
Keputusan Gegar Vaganza 2015
Berikut adalah senarai keputusan pemenang Konsert Akhir Gegar Vaganza 2015.- Persembahan Pilihan Penonton - SITI NORDIANA : Wang Tunai RM5,000
- Tempat ke 6 - HAIZA : wang tunai RM5,000, pakej percutian ke Lombok, Indonesia bernilai RM6,000 dan trofi
- Tempat ke 5 - ACONG : wang tunai RM10,000, pakej percutian ke Lombok, Indonesia bernilai RM6,000 dan trofi
- Tempat ke 4 - NASSIER WAHAB : wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Lombok, Indonesia bernilai RM6,000 dan trofi
- Tempat ke 3 - EZAD LAZIM : wang tunai RM30,000, pakej percutian ke Jogjakarta, Indonesia bernilai RM10,000 dan trofi
- Tempat ke 2 (Naib Juara) - FARAHDHIYA : wang tunai RM50,000, pakej percutian keBeijing, China bernilai RM15,000 dan trofi
- Juara - SITI NORDIANA : wang tunai RM100,000, pakej percutian keMadrid, Sepanyol bernilai RM30,000, single terbaru dari Astro dan trofi
Siapakah juara Gegar Vaganza 2017 ? Pemenang GV lepas adalah Ayai, Siti Nordiana dan Azharina. Nantikan keputusan senarai pemenang GV4 Ahad nanti.
↧
November 29, 2017, 4:30 pm
Semak Keputusan MUET November 2017 Online Dan SMS. Bila tarikh semakan keputusan MUET? Perhatian dan panduan buat mereka yang telah menduduki peperiksaan MUET November 2017. Semakan Keputusan peperiksaan MUET sesi November 2017 akan diumumkan pada minggu pertama bulan Januari iaitu pada 5 Januari 2018. Semakan keputusan boleh disemak secara online dan melalui SMS pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Sumber :Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Buat mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET di tahun 2018, sila rujuk jadual peperiksaan di Kalendar MUET.
- Terkini : Semakan Keputusan MUET November 2017 boleh disemak pada 5 Januari 2018 (Jumaat) bermula jam 1000 pagi.
SEMAKAN KEPUTUSAN MUET SESI NOVEMBER 2017
Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan MUET Sesi November 2017 merangkumi tarikh, applikasi dan cara membuat semakan.- Tarikh : 5 Januari 2018 (Hari Jumaat)
- Masa : Bermula jam 1000 pagi
Cara Buat Semakan
Terdapat dua kaedah semakan yang boleh digunakan untuk mengetahui keputusan peperiksaan.- Semak melalui SMS mulai 10:00 pagi, pada tarikh keputusan diumumkan
- taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
- Secara On-Line diwww.mpm.edu.my
- mulai jam 10:00 pagi , pada tarikh keputusan diumumkan
Semoga berjaya dengan cemerlang kepada semua calon peperiksaan MUETsesi November 2017. Jika anda ingin lulus cemerlang peperiksaan MUET, anda boleh klik link banner dibawah untuk panduan.
↧
↧
November 29, 2017, 12:00 am
Cara Semak Keputusan Tawaran Sekolah Kawalan 2018 Online Dan SMS. Perhatian buat pemohon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan 2018, Tingkatan 1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Semakan keputusan permohonan Sekolah Kawalan 2018iaitu SMKA SABK KRK KAA boleh disemak di applikasi semakan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing. Pada tahun lepas, keputusan telah diumumkan pada hari Ahad, 20 Disember 2015.
Permohonan kemasukan murid baru ke sekolah kawalan tahun 2018 boleh dimohon melalui borang manual edaran JPN negeri atau pun sekolah rendah masing-masing. Permohonan ke sekolah kawalan tidak lagi boleh dilakukan secara online. Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM (SPATKPM) yang digunakan pada tahun sebelumnya tidak dibuka pada tahun ini.SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN SEKOLAH KAWALAN 2018 ONLINE DAN SMS
Semakan keputusan boleh dibuat melalui Laman Web Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing seperti link URL yang dikongsikan dibawah ini. Berikut merupakan pautan semakan tawaran mengikut berdasarkan negeri:-
- Johor
- Terengganu
- Perak
- Negeri Sembilan
- Kedah (akan dikemaskini)
- Kelantan
- Pahang
- Selangor
- Perlis
- Melaka
- Kuala Lumpur
- Sabah (akan dikemaskini)
- Sarawak (akan dikemaskini)
Cara Semakan Tahun 2017
SEMAKAN KEPUTUSAN SEKOLAH KAWALAN 2017 ONLINE DAN SMS
| |
SEMAKAN ONLINE | https://public.moe.gov.my Daftar Masuk > Sekolah Kawalan > Semakan Permohonan |
| |
SEMAKAN SMS | Bermula 1000 pagi, 20 Disember 2016 sehingga 1159 malam, 31 Disember 2016 CARA 1 : Taip: MOE (jarak) SKWL (jarak) Angka Giliran UPSR |
| Contoh: MOE SKWL BB0000007 hantar ke 15888 |
| |
| CARA 2 : Taip: MOE (jarak) SKKAWALAN (jarak) Angka Giliran UPSR |
| Contoh: MOE SKKAWALAN BB0000007 hantar ke 15888 |
Cara Semakan Melalui SMS
Nota
- Caj penghantaran : RM0.15
- Caj Penerimaan : RM0.20
- Caj Tidak Termasuk GST
- Perkhidmatan tersedia untuk Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX
Semoga berjaya kepada pemohon Sekolah Kawalan 2018 SMKA SABK KRK KAA Online semua. Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Kawalan.
↧
November 29, 2017, 3:00 pm
Jumlah Dan Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2018. Bilakah tarikh bayar bonus 2018? Berita baik buat seramai 1.6 juta penjawat awam di negara ini. Kakitangan kerajaan akan menerima RM1, 500 sebagai bayaran khas yang akan dibayar pada awal Januari 2018.Sebelum ini, kakitangan kerajaan untuk beberapa tahun kebelakangan ini hanya menerima bayaran khas sebanyak RM500.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 27 Oktober 2017 telah mengumumkan pemberian bayaran khas sebanyak RM1,500. Pesara Kerajaan juga akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM750. TARIKH BAYARAN BONUS KAKITANGAN AWAM 2018
Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Pemberian Bayaran Khas RM1, 500 Kakitangan Awam 2018. Pembayaran akan dibuat pada tarikh berikut mengikut surat pekelililing ANM Peraturan Pembayaran Khas (Akan dikemaskini).
Jumlah Bayaran Khas
- Kakitangan awam : RM1,500 (Tahun lepas RM500)
- Pesara : RM750 (Tahun lepas RM250)
Tarikh Pembayaran
Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2018 pada Jumaat, 27 Oktober 2017 akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-. - Tarikh Pembayaran Pertama : RM1,000 pada 8 Januari 2018 (Tahun lepas pada 3 Januari 2017)
- Bayaran kedua : RM500 Menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu 7 Jun 2018
Nota : Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada 8 Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu 7 Jun 2018.
Diantara faedah dan insentif yang diberikan kepada penjawat awam pada Bajet 2018 boleh dirujuk di Permohonan.my.
Untuk makluman, pada bulan Jun 2017 yang lalu, Kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan masing-masing untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2018 ini boleh dijadikan belanja buat menyiapkan anak-anak ke sesi persekolahan 2018.
↧
December 25, 2017, 9:06 pm
Bentuk Hukuman Yang Dilarang Oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM). Tugas/ tanggungjawab sebagai seorang guru/ pendidik kini semakin mencabar dalam mendidik anak bangsa pada masa kini. Antara cabaran seorang guru adalah dalam mengatasi masalah disiplin pelajar yang makin sukar dibendung pada masa kini. Tidak termasuk campur tangan ibu bapa yang menyebelahi anak mereka walaupun melakukan kesalahan. Berikut dikongsikan Senarai Bentuk Hukuman Yang Dilarang KPM untuk dibuat oleh guru ke atas murid.
Senarai ini dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdasarkan maklumat unit disiplin KPM. Ianya dibahagikan kepada dua, pertama hukuman berbentuk fizikal manakala satu lagi hukuman terhadap mental dan emosi. Senarai Bentuk Hukuman Yang Dilarang Oleh KPM
Berikut adalah senarai-senarai hukuman yang tidak boleh dikenakan oleh guru ke atas murid yang bersalah atau tidak.Hukuman Terhadap Fizikal
- Berdiri lama di tengah panas
- Lari keliling padang
- Berdiri lama dalam/ luar bilik darjah
- Memukul diri sendiri/ sesama sendiri
- Berdiri di atas kerusi atau meja
- Menarik rambut atau telinga
- Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
- Junjung kerusi atau buku
- Cubit/ enjut/ ketuk ketampi/ mendada/ ketuk/ sekel kepala
Hukuman Terhadap Mental Dan Emosi
- Gunting rambut
- Berdiri membuat latihan
- Berleter
- Gantung tulisan di badan
- Memalukan di khalayak ramai
- Kelas tahanan pada waktu rehat
- Memaki hamun
- Conteng muka dengan kapur
- Koyak Buku Latihan
- Mengugut atau mengertak murid
- Tidak menghiraukan murid
- Tidak menanda buku latihan
Dari senarai hukuman yang dinyatakan diatas, hampir kesemua murid dulu-dulu pernah merasainya hukuman tersebut. Hukuman diatas adalah perkara biasa buat mereka. Keadaan kini berubah dan apa yang paling penting, ibu bapa hendaklah mengawal disiplin anak-anak mereka di sekolah dan luar sekolah dalam mengelakan perkara tidak diingini.
↧
December 2, 2017, 5:22 pm
Cara Semak Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2017/ 2018 Online. Semakan keputusan peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) boleh disemak secara online seperti butiran dan tarikh/masa berikut.Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) adalah program persediaan bagi pelajar bumiputera dan 10 % bukan Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam (UA). Semakan Keputusan PSPM 2017/ 2018 Online (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi)
Tempoh pengajian program pra-universiti adalah selama dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) manakala bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT )adalah untuk tempoh 4 semester. Keputusan yang cemerlang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke IPTA melalui Permohonan UPU online.Berikut adalah makluman keputusan peperiksaan Matrikulasi buat panduan pelajar.Berikut adalah tarikh penting semakan keputusan PSPM untuk PST dan PDT Program Matrikulasi KPM sesi 2017/ 2018:-
- Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester I Sesi 2017/2018
- PDT - Program Matrikulasi Dua Tahun Semester I Sesi 2017/2018
- PDT - Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester IV Sesi 2017/2018
Nota : Keputusan PSPM untuk ketiga-tiga kategori diatas adalah pada 27 Disember 2017 (Hari Rabu) bermula jam 1000 pagi. Semua maklumat yang dikongsikan adalah tertakluk kepada perubahan dan pindaan.
Cara Buat Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi PSPM 2017 Online
a) Semakan Online Melalui Laman Web
b) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
- Taipkan MOE MAK<no kad pengenalan> hantar ke 15888
- Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
c) Panggilan Telefon
Semoga pelajar Matrikulasi berjaya dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan yang diumumkan ini. Semoga anda terus cemerlang dan dapat memasuki Unoversiti Awam melalui permohonan UPU online.
↧
↧
December 1, 2017, 6:30 pm
Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Januari 2018. Berita baik bagi mereka yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia sebagai Perajurit Muda TD. Permohonan secara online dan pemilihan terbuka siri 186/ 44 tahun 2018 dibuka seperti tarikh dikongsikan dari FB TDM danPortal Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM). Iklan sesi pemilihan awal Perajurit Muda Lelaki & Wanita Tentera Darat juga ada disiarkan di Laman Berita utama tempatan. Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2018
Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi pengambilan Siri 186/ 44 tahun 2018.- Pemilihan Perajurit Muda Lelaki dan Wanita TD
- Pemilihan calon Wanita Kor Agama Angkatan Tentera .
- Terkini : Permohonan Pengambilan Terkini Perajurit Muda siri 186/ 44 tahun 2018 klik Tentera Darat
Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dan panduan permohonan sebelum memohon.Syarat Kelayakan Akademik
LELAKI
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek MATEMATIK/ SAINS/ BAHASA INGGERIS. Lulus SEJARAH bagi SPM 2013 dan keatas
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu Kolej Vokasional 1104, subjek Matematik, Sains dan lulus Bahasa Inggeris
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat Prinsipal dalam subjek Syariah/ Usuluddin Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM (KAGAT)
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
- Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pembantu Pegawai Perubatan/Jururawat Terlatih di iktiraf KKM/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
- Diploma pelbagai bidang dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
WANITA
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS. Lulus SEJARAH bagi SPM 2013 dan keatas
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan lulus subjek Bahasa Melayu Kolej Vokasional 1104 dan salah satu subjek Matematik/ Sains/ Bahasa Inggeris
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
- Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pembantu Pegawai Perubatan/Jururawat Terlatih di iktiraf KKM/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian/ Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
- Diploma pelbagai bidang dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
Lain-Lain Syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah dan calon KAGAT berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh angkat sumpah (25 Mac 17).
Taraf Perkahwinan
- Bujang/Kahwin/Duda bagi Lelaki. Tidak pernah berkahwin bagi wanita.
Kes Polis/Mahkamah
- Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
Taraf Kesihatan
- Calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh – Forward Employment (FE) semasa pemilihan akhir.
Saringan Awal
- Pemeriksaan Dokumentasi yang telah di muat naik dalam laman sesawang atau yang di pos ke cawangan ini. Calon yang lulus Saringan ini akan dipanggil ke tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan untuk hadir ke Pemilihan Akhir.
Pemilihan Akhir
Pemeriksaan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:- Pengesahan Dokumen asal dan salinan.
- Pemeriksaan Kesihatan.
- Ujian Bertulis (IQ dan Psikologi)
- Ujian Kecergasan (Larian 2.4 KM bermasa, Mendagu, Lompat Jauh Statik dan Bangun Tubi).
Kriteria Pemilihan
Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit kelayakan Akademik, Fizikal, Ujian Bertulis serta Ujian Kecergasan. Kriteria Tambahan
Keutamaan kepada yang berkebolehan seperti:- Sukan mewakili peringkat negeri dan ke atas.
- Berkebolehan bermain alat muzik pancaragam yang diiktiraf. (Penglibatan dan pengiktirafan disahkan melalui sijil)
SYARAT MINIMA UKURAN FIZIKAL
Ukuran Untuk Lelaki/ Wanita
- Tinggi : 1.62m
- Berat : 47.5kg
- BMI = 18 - 26.0
- Lelaki Sahaja
- Ukuran Dada Biasa : 76 sm
- Ukuran Dada Kembang : 81 sm
GAJI SEMASA
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Kad Pengenalan (MY KAD).
- Sijil Kelahiran Pemohon.
- Sijil SPM/SVM (bersama transkrip).
- Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
- Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
- Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
- Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
- Sijil Berhenti Sekolah.
- Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik. (Kriteria Tambahan)
- Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
- Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
- Sekeping gambar terkini berukuran passport
CARA MEMOHON PERAJURIT MUDA TD 2017
Pemohonan boleh dilaksanakan melalui laman sesawang Jom Masuk Tentera di ATAU*- Pemohon boleh menghantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan di atas sebanyak 2 salinan melalui Pos ke alamat:
SEL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
MARKAS TENTERA DARAT 2
WISMA PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR
Borang permohonan boleh dicetak melalui Laman Sesawang Portal Tentera Darat http://army.mod.gov.my/permohonanPERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPROSES KE PERINGKAT SETERUSNYA
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 4 SEPTEMBER 2017
.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN OLEH PEMOHON BERMULA PADA 20 SEPTEMBER 2017 DI LAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:
Jom Masuk Tentera http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA
Portal Tentera Darat http://army.mod.gov.my/akhir
Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian seperti berikut:Tel: 03-2071 4258/2197/4254Syarat-Syarat Kelayakan lain, pusat pemilihan, gaji dan sebagainya sila rujuk iklan pengambilan tahun 2017 di link IKLAN atau klik TDTarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal (Khas) Perajurit Muda 2017
Berikut adalah maklumat sesi pemilihan awal (khas) Perajurit Muda terkini iaitu bulan Ogos 2017. Sila hadir dengan berpakaian kemas iaitu baju berkolar, seluar slack, berkasut serta sarung kaki di pusat-pusat pemilihan yang tercatat di bawah: - Masa Pendaftaran: 8.00 pagi
SIRI 185
ZON UTARA
22 OGOS 17 (Kangar)
23 & 24 OGOS 17 (Alor Star)
26 OGOS 17 (Kulim)
28 OGOS 17 (Ipoh)
ZON TENGAH DAN SELATAN
22 OGOS 17 (Kuala Lumpur)
24 OGOS 17 (JOHOR BHARU)
26 OGOS 17 (KLUANG)
28 OGOS 17 (MELAKA)
30 OGOS 17 (SEREMBAN)
ZON TIMUR
22 OGOS 17 (TEMERLOH)
24 OGOS 17 (KUALA TERENGGANU)
26 & 27 OGOS 17 (KOTA BHARU)
29 OGOS (KUALA LIPIS)
ZON SABAH
22 OGOS 17 (TAWAU)
24 OGOS 17 (SANDAKAN)
26 & 27 OGOS 17 (KOTA KINABALU)
ZON SARAWAK
22 OGOS 17 (MIRI)
24 OGOS 17 (SIBU)
26 & 27 OGOS (KUCHING)
SIRI 183
PERMOHONAN BOLEH DISEMAK BERMULA pada 6 FEBRUARI 2017 DILAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:
Cara Hubungi TDM
Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:MARKAS TENTERA DARAT 2
SEL PENGAMBILAN
PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
WISMA PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR
Talian seperti berikut: Tel: 03-2071 4258/2197/4254
atau Layari Laman Web: http://army.mod.gov.my Sumber Portal Rasmi Tentera Darat MalaysiaSelamat membuat permohon Perajurit Muda Tentera Darat 2018. Semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan tahun 2018.
↧
December 4, 2017, 3:30 pm
Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan SBP 2018 Tingkatan 1 Dan 4 Online. Panduan buat Pemohon murid Darjah 6 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2018 Tingkatan 1 yang telah ditutup pada 19 November 2017 yang lalu. Pemohon boleh mengetahui atau menyemak keputusan permohonan SBP 2018 mereka jangkaan pada minggu kedua Disember 2017 atau selewat-lewatnya 29 Disember 2017. Tarikh tahun lepas adalah 14 Disember 2016 menerusi makluman rasmi KPM.
Sebelum ini, menerusi makluman FAQ SBP 2018, keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu (1) SBP akan diumumkan selewat-lewatnya pada 29 Fisember 2017. Keputusan UPSR 2017 telah diumumkan pada 23 November 2017 yang lalu. - Semakan tawaran dan erayuan kemasukan murid ke Tingkatan 1 SBP tahun 2018 akan dibuka mulai hari Jumaat, 29 Disember 2017 - Tarikh rasmi (14 Disember 2016 sehingga 5 Januari 2017). Untuk Tingkatan 4 pula adalah dari * akan dikemaskini (20 Januari sehingga 5 Februari 2017)
- Semakan Ujian Layak Menduduki Ujian Kemasukan SBP (Tarikh semakan 30/ 11/2017) klik UKSBP
Semakan Keputusan Permohonan SBP 2018 Tingkatan 1 Dan 4 Online
Menerusi makluman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan SBP Tingkatan 1 2018 boleh disemak pada hari Jumaat, 29 Disember 2017. Maklumat semakan di bawah adalah untuk tahun 2017.
- Tarikh semakan keputusan SBP 2018 dan erayuan Tingkatan 1 adalah dari 29 Disember 2017
14 Disember 2016 sehingga akan dikemaskini 5 Januari 2017. Semakan erayuan ambilan 2 pada akan dikemaskini 26 Januari sehingga akan dikemaskini 12 Februari 2017 - Tingkatan 4 dari 20 Januari sehingga 5 Februari 2017
Semakan tawaran ke SBP 2018 akan di buka secara online mengikut tarikh berikut di mana pengumuman akan dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di applikasi e-perkhidmatan berkala di http://www.moe.gov.my/ . PERMOHONAN/ SEMAKAN SBP TINGKATAN 1 TAHUN 2018 | |
---|
TARIKH BUKA | 16 OKTOBER 2017 |
TARIKH TUTUP | 19 NOVEMBER 2017 |
APPLIKASI PERMOHONAN | https://sst1.moe.gov.my/ |
| |
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN & eRayuan (29 Disember 2017 - ambilan 1 dan akan dikemaskini 26 Januari 2017 - ambilan 2) | Semakan Tawaran & e-Rayuan |
PERMOHONAN/ SEMAKAN SBP TINGKATAN 4 TAHUN 2018 | |
---|
TARIKH BUKA | 13 November 2017 |
TARIKH TUTUP | 24 Disember 2017 |
APPLIKASI PERMOHONAN/ SEMAKAN | https://sst4.moe.gov.my/ |
| |
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN & eRayuan (akan dikemaskini 20 Januari hingga 5 Februari 2017) | Klik Tingkatan 4 |
- Semakan Keputusan Tawaran Sekolah Kawalan 2018 SMKA, SABK, KRK Dan KAA Online dan SMS boleh disemak pada bulan Disember 2017 di SEMAKAN SEKOLAH KAWALAN 2018.
* ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA
Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2017 dan Klik Butang Semakan
Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut
Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.
Permohonan e-Rayuan SBP 2018
Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online padatarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?
- Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
- Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.
Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumumanpenawaran kepada murid yang berjaya.
Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan
1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:- Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2018
- Klik sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
- Masukkan angka giliran UPSR/PBS
- Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
- Klik pada e-rayuan
- Maklumat yang diperlukan : A. MAKLUMAT DIRI, B. MAKLUMAT KEPIMPINAN / KOKURIKULUM, C. MAKLUMAT IBU BAPA DAN D. MAKLUMAT ALAMAT SURAT MENYURAT
- Hantar.
2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:- Masuk ke laman sesawang: Semakan SBP 2018
- Klik sistem semakan tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
- Masukkan angka giliran UPSR/PBS
- Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
- Klik pada e-rayuan
- Hantar
Didoakan semoga pemohon berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP 2018 kali ini. Juga anda berjaya dalam permohonan e-rayuan SBP 2018.
↧
December 4, 2017, 4:30 pm
Jadual Pembayaran Pencen 2018 Pesara Kerajaan.Bilakahtarikh pembayaran pencen 2018 untuk pesara kerajaan? Berikut adalah tarikh pembayaran pencen bulanan kepada pesara kerajaan yang telah diumumkan oleh Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan. Tarikh bayaran pencen bulanan akan dibayar lebih awal dari pembayaran gaji kakitangan awam 2018 yang boleh rujuk di Jadual Gaji 2018. Pesara kerajaan juga akan menerima bantuan khas 2017 dan Hari Raya Aidilfitri 2018 pada Januari dan Jun 2018.
Untuk kemudahan, penyata pencen juga boleh di semak dan di print cetak di link Applikasi JPA Pencen.Tarikh Pembayaran Pencen 2018 Pesara Kerajaan
Berikut dikongsikan jadual tarikh bayaran pencen tahun 2018 untuk pesara kerajaan yang mengandungi tarikh, bulan dan hari. Dikongsikan juga tarikh bayaran gaji bulanan 2018 untuk kakitangan awam sebagai perbandingan dan rujukan.Tahun 2018
Bulan Tarikh Bayaran Hari
- Januari 18/01/2018 Khamis
- Februari 7/02/2018 Rabu
- Mac 21/03/2018 Rabu
- April 19/04/2018 Khamis
- Mei 21/05/2018 Isnin
- Jun 6/06/2018 Rabu
- Julai 19/07/2018 Khamis
- Ogos 13/08/2018 Isnin
- September 20/09/2018 Khamis
- Oktober 18/10/2018 Khamis
- November 21/11/2018 Rabu
- Disember 20/12/2018 Khamis
Bayaran Tahun 2017
Bulan Tarikh Bayaran Hari
- Januari 18/01/2017 Rabu
- Februari 21/02/2017 Selasa
- Mac 21/03/2017 Selasa
- April 20/04/2017 Khamis
- Mei 18/05/2017 Khamis
- Jun 14/06/2017 Rabu
- Julai 20/07/2017 Khamis
- Ogos 21/08/2017 Isnin
- September 20/09/2017 Rabu
- Oktober 10/10/2017 Selasa
- November 21/11/2017 Selasa
- Disember 20/12/2017 Rabu
BULAN | TARIKH BAYARAN PENCEN | HARI | TARIKH BAYARAN GAJI | HARI | NOTA |
---|
Januari | 18 Januari 2017 | Rabu | 19 Januari | Khamis | CNY 2017 : 28 & 29 Januari |
Februari | 21 Februari 2017 | Selasa | 23 Februari | Khamis |
|
Mac | 21 Mac 2017 | Selasa | 23 Mac | Khamis | |
April | 20 April 2017 | Khamis | 25 April | Selasa | |
Mei | 18 Mei 2017 | Khamis | 25 Mei | Khamis |
|
Jun | 14 Jun 2017 | Rabu | 15 Jun | Khamis | Hari Raya Puasa 25 & 26 Jun 2017 |
Julai | 20 Julai 2017 | Khamis | 25 Julai | Selasa |
|
Ogos | 21 Ogos 2017 | Isnin | 24 Ogos | Khamis | |
September | 20 September 2017 | Rabu | 25 September | Isnin |
|
Oktober | 10 Oktober 2017 | Selasa | 11 Oktober | Rabu | Deepavali 18 Oktober |
November | 21 November 2017 | Selasa | 23 November | Khamis | |
Disember | 20 Disember 2017 | Rabu | 21 Disember | Khamis |
|
Semoga Jadual Tarikh Bayaran Pencen 2018 ini boleh dijadikan panduan buat pesara kerajaan dalam membuat perancangan kewangan pasca perkhidmatan.
↧
December 4, 2017, 4:00 am
Permohonan Jawatan Kosong JPJ Terkini Online. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA, di mana SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga tarikh tutup permohonan pada 14 Januari 2018. Permohonan hendaklah dibuat melalui pendaftaran secara online di SPA8i. Panduan Memohon Jawatan Kosong JPJ Terkini
Berikut adalah iklan terkini jawatan kosong SPA terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Januari 2018
Bulan September2016
Menawarkan kekosongan jawatan di Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ seperti berikut:-- Penolong Jurutera Gred JA29 (Kejuruteraan Mekanikal) : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - 8 kekosongan
Bidang Pengkhususan :-- Engineering (Automotive Engineering)
- Kejuruteraan Jentera (Automotif dan Diesel)
- Kejuruteraan Mekanikal (Automotif dan Diesel)
- Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
- Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
Iklan Permohonan September 2016
Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 13September 2016 (Selasa) jam 1159 malam. Sumber SPAIklan Permohonan Ogos 2016
Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 14 Ogos 2016 jam 1159 malam.- Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia : 250 kekosongan
- Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia) : 24 kekosongan
- Jurufotografi Gred B19 (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia : 9 kekosongan
Sumber : SPACara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan
Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.Selamat mendaftar buat pemohon yang layak dan diucapkan semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam nanti.
↧
↧
Senarai Harga Terkini Tiket Feri Langkawi. Harga tiket Feri Langkawi naik bermula 1 Januari 2018? Isu kenaikan harga tiket sebanyak RM3 yang dikenakan ke atas penumpang Feri Langkawi telah menjadi viral. Namun kenaikan RM3 yang menjadi bualan netizen sebenarnya bukanlah tambahan harga bagi tambang feri. Sebaliknya menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan
↧
December 6, 2017, 2:00 pm
SAPS Ibu Bapa NKRA Semakan Keputusan Peperiksaan Online Tahun 2018. SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa atau Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah adalah satu kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu Ibu Bapa untuk memantau perkembangan pelajaran anak mereka. SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar di mana semakan
↧
December 17, 2017, 3:00 pm
Kalendar Jadual Peperiksaan STPM 2018. Perhatian buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) pada tahun 2018. Berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan STPM 2018 yang memaparkan maklumat berkaitan jadual dan tarikh penting peperiksaan.
Kalendar yang dikeluarkan oleh MPM ini termasuk Jadual Peperiksaan STPM Penggal 1, 2 dan 3 serta peperiksaan Ulangan
↧