Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

Semakan Keputusan MUET Sesi Julai 2017 Online Dan SMS

$
0
0
Cara Semak Keputusan MUET Julai 2017 Online. July 2017 MUET result? Kepada calon yang telah menduduki peperiksaan MUET sesi Julai, tarikh semakan keputusan MUET Sesi Julai 2017 (result muet july 2017) adalah pada hari Khamis, 5 Oktober 2017 mulai jam 1001 pagi. Tarikh rasmi telah diumumkan di Portal Rasmi MPM. 

Keputusan peperiksaan MUET boleh disemak secara online dan SMS melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh juga membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM.

cara semak keputusan muet sesi julai 2017

Semakan Keputusan MUET Julai 2017 Secara Online Dan SMS

Menerusi makluman Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), keputusan MUET Julai 2017 boleh disemak pada hari Khamis, 5 Oktober 2017 mulai jam 1001 pagi. Keputusan MUET sesi Julai 2016 yang lepas telah diumumkan pada 5 Oktober 2016 (Rabu) mulai jam 1000 pagi. 

Semakan keputusan MUET sesi Julai 2017 boleh disemak menerusi kaedah secara online dan SMS iaitu seperto berikut :-

Semakan MUET Julai melalui SMS

taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888 

Semakan melalui SMS adalah sehingga 4 November 2017 jam 600 petang. Caj penghantaran sebanyak RM0.15 akan dikenakan manakala caj penerimaan pula adalah sebanyak RM0.20 (Tidak termasuk GST). Perkhidmatan disediakan untuk penggunan Celcom, Maxis, Digi U Mobile dan Tune Talk. 

Semakan MUET Julai online 

Keputusan MUET juga boleh disemak secara On-Line di : www.mpm.edu.my 

  • Isikan No kad Pengenalan anda dan tekan butang SUBMIT

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-
  1. Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperoleh boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
  2. Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan cara membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
  3. Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
  4. Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan MUET sesi Julai 2017. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692