Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 1692 articles
Browse latest View live

Resepi Kuih Seri Muka Sedap Dan Mudah

$
0
0
Resepi Kuih Seri Muka Sedap Dan Mudah. Berikut dikongsikan resepi kuih seri muka paling sedap dan mudah di buat yang dikongsikan dari buku masakan Kuih Klasik Malaysia. Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi yang sangat popular di Malaysia. Secara tradisinya, kuih seri muka dibuat di dalam bekas talam yang besar dalam pelbagai bentuk. 

Kuih Seri Muka biasanya di buat dalam dua lapisan dan secara tradisinya lapisan atas berwarna hijau (berasakan telur dan santan kelapa/ pewarna pandan) manakala lapisan bawah berwarna putih (pulut).

Resepi Kuih Seri Muka Paling Sedap Dan Mudah Di buat

Resepi Kuih Seri Muka

1. RESEPI KUIH SERI MUKA 1

A. Lapisan Bawah:

  • 600 gram beras pulut - di basuh (rendam sekurang-kurangnya 3 jam sehingga beras pulut menjadi kembang jika anda ingin mengukusnya) dan toskan
  • 100 ml santan
  • 500 ml air
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu makan minyak masak

B. Lapisan Atas:

  • 6 biji telur
  • 400 gula kastor
  • 4 sudu makan tepung beras
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa pekat
  • 1/4 sudu teh garam (Ikut citarasa)
  • Pewarna hijau epal (Ikut citarasa pewarna yang diinginkan)
  • 1 cm kulit kayu manis + 1 sudu teh jintan + 4 hingga 5 helai daun pandan yang perlu ditumbuk lumat, bubuh dalam santan dan tapis

Cara Membuat Kuih Seri Muka:

  • 1. Didihkan air kukusan.
  • 2. Sementara itu, sediakan Lapisan Bawah. Satukan semua bahan, tanak hingga hampir kering. Masukkan ke dalam loyang 10" x 10", tekan hingga padat. Kukus semula selama 20 minit.
  • 3. Pukul telur hingga hancur, satukan dengan santan, gula dan kedua-dua jenis tepung, kacau rata.
  • 4. Bubuh pewarna dan garam, gaul sebati dan tapis. Jerang di atas api sederhana, dan kacau hingga naik wap.
  • 5. Tuangkan ke atas Lapisan Bawah, dan kukus lagi selama 30 minit.
  • 6. Sejukkan sebelum dipotong.

SUMBER

2. RESEPI  SERI MUKA PANDAN 2

Resepi : Majalah Sedap

Cara Menyediakan Bahagian Bawah


  • 150 gm beras pulut - rendam 3-4 jam
  • 200 ml santan cair
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan

 

Cara Penyediaan

  • Kukus pulut dgn santan cair, garam dan daun pandan.
  • Apabila pulut sudah masak, tekan biar pulut tadi menjadi padat dan ketepikan.

Cara Menyediakan Bahagian Atas

  • 1 cawan pati santan
  • 2 biji telur
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 25gm tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit air perahan daun pandan
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan

  • Bancuh tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dengan bancuhan santan bersama telur
  • Masukkan sedikit pewarna hijau dan gaul dengan sebati.
  • Masak atas api yang perlahan hingga wap naik.
  • Tuangkan adunan tadi di atas pulut yang telah ditekan mampat.
  • Kukus selama 30 minit atau sehingga ianya masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
Selamat mencuba.....


Kebaikan Dan Keburukan Menggunakan Unit Piawai Yang Tidak Sama

$
0
0
Berikut adalah Kepentingan Dan Keburukan Menggunakan Unit Piawai Yang Tidak Sama.
  • Sebelum Sistem Antarabangsa (International System,SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah 'foot-pound-second'(FPS). 
  • Dalam sistem unit ini, foot (Kaki). pound (Paun). second (Saat) digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa. 

Kebaikan Dan Keburukan Menggunakan Unit Piawai Yang Tidak Sama

Penggunaan unit pengukuran (standard unit) dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita. Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak sama digunakan.

Menggunakan Unit Piawai Yang Tidak Sama

Unit S.I. 

Antara unit S.I. ialah: 
  • Panjang > m 
  • Masa > s 
  • Jisim > kg 
  • Arus Elektrik > A 
  • Suhu > K

Kepentingan 

  • 1) Memahami dan menyeragamkan unit yang berbeza bagi kuantiti fizikal yang digunakan di negara berbeza 
  • 2) Lebih mudah membuat perbandingan bagi perkara yang melibatkan pengukuran 
  • 3) Memperbaiki komunikasi
  • 4) Memahami kajian dan eksperimen saintifik di negara lain 
  • 5) Memudahkan perkongsian maklumat dan pemindahan ilmu dan teknologi

Masalah Yang Mungkin Timbul Sekiranya Unit Piawai Tidak Digunakan 

● Situasi 1 

Ramli diminta oleh cikgunya untuk membuat ukuran padang sekolah dengan menggunakan unit ukuran kaki. Pada keesokan hari, Stephanie pula disuruh oleh cikgunya untuk mengukur padang yang sama juga dengan menggunakan unit ukuran kaki. Stephanie dan Ramli mendapat ukuran yang berbeza. Ini kerana saiz badan Stephanie lebih kecil berbanding Ramli dengan langkah yang lebih besar.

● Situasi 2 

Mak Timah menyuruh anaknya, Khadijah untuk membeli kain langsir sepanjang 3 depa. Tibanya di kedai, Khadijah membeli kain langsir tersebut seperti yang disuruh ibunya. Bila kembali ke rumah, didapati kain yang dibeli tersebut tidak mencukupi untuk digunakan sebagai langsir disebabkan ukurannya yang lebih pendek.

● Situasi 3

Pak Samad mahu menjual padinya kepada Pak Ali. Walaubagaimanapun, ukuran yang diberikan kepada Pak Ali adalah menggunakan unit guni. Persetujuan dicapai dengan Pak Samad akan menyerahkan 3 guni beras untuk ditukarkan dengan 2 ekor kambing Pak Ali. Pada hari yang dijanjikan, Pak Ali tidak mahu meneruskan urusniaga kerana mendapati guni beras yang digunakan oleh Pak Samad jauh lebih kecil daripada yang dibayangkan olehnya. 

Keputusan Tiada unit pengukuran, Tiada kemajuan. Tiada sumber pendapatan, Tiada kehidupan......

Mengapa Manusia Adalah Organisma Yang Kompleks

$
0
0
Sains PBS. Manusia sebagai organisma yang kompleks. Tidak seperti organisma unisel yang merupakan organisma ringkas, manusia dianggap sebagai organisma yang kompleks. 

MENGAPA?? Hal ini kerana manusia boleh melakukan pelbagai aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh organisma lain. Tambahan pula, manusia lebih bijak daripada organisma lain kerana manusia mampu berfikir. Kebolehan ini menjadikan manusia lebih istimewa berbanding dengan organisma lain.

Aktiviti yang dilakukan oleh manusia :-

  1. Membaca
  2. Mencuci pinggan 
  3. Tidur

sains pbs nota

MANUSIA SEBAGAI ORGANISMA YANG KOMPLEKS

  • Tubuh manusia adalah kompleks, dengan pelbagai jenis sel-sel yang diselaraskan untuk membentuk tisu, organ-organ dan sistem.
  • Setiap sel dalam badan manusia tidak berkemampuan untuk melaksanakan segala fungsi badan seperti pernafasan, pencernaan atau perkumuhan.
  • Setiap jenis sel adalah mengkhusus dalam melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja. Ini dikenali sebagai pengkhususan sel.
  • Melalui pengkhususan sel, sel-sel mempunyai ciri-ciri khas yang membolehkan mereka untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu dengan cekap dan berkesan. Sebagai contoh, sel-sel otot yang kenyal membolehkannya untuk menguncup dengan mudah untuk membolehkan berlakunya pergerakan badan.
  • Fungsi yang berbeza di dalam tubuh manusia boleh dilakukan pada serentak masa yang sama melalui pengkhususan sel.


ORGANISASI SEL DALAM TUBUH MANUSIA 

  • Manusia adalah organisma multisel yang terdiri daripada berjuta-juta jenis sel
  • Setiap sel adalah berbeza saiz, bentuk dan struktur, untuk membolehkannya  melaksanakan tugas-tugas tertentu.
  • Sel-sel melaksanakan fungsi-fungsi badan yang  khusus, yang mana setiap jenis sel hanya melakukan satu fungsi yang spesifik sahaja. Ciri ini dikenali sebagai pengkhususan sel.

Manusia berfikir dengan  menggunakan otak . Tahukah anda bahawa berat otak manusiakira-kira 1300 g ? Beruk yang mempunyai saiz hampir sama dengan manusia memiliki otak seberat 300 g – 500 g sahaja. 

JENIS SEL DI TUBUH MANUSIA

  • Sel saraf.
  • Sel darah merah.
  • Sel epitelium.
  • Sel sperma (pembiakan lelaki).
  • Sel otot rangka.
  • Sel tulang.

TISU

  • Sekumpulan sel yang mempunyai bentuk dan struktur yang sama, dan melaksanakan satu fungsi tertentu sahaja dipanggil tisu.
  • Tisu mengandungi sel-sel yang mengalami pertumbuhan, adaptasi, dan perubahan dalam sifat- sifat yang ada pada mereka untuk membolehkannya melaksanakan fungsi tertentu
  • Terdapat empat jenis tisu asas dalam tubuh manusia iaitu tisu epitelium, tisu penghubung , tisu otot dan tisu saraf.


JENIS DAN FUNGSI TISU

Tisue epitelium

  • Terdiri daripada sel-sel epitelium yang tersusun dalam lapisan.
  • Bertindak untuk melindungi tisu dibawahnya.
  • Tisu epitelium ditemui di dinding usus yang sama, dinding perut, pundi hempedu, dan dinding usus besar.

Tisu penghubung

  • Tisu penghubung bertindak untuk menghubungkan dua tisu, melindungi, dan menyokong organ-organ dan badan.
  • Darah adalah contoh tisu penghubung dalam bentuk cecair.

Tisu otot

  • Tisu otot adalah tisu yang ditugaskan untuk menggerakkan bahagian- bahagian badan melalui penguncupan.
  • Tisu otot terdapat didalam badan.
  • Ia dibahagikan kepada otot licin, otot rangka dan otot jantung.
  • Tisu ini ditemui di dalam organ-organ berongga seperti perut, usus kecil, jantung, pundi kencing, dan vena darah.

Tisu saraf

  • Tisu saraf adalah sensitif terhadap rangsangan seperti sakit, panas, sejuk, sentuhan, dan tekanan.
  • Fungsi tisu saraf untuk menyelaraskan (coordinate) aktiviti-aktiviti badan dengan cara


ORGAN – ORGAN

Sekumpulan tisu yang berlainan yang menjalankan proses kehidupan yang tertentu dipanggil organ. Sebagai contoh, kulit adalah organ yang terbentuk daripada tisu epitelium, tisu penyambung, otot tissu dan tisu saraf. Contoh lain organ-organ ialah manusia perut, paru- paru, jantung, buah pinggang, dan otak. Setiap organ melaksanakan fungsi tertentu didalam badan.


ORGAN-ORGAN DALAM BADAN

  1. Paru-paru
  2. Perut
  3. Jantung
  4. Otak
  5. Buah Pinggang
  6. Mata 
  7. Otak


SISTEM

  • Beberapa organ yang berlainan bergabung bagi membentuk sebuah sistem untuk menyelaraskan fungsi tertentu di dalam badan.
  • Sebagai contoh, organ seperti hidung, paru- paru, bronkus, dan tiub bronkiol adalah saling berkait antara satu sama lain untuk membentuk sistem pernafasan .
  • Sistem badan secara keseluruhannya membolehkan manusia dalam menjalankan proses kehidupan yang normal dan lebih cekap.

SISTEM BADAN YANG UTAMA

  • Kulit
  • Hati
  • Buah pinggang
  • Pundi kencing
  • Sistem perkumuhan (excretory system). Membuang produk sisa toksik

Mengapa Manusia Adalah Organisma Yang Kompleks






Kalendar Kuda 2016 Malaysia

$
0
0
Kalendar Kuda 2016 Malaysia. Kalendar 'Kuda' atau Kalendar Cina adalah satu kalendar atau takwim yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia dalam melihat tarikh-tarikh penting pada tahun itu seperti cuti umum, cuti sekolah untuk tujuan merancang percutian dan pelbagai kegunaan lain.

Kalendar Kuda 2016 Malaysia juga boleh di buat rujukan cuti-cuti, hari berkerja, tarikh gaji dan lain-lain lagi. Sangat mudah untuk digunakan dan dilihat dalam peranti telefon atau tablet anda. 

Kalendar Kuda 2016 Malaysia 

  • * Untuk senarai tarikh lengkap cuti umum dan cuiti sekolah 2016 Malaysia boleh layari di CUTI-CUTI 2016.
  • * Download Kalendar Kuda 2016 di Kalendar

JANUARI DAN FEBRUARI 2016januari dan februari 2016

 MAC DAN APRIL 2016mac dan april 2016

 MEI DAN JUN 2016

mei dan jun 2016

 JULAI DAN OGOS 2016

julai dan ogos 2016

 SEPTEMBER DAN OKTOBER 2016

september dan oktober 2016

 NOVEMBER DAN DISEMBER 2016

november dan disember 2016
* Sebarang kesalahan dalam tarikh silamaklumkan kepada kami dalam ruangan komen

Bacaan Doa Iftitah Dan Maksudnya

$
0
0
Bacaan Doa Iftitah Dan Maksud Beserta Bacaan RumiDoa Iftitah adalah doa yang disunatkan dibaca sewaktu permulaan solat. Iftitah bermaksud pembuka. Ia dibaca di mana-mana solat yang fardhu. Hukum membacanya pula sunat. Jika tidak melakukanya, tidak perlu sujud sahwi.

Bacaan Doa Iftitah Dan Maksudnya

Doa Iftitah


Maksud Doa Iftitah

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
Doa Iftitah


Bacaan dalam rumi

Allahu akbar kabiraw-walhamdu lillahi kathiraw-wasubhanallahi bukrataw-wa-asila.Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama-wati wal-ardha hanifam-muslimaw-wama ana minal-musyrikin.Inna salati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil'alamin.La syarikalahu wabiza-lika umirtu wa ana minal muslimin.



Permohonan Online SPA Melalui Borang SPA8i Bagi Calon Lepasan SPM

$
0
0
Permohonan online  SPA melalui borang SPA8i bagi calon lepasan SPM dan yang setaraf. Bagi calon yang baru sahaja menamatkan peperiksaan awam SPM, anda digalakkan supaya memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang SPA8i bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam. 

Permohonan Borang SPA8i Online Lepasan SPM

Untuk mendapatkan borang SPA8 secara online, sila KLIK DISINI
Permohonan Online SPA Melalui Borang SPA8i Bagi Calon Lepasan SPM

Cara Membuat Permohonan SPA8 Online

1. Untuk mendaftar SPA, sila layari atau klik pada borang online SPA8i
2. Anda perlu mendaftar nama dan butiran anda sebelum boleh mengisi borang SPA8i. Bagi yang baru mendaftar dan tidak mempunyai ID, sila mohon sebagai Daftar Baru.
3. Untuk membaca panduan mengisi borang, sila baca panduan mengisi borang SPA8. Anda perlu mendaftar SPA8 sebelum boleh dapatkan borang secara online.
http://4.bp.blogspot.com/_H0F_h4RqC5I/TUGm5EyRC2I/AAAAAAAAETs/VPiAQW2rTBE/s320/Suruhanjaya+Perkhidmatan+Awam+Malaysia+%2528SPA%2529.jpg

Syarat-syarat

  • Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melaui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
  • Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

* Syarat terkini SPA

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:-
  • (a)  Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
  • (b)  Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
  • (c)  Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Di dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan melalui sistem ePertanyaan SPA (http://aduan.spa.gov.my/aduanv2)
 
Pemohon boleh mengemaskini SPA8i    dan menyemak    status permohonan
pada   bila-bila   masa   seperti   maklumat   temuduga   dan peperiksaan  dimana  sistem  ini  dijana  secara  automatik  dalam  tempoh 24 jam


Untuk maklumat lanjut mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, sila layari portal rasmi spa.gov.my

Pautan Baru Borang SPA8i

* Berikut merupakan dua pautan baru bagi Borang SPA8i:
  • 1. Klik Putra 12 http://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
    2. Klik Putra 2 http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp


Surah al-Kahfi Bacaan Dalam Rumi Dan Kelebihan

$
0
0
Surah al-Kahfi Dan Kelebihannya.Surah al-Kahfi mempunyai 110 ayat.  Ia merupakan surah Makkiyah.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. 

MARI HAFAL/HAFAZ 10 AYAT SURAH AL KAHFI INI.
BERSAKSILAH KITA SEMUA BAHAWA 10 AYAT DARI ALLAH INI AMAT PENTING UNTUK KITA HAFAL DI AKHIR ZAMAN INI.

Dan jangan kata bahawa kamu tidak pernah diberitahu tentang kepentingan menghafal ayat ini.

Dari Abu Darda r.a. beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Barangsiapa yang MENGHAFAL SEPULUH AYAT TERAWAL dari surah Al- Kahfi, maka dia akan TERLINDUNG dari (fitnah dan pembohongan) DAJJAL.”
H.R. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi, Qatadah.
SURAH AL KAHFI ayat 1-10 (saya sertakan ejaan rumi bagi membantu mereka-mereka yang tidak lancar membaca Al Quran)

Surah al-Kahfi Bacaan Dalam Rumi

Bismilahirrahmanirohim....
  • 1. Alhamdulillahiladzi an zala ala abdihil kita bawa lam yaj a’l lahu I’waja.
  • 2. Qoy yimal liyun dziro baq san syadi dam minladun hu wa yubash shiral muqminin* nalladzi nayaq malu nas so li hati an nalahum ajran hasana.
  • 3. Ma kithi nafi hi abada.
  • 4. Wayun Dzirol ladzi na qolut tak ha zallahu walada.
  • 5. Mala hum bihi min I’l miu wala li a ba ihim, kaburat kalimatan takh rujumin afwahi him I’ yaqulu na illa ka dziba.
  • 6. Fa la a’l lakaba khi aun naf saka a’la A tha rihim il lam yuq minu biha dzal hadi thi asafa.
  • 7. In na ja a’lna ma a’lal ardi zinatal laha linabeluwahum ay yuhum ah sanu a’mala.
  • 8. Wa in na laja I’lu nama a’lai ha so I’dan juru za.
  • 9. Am hasi bata an na asha bal kahfiwar roqimika nu min a yatina a’jaba.
  • 10. Idz awal fithyatu ilal kahfifaqolu robbana atina minladun karahma h*taw wahai yiq lana min amrina rosyada.
Note: Cara bacaan, Makhraj Huruf, Harakat dan lain-lain anda boleh ikuti bacaan contoh dalam video yang disertakan. Terima Kasih semua. BaraqAllahufikum.

Sumber
http://www.youtube.com/watch?v=TkBaBqCTvr8


Surah al-Kahfi


Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi

Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “in sha’ ALLAH”.  Ia suatu kalimah yang sangat penting.  Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh.  

Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi sallAllahu `alaihi wasallam tidak menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut.  Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyebut “in sha’ ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.  Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)
2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)
3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)
sharing dari Muzir Wordpress

BACAAN SURAH AL-KAHFI




Nota Ringkas Tasawwur Islam SPM Tingkatan 4

$
0
0
Nota Ringkas Tasawwur Islam SPM Tingkatan 4. Berikut disertakan Nota Ringkas Tasawwur Islam SPM Tingkatan 4 untuk kemudahan kepada calon SPM mengulangkaji topik-topik dalam sukatan pelajaran Tasawwur Islam secara keseluruhan.

  • Nota Ringkas Tasawwur Islam Tingkatan 5 Klik SPM Form 5

TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 4 SPM

BAB 1 ASAS PEMIKIRAN ISLAM

  • Pelajaran 1 Konsep Ketuhanan 
  • Pelajaran 2 Konsep Kerasulan 
  • Pelajaran 3 Konsep Insan 
  • Pelajaran 4 Konsep Alam 
  • Pelajaran 5 Tanggungjawab Memelihara dan Memulihara Alam
  • Pelajaran 6 
  1. Unit 1 dan 2 - Kedudukan Wahyu
  2. Unit 3 - Kedudukan Akal
  3. Unit 4 – Islam Agama Syumul
  • Pelajaran 7 Bimbingan Al-Quran
  • Pelajaran 8 Bimbingan Hadis
  • Pelajaran 9 Pengaruh Yang Merosakkan Pemikiran Muslim 
Tasawwur Islam SPM


BAB 2 CIRI PANDANGAN HIDUP MUSLIM

  • Pelajaran 10 Rabaniyyah 118
  • Pelajaran 11 Syumuliyyah 125
  • Pelajaran 12 Waqiiyyah 131
  • Pelajaran 13 Alamiyyah 137
  • Pelajaran 14 Murunah 143

BAB 3 INSTITUSI ISLAM

  • Pelajaran 15 Sistem Pemerintahan Islam
  1. Unit 1 – Negara Islam 150
  2. Unit 2 – Khalifah 154
  3. Unit 3 – Rakyat 156
  • Pelajaran 16 Sistem kehakiman Islam 165
  • Pelajaran 17 Sistem Sosial Islam 176
Sila muat turun atau download nota ringkas Tasawwur Islam Tingkatan 4 SPM ini di Nota Tasawwur Islam




Tasawwur Islam SPM Nota Ringkas Tingkatan 5

$
0
0
Tasawwur Islam SPM Nota Ringkas Tingkatan 5. Berikut disertakan Nota Ringkas Tasawwur Islam SPM Tingkatan 5 untuk kemudahan kepada calon SPM mengulangkaji topik-topik dalam sukatan pelajaran Tasawwur Islam secara keseluruhan.
Tasawwur Islam SPM Tingkatan 5

Tasawwur Islam SPM Nota Ringkas Tingkatan 5

BAB 1 - EKONOMI ISLAM

PELAJARAN 1 — ISLAM DAN HARTA

  • Unit 1 Harta amanah Allah 
  • Unit 2 Memperoleh dan membelanjakan harta 

PELAJARAN 2 — ISLAM DAN HAK MILIK

  • Unit 1 Islam mengiktiraf hak milik 
  • Unit 2 Larangan mencerobohi harta

PELAJARAN 3 — ISLAM DAN PEKERJAAN

  • Unit 1 Galakkan bekerja
    Unit 2 Bekerja kerana Allah

PELAJARAN 4 - FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM

  • Unit 1 Pengertian dan sistem muamalah Islam
    Unit 2 Kepentingan Muamalah Islam
    Unit 3 Jenis-jenis muamalah

BAB 2 FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

PELAJARAN 5 — PERUNDANGAN ISLAM

  • Unit 1 Pengertian perundangan Islam Dan falsafah
  • Unit 2 Pengertian qadha, fikah, Ijtihad dan fatwa
  • Unit 3 Matlamat perundangan Islam
  • Unit 4 Pengertian hukum harus, wajib, Haram, sunat dan makruh

PELAJARAN 6 — FALSAFAH IBADAT DALAM ISLAM

  • Unit 1 Pengertian ibadat
  • Unit 2 konsep dan falsafah ibadat
  • Unit 3 Munakahat
  • Unit 4 falsafah jenayah

BAB 3 PENYELESAIAN MASALAH

  • PELAJARAN 7 – Asas dan pertimbangan penyelesaian Masalah menurut Islam
  • PELAJARAN 8 - Cara penyelesaian masalah
  • PELAJARAN 9 - Isu masalah dan cara penyelesaian Menurut islam
  • PELAJARAN 10 – Kelebihan penyelesaian masalah Menurut Islam
Sila muat turun atau download nota ringkas Tasawwur Islam Tingkatan 4 SPM ini di Nota Tasawwur Islam

Berikut pula soalan peperiksaan SPM sebenar Tasawwur Islam tahun 2014 - Tasawuur Islam5226/1, 5226/2


Program Politeknik Untuk Lulusan Sijil Komuniti Menyambung Pengajian

$
0
0
Program Politeknik Untuk Lulusan Sijil Komuniti Menyambung Pengajian. Berikut adalah senarai Program-program yang ditawarkan kepada lulusan Sijil Kolej Komuniti untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi di Politeknik seperti dikongsikan dari Portal Rasmi Pengambilan Pelajar Politeknik. 


  • Senarai lokasi dan laman web Politeknik di Malaysia boleh di rujuk di Politeknik.


Senarai Program Politeknik Untuk Lulusan Sijil Komuniti Sambung Pengajian

sambung pengajian dari kolej komuniti ke politeknik

1. JABATAN Agroteknologi dan Bio-Industri

  • Diploma Agroteknologi  
  • Diploma Akuakultur   
  • Diploma Hortikultur Landskap   

2. JABATAN Kejuruteraan Awam

  • Diploma Kejuruteraan Awam   
  • Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan   
  • Diploma Teknologi Berasaskan Kayu   
  • Diploma Seni Bina

 

3. JABATAN Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)  
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik  
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik   

4. JABATAN Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji)   
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara Dan Penyejukbekuan)   
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal   
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)   
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)   
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automasi)   
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Plastik)   
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil)   
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Bahan)   

 

5. JABATAN Pelancongan & Hospitaliti

  • Diploma Pengurusan Acara   
  • Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal)   
  • Diploma Pengurusan Pelancongan   
  • Diploma Pengurusan Pelancongan (Taman & Rekreasi)   

 

6. JABATAN Perdagangan

  • Diploma Akauntansi   
  • Diploma Pemasaran   
  • Diploma Pengajian Perniagaan   
  • Diploma Pengurusan Peruncitan   

 

7. JABATAN Rekabentuk & Komunikasi Visual

  • Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian   
  • Diploma Rekabentuk Grafik   
  • Diploma Seni Digital   
  • Diploma Pengajian Video Dan Filem   

 

8. JABATAN Teknologi Makanan

  • Diploma Teknologi Makanan   

 

9. JABATAN Teknologi Maklumat & Komunikasi

  • Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)   
  • Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)   
Sila rujuk Syarat Kemasukan kursus di Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik.


Permohonan Jawatan Kosong PDRM Secara Online

$
0
0
Permohonan Jawatan Kosong Polis PDRM Secara Online. Dipetik dari makluman dari Portal Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memakluman yang TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM.  Warganegara Malaysia yang berminat menjawat jawatan di dalam PDRM - Polis DiRaja Malaysia boleh memohon melalui pendaftaran secara 'online' di (Borang SPA8) di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang telahpun dilaksanakan sejak 20 Mac 2012.

  • Untuk maklumat pengambilan jawatan kosong Polis PDRM terkini, sila rujuk di ruangan komen di bawah ini

Permohonan Jawatan Kosong PDRM Secara Online

Cara Buat Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia Secara Online

  • Daftar Pekerjaan Di Perkhidmatan Awam (SPA 8i) Secara Online :- Layari Pendaftaran Pekerjaan SPA8i dan ikut langkah-langkah yang diberi
    Pemohon dinasihatkan merujuk kepada Panduan Pengguna untuk lebih memahami bagaimana proses pendaftaran dapat dilakukan tanpa masalah  

Rujuk Soalan Lazim SPA Pendaftaran di FAQ
Permohonan PDRM Secara Online


Syarat-syarat Permohonan

  • Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melaui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
  • Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga


Untuk maklumat jawatan di Suruhanjaya Pasukan Polis seperti Inspektor, Sarjan dan Konstabel, syarat lantikan dan deskripsi tugas, pemohon boleh klik Di Suruhanjaya Pasukan Polis. Ianya akan memaparkan senarai jawatan sertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan.


 
Terkini 10 Mei 2015

ISI 12,000 KEKOSONGAN PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengisi 12,000 kekosongan jawatan dalam pasukan itu secara berperingkat bermula tahun ini sehingga tahun depan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata, sebanyak 6,750 kekosongan jawatan anggota dan pegawai akan diisi tahun ini manakala selebihnya akan dilakukan pada tahun depan.

“Bagi jawatan inspektor saja, kita menerima 14,000 permohonan setahun dan itu tidak termasuk jawatan konstabel serta sarjan yang jumlahnya dua kali ganda.
SUMBER : HARIAN METRO


Permohonan Maktab Tentera DiRaja 2016 MTD Online

$
0
0
Permohonan 2016 Maktab Tentera DiRaja MTD Online. Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja Tingkatan 4 Sesi 2016 kini telah di buka untuk permohonan. Permohonan Kemasukan Putera 2016 Secara Online ini dibuka pada 2 Ogos 2015 sehingga 30 November 2015.

CARA BUAT PERMOHONAN KEMASUKAN PUTERA 2016 SECARA ONLINE

  • Permohonan kemasukan adalah melalui pengisian borang permohonan secara atas talian melalui laman web www.rmc.edu.my
  • Tarikh tutup permohonan ialah 30 November 2015.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD di talian telefon 03-89465565/03-89655562.
Permohonan Putera MTD Online

SYARAT PERMOHONAN

Tawaran adalah terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2015.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:

  • a. Warganegara Malaysia.
  • b. Jantina - Lelaki.
  • c. Tinggi Minimum - 152 sm.
  • d. Berat Minimum - 40.5 kg.
  • e. Body Mass Index (BMI) - 18 hingga 27.
  • f. Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas)
  • g. Penglihatan - baik  dan  tidak  rabun  warna.  (Jika  berkaca  mata hendaklah tidak melebihi 6/12).
  • h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  • i. Memperolehi  sekurang-kurangnya  7A  di dalam  PT3  2015 termasuk  subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • j. Keutamaan  diberi  kepada  calon  yang  aktif  dalam  sukan,  kelab, persatuan, pasukan beruniform dan muzik.
  • k. Calon-calon  yang  layak  akan  dimaklumkan  status  permohonan  mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • l. Sesi temuduga bagi calon-calon dari Semenanjung Malaysia akan diadakan pada minggu  kedua Januari  2016,  manakala  bagi  calon-calon  dari  Sabah dan Sarawak akan diadakan pada minggu ketiga Januari 2016.
  • m. Hanya  calon  yang  berjaya  dalam  temuduga akan  ditawarkan  mengikut pengajian bagi Tingkatan 4 di MTD tahun 2016.
 

Contest Review Lynk.my 2015

$
0
0
Contest Review Lynk.my 2015 adalah satu pertandingan/ contest yang dianjurkan oleh Laman Web Lynk.my dan menawarkan hadiah RM4,000. Constest  hebat dan lumayan ini berlangsung selama lebih kurang DUA bulan, bermula dari 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. 

Contest hanya boleh disertai oleh mana-mana blogger yang berwarganegara Malaysia dan penyertaan adalah terbuka kepada semua platform blogger namun tidak dibenarkan menggunakan domain atau subdomain yang mempunyai keyword terus kepada contest lynk. 

Review Lynk.my 2015

Contest Review Lynk.my 2015

Lynk.my adalah salah satu laman web pemendekkan url (tool shorten) khusus buat Rakyat Malaysia yang membantu anda untuk mengingati url blog atau alamat web yang panjang.  
Sebagai contoh...  http://www.panduanmalaysia.com/2013/02/cara-buat-semakan-saman-pdrm-dan-jpj.html akan dipendekkan menjadi seperti ini http://lynk.my/wcc
Lynk.my yang merupakan "Malaysian No 1 URL Shortener" adalah satu perkhidmatan inovatif yang membolehkan anda untuk mendapatkan wang dari setiap pengunjung ke pautan yang dipendekkan anda. 
 
Selain Blogger.com, medium lain yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan melalui Lynk.my adalah Facebook, Google+, WhatsApp, YouTube, Telegram dan sebagainya. 


Selain boleh menjana pendapatan, Lynk.my juga mempunyai banyak kelebihan seperti berikut :-
  • 1) Mudah digunakan
  • 2) Pendaftaran adalah Percuma
  • 3) Sistem yang selamat untuk digunakan
  • 4) Bayaran terus ke akaun bank anda

Cara Join Lynk.my

Bagaimana untuk menyertai Lynk.my sebenarnya amat mudah. Beberapa langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah seperti berikut :-


  • Pergi ke Laman Utama Lynk.my
  • Klik " Join Now " di bahagian bawah laman web kami.
  • Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan.
  • Jika anda memilih "Auto Choose", ia akan mendaftarkan anda sebagai Publisher Apabila anda telah selesai , klik pada "I Want to Join Lynk!".

Login

  • Log masuk ke akaun Lynk.my anda.
  • Pendekkan mana-mana url/link kepada lynk di http://lynk.my/user/links
  • Sekarang tugas anda adalah untuk menyebarkan lynk tersebut melalui cara anda sendiri contohnya melalui status facebook , twitter , fanpages atau group. Sekarang anda akan dibayar untuk setiap orang yang klik pada pautan lynk.my anda.

Menangi Hadiah Lumayan RM4,000 Untuk Contest  Review Lynk.my 2015

Berikut adalah senarai kategori dan hadiah yang diberikan kepada pemenang. Terdapat tiga kategori yang dipertandingkan iaitu :-


A. TOP lynkUNDI

  1. Tempat Pertama - RM500
  2. Tempat Kedua - RM300
  3. Tempat Ketiga - RM100

B. TOP SEO

  1. Tempat Pertama - RM500
  2. Tempat Kedua - RM300
  3. Tempat Ketiga - RM100

C. TOP CREATIVE

  1. Tempat Pertama - RM1000
  2. Tempat Kedua - RM500
  3. Tempat Ketiga - RM200
Jom meriahkan Contest Review Lynk.my 2015 ini untuk memenangi hadiah lumayan dalam 3 kategori dan terima kasih kepada Lynk.my yang sudi menganjurkan contest lumayan buat blogger-blogger di Malaysia semua.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Contest Review Lynk.my 2015, sila klik pautan ini :-

Semoga berjaya kepada semua peserta yang bertanding.  


Cara Jimat Minyak Kenderaan Dengan Mudah Dan Berkesan

$
0
0
Cara Menjimatkan Minyak Kereta Dengan Mudah Dan Berkesan. Berikut dikongsikan 20 tips atau cara untuk jimatkan minyak kenderaan/ kereta anda cara yang paling mudah dan berkesan.Tips cara jimat minyak kereta atau petrol ini dikongsikan dari  Facebook Max Power Controller (MPC) yang boleh dicuba untuk kereta anda untuk penjimatan dan kepuasan sepenuhnya (Tips how to save car fuel).

Panduan Cara Menjimatkan Minyak Kereta

tips jimat minyak kereta

1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk

  • Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.
  • Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan

  • Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh

  • Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Kurangkan beban atau berat kenderaan anda

  • Buang barangan yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

5. Periksa tekanan angin tayar anda

  • Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

6. Penyelenggaraan kereta secara berkala

  • Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.

7. Kelajuan

  • Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.
  • Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
  • Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan peranan pentin dalam penjimatan minyak.
    Dan kalau nak jimat boleh beli kereta tertentu yang mahal kerena tek
    nologi penjimatan minyak mereka lebih maju berbanding kereta murah.

8. Matikan enjin

  • Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.

9. Penggunaan gear yang betul

  • Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
    menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

10. Penggunaan Brek yang betul

  • Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.

11. Merancang perjalanan

  • Merancang perjalanan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.
  • Anda juga boleh buat melakukan dua kerja pada satu masa contohnya dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan anda contohnya semasa anda pulang dari kerja, bolehlah singgah membeli barang keperluan rumah di mana-mana kedai yang berdekatan.
  • Jadi, anda tidak perlu lagi keluar semasa hujung minggu. Kan jimat minyak macam tu.

13. Meminimumkan penggunaan kenderaan

  • Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta. LC sekarang RM6000 je. Takkan tak mampu kot. Nak lagi jimat pakai motor Honda. Memang jimat 

14. Tutup air-cond

  • Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cond anda. Selain itu, matikan juga aircond anda bila sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.

15. Tutup tingkap kereta

  • Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

16. Elak melalui jalan yang sesak

  • Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu puncak bekerja. Mulakan perjalanan sebelum jalan menjadi sibuk. Kesesakan jalan raya menyebabkan enjin kereta mengalami pembaziran kerana tidak bergerak.

17. Jaga enjin kenderaan

  • Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Tanya mekanik bertauliah kalau tak pasti minyak pelincir mana yang terbaik.

18. Sentiasa berkongsi kenderaan - car pool

  • Jika anda dan rakan anda pergi ke tempat kerja yang sama apa bergilir-gilir tumpangkan kenderaan. Selain menjimatkan minyak, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan. Itu pun jika semua pengguna jalan raya melakukan amalan ini.

19. Panaskan enjin dengan betul

  • Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

20. Guna NGV

  • Semestinya penggunaan NGV lebih jimatt berbanding petrol. Sehingga
    kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.
  • Apa yang bagusnya adalah anda boleh tukar pilihan jenis minyak yang anda mahu gunakan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Tapi penggunaan NGV akan memakan sedikit ruang kenderaan anda.



Senarai Peserta Juara Parodi 2015 Astro

$
0
0
Rancangan Komedi terbaru Astro iaitu Program Juara Parodi 2015 telah bermula pada 6 November 2015 dan bakal bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD. 

Juara Parodi merupakan sebuah program yang menggabungkan komedi dan nyanyian. Program berunsur hiburan ini akan berlangsung selama 12 minggu secara langsung di mana penyanyi-penyanyi dan pelawak-pelawak popular tanahair bakal membentuk kumpulan dan berentap sesama mereka. Mereka akan ditugaskan untuk memparodikan lagu-lagu yang pernah menggamitkan Malaysia suatu ketika dahulu. 

Juara Parodi 2015 Astro

Senarai Peserta Juara Parodi 2015 Astro

Peserta Juara Parodi 2015 akan diadili oleh juri profesional berdasarkan kriteria yang ditetapkan dengan mewakili sebanyak 70 peratus markah. Manakala. 30 peratus markah adalah menerusi undian khidmat pesanan ringkas pada setiap minggu.

Berikut adalah senarai peserta program Juara Parodi 2015 yang mengabungkan barisan penyanyi dan pelawak terhebat 
  1. Awie
  2. Misha Omar
  3. Mark Adam
  4. Tomok
  5. Black
  6. Sam Bunkface
  7. Mawi
  8. Firman
  9. Zahid
  10. Waris
  11. Ajak & Shahrol Shiro
  12. Shuib (Sepahtu)
  13. Rahim R2
  14. Joey & Shuk
  15. Zulin Aziz & Sherry
  16. Azlee & Lan Pet Pet
  17. Yus & Tauke Jambu
  18. Abam & Fad Bocey
  19. Kumpulan Zero
  20. Achey Bocey

Format Rancangan

Format program ini sangat unik apabila menggabungkan penyanyi dan pelawak dalam satu pasukan dan bertanding setiap minggu mengikut tema yang diberikan.
  • Hos - Najib Ali dan Dina Nadzir 
  • Juri - Afdlin Shauki dan Zainal Abidin


Hadiah Program Juara Parodi 2015

Juara  - wang tunai RM300,000 dan trofi
Peserta akhir - wang tunai sebanyak RM200,000 beserta trofi untuk setiap kumpulan.

Juara Parodi akan dihoskan oleh Najib Ali dan Dina Nadzir sementara tugas juri akan digalas oleh Afdlin Shauki dan Zainal Abidin.




Resepi Roti Jala Dan Kuah Kari Ayam Yang Sedap Dan Lembut

$
0
0
Resepi Roti Jala Dan Kuah Kari Ayam Yang Sedap Dan Lembut. Siapa tidak kenal Roti jala makananan kegemaran rakyat Malaysia yang biasa dimakan pada waktu pagi dan petang. Roti jala biasanya dihidangkan bersama kuah seperti kuah kari ayam ataupun daging. Roti Jala sering kali menjadi makanan pilihan terutama pada hari perayaan istimewa ataupun jamuan rasmi.

Resepi Roti Jala Dan Kuah Kari Ayam Yang Sedap Dan Lembut

Berikut dikongsikan resepi Roti Jala dan kuah kari ayam/ daging yang boleh di buat secara sendiri di rumah. Selamat mencuba.

roti jala sedap

ROTI JALA

Bahan-bahan :

  • 1) 500 gram tepung gandum
  • 2) 500 ml air
  • 3) 2 biji telur
  • 4)1 sudu teh serbuk kunyit
  • 5) ½sudu teh garam
  • 6) Minyak secukupnya
  • 7) Simpulan daun pandan sebagai berus minyak

Cara :

  • 1) Bancuh tepung dengan semua bahan kecuali minyak dalam pengisar dan tapis.
  • 2) Panaskan kuali leper dan sapu rata permukaan kuali dengan minyak menggunakan daun pandan.
  • 3) Layangkan adunan dalam cawan roti jala.
  • 4) Setelah selesai angkat dan lipatkan segiempat atau segitiga atau boleh juga digulungkan
  • 5) Hidang dengan *gulai daging / ayam.

*GULAI DAGING / AYAM

Bahan- bahan:

  • 1) 250 gram daging atau ½ ekor ayam
  • 2) 2 biji bawang merah
  • 3) 2 ulas bawang putih
  • 4) ½ inci halia
  • 5) 1 inci kulit kayu manis
  • 6) 1 kuntum bunga lawang
  • 7) 2 biji buah pelaga
  • 8) 3 kuntum bunga cengkih
* No 2 hingga 8 - perlu ditumbuk

  • 9) ½cawan santan pekat
  • 10 )2 cawan santan cair
  • 11) 2 biji kentang (potong 8)
  • 12) 1 tangkai daun kari
  • 13) 1 bungkus kecil rempah kari daging (bancuh dengan ¼ cawan air)
  • 14) 1 sudu makan kerisik
  • 15) 2 sudu makan minyak masak
  • 16) 1 ½ sudu teh garam

Cara:

  • 1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan daun kari sehingga wangi.
  • 2) Masukkan rempah kari dan kacau sehingga terbit minyak.
  • 3) Masukkan daging/ayam dan kentang. Kacau rata.
  • 4) Masukkan santan cair dan kerisek dan biarkan sehingga mendidih.
  • 5) Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih dan reneh lagi sehingga nampak naik minyak.
  • 6) Masukkan garam,kacau dan biarkan pekat. Tutup api. Angkat dan hidang bersama roti jala.

Sedia untuk dihidangkan.
SUMBER


Cara Semak Syarat Kelayakan Dan Jadual Pengambilan Ke UiTM

$
0
0
Cara Semak Syarat Kelayakan UiTM Dan Jadual Pengambilan Kemasukan Ke UiTM. Untuk makluman semua pelajar SPM yang berhajat untuk menyambung pengajian yang lebih tinggi ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), berikut disertakan cara mudah untuk membuat semakan syarat kelayakan dan jadual pengambilan UiTM kemasukan pelajar setiap tahun sebagai panduan.

permohonan ke uitm
 

Cara Buat Permohonan Kemasukan Ke UiTM

Permohonan kemasukan ke UiTM adalah dengan mengguna pakai Aplikasi Dalam Talian sepenuhnya melalui laman web upu.mohe.gov.my atau http://online.uitm.edu.my mengikut jadual pengambilan seperti di bawah ini. 

  • Untuk informasi lebih tentang borang permohonan UPU sesi 2015/2016 boleh klik di SINI.

Semak Syarat Kelayakan Kemasukan Ke UiTM

Berikut adalah cara semak syarat kelayakan kemasukan ke UiTM dan IPTA lain dengan mudah dan pantas:


Masukkan info-info yang diperlukan seperti berikut dan kemudian klik SEMAK. Mudah kan?

  • MyKad No
  • Nama
  • eMail
  • No. Telefon

Jadual Pengambilan Kemasukan Pelajar Ke UiTM

Untuk makluman, pengambilan pelajar di UiTM dibuat 2 kali setahun mengikut peringkat pengajian yang ditawarkan. Sila rujuk jadual di bawah ini untuk melihat jadual pengambilan pelajar ke UiTM.

Nombor Unik ID atau No. Slip UiTM bagi permohonan kemasukan ke UiTM melalui Aplikasi Dalam Talian boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional atau menggunakan mesin ATM atau SMS Banking bagi pemegang akaun BSN mengikut tarikh yang diiklankan. 

Jadual Dan Tarikh Pengambilan Pelajar Ke UiTM

permohonan ke uitm 2015


Cara Mengerjakan Solat Istikharah Yang Betul

$
0
0
Cara Mengerjakan Solat Istikharah Yang Betul. Solat istikharah ialah solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah bagi menentukan pilihan yang lebih baik antara dua perkara yang belum dapat ditentukan baik buruknya bagi seseorang. Apabila seseorang berazam untuk mengerjakan sesuatu maksud sedangkan ia ragu-ragu samada patut diteruskan atau tidak, maka disunatkan melakukan solat sunat istikharah.
Solat Istikharah
Solat ini lebih afdhal dikerjakan pada malam hari. Selepas  selesai solat teruslah berdoa dengan doa istikharah.  Setelah itu ambillah keputusan perkara yang hendak dilakukan berdasarkan kecenderungan hati. Jika masih ragu-ragu maka lakukanlah lagi solat tersebut sehingga mendapat ketetapan hati untuk membuat keputusan. Jika masih dalam keraguan juga, maka Insya Allah apa yang ditakdirkan selepas itu samada meneruskan atau tidak cita-cita tersebut mempunyai kebaikan dan taufik daripada Allah.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
  • Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
  • Atau;
  • Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

Doa solat sunat Istikharah


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: 
“Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Wallahua'lam.
Sumber : ISLAM GRID, Doa Harian & shafiqolbu


Senarai Harga Telefon Samsung Terkini Malaysia 2015

$
0
0
Senarai Harga Telefon Samsung Terkini Malaysia 2015. Mempunyai sebuah smartphone atau telefon pintar hari ini menjadi satu keperluan untuk setiap manusia di zaman moden ini. Siapa pengemar smartphone yang tidak kenal jenama Samsung dari Korea Selatan ini. Smartphone atau telefon termasuk tablet dari jenama Samsung amat popular bukan sahaja di Malaysia malahan serata dunia. Menurut sumber IDC mengikut statistik tahun 2014, Samsung adalah jenama paling popular di dunia mengatasi pesaing terdekatnya Apple yang mengeluarkan iPhone di kedudukan kedua. Lain-lain jenama yang popular adalah Huawei, Lenovo, LG dan Nokia.

Baru-baru ini Samsung telah melancarkan smartphone terbaru iaitu Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy Edge untuk bersaing dengan kehebatan iPhone 6 dan iphone 6 plus.

Harga Telefon Samsung Terkini

Senarai Harga Telefon Samsung Terkini Malaysia 2015

Berikut adalah senarai harga smartphone atau telefon Samsung terkini Malaysia 2015 yang dikongsikan dari Mobile88.com. Bagi mengelakan ditipu, anda boleh semak keaslian telefon Samsung di Cara Kenalpasti Samsung Original

ModelHarga
Samsung Galaxy S6 EdgeRM2,199 hingga RM2,279
Samsung Galaxy S6RM2,599 hingga RM2,679
Samsung Galaxy A3RM818 hingga RM833
Samsung Galaxy A5RM998 hingga RM1,028
Samsung Galaxy A7RM1,279 hingga RM1,359

ModelHarga
Samsung Galaxy V PlusRM279 hingga RM289
Samsung Galaxy J2RM558 hingga RM573
Samsung Galaxy A8RM1,648 hingga RM1,728
Samsung Galaxy J5RM718 hingga RM733
Samsung Galaxy J7RM899 hingga RM929

ModelHarga
Samsung Galaxy S6 Edge PlusRM2,958 hingga RM3,038
Samsung Galaxy Tab S2 8.0RM1,558 hingga RM1,638
Samsung Galaxy Tab A 8.0RM969 hingga RM989
Samsung Galaxy Note 5RM2,499 hingga RM2,579
Samsung Galaxy Note 3RM1,599 hingga RM1,679

ModelHarga
Samsung Galaxy VRM289 hingga RM299
Samsung Galaxy Tab S2 9.7RM1,798 hingga RM1,878
Samsung Galaxy Note EdgeRM2,498 hingga RM2,578
* Harga terkini November 2015  

Juga disertakan Harga telefon terkini Lenovo yang menjadi kegemaran pengguna sekarang :-
  • Lenovo A6000 : RM 529 to RM 544
  • Lenovo A7000 : RM 569 to RM 584
  • Lenovo K80 :  RM 798 to RM 813
  • Lenovo Phab Plus : RM 1,198 to RM 1,228
  • Lenovo Vibe Shot : RM 1,399 to RM 1,479 

Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2016 Online

$
0
0
Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2016 Online. Dipetik dari FB Tentera Darat Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Permohonan Pegawai Kadet Graduan ATM 2016 Online

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU). Tarikh tutup adalah pada 30 NOVEMBER 2015.

permohonan kemasukan ke ATM

Syarat-Syarat Am Permohonan

  • Jantina : Lelaki
  • Umur : Tidak melebihi 27 tahun pada 21 Disember 2016


Fizikal

  • Tinggi Minimum : 1.70m (TDM) & 1.62m (TUDM & TLDM)
  • Berat Minimum : 47.5 kg
  • Ukuran Dada Minimum : 76 sm
  • Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0


Kelayakan 

  • Asas : Lulus SPM atau kelayakan yang setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Matematik dan Bahasa Inggeris.
  • Pengajian Tinggi : Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi Keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas dalam jurusan yang diperlukan.

Temuduga

  • Calon-calon yang layak akan dipanggil menjalani pemilihan selama 6 hari di pusat pemilihan yang akan dimaklumkan 

Permohonan Secara Online

Applikasi Permohonan

  • Permohonan hendaklah di buat melalui Pautan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2016 di laman sesawang ATM di JOM MASUK TENTERA @ www.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA 

Semakan Keputusan Permohonan

Semakan status permohonan boleh disemak mulai 4 Disember 2015 di Semakan ATM 
Untuk maklumat lanjut mengenai syarat dan lain-lain perkara, sila rujuk di Iklan Permohonan ATM 2016 di IKLAN ATM 2016.
 
Tarikh tutup permohonan : 30 November 2015
Semakan keputusan : 4 Disember 2015  
Viewing all 1692 articles
Browse latest View live