Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692

Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2016/ 2017

$
0
0
Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2016/ 2017. Anda gagal dalam permohonan dan rayuan UPU ke UA (IPTA)? Berita baik untuk lepasan STPM dan setaraf seperti dikongsikan dari FB Kemasukan BPKP JP - FB Rasmi UPU. Pemohon yang berhajat untuk menyambung pengajian ke Universiti Awam (UA) boleh membuat permohonan kemasukanpengambilan kedua (second intake) secara online ke beberapa UA terpilih yang disenaraikan dibawah ini. Sesi pengambilan adalah bulan Februari dan Mac 2017.


ambilan kedua UA Lepasan STPM 2016/ 2017

Senarai Pengambilan Second Intake UA Lepasan STPM 2016/ 2017

Berikut adalah senarai UA yang menawarkan sesi kemasukan ambilan kedua untuk sesi 2016/ 2017. Pemohon perlu membuat permohonan terus ke UA yang berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.

jadual pengambilan second intake ua

Panduan Membuat Permohonan Online Second Intake 2016/ 2017

1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

  • Kemasukan Februari 2017
  • Pemohon perlu membuat permohonan terus melalui Laman Web UIAM bermula dari bulan Oktober 2016

2. Universiti Utara Malaysia (UUM)

  • Kemasukan Februari 2017
  • Untuk lepasan Diploma sahaja
  • Permohonan terus melalui Laman Web UUM pada bulan November 2016

3. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  • Kemasukan Mac 2017
  • SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK
  • Permohonan UiTM ambilan kedua melalui Laman Web UiTM bermula dari 3 Oktober sehingga 7 November 2016

4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

  • Kemasukan Februari 2017
  • Program Ijazah Sarjana Muda 
  • Permohonan UPSI 2017 melalui Laman Web UPSI bermula dari 10 Oktober sehingga 31 Oktober 2016

5. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

* Sila klik LINK pada setap Universiti Awam yang dinyatakan untuk panduan dan maklumat permohonan.

Selamat membuat permohonan Second Intake UA Lepasan STPM 2016/ 2017 di Universiti Awam yang dinyatakan. Semoga anda berjaya dalam permohonan ini nanti. Sumber Jadual : FB Rasmi UPU

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1692