Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2016. Bilakah tarikh melihat anak Bulan Syawal 2016 untuk menentukan tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri? Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, petang Isnin, 4 Julai 2016 bersamaan dengan 29 Ramadan 1437 Hijrah merupakan tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Hari Raya Aidilfitri 2016.Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen Malaysia.
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, berikut merupakan lokasi untuk melihat anak bulan Syawal 2016 di seluruh Malaysia :-
Bilakah tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri 2016? Nantikan pengumuman rasmi di TV Malaysia pada malam 4 Julai 2016.
Tarikh Dan Lokasi Lihat Anak Bulan Syawal 2016
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).- Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2016 : Isnin, 4 Julai 2016
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, berikut merupakan lokasi untuk melihat anak bulan Syawal 2016 di seluruh Malaysia :-
Johor
- Pontian Kecil, Johor
Melaka
- Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)
Negeri Sembilan
- Telok Kemang, Port Dickson
Selangor
- Bukit Melawati, Kuala Selangor
- Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat
- Balai Cerap, Sabak Bernam
Perak
- Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong
Pulau Pinang
- Pusat Falak Sheikh, Pantai Acheh
Kedah
- Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda
- Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
- Menara Alor Setar
Terengganu
- Bukit Besar Kuala Terengganu
- Bukit Geliga, Kemaman
- Pulau Perhentian, Besut
- Balai Cerap Kusza, Setiu
Kelantan
- Bukit Peraksi, Pasir Puteh;
- Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai
- Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Bharu
Sarawak
- Tanjung Lubang, Miri
- Teluk Bandung, Kuching
- Tanjung Batu, Bintulu
Sabah
- Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
Pahang
- Bukit Tanjung Batu, Nenasi
- Gunung Berincang, Cameron Highlands
- Bukit Pelindong, Kuantan
Labuan
- Tingkat 13 menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Kuala Lumpur
- Menara Kuala Lumpur
Putrajaya
- Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Perlis
- Kuala Sungai Batu, Simpang Empat di Perlis.
Bilakah tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri 2016? Nantikan pengumuman rasmi di TV Malaysia pada malam 4 Julai 2016.