Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

Sesi Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2017

$
0
0
Permohonan Perajurit Muda Tentera Darat Mac 2017. Berita baik bagi mereka yang berminat untuk menyertai Tentera Darat Malaysia sebagai Perajurit Muda TD. Permohonan secara online dan pemilihan terbuka siri 185 tahun 2017 dibuka seperti tarikh dikongsikan dari FB TDM danPortal Rasmi Tentera Darat Malaysia (TDM). Iklan sesi pemilihan awal Perajurit Muda Lelaki & Wanita Tentera Darat juga ada disiarkan di Laman Berita utama tempatan. 

permohonan Perajurit Muda Tentera Darat 2017
  • Tarikh dan Jadual Sesi pemilihan Perajurit Muda 2017 boleh dirujuk di jadual di bawah ini
  • Sesi Pengambilan Terkini Perajurit Muda siri 185 tahun 2017 klik TD
  • Pemilihan awal (khas) Perajurit Muda 2017 klik Tentera Darat (TD)
  • Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016

Permohonan Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 2017

Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi pengambilan Siri 185 tahun 2017.

  • Pemilihan Perajurit Muda Lelaki dan Wanita TD
  • Pemilihan calon Wanita Kor Agama Angkatan Tentera .

Calon yang berjaya akan menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan.

Sila rujuk syarat-syarat kelayakan dan panduan permohonan sebelum memohon.

Syarat Kelayakan Akademik

LELAKI

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan LULUS subjek BAHASA MELAYU dan salah satu subjek MATEMATIK/ SAINS/ BAHASA INGGERIS. Lulus SEJARAH bagi SPM 2013 dan keatas
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu Kolej Vokasional 1104, subjek Matematik, Sains dan lulus Bahasa Inggeris
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan KEPUJIAN subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
  4. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan mendapat Prinsipal dalam subjek Syariah/ Usuluddin Bahasa Arab pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM (KAGAT)
  5. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
  6. Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pembantu Pegawai Perubatan/Jururawat Terlatih di iktiraf KKM/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
  7. Diploma pelbagai bidang dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)

WANITA

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan KEPUJIAN subjek BAHASA MELAYU, MATEMATIK, SAINS dan LULUS BAHASA INGGERIS. Lulus SEJARAH bagi SPM 2013 dan keatas
  2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan lulus subjek Bahasa Melayu Kolej Vokasional 1104 dan salah satu subjek Matematik/ Sains/ Bahasa Inggeris
  3. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)
  4. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 ke atas dan lulus subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
  5. Diploma dalam bidang Kejuruteraan/ Pembantu Pegawai Perubatan/Jururawat Terlatih di iktiraf KKM/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian/ Tahfiz Al-Quran/ Pengajian Islam dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM
  6. Diploma pelbagai bidang dan kepujian subjek Bahasa Melayu peringkat SPM (Skim Kemasukan SPM)

Lain-Lain Syarat Kelayakan

Warganegara  Malaysia

  • Berumur tidak kurang 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah dan calon KAGAT berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30  tahun  pada tarikh angkat sumpah (25 Mac 17).

Taraf Perkahwinan

  • Bujang/Kahwin/Duda bagi Lelaki. Tidak pernah berkahwin bagi wanita.

Kes Polis/Mahkamah

  • Pemohon  mestilah  bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.

Taraf  Kesihatan

  • Calon  mesti  lulus  pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai  Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh – Forward Employment (FE) semasa pemilihan akhir.

Saringan  Awal

  • Pemeriksaan Dokumentasi yang telah di muat naik dalam laman sesawang atau yang di pos ke cawangan ini. Calon yang lulus Saringan ini akan dipanggil ke tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan untuk hadir ke Pemilihan Akhir.

Pemilihan Akhir

Pemeriksaan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
  • Pengesahan Dokumen asal dan salinan.
  • Pemeriksaan Kesihatan.
  • Ujian Bertulis (IQ dan Psikologi)
  • Ujian Kecergasan (Larian 2.4 KM bermasa, Mendagu, Lompat Jauh Statik dan Bangun Tubi).

Kriteria   Pemilihan

Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit kelayakan Akademik, Fizikal, Ujian Bertulis serta Ujian Kecergasan.

Kriteria   Tambahan

Keutamaan kepada yang berkebolehan seperti:
  • Sukan mewakili peringkat negeri dan ke atas.
  • Berkebolehan bermain alat muzik pancaragam yang diiktiraf. (Penglibatan dan pengiktirafan disahkan melalui sijil)

SYARAT MINIMA UKURAN FIZIKAL

Ukuran Untuk Lelaki/ Wanita

  • Tinggi : 1.62m
  • Berat : 47.5kg
  • BMI = 18 - 26.0
  • Lelaki Sahaja
  • Ukuran Dada Biasa : 76 sm
  • Ukuran Dada Kembang : 81 sm

GAJI SEMASA

gaji semasa perajurit muda tentera darat

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Kad Pengenalan (MY KAD).
  2. Sijil Kelahiran Pemohon.
  3. Sijil SPM/SVM (bersama transkrip).
  4. Slip Peperiksaan SPM (bagi calon yang menduduki SPM 2015 sahaja).
  5. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
  6. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
  7. Sijil SKM Tahap 2 dan ke atas.
  8. Diploma  dan  Transkrip  (IPTS  terlibat  hendaklah  mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  9. Dip Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  10. Sijil Berhenti Sekolah.
  11. Sijil  penglibatan  dan  pengiktirafan  sukan  dan  muzik. (Kriteria Tambahan)
  12. Salinan  Kad  Pengenalan  ibu  bapa  atau  Sijil  Kematian  bagi  ibu bapa  yang  telah  meninggal  dunia  berserta  tambahan  salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.
  13. Surat  Nikah/Sijil  Pendaftaran  Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
  14. Sekeping gambar terkini berukuran passport

CARA MEMOHON PERAJURIT MUDA TD 2017

Pemohonan boleh dilaksanakan melalui laman sesawang Jom Masuk Tentera di 
ATAU*
  • Pemohon boleh menghantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan di atas sebanyak 2 salinan melalui Pos ke alamat:

SEL PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
MARKAS TENTERA DARAT 2
WISMA PERTAHANAN,
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR

Borang permohonan boleh dicetak melalui Laman Sesawang Portal Tentera Darat http://army.mod.gov.my/permohonan

PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP TIDAK AKAN DIPROSES KE PERINGKAT SETERUSNYA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA  4 SEPTEMBER 2017
.
SEMAKAN  STATUS  PERMOHONAN  OLEH  PEMOHON BERMULA PADA 20 SEPTEMBER 2017 DI LAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:
Jom Masuk Tentera http://www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA
Portal Tentera Darat http://army.mod.gov.my/akhir

Sebarang  pertanyaan  boleh  hubungi di  talian seperti berikut:Tel: 03-2071 4258/2197/4254


Syarat-Syarat Kelayakan lain, pusat pemilihan, gaji dan sebagainya sila rujuk iklan pengambilan tahun 2017 di link IKLAN atau klik TD

Tarikh Dan Lokasi Pemilihan Awal (Khas) Perajurit Muda 2017

Berikut adalah maklumat sesi pemilihan awal (khas) Perajurit Muda terkini iaitu bulan Januari 2017. Sila hadir dengan berpakaian kemas iaitu baju berkolar, seluar slack, berkasut serta sarung kaki di pusat-pusat pemilihan yang tercatat di bawah: 
  • Masa Pendaftaran: 8.00 pagi 

SIRI 185

ZON UTARA

22 OGOS 17 (Kangar)
23 & 24 OGOS 17 (Alor Star) 
26 OGOS 17 (Kulim) 
28 OGOS 17 (Ipoh) 

ZON TENGAH

22 OGOS 17 (Kuala Lumpur) 
24 OGOS 17 (JOHOR BHARU) 
26 OGOS 17 (KLUANG) 
28 OGOS 17 (MELAKA) 
30 OGOS 17 (SEREMBAN) 

ZON TIMUR

22 OGOS 17 (TEMERLOH) 
24 OGOS 17 (KUALA TERENGGANU) 
26 & 27 OGOS 17 (KOTA BHARU) 
29 OGOS (KUALA LIPIS) 

ZON SABAH

22 OGOS 17 (TAWAU) 
24 OGOS 17 (SANDAKAN) 
26 & 27 OGOS 17 (KOTA KINABALU) 

ZON SERAWAK

22 OGOS 17 (MIRI) 
24 OGOS 17 (SIBU) 
26 & 27 OGOS (KUCHING)

SIRI 183


    tarikh dan lokasi pemilihan perajurit muda td 2017

    PERMOHONAN BOLEH DISEMAK BERMULA pada 6 FEBRUARI 2017 DILAMAN SESAWANG SEPERTI BERIKUT:


    Cara Hubungi TDM

    Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

    MARKAS TENTERA DARAT 2
    SEL PENGAMBILAN
    PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT
    CAWANGAN SUMBER MANUSIA,
    WISMA PERTAHANAN,
    JALAN PADANG TEMBAK
    50634 KUALA LUMPUR

    Talian seperti berikut: Tel: 03-2071 4258/2197/4254

    atau Layari Laman Web: http://army.mod.gov.my 

    Sumber Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia

    Selamat membuat permohon Perajurit Muda Tentera Darat 2017. Semoga anda berjaya dalam sesi pengambilan tahun 2017. 

    Viewing all articles
    Browse latest Browse all 1692