Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 1692 articles
Browse latest View live

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini DG29 Hingga DG54

$
0
0
Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini. Berikut adalah jadual tangga gaji Guru yang dikategorikan dalam Perkhidmatan Pendidikan. Struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dalam Perkhidmatan Awam pada masa ini adalah berdasarkan kepada JGMM yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012. Struktur JGMM tersebut telah ditambah baik melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013.

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini DG29 Hingga DG54

Kenaikan Gaji Tahunan Kakitangan Awam Bermula 1 Julai 2016 

Berikut diantara perubahan yang terdapat dalam rasionalisasi Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa 1 Julai 2016 yang melibatkan Kategori Pendidikan - Guru.
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2016
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 1 Julai 2016
Maklumat lanjut mengenai Sistem SSM 2016 ini boleh dirujuk di Facebook JPA.

Tangga Gaji Guru SSM DG29 Hingga DG54Bermula 1 Julai 2016

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini Julai 2016

Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini 2016

Sumber : JPA Page 15

Gaji Minimum Dan Maksimum Guru Tahun 2015 

Kaedah pemberian Pergerakan Gaji Tahunan sedia ada adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai ditambah dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) mengikut gred, terhad kepada amaun gaji maksimum dalam JGMM 2013. 
  • Gred: DG29, DG32, DG34, DG38, DG41/42, DG44, DG48, DG52, DG54
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional, Sokongan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Tangga Gaji Guru SSM Terkini

Tangga Gaji Guru Tahun 2015

Jadual Gaji:

GREDGAJI MINIMUMGAJI MAKSIMUM
DG29RM1,589.00RM5,173.00
DG32RM2,731.00RM5,457.00
DG34RM3,397.00RM5,797.00
DG38RM3,457.00RM7,051.00
DG41RM1,917.00RM8,652.00
DG42RM1,917.00RM8,652.00
DG44RM3,371.00RM9,414.00
DG48RM4,922.00RM10,560.00
DG52RM5,538.00RM5,797.00
DG54RM5,840.00RM11,864.00
Sumber

Semoga Jadual Tangga Gaji Guru SSM Terkini DG29 Hingga DG54 ini boleh dijadikan panduan buat warga pendidik semua, 

Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2016

$
0
0
Jadual Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat Mac 2016. Berita baik bagi mereka yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia sebagai Perajurit Muda TD seperti dipetik dari Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM). Iklan sesi pemilihan awal Perajurit Muda Lelaki & Wanita Tentera Darat juga ada disiarkan di Laman Berita utama tempatan. 

  • Tarikh dan Jadual Sesi pemilihan Perajurit Muda Ogos 2016 boleh dirujuk di jadual di bawah ini
  • Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki dan Wanita.  Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki  TD pada tarikh yang akan dimaklumkan berasingan.  Seterusnya calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2016

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2016

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dan panduan permohonan sebelum memohon.

Syarat Kelayakan Akademik

  1. * Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan Lulus dalam subjek tertentu. Pernyataan Keputusan tidak diterima. (Calon SPM 2013 ke atas wajib Lulus subjek Sejarah). Selanjutnya boleh rujuk di Syarat umum kelayakan.
  2. * Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
  3. * Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pen Peg Perubatan/ Pen Peg Farmasi / Jururawat Terlatih / Jururawat Pergigian/ Juruteknologi Pergigian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.
  4. * Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM.

Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT):

  1. * Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat Prinsipal dalam Subjek Syariah/Usuluddin/Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM. atau
  2. * Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM. atau
  3. * Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus Bahasa Melayu peringkat SPM. 

Dokumen Dan Sijil Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen asal dan sesalinan dokumen seperti berikut:
  1. * Kad Pengenalan.
  2. * Sijil Kelahiran.
  3. * Sijil SPM.
  4. * Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
  5. * Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
  6. * Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  7. * Diploma Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  8. * Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  9. * Sijil Berhenti Sekolah.
  10. * Salinan Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  11. * Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
  12. * Sekeping gambar terkini berukuran passport.
  13. * Sila bawa bersama ball pen hitam.
  14. * Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul 220mm x 110mm. 

Lain-Lain Kelayakan

syarat kelayakan perajurit muda

Syarat-Syarat Kelayakan lain, pusat pemilihan, gaji dan sebagainya sila rujuk iklan pengambilan bulan Ogos 2016 di link IKLAN atau klik TD

Tarikh Pemilihan Perajurit Muda 2016

Berikut adalah maklumat sesi pemilihan Perajurit Muda terkini iaitu bulan Ogos 2016. Sila hadir dengan berpakaian kemas iaitu baju berkolar, seluar slack, berkasut serta sarung kaki di pusat-pusat pemilihan yang tercatat di bawah: 
  • Masa Pendaftaran: 8.00 pagi 

1. Zon Utara

zon utara

2. Zon Tengah Dan Selatan

zon tengah dan selatan


3. Zon Timur

zon timur

4. Sabah & Sarawak

zon sabah dan sarawak

Cara Hubungi TDM

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat
Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat 2
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR


Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258/2188/6030
atau Layari Laman Web: http://army.mod.gov.my 

Sumber Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia

Jadual Siaran Langsung Liga Super Malaysia 2016

$
0
0
Jadual Siaran Langsung Liga Super Malaysia 2016. Anda seorang peminat bolasepak di Malaysia seperto Liga Super dan Piala FA 2016? Berikut dikongsikan jadual siaran langsung (live streaming) Liga Super Malaysia 2016 yang bermula dari 13 Februari 2016 (perlawanan pertama) sehingga 22 Oktober 2016(perlawanan ke 22). 12 pasukan akan bersaing untuk merebut juara Liga Super 2016 kali ini dengan pasukan JDT adalah juara bertahan 2 tahun berturut-turut setelah buat pertama kalinya menjuarai edisi 2014 terdahulu. 

live streaming Liga Super Malaysia 2016

Liga Super 2016 Malaysia

Liga Super Malaysia 2016 edisi ke-13akan memulakan aksi minggu ini di mana JDT akan bertemu dengan Selangor, Juara Piala Malaysia 2015 untuk merebutPiala Sumbangsih 2016. Liga Super Malaysia telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan pada tahun 2016 ini 12 pasukan telah layak bertanding dengan Singapura Lions XII tidak akan beraksi. Juara akan layak ke peringkat kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2016.

Jadual Siaran Langsung Liga Super Malaysia 2016

Buat peminat bolasepak, berikut dikongsikan jadual siaran langsung perlawanan Liga Super bermula dari perlawanan pertama pada 13 Februari 2016 dan seterusnya yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Juga dikongsikan jadual siaran langsung Piala Malaysia yang bermula 12 Julai 2016.

  • 12 Julai 2016 (Selasa): JDT Vs PKNS FC (Piala Malaysia perlawanan pertama) : 900 malam di TV9
  • Sabtu : JDT vs Kedah (Liga Super Malaysia 2016) : TV9
  • Sabtu : Felda United vs Perak (Liga Super Malaysia 2016) : TV3
  • Rabu (20 Julai 2016) : Selangor vs Kelantan (Piala Malaysia perlawanan kedua) : Live TV9
  • Sabtu (23 Julai 2016 : Perak vs Terengganu (TV3) & Kedah vs T-Team (TV9) 

Semoga persaingan Liga Super 2016 kali ini lebih sengit dan mutu permainan pasukan dan pemain terus meningkat. Buat peminat bola jua, anda boleh mengetahui keputusan perlawanan lain seperti di bawah ini :-
  1. Piala FA 2016 Malaysia
  2. Liga Premier 2016 Malaysia 100 Plus
  3. Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015-2016
  4. La Liga Sepanyol 2015-2016

Majulah sukan untuk negara. Semoga anda terhibur menyaksikan perlawanan Liga Super 2016 dan lain-lain lagi di kaca TV anda.

Live Streaming Keputusan JDT Vs Sarawak 22 Julai 2016

$
0
0
Live Streaming Keputusan JDT Vs Sarawak 22Julai 2016.JDT vs Sarawak tiada live streaming? Perlawanan keempat belas aksi Liga Super 2016 akan berlangsung minggu ini Jumaat dan Sabtu ini dengan pendahulu Liga, JDT akan ke Kuching bertemu Sarawak di Stadium Negeri bermula jam 815 malam, Jumaat 22 Julai 2016. Difahamkan perlawanan JDT vs Sarawak tidak akan disiarkan secara langsung di mana-mana TV Malaysia. Sebaliknya Jadual siaran langsung Liga Super minggu ini melibatkan Perak vs Terengganu di TV3 dan Kedah vs T-Team di TV9. Kepada peminat sukan yang tidak dapat hadir ke stadium, kami akan mengemaskini keputusan secara live score semasa perlawanan.

siaran langsung Keputusan JDT Vs Sarawak 22 Julai 2016

Live Streaming Keputusan JDT Vs Sarawak 22 Julai 2016

JDT yang kini menghuni tangga terats carta liga berharap kemenangan di tempat lawan akan mengukuhkan kedudukandi takhta liga di mana JDT adalah juara bertahan Liga Super dua musim berturut-turut. Felda United kini adalah pencabar terdekat di kedudukan kedua dengan mengumpul 31 mata daripada 13 perlawanan iaitu kurang 2 mata dari JDT. Selangor, Kelantan dan T-Team pula berada di kedudukan seterusnya.

Berikut adalah keputusan terkini dan penuh perlawanan JDT vs Sarawak 22Julai 2016 yang akan dikemaskini secara live score. Pada perlawanan pertama di Larkin, JDT menewskan Sarawak 5-2:-
  • JDT 1 vs 0 Sarawak (Marcos Antonio min 22)
  • Live streaming Klik Bintang Sukan

Kesebelasan Pemain

JDTFarizal Marlias, Azammuddin Akil, Amirul Hadi Zainal, Marcos Antonio, Aidil Zafuan, Safiq Rahim (C), Jorge Pereyra Díaz, S. Kunanlan, Fazly Mazlan, Juan Martin Lucero, Azinee Taib

Simpanan: Izham Tarmizi, Safee Sali, Gary Steven Robbat, Amri Yahyah, S. Chanturu, Azrif Nazrulhaq, Dominic Tan Jun Jin


SARAWAK: Shahril Saa'ri, K. Thanaraj, Ramesh Lai, Dzulazlan Ibrahim, Shahrol Saperi, Hairol Mokhtar (C), Syahrul Azwari, Junior Aparecido Guimaro De Souza, Mohd Shreen Tambi, Teah Baysah Dennis, Gilmar Jose Da Silva Filho

Simpanan: Iqbal Suhaimi, Mohd Riduwan Ma'on, J. Partiban, Ndumba Makeche, Dalglish Papin Test, Tommy Mawat Anak Bada, Ashri Chuchu

Keputusan Liga Super 22& 23Julai 2016

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan Liga Super yang berlangsung minggu ini, Jumaat dan Sabtu (22 & 23 Julai 2016) beserta jadual siaran langsung di kaca TV anda:-

JUMAAT : 22 JULAI 2016 - 815 MALAM

  • SARAWAK VS JDT : 0 - 0

SABTU : 23 JULAI 2016 - 900 MALAM

  • KEDAH VS T-TEAM (LIVE TV9) : 0 - 0
  • PULAU PINANG VS SELANGOR :0 - 0
  • KELANTAN VS PAHANG : 0 - 0
  • PDRM FA VS FELDA UNITED : 0 - 0
  • PERAK VS TERENGGANU : 0 - 0

Pasukan manakah yang bakal menerajui Liga selepas tamat perlawanan ke 14 Liga Super 2016? Nantikan Live Streaming Keputusan JDT Vs Sarawak 22Julai 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Harga Minyak Ogos 2016 Petrol RON95 RON97 Diesel

$
0
0
Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Terkini Bermula 1 Ogos 2016. Harga minyak Ogos 2016 naik atau turun? Setelah harga minyak kekal untuk beberapa bulan, ianya telah naik sedikit untukbulan lepas. Bulan Julai 2016 akan berakhir pada hari Ahad ini dan pada malam 31Julai 2016,harga minyak terkini Petrol RON95 RON97 Diesel untuk kalendar bulan Ogos 2016 akan diumumkan. Ianya adalah hasil daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu yang antara lain memaklumkan mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014. 
 
Harga Minyak petrol Ogos 2016
 
Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia serta nilai tukaran wang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 1 Ogos2016


Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Isnin, 1 Ogos 2016, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Ogos 2016 adalah seperti berikut:

  • RON95 : * Akan dikemaskini : (RM1.75 seliter)
  • RON97 : * Akan dikemaskini : (RM2.10 seliter)
  • DIESEL : * Akan dikemaskini : (RM1.60 seliter)
  • EURO 5 Diesel : RM1.70 seliter

* Harga bulan lepas Julai 2016 dalam kurungan

Harga Rasmi Minyak Petrol Dan Diesel Di Malaysia (Disember 2014 Hingga Kini)

Berikut dikongsikan harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Di Malaysia dari tarikh mula dikuatkuasakan (Disember 2014) sehingga kini sebagai panduan buat pengguna semua :- 
Bulan

Harga Petrol RON95 (RM/liter)Harga Petrol RON97 (RM/liter)Harga Diesel (RM/liter)
Julai 2016* 1.75* RM2.10 termasuk 6% GST* RM1.60
Jun 2016* 1.70* RM2.05 termasuk 6% GST* RM1.55
Mei 2016* 1.70* RM2.05 termasuk 6% GST* RM1.55
Apr-16* 1.70* RM2.05 termasuk 6% GST* RM1.55
Mac 2016* 1.60* 1.95 termasuk 6% GST* 1.35
Februari 2016* 1.75* 2.05 termasuk 6% GST* 1.35
Januari 2016* 1.85* 2.25 termasuk 6% GST* 1.6
Disember 2015* 1.95* 2.45 termasuk 6% GST* 1.9
Nov-152.052.45 termasuk 6% GST1.9
Oktober 20152.052.45 termasuk 6% GST1.9
15-Sep1.952.35 termasuk 6% GST1.8
Ogos 20152.052.45 termasuk 6% GST1.95
Julai 20152.152.55 termasuk 6% GST2.05
Jun-152.052.35 termasuk 6% GST2.05
Mei 20151.952.25 termasuk 6% GST1.95
Apr-151.952.25 termasuk 6% GST1.95
Mac 20151.952.251.95
Februari 20151.721.7
Januari 20151.912.111.93
Disember 20142.262.462.23

Dari jadual harga minyak di atas, mungkin terdapat sedikit perubahan naik atau turun untuk Harga Petrol RON95 RON97 Diesel Bulan Julai 2016. Kita sama-sama nantikan berapakah harga minyak bulan 8 nanti.

Kalendar Islam 2017 Malaysia Dan Tarikh Penting

$
0
0
Kalendar Islam 2017 Malaysia Dan Tarikh Penting Bulan Islam. Hendak tahu tarikh penting Islam pada tahun 2017? Berikut dikongsikan Kalendar Islam 2017 atau Takwim Miladiah beserta dengan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2017 Masehi bersamaan dengan 1438H - 1439 Hijrah. Sebagai panduan, Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam dalam menentukan hari kebesaran Islam.

Kalendar Islam 2017 Malaysia Dan Tarikh Penting

Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam tahun 2017 di Malaysia yang mengandungi tarikh hari kebesaran Islam dan perayaan di Malaysia seperti Iskrak Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul.
tarikh penting Islam 2017 Malaysia

Takwim Islam 2017 Malaysia

Dikongsikan juga Takwim Islam 2017 yang merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam. Pengiraan takwim Islam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan dan pergerakan matahari.

Takwim 2017 Islam Malaysia
Perkongsian Kalendar Islam 2017 Malaysia Dan Tarikh Penting di atas ini boleh dimuat turun dalam PDF di link berikut :-
  1. Takwim 2017 Miladiah
  2. Tarikh Penting Islam 2017

Moga Kalendar Islam atau Takwim Islam 2016 ini bermanfaat sebagai panduan dan rujukan muslimin dan muslimat semua di Malaysia. Sumber JAKIM

Permohonan Guru Vokasional KPM 2016 Online

$
0
0
Permohonan Jawatan Kosong Guru Vokasional KPM 2016 Online. Anda berminat menjadi guru? Berita baik terdapat jawatan kosongseperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia yang memaklumkan bahawa pengambilan Guru Vokasional secara interim di Kolej-Kolej Vokasional KPM berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) kini dibuka untuk permohonan. Mereka yang layak dan berminat boleh mmebuat permohonan Guru Vokasional secara online dengan tarikh tutup permohonan adalah pada hari Ahad, 7 Ogos 2016.

Pengambilan Guru Vokasional KPM 2016 Online

Permohonan Pengambilan Guru Vokasional 2016 Online 

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang mengandungi applikasi permohonan online, syarat permohonan, maklumat jawatan dan lain-lain lagi

  • Nama Jawatan/ Gred : Guru Vokasional/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Interim)
  • Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
  • Mengikuti latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan  Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Pendidikan
  • Taraf Jawatan: Interim
  • Gaji Permulaan : RM2222.94: Jadual Gaji Minimum - Maksimum Gred DG41
  • Elaun Tetap dan Kemudahan : seperti Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun  2008  dan  peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam lain yang sedang berkuatkuasa

Applikasi Permohonan Online

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web
Kementerian Sumber Manusia Malaysia bermula 24 Julai 2016. Borang boleh dikemaskini pada bila-bila  masa  sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

  • Tarikh Tutup Permohonan : 7 Ogos 2016
  • Applikasi Permohonan Online : Daftar dan mohon melalui JobsMalaysia.

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan asas permohonan :-
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
  • Memiliki  sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang
    diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan
Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
  • Lulusan  ijazah  kejuruteraan/vokasional Universiti Awam (UA) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ke atas;
atau
  • Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki SKM Tahap 3 ke atas;
atau
  • Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional IPTS yang ada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi tidak memiliki SKM;
atau
  • Lulusan Ijazah Kejuruteraan/vokasional UA/IPTS yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan dan tidak memiliki SKM.

Bidang Yang Ditawarkan

Berikut adalah bidang-bidang yang ditawarkan :-
  1. Elektrik
  2. Elektronik
  3. Kimpalan
  4. Automotif
  5. Pemesinan Industri
  6. Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  7. Pembinaan
  8. Kejuruteraan Mekanikal
  9. Kejuruteraan Awam
  10. Pelancongan

Maklumat Lain Permohonan

Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat selepas 31 Ogos 2016 adalah dianggap tidak berjaya. KPM tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada pemohon. 
  • Sila rujuk iklan permohonan di BPTV untuk maklumat lanjut.

Cara Hubungi

Jika ada sebarang pertanyaan berkenaan permohonan, sila  hubungi  alamat  berikut :-

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Sektor Pengurusan Guru)
No. Telefon: 03-8884 5145/ 5105/ 5107/ 5100/ 5069/ 5070


Selamat membuat Permohonan Jawatan Kosong Guru Vokasional KPM 2016 Online dan semoga anda berjaya.

Semakan Keputusan STPM Penggal 2 2016

$
0
0
Semakan Keputusan STPM 2016 Penggal 2 Online Dan SMS. Dipetik dari makluman rasmi Portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), semakan keputusan peperiksaan STPM Penggal 2 tahun 2016 boleh disemak bermula jam 1000 pagi pada 3 Ogos. Semakan keputusan boleh dibuat secara online dan SMS.

Semakan Keputusan STPM 2016 Penggal 2

Semakan Keputusan STPMPenggal 22016 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara-cara membuat Semakan keputusan STPM Penggal 2 2016 yang boleh disemak melalui kaedah berikut:-
  • Semakan Melalui SMS :
taip STPM [jarak] RESULTP2 [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888
 
Caj perkhidmatan SMS sebanyak 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dengan caj sebanyak 20 sen untuk setiap penerimaan.


Selamat membuat semakan keputusna buat calon peperiksaan STPM 2016 Penggal 2 dan semoga anda berjaya lulus dengan cemerlang.
 

Keputusan EPL Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017

$
0
0
Live Score Keputusan Dan Kedudukan Terkini EPL 2016/ 2017. Anda penyokong kelab apa di EPL? Berikut dikongsikan Jadual dan keputusan terkini EPL Liga Perdana Inggeris musim 2016/ 2017. Leicester City merupakan juara bertahan Liga EPL musim lalu. Musim Baru English Premier League (EPL) Liga Perdana Inggeris akan bermula pada bulan Ogos 2016 nanti. Sebanyak 20 pasukan akan bersaing untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang paling berprestij ini. 4 pasukan teratas akan layak ke Champions League 2017/ 2018.

jadual, keputusan kedudukan epl 2016/ 2017

Jadual, Keputusan Dan Kedudukan Terkini EPL Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017

Musim EPL akan dimulakan dengan perlawanan Community Shield diantara Man United, Juara Piala FA dan Leicester City, Juara EPL pada 7 Ogos 2016.  Berikut adalah senarai pasukan yang bersaing untuk Liga Perdana Inggeris Musim 2016-2017 tahun ini. Antara pencabar kejuaraan kali ini adalah Arsenal, Chelsea, Man United, Man City, Liverpool, Spurs dan Leicester  :-

Senarai Pasukan EPL

PasukanPengurusJersiStadium
ArsenalArsène WengerPumaEmirates Stadium
BurnleySean DychePumaTurf Moor
BournemouthEddie HoweJD SportsDean Court
ChelseaJosé MourinhoAdidasStamford Bridge
Crystal PalaceAlan PardewMacronSelhurst Park
EvertonRonald KoemanUmbroGoodison Park
Leicester CityClaudio RanieriPumaKing Power Stadium
LiverpoolJurgen KloppNew BalanceAnfield
Manchester CityPep GuardiolaNikeEtihad Stadium
Manchester UnitedJose MourinhoAdidasOld Trafford
MiddlesbroughAitor KarankaAdidasRiverside Stadium
Hull CityKosongUmbroKCOM Stadium
SouthamptonClaude PuelUnder ArmourSt Mary's Stadium
Stoke CityMark HughesMacronBritannia Stadium
SunderlandDavid MoyesAdidasStadium of Light
Swansea CityFrancescoJomaLiberty Stadium
Tottenham HotspurMauricio PochettinoUnder ArmourWhite Hart Lane
WatfordWalter MazarriDryworldVicarage Road
West Bromwich AlbionTony PulisAdidasThe Hawthorns
West Ham UnitedSlaven BilićUmbroBoleyn Ground

Widget Live Score EPL Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017

Berikut adalah widget jadual, keputusan dan kedudukan terkini perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2016/ 2017 yang memaparkan jadual perlawanan, keputusan terkini dan carta kedudukan pasukan.
  • * Tunggu sebentar sehingga widget keputusan EPL berfungsi 

Semoga Jadual, Keputusan Dan Kedudukan Terkini EPL Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017 ini boleh dijadikan panduan buat peminat kelab bolasepak di England.

Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016/ 2017

$
0
0
Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016/ 2017. Berikut adalah maklumat dan panduan mengenai Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi Akademik 2016/ 2017 seperti dikongsikan dari FB Universiti Putra Malaysia (UPM). Permohonan hendaklah dibuat melalui Applikasi Permohonan Onlinebermula 8 Ogos jam 200 petang.

Permohonan Laluan Khas UPM Sesi 2016/ 2017

Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016/ 2017

  • Tarikh Buka Permohonan : Isnin, 8 Ogos 2016 bermula 200 petang
  • Tarikh Tutup : 31 Ogos 2016
  • Applikasi Permohonan : Klik Online 

Kriteria permohonan Laluan Khas

KUMPULAN SASAR - Tawaran mod kemasukan ini melibatkan pelajar sasaran yang melanjutkan pelajaran pada peringkat Ijazah pertama di UPM. Tawaran diberikan kepada calon yang tidak berjaya mendapat pengajian di mana-mana di IPTA selepas pengumuman tawaran diumumkan oleh UPU.

KRITERIA ASAS PEMILIHAN

Kriteria asas pemilihan calon yang diguna pakai oleh UPM adalah salah satu seperti berikut:
  1. Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM 1,500.00 sebulan
  2. Bilangan tanggungan melebihi 5 orang atau lebih
  3. Status ibu atau bapa calon (tunggal)
  4. Status anak yatim
  5. Status kesihatan atau kecacatan calon
  6. Status kesihatan atau kecacatan ibu bapa atau penjaga calon
  7. Lokasi tempat tinggal calon (luar bandar)
Kriteria calon yang akan dipertimbangkan boleh dirujuk di UPM.

KELAYAKAN

Pelajar yang diberikan kemudahan bagi mod kemasukan ini perlu memenuhi Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program Pengajian.

KAEDAH PEMILIHAN

Pemilihan akan dibuat berdasarkan merit markah kriteria pemilihan seperti di atas. Calon yang berjaya akan dihubungi untuk menyemak tawaran. Calon yang tidak mendapat sebarang maklum balas selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan adalah tidak berjaya.

PEMBIAYAAN

UPM tidak akan memberikan sebarang pembiayaan kepada pelajar yang ditawarkan. Pelajar yang berjaya perlu memohon pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau bantuan kewangan yang lain berdasarkan syarat dan prosedur sedia ada.

Borang  permohonan  dan  semua  salinan  sijil  dan dokumen  yang  dilampirkan  hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional.

  • Sila baca dengan teliti panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan bagi memastikan permohonan calon diproses.

Borang permohonan bersama salinan dokumen hendaklah dihantar kepada:-

Ketua Pentadbiran Akademik dan Antarabangsa,
Bahagian Kemasukan dan Bahagian Urus Tadbir Akademik
Tingkat 1, Bangunan Pentadbiran,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM SERDANG,
Selangor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian berikut:-
Pejabat Am : 603-8946 6059/603-8946 6060
E-Mel : akd@upm.edu.my


Selamat membuat Permohonan Laluan Khas Ke Program Bacelor UPM Sesi 2016/ 2017 kepada pelajar yang layak. Semoga anda berjaya.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Ogos 2016

$
0
0
Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Bulan Ogos 2016. Anda bercadang untuk datang ke kuliah Ustaz Azhar Idrus? Berikut dikongsikan jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk bulan Ogos 2016 yang dipetik dari FB Ustaz Azhar Idrus Original. Diantara negeri lokasi ceramah beliau adalah kebanyakkannya di sekitar Terengganu dan sebahagiannya di Kelantan, Kedah, Pahang dan Selangor.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Ogos 2016

Berikut adalah jadual kuliah UAI Ogos 2016 yang memaparkan tarikh, hari dan lokasi kuliah.
jadual kuliah uai ogos 2016
Semoga jadual ceramah dan maklumat yang sangat berguna ini bermanfaat bagi mereka yang berminat dengan ceramah UAI yang penuh dengan informasi semasa dan humor ini. Dan yang pastinya majlis ilmu ini tidak membosankan. 

Senarai Atlet Malaysia Ke Sukan Olimpik 2016 Rio

$
0
0
Senarai Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Rio 2016 Brazil. Siapakah yang bakal mewakili negara dalam temasya sukan berprestij dan terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil? Seramai 32 atlet Malaysia dalam 10 acara sukan telah berjaya layak beraksi di Sukan Olimpik 2016  bermula dari 5 hingga 21 Ogos 2016. Datuk Lee Chong Wei yang menjadi harapan emas akan mengetuai dan membawa bendera kontigen negara. Berikut adalah senarai nama atlet yang layak ke Olimpik 2016 Edisi ke 31 kali ini.

Senarai Atlet Malaysia Sukan Olimpik Rio 2016

Senarai Atlet Malaysia Ke Sukan Olimpik 2016 Rio

Kontijen Malaysia ke Sukan Olimpik Rio 2016 bakal diketuai oleh Chef de Mission, Tan Sri Mohamed Al-Amin Majid. Atlet Malaysia akan beraksi dalam acara berikut :-
  1. Angkat berat: 1 
  2. Badminton: 8
  3. Basikal trek: 2
  4. Golf: 4
  5. Memanah: 3
  6. Menembak: 1 
  7. Olahraga: 2 
  8. Pelayaran: 2
  9. Renang: 3
  10. Terjun: 6

Senarai nama peserta yang layak mengikut acara sukan adalah seperti berikut:-

Angkat Berat

  • Mohd Hafifi Mansor - 69KG Lelaki

Badminton

  • Datuk Lee Chong Wei - Perseorangan Lelaki
  • Tee Jing Yi - Perseorangan Wanita
  • Goh V Shem & Tan Wee Kiong - Beregu Lelaki
  • Vivian Hoo & Woon Khe Wei - Beregu Wanita
  • Chan Peng Soon & Goh Liu Ying - Beregu Campuran

Lumba Basikal

  • Azizulhasni Awang - Keirin Lelaki
  • Fatehah Mustapa - Sprint Wanita

Lumba Layar

  • Khairulnizam Mohd Affendy - Laser
  • Nur Shazrin Latif - Laser Radial 

Memanah Lelaki

  • Khairul Anuar Mohamad
  • Haziq Kamaruddin
  • Muhd Akmal Nor Hasrin

Olahraga (Trek dan Balapan)

  • Nauraj Singh Randhawa - Lompat Tinggi Lelaki
  • Zaidatul Husniah Zulkifli - 100M Wanita

Menembak

  • Johnathan Wong Guanjie - 10M Pistol

Renang

  • Welson Sim - 200M & 400M Gaya bebas Lelaki
  • Heidi Gan - 10KM Marathon Wanita
  • Phee Jing En - 100M Kuak dada wanita

Golf

  • Danny Chia - Lelaki
  • Gavin Kyle Green - Lelaki
  • Michelle Koh - Wanita
  • Kelly Tan - Wanita

Terjun

  • Ooi Tze Liang
  • Ahmad Amsyar Azman
  • Cheong Jun Hoong
  • Nur Dhabitah Sabri
  • Pandelela Rinong
  • Ng Yan Yee
Mampukah atlet Malaysia ke Oimpik Rio 2016 menghasilkan pingat emas untuk negara kali ini? Nantikan acara sukan terbesar dunia ini secara langsung di Astro dan HyppTV Ogos 2016 nanti.

Live Streaming Keputusan Perak Vs WP Final Bolasepak Sukma 2016

$
0
0
Siaran Langsung Perak Vs Wilayah Persekutuan 30 Julai 2016. Aksi bolasepak Sukma 2016 di Sarawak akan melabuhkan tirainya malam ini dengan menyaksikan 2 pasukan terkuat iaitu Perak dan Wilayah Persekutuan bakal bersaing untuk merebut pingat emas bolasepak. Perlawanan akan berlangsung jam 830 malam, hari Sabtu 30 Julai 2016 dan akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda di saluran RTM TV1. 

Keputusan Perak Vs WP Bolasepak akhir Sukma 2016

Live Streaming Keputusan Perak Vs WP Final Bolasepak Sukma 2016

Perak dan Wilayah Persekutuan telah beraksi dengan baik setakat ini dan kedua-dua pasukan berpeluang untuk memenangi ibu segala pingat malam ini.

  • Live Streaming : KLIK RTM TV1  
  • Tarikh/ Masa : 30 Julai 2016 (Sabtu), jam 830 malam

    Berikut adalah keputusan penuh dan terkini perlawanan bolasepak akhir SUKMA 2016 yang akan dikemaskini semasa perlawanan berlangsung.

    Perak 2
    Wilayah Persekutuan 0
    • * Perak memenangi pingat Emas, Wilayah Persekutuan Pingat Perak dan Sabah Pingat Gangsa

    Diucapkan tahniah kepada pasukan yang menang sekaligus memnangi pingat emas bolasepak kali ini.

    Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2016 Astro

    $
    0
    0
    Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2016 Astro. Siaran langsung/ Live streaming Super Spontan Superstar? Pentas Program Realiti Komedi Spontan Popular musim baru iaitu Super Spontan Superstar 2016 akan kembali lagi dengan menampilkan beberapa selebriti pelawak hebat dan personaliti media sosial. Super Spontan Superstar akan bersiaran pada setiap Jumaat selama 10 minggu, pukul 10 malam secara eksklusif di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

    Super Spontan Superstar 2016 Astro

    Super Spontan Superstar 2016 Astro Warna

    Program Super Spontan Superstar bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (UPM), Serdang, pada setiap Jumaat pukul 10 malam. 

    • Tempoh : 10 Minggu 
    • Hos :  Datuk AC Mizal dan Amir Raja Lawak
    • Pengulas/ Komentator : Afdlin Shauki
    • Komentator Jemputan : Selebriti jemputan yang akan dijemput setiap minggu
    • Format pemarkahan : undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton dan menerusi laman web rasmi www.superspontan.com.my

    Hadiah Buat Pemenang Super Spontan Superstar 2016

    • Juara Super Spontan Superstar - hadiah wang tunai RM100,000
    • Naib juara - RM50,000
    • Tempat ketiga - RM25,000
    • Tempat keempat - RM5,000
    • Kelima - RM5,000
    • Keenam - RM5,000

    Senarai Peserta Super Spontan Superstar 2016 Astro

    1. Harimau Hipster

    1. Tauke Raja Lawak (Ketua Kumpulan)
    2. Abam Bocey
    3. Fad Bocey
    4. Syuk Joras
    5. Zulin Aziz
    6. Ozlynn
    7. Jamal
    8. Waris

    2. Monyet Mafia

    1. Johan Raja Lawak (Ketua Kumpulan)
    2. Achey Bocey
    3. Ali Puteh
    4. Amyza Adnan
    5. Kamal Adli
    6. Julia Ziegler
    7. Altimet
    8. Zuki

    Siapakah bakal menjuarai Super Spontan Superstar 2016 mengikuti jejak langkah Zizan Razak tahun lepas? Nantikan program komedi popular ini di Astro bermula Ogos 2016 nanti.

    Piala AFF Suzuki 2016 Keputusan Undian Kumpulan

    $
    0
    0
    Keputusan Undian Piala AFF Suzuki Cup 2016. Malaysia diundi di kumpulan mana di Piala AFF Suzuki Cup 2016? Kejohanan bolasepak dua tahun sekali (dwi tahunan) Piala AFF tahun ini atau Kejohanan Bolasepak ASEAN akan diadakan pada 19 November hingga 17 Disember 2016 . Majlis Undian Piala AFF Cup akan berlangsung pada hari Selasa, 2 Ogos 2016 di Yangon, Myanmar jam 8.30 malam. Tuan rumah bersama adalah Myanmar dan Filipina.

    Keputusan Undian Kumpulan Piala AFF Suzuki 2016

    Piala AFF Suzuki 2016 Keputusan Undian Kumpulan

    Sebanyak lapan pasukan akan beraksi pada kejohanan Suzuki Cup 2016 dan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu 4 pasukan dalam setiap kumpulan. Malaysia telah diletakkan dalam Pot 2 (Balang 2) bersama juara bertahan Thailand. 

    Berikut adalah senarai pasukan mengikut balang untuk Undian kumpulan Piala AFF Suzuki 2016 :-


    • Pot 1 : Myanmar dan Filipina
    • Pot 2 : Malaysia dan Thailand
    • Pot 3 : Singapura dan Vietnam
    • Pot 4 : Indonesia dan pasukan yang menjuarai pusingan kelayakan (Brunei, Cambodia, Timor Leste dan Laos)

    Berikut adalah keputusan undian kumpulan Piala AFF Suzuki 2016 :-
    • * Kumpulan A & Kumpulan B : Akan dikemaskini selepas pengundian dijalankan

    Jadual Perlawanan

    • Perlawanan peringkat kumpulan : 19 hingga 26 November 2016
    • Perlawanan separuh akhir : 3/4 Disember (Perlawanan pertama) dan 7/8 Disember 2016 (Perlawanan kedua)
    • Perlawanan akhir (Final) : Home dan away pada 14 dan 17 Dismeber 2016

    Selamat berjuang untuk semua pasukan di kejohanan bolasepak berprestij di Asia Tenggara. Moga skuad Harimau Malaysia mampu beraksi cemerlang kali ini. 

    Permohonan Jawatan Kosong Di SPAJ Ogos 2016

    $
    0
    0
    Iklan Jawatan Kosong Di SPAJ Ogos 2016. Berita baik buat pencari kerja seperti  dikongsikan dari FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ). Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim dan warganegara Malaysia adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan seperti disenaraikan di bawah ini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Ogos 2016.

    permohonan Jawatan Kosong Di SPAJ Ogos 2016

    Iklan Jawatan Kosong Di SPAJ Ogos 2016

    Berikut adalah senarai jawatan kosong yang boleh dipohon oleh pemohon yang layak :-


    • 1. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
    • 2. Penolong Jurutera Awam Gred JA29
    • 3. Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29
    • 4. Pembantu Veterinar Gred G19
    • 5. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
    • 6. Pembantu Operasi Gred N11
    • 7. Penghantar Notis Gred N11

    Iklan penuh dan syarat skim jawatan sila layari Portal SPAJ di pautan URL http://spaj.johor.gov.my/

    Applikasi Permohonan

    • Permohonan adalah secara aplikasi atas talian di http://johorcareer.johor.gov.my/
    • Sila buat pendaftaran online jika belum mendaftar
    • Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 22 Ogos 2016 (Isnin)

    Selamat memohon buat mereka yang layak dan semoga anda berjaya ditawarkan pekerjaan nanti.

    Permohonan Jawatan Kosong JPJ Online

    $
    0
    0
    Permohonan Jawatan Kosong JPJ Terkini Online. Berita baik buat pencari kerja lulusan SPM melalui makluman Portal Rasmi SPA, di mana SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Komunikasi dan Multimeduia Malaysia sehingga tarikh tutup pada 14 Ogos 2016. Permohonan hendaklah dibuat melalui pendaftaran secara online  di SPA8i

    Panduan Memohon Jawatan Kosong JPJ Ogos 2016

    Berikut adalah iklan jawatan kosong SPA bulan Ogos 2016 yang menawarkan kekosongan jawatan di JPJ dan SKMM seperti berikut :-
    1. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia : 250 kekosongan
    2. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 (Janatan Pengangkutan Jalan Malaysia) : 24 kekosongan
    3. Jurufotografi Gred B19 (Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia : 9 kekosongan

    Iklan Permohonan Ogos 2016

    Jawatan Kosong JPJ terkini
    Sumber : SPA


    Cara Memohon/ Mendaftar Pekerjaan

    Pemohonan perlu membuat pendaftaran pekerjaan di SPA8i dimana pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa. Calon yang telah mendaftar sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran lagi. Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume adalah tidak diperlukan dan tempoh sah laku permohonan adalah selama setahun. Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

    • Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 14 Ogos 2016 jam 1159 malam.

    Selamat mendaftar buat pemohon yang layak dan diucapkan semoga anda berjaya menjadi sebahagian daripada warga kakitangan awam nanti. 

    Cara Membuat Pendaftaran Simpanan Shariah KWSP

    $
    0
    0
    Cara Menukar Akaun KWSP Dari Simpanan Konvensional Ke Simpanan Shariah. Bagaimana nak memilih/ bertukar atau membuat pendaftaran ke Akaun Shariah KWSP? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) akan memperkenalkan simpanan persaraan baru yang berteraskan konsep Syariah iaitu Simpanan Shariah bermula 1 Januari 2017 selaras dengan kehendak orang ramai. Oleh itu bermula 8 Ogos 2016, semua pencarum KWSP yang ingin memilih opsyen alternatif ini boleh datang ke pejabat KWSP untuk mendaftar dan beralih ke Simpanan Shariah.

    vertukar ke Simpanan Shariah KWSP

    Cara Mendaftar Simpanan Shariah KWSP

    Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah yang diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah. Ianya diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS). Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP.

    Berikut dikongsikan cara-cara membuat penukaran/ pendaftaran Akaun KWSP dari Simpanan konvensional ke simpanan Shariah:-

    1. Pendaftaran adalah berdasarkan "Siapa cepat dia dapat". 
    2. Tarikh pendaftaran bermula dari 8 Ogos sehingga 23 Disember 2016 tertakluk kepada ketersediaan dana. Dana awal adalah RM100 billion
    3. Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan
    4. Ahli akan menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli
    5. Ahli perlu membawa MyKad / Passport (Bukan Warganegara Malaysia) semasa pendaftaran
    6. Semakan keputusan - Permohonan ahli yang berjaya akan dimaklumkan melalui Notis dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak kurang daripada tujuh (7) hari sebelum tarikh kuat kuasa pilihan
    * Ahli tidak boleh membatalkan pilihan simpanan shariah setelah tarikh berkuat kuasa 

    Hukum Mengubah Caruman Ke Simpanan Shariah

    Dikongsikan dari FB Ustaz, berikut adalah hukum bertukar dari simpanan konvensional ke simpanan shariah.

    Dari sudut hukum Syariah, adalah WAJIB bagi pencarum beragama Islam untuk mengubah carumannya kepada kontrak wakalah simpanan Shariah.

    Disebabkan dana awal hanya RM100 billion, maka marilah kita sama-sama menukar ke simpanan Shariah secepat mungkin bagi mengelakan kehabisan dana dan anda perlu menunggu peruntukan dana patuh Syariah tahunan seterusnya.

    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
    • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922-6000; atau Laman Web Rasmi KWSP. Soalan Lazim boleh dirujuk di EPF FAQ.
      
    Sumber KWSP Shariah dan FB Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman

    Kedudukan Pingat Sukan Olimpik 2016 Rio

    $
    0
    0
    Kedudukan Pingat Sukan Olimpik 2016 Rio Brazil. Mampukah Malaysia memenangi pingat emas Olimpik kali ini? Semuanya akan terjawab apabila 32 atlet negara akan memburu pingat di temasya sukan terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik 2016 di Rio Di Janeiro, Brazil. Kejohanan akan bermula dari 6 Ogos hingga 22 Ogos 2016 (Waktu Malaysia) dan dijangka didominasi oleh kuasa sukan dunia iaitu USA, Britain dan China. Berikut adalah kedudukan pungutan pingat Olimpik 2016 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

    Kedudukan Pingat Olimpik 2016 Rio

    Kedudukan Pingat Sukan Olimpik 2016 Rio

    Sukan Olimpik 2016 Rio akan menawarkan sejumlah 301 pingat emas yang dibahagikan mengikut acara berikut. Acara Olahraga dan renang adalah 2 acara sukan yang menawarkan pingat emas terbanyak kali ini. Wakil Malaysia dalam kurungan akan menyertai 10 acara.
    1. Olahraga : 47 emas (Nauraj Singh Randhawa - Lompat Tinggi Lelaki &   Zaidatul Husniah Zulkifli - 100M Wanita)
    2. Renang : 34 (Welson Sim - 200M & 400M Gaya bebas Lelaki, Heidi Gan - 10KM Marathon Wanita & Phee Jing En - 100M Kuak dada wanita)
    3. Basikal : 18 (Azizulhasni Awang - Keirin Lelaki & Fatehah Mustapa - Sprint Wanita)
    4. Gimnastik : 18
    5. Kayak : 16
    6. Angkat Berat : 15 (Mohd Hafifi Mansor - 69KG Lelaki)
    7. Gusti : 15
    8. Menembak : 15 (Johnathan Wong Guanjie - 10M Pistol)
    9. Judo : 14
    10. Mendayung (Rowing) : 14
    11. Tinju : 11
    12. Kapal Layar : 11 (Khairulnizam Mohd Affendy - Laser & Nur Shazrin Latif - Laser Radial)
    13. Lawan Pedang : 10
    14. Terjun : 8 (Ooi Tze Liang, Ahmad Amsyar Azman, Cheong Jun Hoong,     Nur Dhabitah Sabri, Pandelela Rinong & Ng Yan Yee)
    15. Taekwondo : 8
    16. Equestrian : 6
    17. Badminton : 5 (Datuk Lee Chong Wei - Perseorangan Lelaki, Tee Jing Yi - Perseorangan Wanita, Goh V Shem & Tan Wee Kiong - Beregu Lelaki,     Vivian Hoo & Woon Khe Wei - Beregu Wanita dan Chan Peng Soon & Goh Liu Ying - Beregu Campuran)
    18. Memanah : 4 (Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin & Muhd Akmal Nor Hasrin)
    19. Ping Pong : 4
    20. Tenis : 4
    21. Bola Tampar : 4
    22. Polo Air : 2
    23. Triathlon : 2
    24. Renang Berirama : 2
    25. Ragbi Tujuh : 2
    26. Pentathlon Moden : 2
    27. Bola Baling : 2
    28. Golf : 2 (Danny Chia - Lelaki, Gavin Kyle Green - Lelaki, Michelle Koh - Wanita & Kelly Tan - Wanita)
    29. Bolasepak : 2
    30. Hoki : 2
    31. Bola Keranjang : 2

    Berikut pula adalah jumlah pungutan pingat Sukan Olimpik 2016 Rio untuk setiap negara yang berjaya memenangi pingat.

    • * Jadual kedudukan pingat akan dikemaskini dari masa kesemasa.

    Semoga atlet Malaysia mampu membawa pulang pingat emas kali ini.

    Keputusan Sukan Olimpik 2016 Atlet Malaysia

    $
    0
    0
    Keputusan Sukan Olimpik 2016 Atlet Malaysia. Berikut adalah Keputusan Sukan Olimpik 2016 Rio Brazil beserta jadual acara melibatkan Atlet Malaysia seramai 32 orang dalam 10 acara sukan. Harapan pingat emas kali ini adalah dari Datuk Lee Chong Wei dari acara badminton dan Azizulhasni dalam acara basikal. Acara lain yang disertai oleh atlet Malaysia adalah terjun, renang, menembak, angat berat, golf, kapal layar, olahraga dan memanah lelaki.

    Keputusan atlet malaysia Sukan Olimpik 2016 rio

    Sukan Olimpik 2016 Rio : Jadual Dan Keputusan Terkini Atlet Malaysia 

    Berikut adalah jadual acara dan keputusan atlet Malaysia di Sukan Olimpik 2016 Rio Brazil melibatkan 10 acara sukan yang disertai.

    5 Ogos 2016 - 800 malam

    Memanah Berpasukan Dan Individu Lelaki (Pusingan Penentuan Kedudukan)

    1. Haziq Kamaruddin
    2. Khairul Anuar Mohamad
    3. Mohd Akmal Nor Hasrin

    7 Ogos 2016 - 1200 pagi

    Kelayakan 10M Air Pistol Lelaki

    • Johnathan Wong Guanjie 

    Jadual dan keputusan Sukan Olimpik 2016 melibatkan atlet Malaysia akan dikemaskini dari masa kesemasa. Selamat berjuang buat atlet Malaysia di Rio 2016.
    Viewing all 1692 articles
    Browse latest View live