Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2018

$
0
0
Jumlah Dan Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2018. Bilakah tarikh bayar bonus 2018? Berita baik buat seramai 1.6 juta penjawat awam di negara ini. Kakitangan kerajaan akan menerima RM1, 500 sebagai bayaran khas yang akan dibayar pada awal Januari 2018.Sebelum ini, kakitangan kerajaan untuk beberapa tahun kebelakangan ini hanya menerima bayaran khas sebanyak RM500

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2018 di Dewan Rakyat pada hari Jumaat, 27 Oktober 2017 telah mengumumkan pemberian bayaran khas sebanyak RM1,500. Pesara Kerajaan juga akan menerima bantuan kewangan khas sebanyak RM750.
 
Bonus Kakitangan Awam 2018

TARIKH BAYARAN BONUS KAKITANGAN AWAM 2018

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan Pemberian Bayaran Khas RM1, 500 Kakitangan Awam 2018. Pembayaran akan dibuat pada tarikh berikut mengikut surat pekelililing ANM Peraturan Pembayaran Khas (Akan dikemaskini).

Jumlah Bayaran Khas

  1. Kakitangan awam : RM1,500 (Tahun lepas RM500)
  2. Pesara : RM750 (Tahun lepas RM250)

Tarikh Pembayaran

Bayaran khas kakitangan awam dan pesara kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2018 pada Jumaat, 27 Oktober 2017 akan dibayar mengikut tarikh dan ketetapan berikut :-. 
  1. Tarikh Pembayaran Pertama : RM1,000 pada 8 Januari 2018 (Tahun lepas pada 3 Januari 2017)
  2. Bayaran kedua : RM500 Menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu 7 Jun 2018

Nota : Pesara kerajaan akan menerima bayaran khas RM750 iaitu RM500 dibayar pada 8 Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri iaitu 7 Jun 2018.

Diantara faedah dan insentif yang diberikan kepada penjawat awam pada Bajet 2018 boleh dirujuk di Permohonan.my.

Untuk makluman, pada bulan Jun 2017 yang lalu, Kerajaan telah memberi Bantuan Khas Kewangan Hari Raya sebanyak RM500 dan RM250 kepada penjawat awam dan pesara kerajaan masing-masing untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Semoga Pembayaran Bonus Kakitangan Awam Bajet 2018 ini boleh dijadikan belanja buat menyiapkan anak-anak ke sesi persekolahan 2018.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692