Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS Sempena Hari Raya AIdilfitri 2016. Berikut adalah Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak Hariraya Aidilfitri 2016 iaitu di antara 1Julai hingga 10 Julai 2016 ini. Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya pada hari Rabu, 6 Julai 2016 (1 Syawal 1437H).
![]()
TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu.Orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak supaya mengikuti TTA.
Sumber : PLUS
Jadual TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2016
Maklumat Trafik Terkini
Orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.Sumber : PLUS
Jadual TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2015
