Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

SAPS Ibu Bapa Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

$
0
0
Semakan SAPSOnline Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Bagaimana Semak SAPS Ibu Bapa keputusan peperiksaan secara online?Ibu bapa  atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaanmelalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)NKRA. Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak termasuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, peperiksaan percubaan UPSR, PT3/PMR dan SPM. Semakan keputusan Ujian 1 dan 2 juga boleh disemak secara online. Sistem Semakan SAPSIbu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas ianya memudahkan para ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. Butang Papar Slip Keputusan akan memaparkan keputusan terperinci ujian atau peperiksaan seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas. peratusan dan lain-lain lagi.

SAPS

Terkini : Semakan keputusan SPM 2015 melalui online dan SMS bermula 3 Mac 2016 di Keputusan SPM 2015.
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!

SAPS Ibu Bapa Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Sistem SAPS Semakan Ibu Bapa ini menyediakan semakan bagi darjah 1 hingga darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ianya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5. Untuk keputusan peperiksaan terkini, sila pastikan anda membuat semakan selepas markah diisi.dikemaskini oleh guru.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan SAPS:
saps ibu bapa
Pergi ke laman web SAPS dan klik SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa submenu seperti paparan di bawah
    saps
  4. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR/PT3 serta SPM dan sebagainya.
  5. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Terdapat juga applikasi mobile di Android untuk membuat Semakan SAPS online. SAPS Ibu Bapa - Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa SAPS NKRA Online adalahAplikasi yang dibangunkan untuk memudahkan pelajar dan ibu bapa melakukan semakan dan mengetahui keputusan markah peperiksaan sekolah rendah dan menengah.
Sila muat turun dan pasang aplikasi ini di SAPS Android untuk semak sendiri keputusan peperiksaan sekolah anak anda secara online. 
Semoga perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. via Malaysia Tercinta
TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu operasi helpdesk SAPS
Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg
(kecuali cuti umum)
Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg)
* Nota

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian Terkini

Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
  • Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

Untuk maklumat lanjut sila layari Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2016

Moga sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini bermanfaat dalam melihat dan mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak kita semua.Moga semuanya berjaya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692