Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 1692 articles
Browse latest View live

Langkah Memelihara Bangunan/ Binaan Sejarah

$
0
0
Langkah Memelihara Bangunan/ Binaan Sejarah. Mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan/ binaan adalah merupakan salah satu isi kandungan yang perlu dinyatakan oleh pelajar dalam Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3. Tajuk tugasan tahun ini adalah pelajar dikehendaki membuat kajian tentang bangunan/ binaan bersejarah di tempat tinggal anda. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. 

kerja kursus sejarah pt3 2016

Langkah Memelihara Bangunan/ Binaan Sejarah

Bangunan bersejarah perlu dikekalkan dan dipelihara. Bangunan bersejarah dapat dijadikan iktibar atau panduan kepada generasi muda dan juga dapat dijadikan bahan penyelidikan dan kajian tentang evolusi manusia yang berlaku. Persoalannya, apakah cara yang dapat dilakukan untuk mengekalkan bangunan bersejarah ini?

Bangunan bersejarah boleh dijadikan daya tarikan pelancong, contohnya Kota Cornwallis, Istana Kellis, Kota A’ Famosa, tapak kaki Hang Tuah, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Penjara Pudu. Bangunan bersejarah perlu dipulihara untuk tatapan pelancong asing. Bangunan tersebut mempunyai daya tarikan kerana berkaitan dengan sejarah yang telah berlaku di negara kita.

bangunan sultan abdul samad

Umumnya diketahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam negara ingin melawat ke bangunan bersejarah. Selain itu, bangunan bersejarah juga boleh diubah suai menjadi bangunan muzium yang memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, Istana Lama Kedah dijadikan Muzium Diraja Kedah yang merakamkan sejarah susur galur raja-raja yang memerintah Kedah. Pada masa yang sama, seni bina Bangunan Istana Lama Kedah dapat dijadikan bahan tontonan generasi masyarakat sekarang.

Tambahan pula, bangunan bersejarah juga dapat ditukar menjadi bangunan pentadbiran. Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad pernah dijadikan mahkamah. Dengan ini, pihak berkenaan dapat mengurangkan kos pembinaan baharu dan menjadi kebanggaan orang ramai yang pernah berurusan di situ. Di samping itu, Bangunan Sultan Abdul Samad juga menjadi mercu tanda Kuala Lumpur. Justeru, bangunan bersejarah juga boleh dijadikan rumah kebajikan atau pusat jagaan. Badan kebajikan tidak perlu menyewa atau membina bangunan baharu. Mereka boleh mengubah suai bangunan bersejarah mengikut keperluan tanpa melupuskan bangunan tersebut. Dengan ini, golongan yang kurang bernasib baik mendapat pembelaan. 

Di samping itu, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat perniagaan jika bangunan tersebut masih selamat digunakan. Bangunan bersejarah akan menjadikan daya tarikan kepada pelanggan. Peniaga juga dapat berniaga dalam suasana yang berbeza.

stesen keretapi ktm kl
Bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Hal ini kerana, sesebuah filem banyak bergantung pada latar belakang tempatnya. Jika membuat filem yang bertemakan peristiwa bersejarah, bangunan bersejarah perlu digunakan. Contohnya, filem ‘Police Story III’ lakonan Jacky Chan di Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan Mahkamah Persekutuan dan Stesen Kereta Api. Jelaslah bahawa terdapat syarikat perfileman negara asing yang menjalankan pengambaran di Malaysia. Hal ini menjadikan Malaysia terkenal dan berdiri gah di persada dunia.

Disamping itu, bangunan bersejarah mempunyai nilai-nilai seni dan nilai estetika yang penting. Jika dilihat dengan teliti bangunan bersejarah juga mempunyai seni bina yang halus yang bercorakkan budaya bangsa. Kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada zaman silam. Kita dapat menghayati keindahan dan keistimewaan budaya kita. Biar kita ambil contoh, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional. Sebahagian besarnya dipengaruhi oleh penjajah yang menjajah di sesuatu negeri tersebut. Istana Seri Menanti dipengaruhi oleh pengaruh minangkabau. Tegasnya, bangunan ini haruslah di jaga dengan rapi agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Setelah itu, bangunan bersejarah juga dijadikan bahan penyelidikan. Perkara ini amat penting bagi mereka yang meminati sejarah terutamanya para pengkaji sejarah. Hal ini kerana, kewujudan bahan sejarah membuktikan sejarah yang berlaku di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi. Sebagai contoh, kedatangan Portugis merupakan cerita yang benar bukannya dogeng mahupun terselit unsur mitos dan lagenda. Hal ini dapat dibuktikan apabila bangunan A Famosa yang didirikan semasa Peperangan Tiga Segi yang melibatkan tiga buah negeri iaitu Acheh, Melaka dan Johor. Jelaslah bahawa bangunan A Famosa masih berdiri dengan gahnya sehingga ke hari ini.       


Kesimpulannya, bangunan bersejarah masih memberikan manfaat. Bangunan bersejarah merupakan sebahagian warisan bangsa Malaysia. Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit. Di dalamnya tersingkap banyak kisah yang tidak dapat terperikan dalam buku- buku sejarah. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama mengekalkan dan memulihara bangunan bersejarah.

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2016 Online

$
0
0
Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2016 Online Ambilan Kedua. Tahniah kepada mereka yang telah berjaya mendapat tawaran kemasukan Kolej Matrikulasi sesi akademik 2016/ 2017 yang telah diumumkan pada 14 April 2016. Kepada pemohon yang gagal mendapat tawaran, anda mempunyai sehingga 27 April 2016 untuk membuat rayuan  Matrikulasi melalui 3 cara rayuan seperti dinyatakan di panduan Rayuan Matrikulasi.

Keputusan Rayuan Matrikulasi 2016 Online

Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2016 Online

Pemohon yang telah membuat permohonan rayuan Matrikulasi, semakan keputusan   rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi boleh di buat bermula 18 Jun 2016 jam 1200 tengahari dengan menggunakan salah satu daripada kaedah berikut :-
  • Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4042 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
  • Semakan dalam laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia @ www.moe.gov.my atau diapplikasi semakan (Link akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari KPM)
  • SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada
    15888. 
Sekalipun anda gagal mendapat tawaran Matrikulasi, ada beberapa lagi cara untuk anda meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti memasukiTingkatan 6, Program Asasi IPTA, Diploma dan sebagainya. Apa kelebihan setiap bidang boleh dilayari di Perbezaan Pendidikan. 

  • * SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SESI 2016/ 2017 ONLINE DI SEMAKAN UPU

Bagi mereka yang inginkan lulus cemerlang Peperiksaan MUET, anda boleh membeli panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET ini dengan harga RM30. Sila klik link di bawah ini untuk pesanan.
Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini! 
Semoga anda berjaya dalam rayuan Matrikulasi 2016 nanti.

Jadual Perlawanan Liverpool Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017

$
0
0
Jadual Perlawanan Liverpool Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017. Untuk peminat pasukan Liverpool FC, berikut disertakan jadual perlawanan Liverpool FC untukLiga Perdana Inggeris (EPL) musim 2016-2017 (EPL) musim baru yang dikongsikan dari FB Kelab Peminat Liverpool (Malaysia).

Bagi peminat EPL yang ingin mengetahui jadual penuh dan keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2016/ 2017 ini, anda boleh layari di EPL Result.

Jadual Liverpool Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017

Jadual Perlawanan Liverpool Liga Perdana Inggeris 2016/ 2017

Berikut adalah jadual perlawanan Liverpool di EPL English Premier League musim 2016/ 2017. Untuk musim ini, Liverpool tidak akan beraksi di kejohanan Eropah selepas gagal layak ke Europa League.

  1. 13 Aug 2016 : Arsenal (A)
  2. 20 Aug 2016 : Burnley (H). Liverpool bercadang untuk bermain 'Away' disebabkan Stadium Anfield sedang dinaik taraf
  3. 27 Aug 2016 : Tottenham Hotspur (A)
  4. 10 Sep 2016 : Leicester City (H)
  5. 17 Sep 2016 : Chelsea (A)
  6. 24 Sep 2016 : Hull City (H)
  7. 01 Oct 2016 : Swansea City (A)
  8. 15 Oct 2016 : Manchester United (H)
  9. 22 Oct 2016 : West Bromwich Albion (H)
  10. 29 Oct 2016 : Crystal Palace (A)
  11. 05 Nov 2016 : Watford (H)
  12. 19 Nov 2016 : Southampton (A)
  13. 26 Nov 2016 : Sunderland (H)
  14. 03 Dec 2016 : AFC Bournemouth (A)
  15. 10 Dec 2016 : West Ham United (H)
  16. 13 Dec 2016 : Middlesbrough (A)
  17. 17 Dec 2016 : Everton (A)
  18. 26 Dec 2016 : Stoke City (H)
  19. 31 Dec 2016 : Manchester City (H)
  20. 02 Jan 2017 : Sunderland (A)
  21. 14 Jan 2017 : Manchester United (A)
  22. 21 Jan 2017 : Swansea City (H)
  23. 01 Feb 2017 : Chelsea (H)
  24. 04 Feb 2017 : Hull City (A)
  25. 11 Feb 2017 : Tottenham Hotspur (H)
  26. 25 Feb 2017 : Leicester City (A)
  27. 04 Mar 2017 : Arsenal (H)
  28. 11 Mar 2017 : Burnley (A)
  29. 18 Mar 2017 : Manchester City (A)
  30. 01 Apr 2017 : Everton (H)
  31. 05 Apr 2017 : AFC Bournemouth (H)
  32. 08 Apr 2017 : Stoke City (A)
  33. 15 Apr 2017 : West Bromwich Albion (A)
  34. 22 Apr 2017 : Crystal Palace (H)
  35. 29 Apr 2017 : Watford (A)
  36. 06 May 2017 : Southampton (H)
  37. 13 May 2017 : West Ham United (A)
  38. 21 May 2017 : Middlesbrough (H)
Jadual Liverpool EPL 2016/ 2017

* Nota - semua jadual perlawanan adalah tertakluk kepada perubahan apabila jadual siaran langsung TV disahkan dan dikeluarkan.

Tarikh Nuzul Al Quran 2016 Di Malaysia

$
0
0
Tarikh Cuti Umum Hari Nuzul Al Quran 2016 Di Malaysia. Peristiwa Nuzul Al Quran yang merupakan cuti umum kepada beberapa buah negeri di Malaysia akan jatuh pada tarikh berikut menurut Kalendar Islam/ Tarikh Penting 2016 Malaysia :-
17 Ramadhan 1437 bersamaan dengan Hari Rabu, 22 Jun 2016
Berikut adalah negeri-negeri yang cuti umum pada Hari Nuzul Quran 2016
Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Selangor & Terengganu
Nuzul Al Quran 2016

Peristiwa Nuzul Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

 
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

SUMBER

Resepi Kuih Raya Sedap Dan Mudah

$
0
0
Resepi Resepi Kuih Raya Tradisional dan Moden 2016. Menjelang Hari Raya Puasa Aidilfitri 2016 yang dijangka bakal disambut pada 6 Julai 2016 (Hari Rabu), berikut dikongsikan beberapa resepi kuih/ biskut raya yang sedap dan popular semasa musim perayaan hari raya ini. Diantara kuih popular di musim perayaan samada kuih tradisional dan moden adalah Biskut Kelapa, Biskut Famous Amos, Kek Batik, Almond London, Mama Carey, Kuih Semperit,  Lidah Kucing dan banyak lagi.

Koleksi Resepi Resepi Kuih Raya Tradisional dan Moden 2016

resepi biskut kelapa

1. Resepi Biskut Kelapa

Berikut cara membuat biskut kelapa yang rangup dan sedap :-

Bahan-bahan:

  • 100gm mentega
  • 100gm gula kastor
  • 1 biji telur ayam
  • 200gm tepung gandum (yang telah diayak)
  • 50gm kelapa parut kering
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ½ sudu teh serbuk penaik

Cara penyediaan:

  • Pukul mentega bersama gula sehingga sebati, masukkan telur, esen vanilla dan serbuk penaik, sambil dikacau rata
  • Masukkan tepung gandum dan kelapa parut kacau sebati
  • Ambil doh letakkan di atas kertas minyak dan tutupkan dengan sehelai lagi kertas minyak kemudian gelek dengan pengelek hingga rata dan sederhana tebal
  • Angkat kertas minyak disebelah atas dan bentukkan doh mengikut citarasa dan buat sehingga selesai
  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 20 minit
resepi biskut famous amos

2. Biskut Famous Amos

Resepi kedua adalah biskut famous amos yang merupakan antara biskut popular di musim perayaan.   

Bahan-bahan:

Bahan A:
  • ¼ cawan gula kaster
  • ½ cawan gula perang
  • ½ cawan mentega  (75gm)
  • ½ cawan minyak jagung
  • 1 biji telur
  • ¼ sudu kecil garam
  • ½ sudu besar susu segar @ susu tepung   
  • ½ sudu kecil vanilla extract
Bahan B:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil cream of tartar Nona ( boleh diganti dengan ½ sudu kecil cuka / jus lemon)
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat
  • ½ cawan walnut cincang
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara penyediaan:

  • Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Pukul  sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
  • Ayakkan  tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk cream of tartar.
  • Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan A.
  • Kacau dengan menggunakan spatula.
  • Selepas itu, masukkan walnut dan chocolate chips.
  • Setelah sudah sebati kesemua bahan, sudukan atau boleh menggunakan tangan untuk membuat bentuk bulat-bulat ke dalam loyang.
  • Jarak-jarakkan kerana biskut akan mengembang
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 15-20 minit
resepi kek batik

3. Kek Batik

Kek batik iaitu kuih moden juga amat popular di musim perayaan.       

Bahan-bahan:

  • 300gm biskut marie
  • 150gm marjerin
  • 1 biji telur
  • 150gm gula
  • 50gm serbuk koko
  • 50gm milo
  • 1 sudu teh Nescafe
  • ½ cawan air
  • 1 cawan susu cair

Cara penyediaan:

  • Masukkan marjerin, gula, serbuk koko, milo, Nescafe dan air kedalam periuk
  • Kacau sehingga sebati dan panaskan dengan api sederhana sehingga mendidih
  • Masukkan telur, kacau rata dan masukkan biskut marie. Gaul hingga sebati
  • Setelah sebati, masukkan adunan dalam Loyang. Ratakan dan mampatkan adunan.
  • Setelah mampat, masukkan adunan kedalam peti sejuk. Selepas itu bolehlah dipotong dan dihidang
resepi biskut lidah kucing

4. Biskut Lidah Kucing

Lidah kucing adalah biskut moden yang berwarna warni dan antara biskut yang paling popular di hari raya.        

Bahan-bahan:

  • 250gm Mentega
  • 175gm Gula Kaster
  • 100ml Putih Telur
  • 200gm Tepung Gandum
  • 50gm Tepung Jagung
  • 1/4 Sudu Teh Emplex (Perangup Biskut)

Keperluan:

  • Pewarna ungu, hijau, biru, kuning, merah dan oren
  • Loyang lidah kucing ( disapu dengan mentega)

Cara penyediaan:

  • Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex. Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak dengan pewarna berlainan.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan nozzle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana menengelamkan warna pelangi.
  • Biarkan biskut suam-suam suku dan terus simpan di dalam bekas kedap udara.
resepi popia nestum horlick

5. Popia Nestum Horlick

Popia versi Nestum Horlick yang moden tidak kurang hebatnya dengan kemanisan yang sungguh sedap hingga menjilat jari.     

Bahan-bahan:

  • 1 paket besar kulit popia
  • 1 bungkus kecil Horlick original (200g)
  • 1/2 cawan gula biasa atau gula kaster
  • 1 cawan nestum original atau honey
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  • Leraikan kulit popia satu persatu
  • Gulungkan dan lekatkan hujung kulit popia dengan paste tepung
  • Selepas semua selesai, guting popia yang telah digulung dalam 1 inci
  • Goreng sehingga menjadi kekuningan, angkat dan ditoskan.
  • Kisar horlick, gula dan nestum bersama dengan menggunakan pengisar bahan kering.
  • Gaulkan popia dengan bahan yang telah dikisar semasa masih suam.
  • Sejukkan sepenuhnya dan masukkan ke dalam balang.
Sumber: Buku resepi hari raya bersama Chef Harun, Idea Masakan& Bukan Sembang Kosong

Jadi apa lagi, jom cuba Resepi Kuih Raya Sedap Dan Mudahyang dikongsikan ini.

Doa Selepas Solat Dan Bacaan Rumi

$
0
0
Doa Ringkas Selepas Solat Dan Bacaan Dalam Rumi. Berikut dikongsikan bacaan doa selepas solat fardu beserta bacaan dalam rumi untuk panduan dan rujukan semua. Apapun masalah yang kita hadapi, hendak kita meminta pertolongan Allah yang maha Esa kerana Allahadalah penolong dan pelindung yang sebaik-baiknya. Semoga ianya bermanfaat. Doa ringkas selepas solat ini mudah dihafal dan marilah sama-sama kita amalkan. Marilah sama-sama kita memperbanyakkan doa selepas waktu solat semoga semua hajat kita dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.

Doa ringkas Selepas Solat Dan Bacaan Rumi

Doa Ringkas Selepas Solat : Bacaan Dalam Rumi

Berikut dikongsikan dua doa selepas solat beserta bacaan dalam arab/ rumi dan maksudnya:-

Doa Ringkas Selepas Solat 1

Bismillah
Doa Selepas Solat 1

Doa Ringkas Selepas Solat Dalam rumi :

Bis-milla-hirrahma-nirrahim
Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin. Allahumma solliwasallim ‘ala saiyidina Muhammadiw wa’ala a-lihi wasah-bihi ajma ‘in.
Allahumma inna nas-alukal’afwa wal-’afiah, wal-mu’afatad-da-imah, fiddi-ni waddun-ya wal-a-khirah.
Allahumma ah-sin, ‘aqibatana fil-umuri kulliha, wa-ajirna min khizyid dun-ya wa’azabil a-khirah.
Allahumma inna nas-aluka minal khairi kullihi, ‘a-jiliji wa-a-jilihi, ma-’alimna minhu wama lam na’lam. Rabbana a-tina fiddun-ya hasanataw-wafil a-khirati hasanataw-waqina ‘azaban nar.
Wasollallahu ‘ala saiyidina Muhammadiw-wa’ala a-lihi wasahbihi-wasallam. 

Maksudnya :

Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala Puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Seluruh alam. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, kami pohon kepadamMu kemaafan dan afiat, kesejahteraan selamanya dalam agama, dunia dan akhirat. Ya Allah, baikanlah kesudahan kami pada segala perkara dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia serta siksa akhirat. Ya Allah, kami mohon padaMu segala kebaikan samada lambat atau cepat, yang kami ketahui dan tidak kami ketahui. Dan kami berlindung kepadaMu dari segala bahaya samada lambat atau cepat yang kami ketahui atau tidak kami ketahui. Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebajikan di dunia dan akhirat serta jauhilah kami dari siksa neraka. Dan Allah, limpahkanlah rahmat serta sejahtarakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.

Doa Selepas Solat 2

Doa ringkas Selepas SolatBacaan Dalam Rumi 

 
Bismillah hir'rahma nirra'him Alhamdulillah hirob bil a'lamin Wassola tuwas sala mua'la saidina Muhammadinn asrofin mursalin, wa'ala alihi wasob bihi ajma'in Allahumma ahyiina bil iiman, wa'amit naa bil iiman, waad khilnal jannata ma al iiman 
Allahummarfirlana, zunubana, waliwaa lidainaa, warham humaa, kama rob baya naa sokhiroo Allahummaah timlana bi'khusnil khotimah, wala tahtim  alaina bisuu ii' khotimah Robbana laa tuziq qulubana, baq daiz hadaitana, wahab lana min ladun kharohmah, in'naka antal wahab Robbana a'tina fid'dun yaa hasanah, wafil a' khirotil hasanah, waqinaa azab'bannar Wasollallah huala saidina Muhammad, wa'ala a'lihi wasobihi was'salam Walham dulillah hirob'bil a'lamiin

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Video Doa Ringkas Selepas Solat



Marilah sama-sama kita amalkan doa selepas solat ini. kredit Doa Harian

Latar Belakang Bangunan Binaan Bersejarah Di Malaysia

$
0
0
Latar Belakang Bangunan, Binaan Dan Monumen Bersejarah Di Malaysia. Berikut dikongsikan contoh latar belakang bangunan, binaan dan monumen bersejarahuntuk panduan pelajar dalam membuat Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Latar Belakang Bangunan merupakan salah satu isi kandungan yang perlu dibuat dalam esei laporan Sejarah PT3. Selain itu pelajar perlu menerangkan struktur, sebab bangunandi bina, menganalisis fungsi dan keadaan bangunan pada masa kini dan mencadangkan langkah untuk memelihara/ memulihara bangunan.

contoh Latar Belakang Bangunan Bersejarah Di Malaysia

Contoh Latar Belakang Bangunan/ Binaan Bersejarah Di Malaysia

Berikut dikongsikan beberapa contoh latar belakang bangunan, binaan dan monumen bersejarahdi lokasi terpilih di Malaysia :-

1. Masjid Mukim Kampung Laut Kelantan

Masjid Kampung Laut adalah masjid bersejarah yang mempunyai struktur binaan yang unik. Masjid yang terletak di Nilam Puri, Kelantan ini telah dibina kira-kira 250 tahun dahulu oleh ulama-ulama dari Tanah Jawa.

Masjid ini asalnya dibina di Kampung Laut, Tumpat berhampiran dengan tebing sungai Kelantan. Ia dibina dengan empat tiang yang menopang bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Bukaan ruang masjid hanya berkeluasan 400 kaki persegi.


Oleh kerana kerap kali dilanda banjir, masjid ini telah beberapa kali dipindahkan dan dibaik pulih tanpa mengubah bentuk asalnya. Sebahagian bangunan masjid ini pernah terbakar. Pada tahun 1968 Masihi, masjid ini telah dibuka dan dipasang semula di Jalan Kuala Krai, Nilam Puri.


Pada tahun 1988 Masihi, masjid ini sekali lagi dibaik pulih dan dibesarkan 13 belas kali keluasan bangunan asalnya. Ia dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti bekalan elektrik, air paip, tandas dan lain-lain. Via IslamGRID.

2. Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan. Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad ke IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.

Pada asalnya masjid ini diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 pada zaman pemerintahanSultan Muhammad II (1830 - 1886) dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih. Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 dan telah dirasmikan oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931, dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.

Masjid ini mengalami kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987. Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah.

Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Taba (1840 - 1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.

Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga Kelantan dikenali sebagai "Serambi Mekah". via IslamGRID

3. Bangunan A'Famosa, Melaka

Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul, telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Kota A’ Famosa bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis. Ianya juga dikenali sebagai “Fortaleza de Malaca” dan merupakan antara seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca).

Kota A’ Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de-Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Via Scribd 

4. Masjid Zahir (Masjid Negeri Kedah)

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah yang terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821).

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin. Masjid Malaysia. via Masjid Malaysia

5. Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Masjid Sultan Abu Bakar tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bandar Johor Bahru dan mempunyai pemandangan indah Selat Johor dan Singapura. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid lama yang tercantik di Malaysia.

Masjid Sultan Abu Bakar dibina pada 1 Muharam 1310 Hijri bersamaan 26 Julai 1892 Masihi, atas titah Sultan Abu Bakar. Ia terletak berhampiran pejabat Majlis Agama Islam dan Istana Besar Johor Bahru, iaitu di atas Bukit Kecil di Jalan Tun Dr. Ismail, mengadap Selat Tebrau, menjadikan ia antara bangunan yang mempunyai pemandangan yang indah di Johor Bahru.

Upacara perasmian masjid ini telah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim (1895-1959) pada 1 Syawal 1317 bersamaan 2 Februari 1900 Masihi. Nama masjid ini diambil sempena nama Sultan Abu Bakar sendiri atau dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang jemaah pada satu-satu masa. via Islam Grid  


Semoga Latar Belakang Bangunan Binaan Bersejarah Di Malaysia ini boleh dijadikan sedikit panduan buat pelajar dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016.

Insentif Aidilfitri Peneroka Felda 2016

$
0
0
Insentif Aidilfitri Peneroka Felda 2016. Berita baik buat peneroka Felda yang layak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bayaraninsentif Aidilfitri 2016 untuk peneroka FELDA berjumlah RM400. Pengumuman yang dinantikan ini dibuat oleh PM pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA bersama Perdana Menteri peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Semai Bakti FELDA Chini Timur 3, Pekan, Pahang pada Rabu 22 Jun 2016.

bonus aidilfitri Peneroka Felda 2016

Jumlah Bayaran Insentif Aidilfitri Peneroka Felda 2016

Insentif Aidilfitri berjumlah RM500 seorang kepada 99,046 peneroka FELDA di seluruh negara akan diberikan kepada semua peneroka Felda kecuali berikut :-
  1. Peneroka yang tidak lagi bersama FELDA
  2. Peneroka yang melakukan urusniaga tanpa kebenaran FELDA
Semoga pemberian Insentif Aidilfitri Peneroka Felda 2016 ini mampu meringankan beban peneroka dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal disambut pada 6 Julai 2016 (Rabu). Sebelum ini, bantuan khas Pekebun kecil Getah 2016 RISDA berjumlah RM500 seorang juga akan diberikan kepada pekebun kecil yang layak.
Sumber 

Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 2016

$
0
0
Contoh Kaedah Kajian Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Berikut dikongsikan senarai kaedah yang diguna pakai atau Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 2016 sebagai panduan buat pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan isi kandungan tugasan kerja Kursus/ folio Sejarah tahun ini. Pelajar perlu menghuraikan setiap kaedah kajian yang diguna pakai secara terperinci.

Kaedah Kajian kerja kursus Sejarah PT3 2016

Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 2016 Kajian Bangunan Bersejarah

Terdapat pelbagai kedah yang boleh digunakan oleh pelajar dalam melengkapkan kerja Kursus Sekarah PT3 2016 seprti berikut :-

1. Melayari internet

Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai bangunan ...... dengan melayari internet. Banyak maklumat yang telah saya perolehi melalui kaedah ini. Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia.
Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam internet. Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta me;aluinya dalam pelbagai bahasa. Selain itu, saya juga merujuk kepada buku ilmiah yang ada di perpustakaan. Di dalamnya terdapat sedikit sebanyak sejarah tentang Bangunan ........

2. Buku ilmiah/ Ensiklopedia

Kajian juga dilakukan dengan mencari maklumat melalui buku ilmiah/ Ensiklopedia yang terdapat di perpustakaan awam ........ Salah satu buku ilmiah ialah Kesan  Sejarah Dan Tempat-Tempat Menarik Negeri Melaka, Malaysia Wonders And Contrasts, Melaka Historic Tourism serta History of the Dutch in Malaysia.
Terdapat pelbagai maklumat mengenai bangunan ........ terdapat di dalam buku ilmiah ini.

3. Melawat tempat kajian/ Kaedah Pemerhatian

Saya dan rakan-rakan telah melawat tempat kajian dalam mendapat maklumat bangunan. Pelbagai maklumat yang saya dapat seperti risalah yang telah di jual di sana. Pelbagai maklumat yang ada di dalam risalah termasuk asal-usul bangunan, tarikh bangunan di bina dan sebagainya.

4. Kaedah Temubual/ Temuramah

Saya telah menemubual seorang responden di kampung saya, beliau agak berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam sejarah bangunan ini. Nama beliau ialah .................... Beliau tinggal di ............... Beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai Bangunan ............ kepada saya.

5. Kaedah Soal Selidik

Borang soal selidik sebanyak 50 telah diedarkan kepada responden

6. Media

Saya telah menganalisa media massa dan media cetak seperti internet, majalah-majalah dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan kefahaman yang jelas mengenainya.

Semoga Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3 2016 ini boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Apa Itu Difteria? Pencegahan Dan Rawatan

$
0
0
Apa Itu Difteria?Punca, gejala, tanda, cara merawat/ mencegah difteria. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui kenyataan akhbar yang dikongsikan dari KP Kesihatan telah mengesahkan berlakunya kes Difteria di Negeri Kedah dan Melaka yang menyebabkan kes kematian. Jadi apakah itu Difteria? Kedua-dua kes kematian ini tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan. Oleh itu ibu bapa dan penjaga diingatkan akan kepentingan agar kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan.



difteria penyakit bakteria tekak

Apa Itu Difteria?

Dikongsikan dari Facebook KKM, Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian. Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.

Menurut Infosihat pula, Difteria adalah 
Radang pada selaput hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh toksin(racun) yang dihasilkan oleh bakteria Difteria. Kesannya adalah bengkak padasaluran pernafasan yang mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan mungkin menyebabkan kematian. Penyakit difteria boleh dirawat dengan antibiotik. Adalah penting untuk diberikan antitoksin dengan segera bagi   mengelakkan kerosakan berkekalan pada jantung dan sistem saraf atau kematian. Hanya denganpemberian imunisasi sahaja dapat melindungi anak anda daripada penyakit difteria.

Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus influenzae type b). Ia diberikan pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini. Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi.

Tanda dan Gejala

  • Pembebasan sitotoksin menyebabkan keradangan dan terbentuknya selaput lembut berwarna kelabu di sekitar tekak.
  • Sukar menelan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut dan farinks dan bengkak pada kelenjar leher.
  • Bagi kes yang teruk, leher menjadi bengkak dan edema.

Komplikasi

  • Kelumpuhan saraf kranial, motor periferi dan deria serta miokarditis.Kelumpuhan saraf otak, kaki dan tangan (motor periferi) serta deria dan radang pada jantung (miokarditis)

Rawatan

Rawatan khusus:
  1. Antitoksin diberikan serta-merta selepas spesimen bakteria diambil tanpa menunggu keputusan.
  2. Antibiotik tidak boleh mengantikan antitoksin.
  3. Eritromisin dan Penisilin diberi selepas kultur diperolehi.

Pencegahan

  1. Semua individu yang melakukan perjalanan ke luar negara perlu mendapatkan vaksin.
  2. Jenis vaksin: Toksoid Difteria.
  3. Bilangan dos: Sekurang-kurangnya 3, disuntik ke dalam otot.
  4. Jadual vaksin: Ketika berumur 2, 3 dan 5 bulan berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.
  5. Dos tambahan: Ketika berumur 18 bulan dan 7 tahun.
  6. Kontraindikasi: Kesan buruk terhadap dos sebelumnya.
  7. Kesan buruk:  Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.
  8. Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin seawal mungkin. Terdapat sedikit perlindungan selepas dos vaksin yang kedua.

Oleh itu, Ibubapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibubapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang. 
Sumber : MyHealth 

Cara Memperbaiki Laporan Kredit Pinjaman PTPTN

$
0
0
Rekod PTPTN Kini Dalam CTOS/ CCRIS. Graduan baru yang berjaya menamatkan pengajian mereka di universiti kini mempunyai cabaran baru dalam bidang pekerjaan dalam mengenal erti kehidupan yang sebenar selepas tamat belajar. Perkara pertama dalam minda mereka adalah mendapatkan pekerjaan yang akan menjadi sumber pendapatan dalam menampung kos kehidupan yang serba meningkat kini. Matlamat kehidupan anda mungkin tidak tercapai hanya kerana kegagalan menguruskan pinjaman pelajaran yang diambil semasa mengikuti pengajian di universiti seperti PTPTN, MARA, Yayasan Pelajar Negeri dan sebagainya.

  • Apakah Kepentingan Laporan Kredit Kepada Rakyat Malaysia - CTOS
Cara dapatkan Laporan Kredit ctos

Anda perlu bekerja keras untuk mencapai matlamat dalam hidup seperti membeli rumah, kereta dan juga ingin berkahwin untuk membentuk sebuah keluarga. Ingat, masa depan yang cerah tidak seharusnya dibebani dengan pinjaman pelajaran tetapi secara realiti ianya memang satu masalah kepada pelajar yang tidak menguruskan bayaran pinjaman dengan betul. 

Rekod Peminjam PTPTN Kini Di CCRIS

Statistik jelas menunjukkan yang seramai 1.25 juta orang peminjam dari pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenaraikan dalam Central Credit Reference Information System Bank Negara Malaysia (CCRIS), di mana 55% peminjam atau 690,000 adalah diklasifikasikan sebagai bermasalah. 

CCRIS adalah sebuah pangkalan data yang mengumpul semua maklumat pinjaman kredit dan laporan CCRIS dirujuk oleh kebanyakan institusi kewangan di Malaysia sebelum sesuatu pinjaman itu boleh diluluskan.
PTPTN mula menyenarai peminjam-peminjamnya di CCRIS pada Jun 2015 sebagai satu cara dalam menggalakkan peminjam PTPTN untuk membayar pinjaman pelajaran mereka.

Keperluan dan kewajipan pelajar untuk membayar pinjaman mereka dijelaskan oleh Datuk Shamsul Anuar Nasarah, pengerusi PTPTN, dalam satu laporan di New Straits Times. Beliau berkata, 
"PTPTN memerlukan kira-kira RM5 bilion dalam pembayaran balik setiap tahun memenuhi keperluan pembiayaan pinjaman-pinjaman pelajar baru"

Dalam laporan 2014 oleh The Malay Mail Online, PTPTN telah kehilangan sejumlah RM1.3 bilion selepas 183,000 orang peminjam ingkar dalam membuat pembayaran pinjaman mereka. Jadi apakah tanggungjawab anda sebagai peminjam pinjaman PTPTN dalam membantu pelajar lain menyambung pengajian mereka?

Bagaimana Pinjaman PTPTN Boleh Menjejaskan Keupayaan Kredit Anda?

Penyenaraian pinjaman pelajar di sesebuah laporan kredit adalah biasa di seluruh dunia. Contohnya, pinjaman pelajaran di Amerika Syarikat juga dimasukkan ke dalam laporan kredit peminjam yang antara lain juga akan memberi kesan kepada skor kredit seorang peminjam.

Pembayaran balik pinjaman PTPTN hanya bermula enam bulan selepas pembiayaan tamat bagi memberikan ruang buat pelajar dalam mencari pekerjaan sebelum dapat memulakan jadual pembayaran balik pinjaman mereka. Laporan kredit seseorang peminjam akan menjadi lebih baik jika membuat pembayaran mengikut jadual dan berdisiplin kerana pemberi pinjaman iaitu PTPTN akan mengklasifikasikan anda sebagai peminjam yang bertanggungjawab. 


Walau bagaimanapun, jika peminjam gagal untuk membuat pembayaran maka anda bakal menghadapi kesan jangka panjang yang boleh menjejaskan kualiti kehidupan anda. Contohnya :- permohonan kad kredit atau pinjaman peribadi anda mungkin ditolak oleh pihak bank kerana gagal membuat pembayaran pinjaman PTPTN seperti yang ditunjukkan di laporan rekod CTOS atau CCRIS. Kerana satu rekod pembayaran pinjaman sediada yang tidak baik, pemberi pinjaman akan merasa tidak yakin dengan kemampuan anda untuk membayar pinjaman baru tepat pada masa dan ada kemungkinan anda juga akan gagal membuat pembayaran mengikut jadual. 

Beberapa majikan di Malaysia juga akan merujuk kepada laporan kredit seseorang sebelum membuat satu tawaran kerja, tidak terkecuali pemilik rumah/ tanah sebelum menyewakan harta kepunyaan mereka.

Untuk makluman, laporan kredit anda boleh diakses dengan kebenaran anda, kepada institusi kewangan dan firma komersial lain melalui CTOS. CTOS adalah Agensi Pelaporan Kredit (Credit Reporting Agency) berdaftar yang mengumpul maklumat pinjaman daripada pelbagai sumber, termasuk CCRIS. Kebenaran untuk mengakses laporan kredit anda biasanya ada dimasukkan di dalam borang permohonan atau perjanjian yang anda tangani.

Apa Itu Laporan Kredit?

Laporan kredit MyCTOS mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu sebagai satu laporan perubatan yang menunjukkan betapa sihatnya kedudukan kredit anda.

Di dalam laporan kredit MyCTOS, maklumat CCRIS ada menunjukkan semua kemudahan kredit yang anda miliki dan rekod bayaran untuk 12 bulan lepas. Maklumat lain yang boleh diperolehi dalam laporan kredit MyCTOS anda termasuk pendaftaran syarikat atau status pengarah dan sejarah litigasi seperti kes undang-undang. 


Laporan ini juga ada menunjukkan status hutang pinjaman yang tertunggak dan bank akan membandingkan hutang dengan pendapatan anda. Laporan tersebut akan menjadi lebih buruk jika terdapat satu perbezaan yang besar diantara pendapatan dan pinjaman.
 
Laporan MyCTOS anda adalah tersedia untuk institusi kewangan, yang kemudiannya akan menggunakan maklumat tersebut sebagai satu asas penilaian permohonan kredit anda.

Sama seperti keputusan peperiksaan sekolah yang bakal menentukan institusi pengajian yang boleh menerima anda, laporan kredit yang baik akan membolehkan pinjaman anda diluluskan untuk pinjaman berikutnya dengan kemungkinan mendapat kadar pinjaman yang lebih baik.

Jika anda gagal membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual ataupun tidak membuat pembayaran dengan betul, ianya akan memberi kesan negatif kepada institusi kewangan sekaligus bakal mengurangkan peluang untuk permohonan pinjaman diluluskan.

Oleh itu, jika terdapat kegagalan pembayaran pinjaman disenaraikan dalam laporan kredit anda, seperti pinjaman PTPTN, laporan kredit anda mungkin tidak baik dan ada kemungkinan peluang untuk mendapatkan kad kredit, pinjaman kereta atau pinjaman rumah pertama anda sungguh tipis.

Cara Memperbaiki Rekod Pinjaman Laporan Kredit

Pinjaman pelajaran PTPTN boleh memberikan kesan kepada laporan kredit anda jika tidak dibendung dari awal. Sama seperti kesihatan kita semua, mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Bagaimana Caranya? 

Amat mudah kerana anda hanya perlu membuat bayaran segera ke atas pinjaman PTPTN anda bagi mengelakkan rekod tidak baik di laporan CCRIS. Ramai peminjam dahulunya merasakan mereka boleh terlepas tanpa membayar,  tetapi kini ianya telah berubah dan status pinjaman PTPTN kini terpapar dalam status laporan kredit mereka.
 
Memberi komitmen dalam membayar balik pinjaman PTPTN adalah satu pengorbanan yang berbaloi. Berdasarkan satu kaji selidik bersama oleh iMoney and CTOS, peminjam yang membuat pembayaran lebih daripada 15% daripada pendapatan mereka akan mempunyai kurang kapasiti pinjaman terutamanya dalam pinjaman perumahan berbanding dengan mereka yang langsung tidak membuat pinjaman pelajaran.


julat pembayaran pinjaman pelajaran

Apakah Yang Perlu Didahulukan Jika Mempunyai Laporan Kredit Yang Buruk?

Jika anda mengesyaki laporan kredit yang buruk atau tidak baik, maka anda seharusnya perlu memeriksa Laporan MyCTOS dalam mengetahui status kredit anda secepat mungkin. Sila pastikan segala pinjaman bukan sahaja PTPTN di bayar mengikut jadual. Disebabkan Laporan CCRIS menunjukkan rekod pembayaran anda untuk 12 bulan lepas, anda perlu membayar pembayaran balik dengan konsisten.

Menurut PTPTN, peminjam boleh meningkatkan laporan CCRIS mereka dengan membuat pembayaran ke atas mana-mana tunggakan pinjaman dan seterusnya membuat jadual ansuran bulanan pinjaman dengan konsisten. Pembayaran balik mesti di buat berdasarkan kepada Jadual Bayaran Balik (JBB) yang telah ditetapkan oleh PTPTN. Peminjam yang menghadapi kesulitan kewangan boleh berunding dengan PTPTN bagi membolehkan penstrukturan semula bayaran bulanan di buat kepada jumlah yang lebih mampu.
 

Pinjaman pelajaran selalunya dianggap sebagai "hutang yang bagus" di mana pendidikan lazimnya akan memberi peluang pendapatan yang lebih baik kepada kebanyakan orang. Bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengurus hutang pinjaman pelajaran dengan betul, ia akan memberi kesan negatif dan akan mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk mengembalikan status pinjaman kepada normal atau yang lebih baik.

Oleh itu, kesimpulannya, mulakan kerjaya dan kewangan anda dengan betul bagi membantu anda dalam mencapai matlamat kewangan yang lebih baik pada masa akan datang. Ingat, jangan mulakan kehidupan anda dengan menyelesaikan masalah kewangan yang sepatutnya dielakkan dengan mudah. 

Kredit : iMoney

Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2016

$
0
0
Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia Terkini 2016.Berikut dikongsikan senarai ranking Universti Tempatan Malaysia Terbaik terkini yang telah dikeluarkan oleh QS University Ranking tahun 2016. Mengikut senarai, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia berada dalam kelompok 50 universiti terbaik Asia 2016.Buat mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, boleh merujuk senarai di bawah ini sebagai panduan.

Ranking ipta Terbaik Malaysia 2016
Pemilihan dan penentuan ranking universiti terbaik adalah berdasarkan kepada kriteria seperti berikut :- 
  1. Academic Reputation : 30 %
  2. Employer Reputation : 20 %
  3. Faculty/ Student ratio : 15 %
  4. Citations per Paper : 10 % & Papers per faculty : 10 %
  5. Staff with a PhD : 5 %
  6. Proportion of international faculty :2.5% and proportion of international students :2.5%
  7. Proportion of inbound exchange students :2.5% and proportion of outbound exchange students : 2.5%

Ranking Universiti Terbaik Malaysia Terkini 2016

Berikut adalah ranking kedudukan universiti terbaik di Malaysia di mana  
angka dalam kurungan adalah kedudukan di Asia.
  1. Universiti Malaya (UM)Malaysia : (No 27)
  2. Universiti Putra Malaysia (UPM)Malaysia : (No 49)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM)Malaysia : (No 51)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Malaysia : (No 55)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)Malaysia: (No 63) 
  6. Universiti Teknologi Petronas (Petronas)Malaysia : (No 127) 
  7. Universiti Utara Malaysia (UUM)Malaysia: (No 137)
  8. International Islamic University Malaysia (IIUM)Malaysia: (No 151)
  9. Taylor's University : (No 179) 
  10. Universiti Teknologi MARA - UiTMMalaysia : (No 181)
  11. Multimedia University (MMU)Malaysia : (No 193) 
  12. University of Malaysia Sabah (UMS)Malaysia : (No 221 - 220)
  13. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)Malaysia: (No 221 - 230)
  14. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)Malaysia: (No 251 - 300)
  15. Limkokwing University of Creative TechnologyMalaysia: (No 251 - 300)
  16. Universiti Malaysia PahangMalaysia: (No 251 - 300)
  17. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)Malaysia: (No 251 - 300)
  18. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)Malaysia: (No 251 - 300)
  19. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) : (No 251 - 300)
  20. Universiti Tun Hussein Onn University of Malaysia (UTHM)Malaysia : (No 251 - 300) 

Kedudukan Ranking Universiti Malaysia Terkini

ranking ipta terbaik malaysia terkini

Sumber : QS University Rankings Asia 

Semoga Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2016 ini akan terus meningkat di peringkat Asia dan dunia.

Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah

$
0
0
Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah. Berikut dikongsikan Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah untuk panduan pelajar Tingkatan 3 dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016. Pelajar boleh menghuraikan akan kepentingan untuk memelihara/ memulihara bangunan sejarah di Malaysia mengenai pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah anda pelajari serta harapan agar bangunan/ binaan bersejarah terus kekal untuk kepentingan negara pada masa depan.

Rumusan Bangunan Bersejarah

Contoh Rumusan Bangunan Bersejarah

Berikut dikongsikan beberapa contoh rumusan bangunan bersejarah yang perlu anda huraikan dengan lebih lanjut lagi.  Contoh yang diberikan hanya sebagai panduan sahaja.

Contoh 1

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya.

Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan–rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Saya juga mendapat tahu bahawa kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat.

Contoh 2

Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas keunikan dan kepelbagaian kesenian yang tersendiri yang terdapat di Malaysia.Saya juga rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan tersebut. Ini secara langsung akan memberikan iktibar kepada saya dan juga orang lain juga agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya juga akan lebih memahami fakta sejarah dengan melihat kesan peninggalan sejarah ini. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah Melayu yang terdapat dalam pelbagai kaum ini terus berkekalan. Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia amnya menjaga segala harta sejarah yang kita ada sebaik mungkin agar dapat dipertontonkan oleh generasi di masa hadapan seta dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah negara yang aman merdeka.

Contoh 3

Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A’ Famosa yang
kian dilupakan oleh masyarakat kini. Melalui kajian ini, saya amat berasa bangga dankagum dengan bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Secara tidak langsung,A’ Famosa telah menjadi lambang kemegahan negara kita.

Saya   juga   menyedari   bahawa   masyarakat   mesti   bekerjasama   untuk
mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita. Ini keranabangunan-bangunan bersejarah ini penting untuk dijadikan iktibar dan pengajaran. Selain itu,   masyarakat   juga   mesti   memelihara bangunan-bangunan bersejarah ini   supayagenerasi yang akan datang dapat menikmatinya

Akhir sekali, saya mendapati bahawa bangunan-bangunan bersejarah ini amat
penting   untuk   meningkatkan   ekonomi   negara.   Hal   ini   kerana  bangunan-bangunantersebut telah dijadikan sebagai tempat pelancongan yang terkenal. Sebagai contoh, Kota A’ Famosa telah menjadi mercu tanda Melaka dan merupakan tempat pelancongan didalam dan luar negara. Secara tidak langsung, kesejahteraan dan kemakmuran negaradapat dicapai disebabkan oleh ekonomi negara yang semakin meningkat.

Contoh 4

Saya amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan bersejarah yang unik serta menjadi ikon negara Malaysia.Semasa menjalankan kajian ini, saya mendapati setiap ciri-ciri yang terdapat pada bangunan Sultan Abdul Samad ini mempunyai sebab dan maksud tertentu. Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan sanjungan. Bangunan ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang membabitkan promosi pelancongan negara.

Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan bangsa yang menjadi mercu tanda negara kita dan sanjungan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia serta mendapat pujian daripada luar negara.

Di samping itu, kita haruslah menghargai bangunan-bangunan bersejarah ini dan berusaha memelihara serta memulihara bangunan-bangunan ini agar terus menjadi warisan bangsa. Generasi masa hadapan juga dapat mengenali dan mengetahui mengenai bangunanbangunan bersejarah ini.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna.Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan-bangunan yang bersejarah.


Semoga Contoh Rumusan Sejarah PT3 2016 Bangunan Bersejarah ini boleh dijadikan panduan buat pelajar Tingkatan 3 menyiapkan tugasan anda dengan jayanya.

Harga Minyak Julai 2016 Petrol RON95 RON97 Dan Diesel

$
0
0
Harga Terkini Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Julai 2016. Berapakah harga minyak petrol dan diesel untuk bulan Julai 2016? Umum sedia maklum yang Harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Julai 2016 akan diumumkan pada hari terakhir bulan Jun iaitu pada 30 Jun 2016 (Hari Khamis)Di bawah sistem apungan terurus yang diperkenalkan, purata bulanan harga minyak mentah dunia serta nilai tukaran wang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya. Untuk makluman, harga minyak di Malaysia tidak berubah semenjak bulan April 2016.

Harga terkini Minyak Julai 2016

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Julai 2016

* Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada 1 Julai 2016 (Jumaat), harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Julai 2016 adalah seperti berikut:


  • RON95 : * Akan dikemaskini (RM1.70 seliter)
  • RON97 : * Akan dikemaskini (RM2.05 seliter)
  • DIESEL : * Akan dikemaskini (RM1.55 seliter)
  • Harga bulan Jun 2016 dalam kurungan (  ) 

Harga Petrol Dan Diesel Dari Disember 2014 Hingga Kini 

Berikut dikongsikan jadual harga minyak petrol dan diesel dari tarikh mula pelaksanaan apungan terurus sehingga bulan Jun 2016 :- 

BulanHarga Petrol RON95 (RM/liter)Harga Petrol RON97 (RM/liter)Harga Diesel (RM/liter)
Julai 2016???
Jun 2016* 1.70* RM2.05 termasuk 6% GST* RM1.55
Mei 2016* 1.70* RM2.05 termasuk 6% GST* RM1.55
Apr-16* 1.70* RM2.05 termasuk 6% GST* RM1.55
Mac 2016* 1.60* 1.95 termasuk 6% GST* 1.35
Februari 2016* 1.75* 2.05 termasuk 6% GST* 1.35
Januari 2016* 1.85* 2.25 termasuk 6% GST* 1.6
Disember 2015* 1.95* 2.45 termasuk 6% GST* 1.9
Nov-152.052.45 termasuk 6% GST1.9
Oktober 20152.052.45 termasuk 6% GST1.9
15-Sep1.952.35 termasuk 6% GST1.8
Ogos 20152.052.45 termasuk 6% GST1.95
Julai 20152.152.55 termasuk 6% GST2.05
Jun-152.052.35 termasuk 6% GST2.05
Mei 20151.952.25 termasuk 6% GST1.95
Apr-151.952.25 termasuk 6% GST1.95
Mac 20151.952.251.95
Februari 20151.721.7
Januari 20151.912.111.93
Disember 20142.262.462.23

Diharapkan agar harga minyak petrol dan diesel untuk bulan Julai 2016 akan berada dalam lingkungan harga yang berpatutan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini 2016

$
0
0
Senarai Lengkap Menteri Kabinet Malaysia Terkini 2016. Berikut adalah Senarai Menteri Kabinet Malaysia terkini/ terbaru yang telah dikemaskini akibat rombakan kabinet pada 27 Jun 2016 susulan pengunduran Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Menteri Kewangan II dan pelantikan dua Menteri penuh serta empat Timbalan Menteri yang baru. 

Senarai lengkap Menteri Kabinet Malaysia Terkini 2016

Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini 2016

Senarai akan dikemaskini dari masa kesemasa jika terdapat romabakan kabinet.
  • Perdana Menteri - Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
  • Timbalan Perdana Menteri - Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri

  1. Datuk Abdul Rahman Dahlan
  2. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (Hal Ehwal Agama)
  3. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
  4. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
  5. Dato' Seri Dr. Shahidan Bin Kassim
  6. Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
  7. Puan Hajah Nancy Binti Haji Shukri
  8. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
  9. Dato' Sri Azalina Binti Othman Said

Timbalan Menteri

  1. Dato' Razali Bin Ibrahim
  2. Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki (Hal Ehwal Agama)
  3. Datuk Seri S K Devamany

Kementerian Kewangan

  • Menteri I: Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
  • Menteri II: Datuk Johari Bin Abd Ghani
  • Timbalan Menteri : Datuk Othman Aziz
  • Timbalan Menteri : Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

  • Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi
  • Timbalan Menteri: Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed
  • Timbalan Menteri: Tuan Masir Anak Kujat

Kementerian Luar Negeri

  • Menteri: Dato’ Sri Anifah Bin Aman
  • Timbalan Menteri: Dato' Seri Reezal Merican Bin Naina Merican

Kementerian Pertahanan

  • Menteri: Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein
  • Timbalan Menteri: Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

  • Menteri I: Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed
  • Menteri II: Dato' Seri Ong Ka Chuan
  • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan
  • Timbalan Menteri: Senator Dato' Lee Chee Leong
  • Timbalan Menteri : Datuk Chua Tee Yong

Kementerian Pengangkutan

  • Menteri: Dato’ Sri Liow Tiong Lai
  • Timbalan Menteri: Datuk Ab. Aziz Bin Kaprawi

Kementerian Kesihatan

  •     Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
  •     Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Haji Yahaya

Kementerian Pendidikan

  • Menteri: Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid
  • Timbalan Menteri: Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
  • Timbalan Menteri: Senator Tuan Chong Sin Woon

Kementerian Pendidikan Tinggi

  • Menteri: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh
  • Timbalan Menteri: Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin

Kementerian Kerja Raya

  • Menteri: Dato' Sri Haji Fadillah Bin Yusof
  • Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

  •     Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
  •     Timbalan Menteri: Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

  • Menteri: Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
  • Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Menteri: Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

  • Menteri: Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
  • Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

  • Menteri: Dato’ Mah Siew Keong
  • Timbalan Menteri: Datuk Datu Nasrun Mansur

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

  • Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek
  • Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman
  • Timbalan Menteri: Tuan Nogeh Anak Gumbek

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

  • Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Binti Haji Abdul Karim
  • Timbalan Menteri: Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
  • Timbalan Menteri: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun

Kementerian Sumber Manusia

  •     Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
  •     Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib

Kementerian Wilayah Persekutuan

  • Menteri: Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
  • Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan

Kementerian Belia dan Sukan

  •     Menteri: Encik Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar
  •     Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/L Murugan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

  • Menteri: Tan Sri Noh Omar
  • Timbalan Menteri: Datuk Halimah Binti Mohd Sadique

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

  • Menteri: Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin
  • Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

  • Menteri: Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
  • Timbalan Menteri: Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

  • Menteri: Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Bin Tun Said Keruak
  • Timbalan Menteri: Dato' Jailani Bin Johari

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

  • Menteri: Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz
    Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin


rombakan kabinet malaysia 2016
Sumber : FB Jabatan Penerangan Malaysia& Laman Web Rasmi Bahagian Kabinet

Adalah menjadi harapan agar Senarai Menteri Kabinet Malaysia Terkini 2016 ini dapat memberikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia dengan cemerlang.

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2016

$
0
0
Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2016. Bilakah tarikh melihat anak Bulan Syawal 2016 untuk menentukan tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri? Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, petang Isnin, 4 Julai 2016 bersamaan dengan 29 Ramadan 1437 Hijrah merupakan tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Hari Raya Aidilfitri 2016.Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen Malaysia.

Tarikh melihat Anak Bulan Syawal 2016

Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2016

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
  • Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2016 : Isnin, 4 Julai 2016

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, berikut merupakan lokasi untuk melihat anak bulan Syawal 2016 di seluruh Malaysia :-

Johor

  • Pontian Kecil, Johor

Melaka

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)

Negeri Sembilan

  • Telok Kemang, Port Dickson

Selangor

  • Bukit Melawati, Kuala Selangor
  • Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
  • Balai Cerap, Sabak Bernam

Perak

  • Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong

Pulau Pinang

  • Pusat Falak Sheikh, Pantai Acheh

Kedah 

  • Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
  • Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
  • Menara Alor Setar

Terengganu

  • Bukit Besar Kuala Terengganu
  • Bukit Geliga, Kemaman
  • Pulau  Perhentian, Besut
  • Balai Cerap Kusza, Setiu

Kelantan

  • Bukit Peraksi, Pasir Puteh; 
  • Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
  • Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu

Sarawak

  • Tanjung Lubang, Miri
  • Teluk Bandung, Kuching
  • Tanjung Batu, Bintulu

Sabah

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan

Pahang

  • Bukit Tanjung Batu, Nenasi
  • Gunung Berincang, Cameron Highlands
  • Bukit Pelindong, Kuantan

Labuan

  • Tingkat 13 menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Kuala Lumpur

  • Menara Kuala Lumpur

Putrajaya

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Perlis

  • Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis. 

Bilakah tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri 2016? Nantikan pengumuman rasmi di TV Malaysia pada malam 4 Julai 2016.

Resepi Tart Nenas Sedap

$
0
0
Resepi Tart Nenas Sedap. Menjelang hari raya Aidilfitri yang bakal tiba ini. berikut dikongsikan beberapa resepi Tart Nenas yang sedap dan mudah dibuat. Ianya dibuat dari tepung dan jem. Terdapat pelbagai jenis seperti Tart Nenas Gulung, Bunga, Tart Keju Nanas dan sebagainya. Biskut Tart Nenas adalah di antara kuih hari raya yang popular selain Almond London, Batang Buruk, Kuih Semperit dan Cornflakes Madu.

cara buat tart nenas

Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan-bahan
  • 250gm tepung gandum
  • 125gm marjerin
  • 1 biji telur (dipukul)
  • 2 sudu besar air
  • Sedikit garam
Bahan inti
  • 185gm gula pasir
  • 1 biji nenas (diparut)
  • 3 kuntum bunga cengkih

Cara penyediaan

  • Nenas ditos airnya. Kemudian dimasak dengan gula dan bunga cengkih. Bila pekat, diangkat.
  • Tepung dan marjerin diramas dijadikan seperti serbuk roti. Masukkan air, garam dan telur kemudian uli hingga lembut.
  • Canai dan terap dengan menggunakan acuan tar. Isikan inti nenas.
  • Hias diatasnya telur dan dibakar sehingga masak.
Sumber – Majalah Mingguan Wanita edisi 2008

Resepi Tart Keju Nenas

Resepi Tart keju Nenas Sedap
Bahan-bahan:
  • 150gm mentega
  • 50gm margerin
  • 50gm gula kaster
  • 2 biji kuning telur
  • 320gm tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 50gm keju cheddar - parut halus
Sapuan
  • 2 biji kuning telur tambah sedikit air
Inti nenas:
  • 1 biji nenas di parut halus
  • 125gm gula pasir
  • 5 biji bunga cengkeh

Cara penyediaan inti

  • Masak nenas parut bersama gula pasir, bunga cengkih dan masak dengan menggunakan api kecil. Kacau hingga menggering tapi jangan sampai hangus. Sejukkan dahulu, kemudian gentel bulat kecil sebelum di masukkan ke dalam doh.
  • Cara penyediaan biskut:
  • Pukul mentega, majerin, gula dan kuning telur hingga berkrim. Masukkan tepung yang di ayak bersama parutan keju cheddar, uli hingga menjadi doh. Rehatkan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  • Ambil sedikit doh sebesar ibu jari (10gm) dan leperkan. Masukkan inti nenas di tengahnya. Bulatkan kembali. Buat hingga habis.
  • Celup bahagian atas doh dengan kuning telur, kemudian golek permukaan atas saja dengan keju parut.
  • Susun di dalam loyang yang di sapu marjerin dan bakarpada suhu 160C selama 20-25min atau hingga permukaan keju keperangan.
Sumber: FB Bukan Semabng Kosong

Selamat mencuba Resepi Tart Nenas Sedap dan mudah di buat ini dirumah. Semoga anda berjaya.

Permohonan UiTM 2016-2017 Online Sesi Akademik 2

$
0
0
Permohonan Kemasukan Ke UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017 Online. Anda berminat menyambung pengajian tinggi anda di UiTM? Berita baik menerusi makluman yang dikongsikan dari Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM, Permohonan UiTM 2016-2017 Online Sesi Akademik 2 (Bulan November) adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA  yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Permohonan UiTM 2016-2017 Online

Permohonan UiTM Sesi Akademik 2 2016-2017 Online

1.  Pemohon dikehendaki membuat permohonan  melalui  Portal Kemasukan Pelajar UiTM bermula 4 Julai 2016 (Isnin) di link permohonan di bawah ini :-
2.  Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin di mohon di Selangkah at UiTM di url http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016  atau   http://www.selangkah.uitm.edu.my

3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 4 Julai 2016 (Isnin)dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking.(No. Slip yang dibeli sebelum 4 Julai 2016 (Isnin) adalah tidak sah untuk permohonan ini).

Peringkat Program

1. Program Diploma UiTM dan Asasi Undang-Undang UiTM (P1005)
  • Sila nyatakan semasa membuat pembelian no slip di BSN
  • Terbuka untuk pelajar Lepasan SPM/ Setaraf bagi permohonan ke program-program Diploma UiTM dan Asasi Undang-undang UiTM. Rujuk http://ontine.uitm.edu.my
  • Sesi Pengambilan : November 2016
  • Mod Pengajian : Sepenuh Masa 
  • Kadar Bayaran : RM10.00
2. Penerapan
  • Khusus untuk pelajar yang sedang belajar di UiTM
  • Penerapan Pra Diploma ke Diploma UiTM 
  • Sesi Pengambilan : November 2016
  • Mod Pengajian : Sepenuh Masa 
  • Kadar Bayaran : RM10.00  
* PERMOHONAN ONLINE DIBUKA MULAI : 4 JULAI 2016 HINGGA 8 OGOS 2016

IKLAN PERMOHONAN UiTM 2016-2017 SESI AKDEMIK 2

iklan Permohonan UiTM 2016-2017 Online Sesi Akademik 2
Selamat membuat Permohonan UiTM 2016-2017 Online Sesi Akademik 2 dan semoga anda berjaya.

Tarikh Hari Raya Puasa 2016 Aidilfitri Di Malaysia

$
0
0
Tarikh Hari Raya Puasa/ Aidilfitri 2016 Di Malaysia. Bilakah tarikh Hari Raya Puasa 2016 di Malaysia? Menurut Kalendar Islam 2016 yang dikeluarkan oleh JAKIM, umat Islam dijangka akan menyambut Hari Raya Puasa/ Aidilfitri 2016 pada 6 Julai 2016 iaitu pada hari Rabu bersamaan dengan 1 Syawal 1437 Hijrah. 

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ini walau bagaimanapun masih tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan Syawal yang telah ditetapkan pada hari Isnin, 4 Julai 2016 bersamaan dengan 29 Ramadhan 1437 H. 

Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2016

TARIKH HARI RAYA PUASA 2016 AIDILFITRI DI MALAYSIA

Pengumuman tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri akan diumumkan dan diisytiharkan melalui radio dan TV pada malam 4 Julai 2016 (Isnin) yang pada kebiasaannya sekitar jam 800 malam


1 SYAWAL 1437H bersamaan dengan 6 Julai 2016 (Rabu)
* Tertakluk kepada pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Berikut adalah tarikh penting dalam Kalendar Islam 2016yang dikeluarkan oleh JAKIM sebagai panduan untuk Umat Islam semua.
kalendar islam 2016 tarikh penting
Semoga Tarikh Hari Raya Puasa 2016 Aidilfitri Di Malaysia ini boleh dijadikan panduan untuk merancang perjalanan balik kampung atau percutian semasa hari raya nanti.

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016 Yang Menarik

$
0
0
Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016 Yang Menarik. Hari Raya Aidilfitri 2016 bersamaan dengan 1437H bakal tiba tidak lama lagi. Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak meriah tanpa ucapan Hari Raya kepada rakan taulan serta ahli keluarga. Dengan kecanggihan teknologi, penghantaran ucapan menggunakan smartphone kini telah menggantikan ucapan Hari Raya menggunakan Kad Raya.

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun raya

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Raya 

Berikut disertakan koleksi ucapan SMS dan pantun Hari Raya Aidilfitri 2016 untuk perkongsian bersama :-

---------------------------------------------------------------------------

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, 

Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa. 
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati
Allah (nama penghantar dan family)

---------------------------------------------------------------------------
 
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya jangan dilupa

--------------------------------------------------------------------------------

Kambing tua naik LRT
Katak pisang tercekik tulang
Walau SMS sahaja yang diberi
Itu tandanya ingatan tidak hilang


whatsapp 1

whatsapp 2

whatsapp 3

---------------------------------------------------------------------------------

Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dan cuti
SMS sahaja pengganti diri
Maaf Zahir dan Batin
---------------------------------------------------------------------------------


Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara,
bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidilFitri 1 Syawal 1437H Minal aidin
wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin.

-----------------------------------------------------------------------------------


Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya
Kuramas kau punya… kau ramas ku punya
Kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)
Kemudian kita goyang bersama.
Itulah tanda kita bersalam mesra
-------------------------------------------------------------------------------------


Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.
Daripada:....

whatsapp 4

whatsapp 5

whatsapp 6

whatsapp 7
 
---------------------------------------------------------------------------------------


Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan....
-----------------------------------------------------------------------------------------


Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)

------------------------------------------------------------------------------------ 

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, 
Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin” 
----------------------------------------------------------------------------------
 
“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..” 

----------------------------------------------------------------------------------
 
“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut merih disisi keluarga hendaknya..” 

whatsapp 8

whatsapp 9

-----------------------------------------------------------------------------------

 
Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”
------------------------------------------------------------------------------------

  “Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..”
---------------------------------------------------------------------------------------  


“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..”
----------------------------------------------------------------------------------------  


“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin..”
--------------------------------------------------------------------------------------

 
” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..”  

--------------------------------------------------------------------------------------

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari (nama penghantar dan family)
--------------------------------------------------------------------------------------

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)

Selamat Hari Raya semua...Maaf Zahir Dan Batin

--------------------------------------------------------------------------------------

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

-----------------------------------------------------------------------------------------

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..
---------------------------------------------------------------------------------------


Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

--------------------------------------------------------------------------------------

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

--------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Hari Raya Maaf Zahor dan Batin. Semoga koleksi Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016 Yang Menarik ini bermanfaat buat semua.
Viewing all 1692 articles
Browse latest View live