Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

Permohonan UPSI Ambilan November 2017 Diploma

$
0
0
Permohonan Kemasukan UPSI Ambilan November 2017 Program Diploma. Dipetik dari pengumuman rasmi Laman Web UPSI memaklumkan yang permohonan ke UPSI ambilan November (Diploma) sesi 2017/ 2018 akan dibuka mulai dari 19 Ogos 2017.

Adalah dimaklumkan bahawa sistem permohonan kemasukan ke program Diploma Lepasan SPM/Setaraf bagi Sesi Akademik 2017/2018 (November) akan mula di buka mulai 19 Ogos 2017 sehingga 5 Oktober 2017.


Permohonan Kemasukan UPSI program diploma

Permohonan Ke UPSI Ambilan November 2017 Diploma

Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan kemasukan program Diploma UPSI November sesi kemasukan 2017/ 2018.

Tarikh Permohonan

Permohonan Di buka : 19 Ogos 2017
Tarikh Tutup : 5 Oktober 2017

Permohonan program Diploma UPSI ambilan November 2017 boleh dimohon dengan mengikuti langkah-langkah berikut :-

Beli Bitara ID Diploma di mana-mana cawangan BSN di seluruh Malaysia

Isi permohonan di :-


Hantar perakuan dan dokumen sokongan dan sila pastikan sampai ke BHEA sebelum 6 Oktober 2017

Program Yang Ditawarkan Di UPSI Ambilan November 2017

Berikut adalah program-program yang ditawarkan bagi sesi berkenaan:

  1. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
  2. Teknologi Makmal
  3. Diploma Sains ( Matematik )
  4. Diploma Sains

Syarat Am Permohonan Program Diploma UPSI

Syarat kelayakan am/ akademik adalah seperti berikut :-

Lulus SPM dengan Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah (mulai SPM tahun 2013)

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris
Diploma Teknolog Makmal

Mendapat seurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi dan
Gred E dalam Bahasa Inggeris

Diploma Sains (Matematik)

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan Gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains Tambahan/ Sains dan
Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan

Diploma Sains

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) subjek iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik dan Elektronik dan
Gred E dalam Bahasa Inggeris


Permohonan program diploma UPSI Ambilan November 2017/ 2018


Semakan Keputusan Dan Rayuan Permohonan Diploma UPSI November 2017

Berikut adalah tarikh penting permohonan dan semakan keputusan UPSI November 2017 buat panduan pelajar -

Hebahan Jaya Tawaran Kemasukan : 16 Oktober hingga 29 Oktober 2017
Rayuan : 16 hingga 22 Oktober 2017
Tarikh Pendaftaran Pelajar : 29 Oktober 2017

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut permohonan Diploma UPSI, sila hubungi :-

Unit Kemasukan
Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
35900 Tanjung Malim, Perak

Tel 05-340 6932/ 6930/ 6929

email : akademik @upsi.edu.my

Selamat membuat Permohonan UPSI Ambilan November 2017 Diploma. Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan dalam bidang program pengajian yang dihajati.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692