Bajet 2018 Dibentangkan Pada 27 Oktober 2017. Bilakah tarikh pembentangan Bajet 2018? Menurut sumber Portal Rasmi Parlimen Malaysia,Bajet 2018 dijadual dibentangkan di Parlimen pada hari Jumaat, tarikh 27 Oktober 2017. Perdana Menteri memerangkap Menteri Kewangan akan membentangkan bajet bermula jam 400 petang di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
Fokus Bajetdijangka berkisar kepada Transformasi Nasional 2050 atau TN50, kenaikan kos sara hidup yang memberikan kesan kepada golongan terutama kumpulan B-40 dan M-40. Juga untuk memperkukuh pertumbuhan, memperluas keterangkuman dan memastikan kemampanan fiskal. Serta insentif cukai bersasar.
Sebarang cadangan atau pandangan orang ramai berkenaan butiran Bajet 2018 adalah dialu-alukan. Maklum balas yang merangkumi pelbagai aspek boleh disalurkan menerusi ideabajet2019@treasury.gov.my.
Untuk Bajet 2018 kali ini, penjawat awam pastinya menantikan dengan penuh debar samada bonus kakitangan awam akan diberikan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya.
Intipati penting Bajet 2018 akan dikongsikan dan dikemaskini semasa pembentangan bajet pada 27 Oktober 2017 nanti.
Fokus Bajetdijangka berkisar kepada Transformasi Nasional 2050 atau TN50, kenaikan kos sara hidup yang memberikan kesan kepada golongan terutama kumpulan B-40 dan M-40. Juga untuk memperkukuh pertumbuhan, memperluas keterangkuman dan memastikan kemampanan fiskal. Serta insentif cukai bersasar.
Tarikh Pembentangan Bajet 2018 - Masa Dan Lokasi
Bajet 2018 akan dibentang di Parlimen pada 27 Oktober 2017.- Tarikh : 27 Oktober 2017 (Jumaat)
- Masa: * 400 petang
Sebarang cadangan atau pandangan orang ramai berkenaan butiran Bajet 2018 adalah dialu-alukan. Maklum balas yang merangkumi pelbagai aspek boleh disalurkan menerusi ideabajet2019@treasury.gov.my.
Intipati Bajet 2017
Sebagai rujukan dan panduan, berikut dikongsikan senarai Intipati Bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada hari Jumaat, 21 Oktober 2016.- Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.
- Sebanyak RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan
- Sebanyak RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan
- Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi terima agihan tertinggi RM25.9 bilion, diikuti sektor sosial RM12.2 bilion, keselamatan RM5.3 bilion, pentadbiran RM2.5 bilion
- Hasil kerajaan Persekutuan 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7 bilion
- Sasaran kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pada 2017
- GST hampir RM30 bilion dikutip setakat 19 Okt 2016
- KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada US$23,100 pada 2012 kepada US$26,891 pada 2015
- Jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
- Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana
- Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin
- Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000
- Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar
- RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar
- RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)
- RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli
- RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil
- RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara
- RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000 sehingga RM50,000 seunit, dengan kerajaan membiayai RM20,000
- RM275 juta bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40
- Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.
- Bantuan BR1M 2017 - isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan bantuan kepada RM1,200
- BR1M - isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan bantuan kepada RM900
- BR1M - individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan bantuan kepada RM450
- RM4.6 bilion bagi memperkasakan program TVET untuk menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri
- Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000
- Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran
- Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan lebih mudah, dengan jum1ah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus
- RM100 juta untuk bina UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak
- Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan, surat khabar bercetak, smartphone dan tablet, langganan internet dan bayaran keahlian gimnasium
- RM40 juta bagi inisiatif NBOS Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2
- RM450 juta untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017
- RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan
- RM20 juta bagi usaha mengurangkan kesesakan hospital awam menerusi kerjasama swasta dan NGO dengan menyediakan pinjaman mudah bagi pembelian peralatan untuk "non-profit charitable" hospital
Untuk Bajet 2018 kali ini, penjawat awam pastinya menantikan dengan penuh debar samada bonus kakitangan awam akan diberikan kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya.
Intipati penting Bajet 2018 akan dikongsikan dan dikemaskini semasa pembentangan bajet pada 27 Oktober 2017 nanti.