Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

Kadar Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2

$
0
0
Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2. Berapa harga tol LPT2? Kutipan tol untuk Lebuhraya Pantai Timur 2 sepanjang 184km laluan/ jajaran dari Jabor, Pahang ke Kg Gemuroh, Terengganu akan bermula dari 15 Julai 2016 (jam 12.01 malam). LPT2 merupakan lebuhraya 4 lorong dua hala dilengkapi dengan kemudahan 10 persimpangan bertingkat, 3 kawasan rehat dan rawat (R&R) beserta 2 hentian sebelah.

harga Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2

Kadar Bayaran Tol LPT2 Lebuhraya Pantai Timur 2 

Berikut adalah kadar tol bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas pengumuman dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). 

  • Kadar tol dikira berdasarkan jarak perjalanan oleh pengguna
  • 12 sen per km untuk kenderaan kelas 1 (Kereta)
  • RM19.70 untuk perjalanan dari Plaza Tol Cheneh ke Plaza Tol Kuala Terengganu dan sebaliknya

Senarai Plaza Tol Di LPT2

Berikut adalah 10 plaza tol yang terdapat di LPT2 :-
  1. Plaza Tol Cheneh
  2. Plaza Tol Chukai
  3. Plaza Tol Kijal
  4. Plaza Tol Kerteh
  5. Plaza Tol Paka
  6. Plaza Tol Kuala Dungun
  7. Plaza Tol Bukit Besi
  8. Plaza Tol Ajil
  9. Plaza Tol Telemong
  10. Plaza Tol Kuala Terengganu

Peta Laluan/ Jajaran LPT2

laluan lpt2/ jajaran lpt2

Untuk makluman, pelaksanakan operasi, penyelenggaraan dan kutipan tol di LPT2 akan dilaksanakan oleh Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2 Sdn Bhd), sebuah syarikat milik penuh PLUS Berhad yang telah dilantik oleh kerajaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692