Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

Waktu Operasi Kaunter BR1M Di Cawangan LHDNM

$
0
0
Jadual Pembukaan Kaunter BR1M Tahun 2018 Di Cawangan LHDNM.  Bilakah Waktu Operasi Kaunter BR1M Di Cawangan LHDNM? Pasti ramai yang ingin ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) untuk membuat urusan permohonan baru dan kemaskini BRIM 2018 secara manual ataupun membuat urusan lain berkaitan bantuan. Berikut dikongsikan Waktu operasi kaunter BR1M di cawangan LHDNM bermula dari 27 November sehingga 31 Disember 2017.

Maklumat yang dikongsikan termasuk masa kaunter dibuka di cawangan negeri di Semenanjung serta Sabah/ Sarawak. Adalah dijangka ramai yang akan membuat urusan berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia pada hujung tahun ini.

Jadual pembukaan Kaunter BR1M Di Cawangan LHDNM

Jadual Pembukaan Kaunter BR1M Di Cawangan LHDNM

Berikut adalah Waktu operasi atau Jadual Pembukaan Kaunter BR1M Di Cawangan LHDNM seluruh Malaysia.

Waktu Operasi Kaunter BR1M

A. Hari Bekerja 

  • Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang 
  • Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang 

B. Cuti Hujung Minggu 

  • 29.12.2017 / 30.12.2017/ 31.12.2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad) : 9.00 pagi hingga 4.00 petang 

Nota Penting Waktu Operasi BR1M

1. Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan 
2. Kaunter perkhidmatan ditutup pada cuti umum seperti: : 
  • 11.12.2017: Hari Keputeraan Sultan Selangor (Negeri Selangor dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan) dan
  • 01.12.2017 & 25.12.2017: Maulidur Rasul & Hari Krismas (Semua negeri dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan) 
3. Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM.


Waktu buka Kaunter BR1M Di Cawangan LHDNM

Senarai Bank Pembayaran BR1M 2018

Berikut dikongsikan senarai bank yang terlibat untuk pembayaran BR1M tahun 2018:- 
  1. AFFIN BANK 
  2. AGRO BANK 
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD 
  4. AM BANK BERHAD 
  5. AL RAJHI BANK 
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 
  7. BANK RAKYAT 
  8. CIMB BANK BERHAD 
  9. BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD 
  10. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) 
  11. CITIBANK BERHAD 
  12. HONG LEONG BANK 
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD 
  14. MAYBANK 
  15. OCBC BANK 
  16. PUBLIC BANK BERHAD 
  17. RHB BANK BERHAD 
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD 
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD 

Cara Hubungi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan bantuan BR1M 2018, sila hubungi 
  1. Sekretariat BR1M Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) Presint 2, 65292 Putrajaya 
  2. Hotline BR1M LHDNM 1-800-88-2716 Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang 
  3. Hotline BR1M MOF 03-8882 4565, 03-8882 4566 
  4. e-Mel br1m@treasury.gov.my 
  5. Laman Web https://ebr1m.hasil.gov.my/
Semoga perkongsian Waktu Operasi Kaunter BR1M Di Cawangan LHDNM boleh dijadikan panduan dalam merancang untuk pergi ke kaunter BR1M.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692