Permohonan Kemasukan Ke KKTM, IKM Dan MJII 2018 Online. Bagaimana cara memohon ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) iaitu KKTM, IKM dan MJII? Berita baik buat pelajar yang ingin membuat permohonan program pengajian lepasan SPM/Setaraf dan SIJIL/STPM/Setaraf. Menerusi makluman Portal Rasmi KKTM & IKM (e-kemahiran), permohonan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII sesi Januari 2018 akan di buka bermula 11 September 2017. Permohonan online melibatkan permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII).
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, sila rujuk Portal Rasmi e-Kemahiran KKTM & IKM di http://www.ekemahiran.edu.my/ atau di FB Jom Daftar e-Kemahiran MARA.
Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-
Permohonan IPMA MARA : KKTM IKM MJII Online
Untuk makluman, pengambilan pelajar dibuat dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun di mana pemohon dikehendaki membuat permohonan secara online seperti ketetapan berikut :-.- Kemasukan Januari melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma
- Kemasukan Julai melalui Permohonan UPU – perlu membeli no. pin atau melalui www.ekemahiran.edu.my – percuma
Permohonan KKTM IKM MJII Sesi Januari 2018 Online
Permohonan kemasukan ke IKM, KKTM dan MJII untuk pengambilan sesi Januari 2018 akan di buka seperti tarikh berikut :-- Tarikh Buka : 11 September 2017
- Tarikh Tutup : 27 Oktober 2017
- Applikasi Permohonan Online : Sila rklik SPUPIM
Permohonan Sesi Julai 2017 Online
1. Permohonan UPIM Online (Lepasan SPM dan IKM/ILKA)
- Link applikasi permohonan : http://apponline.mara.gov.my/spupim
- Tarikh Permohonan : 15 Mac 2017
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, sila rujuk Portal Rasmi e-Kemahiran KKTM & IKM di http://www.ekemahiran.edu.my/ atau di FB Jom Daftar e-Kemahiran MARA.
Syarat Am Kelayakan
Program Sijil
- i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
- ii.Bumiputera
- iii.Warganegara Malaysia
- iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
- v.Sihat tubuh badan
- vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
Program Diploma
- i.Lulus SPM atau setara (Lepasan SPM) Atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM). Bagi SPM 2013 dan seterusnya wajib lulus subjek Sejarah
- ii.Bumiputera
- iii.Warganegara Malaysia
- iv.Berumur 18 hingga 40 tahun
- v.Sihat tubuh badan
- vi.Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
Cara Hubungi
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Telefon: 03-26134611/4612/4618/4605
Fax: 03-26914510
Pemohon juga boleh menghubungi nombor berikut untuk maklumat lebih lanjut:-
- KPM : 03-261 34087, 03-261 34075/ 34076/ 34077
- UniKL : 03-2175 4031 / 03-2175 4033 / 4027
- GMI : 03-8921 9047 / 9288
- KKTM : 03-261 34605/ 34612
- KPTM : 03-9281 0762 / 9285 6033