Semakan Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM Polis DiRaja Malaysia Online. Berikut adalah informasi terkini mengenai pengambilan jawatan kosong di PDRM menurut sumber Facebook PDRM. Adalah dimaklumkan yang Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan proses temuduga bagi pengambilan jawatan Inspektor lelaki dan wanita di seluruh negara mulai 10 Disember 2015 (Khamis) hingga 22 Februari 2016 tahun hadapan.
Temuduga ini diadakan buat bagi calon-calon yang telah menduduki dan berjaya melepasi Ujian Integriti Malaysia pada Oktober 2015 lepas menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara, ACP Datin Asmawati Ahmad.
Perhatian:
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi Polis, TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM. Warganegara Malaysia yang berminat perlu membuat permohonan jawatan kosong PDRM - Polis DiRaja Malaysia di SPA. Panduan permohonan boleh dirujuk di Jawatan Kosong PDRM. Semoga berjaya untuk mengejar cita-cita anda menjadi seorang Polis.
![]()

Semakan Online Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM
TEMU DUGA BAGI EKSESAIS PENGAMBILAN BAGI JAWATAN INSPEKTOR (L/W) 2015 MULAI 10/12/2015 HINGGA 20/02/2016.
- Status permohonan boleh disemak melalui Sistem Semakan Dalam Talian PDRM di laman sesawang https://ssoold.rmp.gov.my/AP/AP_SEARCH.aspx bermula 9 Disember 2015.
Perhatian:
- Hanya nama calon-calon yang telah menduduki ujian MIT pada 12/10/2015 hingga 25/10/2015 dan LULUS sahaja akan dipaparkan.
- Calon-calon yang gagal menghadiri temu duga pada tarikh yang ditetapkan adalah dianggap tidak berminat dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Calon-calon yang tidak tersenarai dianggap gagal dalam ujian MIT. Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan tuan/puan dan minat yang begitu tinggi untuk menyertai PDRM.