Permohonan kemasukan ke Asrama 1Malaysia (A1M) 2018 Tingkatan 1 Online. Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 ke Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka sehingga 8 Disember 2017.
Permohonan kemasukan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tahun 6 pada tahun 2017 yang bersekolah di sekolah rendah (SK/SJKC/SJKT) di seluruh negara.
Borang Online Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) 2018 Tingkatan 1
Murid-murid yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut:ASRAMA 1MALAYSIA | NAMA SEKOLAH | |
A1M Kuala Lumpur | SMK Victoria, Kuala Lumpur | lelaki sahaja |
A1M Johor | SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor | perempuan sahaja |
A1M Sabah | Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah | lelaki & perempuan |
A1M Sarawak | Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Miri, Sarawak | lelaki & perempuan |
Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti berikut:
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
- Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 1 pada 2018.
- Terbuka kepada semua kaum
- Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
- Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
- Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
- Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
- Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
- Sijil lahir pemohon / kad pengenalan pemohon dan ibu bapa
- Keputusan UPSR 2017 (Bagi permohonan ke Tingkatan 1)
- Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa/pengesahan ketua kampung atau penghulu sekiranya tiada slip gaji
- Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum dan sijil-sijil lain
- Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M ialah pada 2 Januari 2018 (Selasa).
Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah pada atau sebelum 8 Disember 2017 (Jumaat).
Urusetia Pengambilan Murid A1M 2017
Unit Asrama
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 WP Putrajaya
Klik untuk muat turun borang permohonan A1M 2018
Borang Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Asrama 1Malaysia 2018
Borang Pengakuan Pendaftaran
Brosur A1M 2018
Borang Pengakuan Pendaftaran
Brosur A1M 2018
Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Asrama 1Malaysia http://www.moe.gov.my/index.php/my/asrama/asrama-harian
Selamat membuat permohonan A1M 2018 melalui Borang Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) 2018 Tingkatan 1 Online. Tahniah kepada merela yang berjaya.
Selamat membuat permohonan A1M 2018 melalui Borang Permohonan Asrama 1Malaysia (A1M) 2018 Tingkatan 1 Online. Tahniah kepada merela yang berjaya.