Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

Permohonan BR1M 2017 Dan Kemaskini Online

$
0
0
Panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2016 Online. Hendak mohon BR1M 2017? Bilakah tarikh pendaftaran dan kemaskini BR1M 2017? Makluman kepadamereka yang layak, Borang permohonan BR1M 2017 untuk permohonan baru dankemas kini BR1M untuk penerima sediada masih belum dibuka lagi. Tarikh akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari eBR1M. Pada tahun 2016, permohonan dan kemaskini boleh dibuat secara online dalam talian atau secara manual bermula dari5 Disember sehingga 31 Disember 2015. 

Tarikh Pendaftaran BR1M 2017 akan dikemaskinidari masa kesemasa. Jangkaan pada awal Disember 2016. Semak status permohonan BR1M anda di BR1M 
Kemaskini BR1M 2017 Online

Cara Buat Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2017

Untuk makluman, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank bagi membolehkan urusan pembayaran BR1M

Online

Bagi permohonan baru atau kemaskini BR1M 2016 secara Online, ianya boleh di buat di Portal Rasmi eBR1M LHDN Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my/

Manual

Permohonan baru dan pengemaskinian borang boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2015 secara percuma di link download di bawah ini :-



Borang  BR1M  2017  yang  telah lengkap diisi boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:
  • i.Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • ii.Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP)
  • iii.Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)
  • iv.Pejabat Daerah/ Pejabat Residen

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M 2016 adalah seperti berikut:
  • i. Salinan pengenalan pasangan / tanggungan yang menggunakan jenis pengenalan Pasport atau Sijil Lahir
  • ii. Salinan sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon dan menerima BR1M :-
  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
  5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2016.
Kemukakan Salinan:
  1. MyKad bagi pemohon
  2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016.

SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.
 

Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
  •  Sijil Kematian
  •  Kad Pengenalan Waris
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi talian hotline BR1M 2015 di bawah ini atau layari FAQ Soalan Lazim BR1M 2016 di Soal Jawab.


TALIAN HOTLINE LHDNM 1-800-88-2716 (BR1M)
TALIAN HOTLINE KEMENTERIAN KEWANGAN 03-8882 4565 / 03-8882 4566

BR1M 2015 Online

Sebagai makluman, berikut adalah senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2016.

SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2016


BILNAMA BANK
1AFFIN BANK
2AGRO BANK
3ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
4AM BANK BERHAD
5AL RAJHI BANK
6BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
7BANK RAKYAT
8MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
9BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
10CIMB BANK BERHAD
11CITIBANK BERHAD
12HONG LEONG BANK
13HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
14MAYBANK
15OCBC BANK
16PUBLIC BANK BERHAD
17RHB BANK BERHAD
18STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
19UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Semoga panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2017 Online ini bermanfaat buat semua. Maklumat akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pemohon disarankan untuk merujuk kepada Laman Web eBR1M untuk mendapatakan maklumat yang terkini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692