Permohonan Baru Dan Cara Kemaskini BRIM 2018. Untuk makluman, permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 boleh dibuat bermula dari 27 November sehingga 31 Disember 2017. Terdapat 2 kaedah dalam membuat permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 iaitu secara Online/ atas talian atau manual. Pasangan penerima BR1M tahun 2017 yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun lepas perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018.
Untuk penerima BRIM sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi seperti alamat, tanggungan dan sebagainya. Maklumat perlu dikemaskini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.
A. Borang permohonan akan dipaparkan jika data belum wujud.
B. Jika no MyKad tidak wujud pada data JPN, kotak mesej berikut akan dipaparkan.
A. Hari Bekerja
Untuk penerima BRIM sedia ada, pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi seperti alamat, tanggungan dan sebagainya. Maklumat perlu dikemaskini sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.
Permohonan Baru BR1M 2018 Dan Kemaskini Online
Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan Baru BR1M 2018 Dan Kemaskini secara Online buat panduan semua. Anda dinasihatkan untuk melayari Bantuan Rakyat 1Malaysia (e-BR1M) dalam mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini dan tepat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa membentangkan Bajet 2018 telah mengumumkan pemberian BR1M pada tahun 2018 akan diteruskan dengan pengekalan kadar maksimum RM1,200.Borang Permohonan BR1M 2018 Dan Cara Kemaskini Secara Online/ Manual
Terdapat 2 cara dalam membuat Permohonan Baru BR1M 2018 Dan Kemaskini secara Online iaitu secara online dan manual.1. Manual
Bagi permohonan secara manual, borang boleh didapati secara percuma di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN dan Pusat Transformasi Bandar LHDN. Pemohon juga boleh mendapatkan borang dengan memuat turun borang permohonan di Portal Rasmi BR1M serta borang berkaitan di- BK-01 (1/ 2018) Borang Permohonan
- Permohonan Berkelompok BR1M 2018 (Borang BK-06)
- Borang Serahan Dokumen Sokongan (BK-17)
- Pembatalan Permohonan (BK-13)
2. Secara Online
Untuk permohonan baru BR1M 2018 dan kemaskini secara atas talian, pemohon perlu melayari Portal Rasmi e-BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my/- Pilih menu PERMOHONAN BARU
- Sila masukkan NO.KAD PENGENALAN
- Klik butang HANTAR
A. Borang permohonan akan dipaparkan jika data belum wujud.
B. Jika no MyKad tidak wujud pada data JPN, kotak mesej berikut akan dipaparkan.
- No Kad Pengenalan Tidak Sah. Sila hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berhampiran dengan membawa dokumen asal sijil lahir dan pengenalan tuan
- Permohonan telah wujud dengan No MyKad : XXXXXXXXXX. Sila ambil tindakan di menu Kemas Kini Permohonan di Menu MyBR1M
- Panduan Pengguna Permohonan BARU
- Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M. Panduan kemaskini klik MyBR!M.
Syarat Kelayakan Untuk Memohon BR1M 2018
Syarat kelayakan permohonan BR1M 2018 boleh dirujuk di Syarat Permohonan BR1M 2018.Waktu Operasi Kaunter BR1M 2018 Di Cawangan LHDNM
Waktu operasi bermula dari 27 November sehingga 31 Disember 2017 adalah seperti berikut :-A. Hari Bekerja
- Cawangan Semenanjung : 9.00 pagi hingga 5.00 Petang
- Cawangan Sabah / Sarawak : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
B. Cuti Hujung Minggu
- 29.12.2017 / 30.12.2017/ 31.12.2017 (Jumaat / Sabtu / Ahad) : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Nota
- 1. Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan
- 2. Kaunter perkhidmatan ditutup pada cuti umum seperti: : 11.12.2017: Hari Keputeraan Sultan Selangor (Negeri Selangor dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan) dan 01.12.2017 & 25.12.2017: Maulidur Rasul & Hari Krismas (Semua negeri dikecualikan untuk membuka kaunter perkhidmatan)
- 3. Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang
- Termasuk Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC), LHDNM
Cara Hubungi BR1M
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BR1M, sila hubungi1. Sekretariat BR1M
- Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
Presint 2, 65292 Putrajaya
2. Hotline BR1M LHDNM
- 1-800-88-2716
Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang
3. Hotline BR1M MOF
- 03-8882 4565, 03-8882 4566
4. e-Mel
- br1m@treasury.gov.my
5. Laman Web
- https://ebr1m.hasil.gov.my/